Antara tugasan utama bahagian sumber manusia (HR) adalah pengurusan pekerja. Istilah pengurusan pekerja ini bukan hanya melibatkan keselesaan pekerja sedia ada sahaja, tetapi turut melibatkan mencari bakat baru yang boleh menyumbang kepada perkembangan syarikat.
Pengurusan bakat (talent management) sebenarnya berbeza dengan pengurusan pekerja (employee engagement), di mana satu melibatkan mencari pekerja baru manakala satu lagi perhubungan pekerja dalam organisasi.
Namun, kedua-dua kemahiran pengurusan bakat dan pengurusan pekerja ini sangat penting kepada pegawai HR dalam memastikan syarikat memiliki tenaga kerja yang mencukupi untuk menggerakkan perniagaan.
Pengurusan Bakat dan Skop Tugasannya
Pada definisi pengurusan bakat adalah proses strategik untuk menarik, mengembangkan dan mengekalkan pekerja dalam sesebuah syarikat. Ia melibatkan kemahiran mengenal pasti pekerja berpotensi, memupuk kemahiran dan kemampuan, serta memastikan pertumbuhan.
Aspek tugasan dalam pengurusan bakat ini pula merangkumi,
- Perolehan Bakat
Proses menarik dan merekrut calon pekerja berkualiti atau berpotensi tinggi dengan kemahiran yang diperlukan oleh syarikat.
- Pencarian Pengganti
Proses mengenal pasti dan mempersiapkan pengganti yang berpotensi tinggi untuk mengisi peranan yang ditinggal oleh pekerja sebelum ini.
- Perancangan Tenaga Kerja
Proses memastikan tenaga kerja berada pada tahap optimum untuk memastikan kelancaran operasi syarikat berjalan.
- Pengurusan Kemasukan dan Pengeluaran
Proses menyediakan syarikat untuk menerima pekerja baru atau pekerja tinggalkan syarikat supaya selari dengan penetapan undang-undang kerja negara.
- Analisis Bakat
Proses mengumpul dan menganalisis data bagi mengenal pasti trend, nilai bakat pada pasaran semasa dan membuat keputusan yang dapat mengoptimumkan kedua-dua belah pihak.
Strategi Pengurusan Bakat
Dalam menguruskan bakat terdapat strategi penting yang perlu difahami bagi memastikan keputusan yang dicapai memuaskan. Sebenarnya terdapat banyak strategi yang boleh digunakan, dan bergantung dengan kesesuaian syarikat itu sendiri.
Ini adalah strategi asas pengurusan bakat yang diamalkan oleh kebanyakan syarikat dalam mencari dan mengekalkan tenaga kerja syarikat.
- Perolehan (Acquisition)
Ini merupakan langkah pertama dalam pengurusan bakat. Ia melibatkan cara bagaimana pegawai HR perlu lakukan untuk menarik bakat-bakat bekerja dengan syarikat. Pada peringkat ini selalunya iklan jawatan kosong akan digunakan bagi memberitahu calon syarikat sedang mencari pekerja.
- Pengaktifan (Activation)
Peringkat berkutinya selepas memperoleh calon adalah untuk memilih bakat mana yang sesuai dengan syarikat. Proses ini melibatkan kemahiran membuat keputusan selepas menilai calon-calon yang diperolehi. Jika berpuas hati maka pekerja itu akan diambil bekerja menyertai syarikat secara rasmi.
- Hasil (Revenue)
Seterusnya, pegawai HR perlu memainkan peranan untuk mengakses potensi sebenar yang ada pada calon yang diambil bekerja. Sama ada melalui latihan untuk mengembangkan kemahiran atau meletakkan KPI bagi memacu daya kerja, pegawai HR sangat perlu membantu pekerja mengeluarkan hasil kepada syarikat.
- Pengekalan (Retention)
Pada tahap ini ia melibatkan pengurusan pekerja di mana pegawai HR perlu menyediakan segala keperluan yang diperlukan untuk pekerja. Ini termasuk gaji, cuti dan segala keperluan yang boleh memastikan keselesaan pekerja dan kegembiraan mereka untuk terus kekal bekerja dengan syarikat.
- Rujukan (Referral)
Apabila sudah berjaya memiliki pekerja ini tidak bermakna proses pengurusan bakat sudah berakhir. Hal ini kerana pegawai HR perlu terus memastikan tenaga kerja syarikat terus berada pada tahap optimum. Di peringkat ini juga pegawai HR boleh gunakan pekerja sedia ada untuk bantu kenal pasti bakat baru.
Tip Dalam Pengurusan Bakat
Disebalik proses mencari bakat baru terdapat beberapa perkara lain yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan pekerja yang diambil bekerja mampu berikan hasil terbaik. Ini adalah beberapa tip pengurusan bakat yang penting.
- Ambil pekerja dengan pengalaman kerja yang sesuai dan relevan
- Graduan muda tidak semestinya tidak sebagus pekerja dengan pengalaman
- Pastikan perbelanjaan pemerolehan bakat kekal pada landasan
- Cipta kerangka kerja pencarian bakat yang sesuai dengan syarikat
- Ambil perekrut luar jika perlu
- Fokus kepada pulangan hasil jangka panjang
- Naikkan imej syarikat dan perbaiki status
- Tidak salah memilih untuk dapatkan pulangan terbaik
MySyarikat – Sistem Pengurusan Pekerja Terbaik Untuk Syarikat
Kesimpulannya, pengurusan bakat saling berkait dengan pengurusan pekerja. Penanda aras untuk mengukur perkembangan syarikat bergantung kepada bahagian HR yang mampu mengenal pasti bakat berpotensi.
Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju.
Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!
Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!
Bagi syarikat yang berdepan masalah komunikasi antara pekerja dan pihak pengurusan, fungsi Smart Announcement – MySyarikat dapat melancarkan proses membuat pengumuman bagi meningkatkan komunikasi dengan sekali tetapan sahaja!
Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!
Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!