Skip to main content

Dalam dunia pekerjaan, memahami undang-undang kerja adalah kunci untuk melindungi hak anda, sama ada sebagai pekerja, majikan, atau pegawai HR. Tidak perlu menghafal setiap daripadanya, tetapi penting untuk mengetahui hak-hak asas.

Artikel ini akan membincangkan secara terperinci mengenai undang-undang kerja di Malaysia terutama Akta Kerja 1955, peranannya dalam memastikan keadilan di tempat kerja, dan bagaimana ia memberi manfaat kepada semua pihak.

Apa Itu Akta Kerja 1955?

Akta Kerja 1955 adalah undang-undang utama yang mengawal hubungan antara majikan dan pekerja di Malaysia. Hampir setiap artikel yang dibincangkan MySyarikat merujuk atau memetik penerangan daripada Akta Kerja 1955 ini.

Pada tahun 2022 lalu Akta Kerja 1955 telah dipinda dengan menambah beberapa perihal baru dan penguatkuasannya bermula pada 1 Januari 2023. Akta ini digunakan untuk pekerja yang:

  • Berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,000.
  • Bekerja sebagai pekerja manual, tanpa mengira gaji mereka.

Kepentingan Akta Kerja 1955

Tujuan utama Akta ini adalah untuk memberi perlindungan kepada hak pekerja dan majikan. Lebih tepat lagi ia mengariskan segala penyelesaian kepada sebarang pertikaian yang berlaku dalam konteks pekerjaan di Malaysia.

Bagi yang bekerja di Sabah atau Sarawark, Ordinan Buruh Sabah digunakan di wilayah Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak untuk di wilayah Sarawak. Sama seperti Akta Kerja ia penting kerana,

  1. Melindungi hak pekerja terhadap pemotongan gaji, waktu kerja, dan pemberhentian kerja.
  2. Memberikan panduan kepada majikan untuk memastikan peraturan dipatuhi.
  3. Menggalakkan hubungan kerja yang harmoni dan adil.

Jenis Undang-Undang Kerja Lain di Malaysia

Selain Akta Kerja 1955, terdapat beberapa undang-undang lain yang relevan dan diguna pakai dalam konteks pekerjaan di Malaysia, antaranya:

  1. Akta Perhubungan Perusahaan 1967
    Mengawal hubungan industri, termasuk kes mogok dan kesatuan sekerja.
  2. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA)
    Menjamin keselamatan pekerja di tempat kerja.
  3. Akta Majlis Perundingan Gaji Negara
    Meyelaras garis minima panggajian pekerjaan dalam negara.

Hak Pekerja dan Tanggungjawab Majikan

Memahami hak pekerja dan tanggungjawab majikan adalah penting untuk mengelakkan salah faham.

Hak Pekerja:

  • Waktu Kerja: Tidak lebih 8 jam sehari atau 45 jam seminggu.
  • Hari Rehat: Sekurang-kurangnya satu hari rehat seminggu.
  • Cuti Tahunan: Bergantung pada tempoh perkhidmatan, biasanya 8-16 hari setahun.
  • Cuti Bersalin: 98 hari dengan elaun bersalin.

Tanggungjawab Majikan:

  1. Memberikan kontrak pekerjaan yang jelas dan terperinci.
  2. Memastikan pembayaran gaji tepat waktu.
  3. Mematuhi peraturan keselamatan tempat kerja.

Mengapa Undang-Undang Kerja Penting?

  1. Melindungi Hak Semua Pihak: Undang-undang ini bertujuan untuk memastikan pekerja tidak ditindas dan majikan tidak dipergunakan.
  2. Mengurangkan Konflik: Dengan garis panduan yang jelas, banyak konflik boleh dielakkan.
  3. Meningkatkan Produktiviti: Hubungan kerja yang adil membawa kepada peningkatan moral pekerja.

Cara Memastikan Anda Mematuhi Undang-Undang Kerja

  1. Sebagai Pekerja:
    • Fahami kontrak anda.
    • Laporkan sebarang pelanggaran hak kepada Jabatan Tenaga Kerja.
  2. Sebagai Majikan:
    • Dapatkan nasihat undang-undang untuk memastikan semua polisi syarikat mematuhi undang-undang.
    • Gunakan perisian seperti MySyarikat untuk pengurusan HR dan pematuhan undang-undang kerja.

Kesimpulannya, undang-undang kerja di Malaysia, terutamanya Akta Kerja 1955, adalah alat penting untuk memastikan tempat kerja yang adil dan harmoni.

Sama ada anda seorang pekerja atau majikan, memahami undang-undang ini adalah langkah penting untuk mengelakkan konflik dan membina hubungan kerja yang positif.

Dalam pada itu, jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Akta Kerja boleh daftarkan diri bersama MySyarikat Academy sekarang sekarang kerana tardapat banyak program-program berkualiti untuk perkembangan kemahiran pekerja!

Menariknya program-program adalah HRD Corp claimable yang dilaksanakan oleh HRD Corp trainer berkualiti yang diiktiraf sendiri oleh HRD Corp!

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasi tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk akses PERCUMA sistem MySyarikat sekarang!

41 Comments

  • Terysha says:

    Hi, nak tanya. Boleh ke kalau majikan bagi cuti tahunan ikut pro rata walaupun kerja dah setahun. Bukan ke sepatutnya kami dapat cuti tahunan 8 hari tu tanpa ikut pro rata. Majikan kami cakap cuti tahunan memang pro rata sahaja tak kira berapa tahun perkhidmatan pun. Mohon pencerahan.

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja menetapkan bahawa pekerja layak mendapat AL selepas 12 bulan perkhidmatan. Prorata AL hanya untuk pekerja yang bekerja tidak cukup bulan sahaja. Dinasihatkan untuk membuat aduan ke Jabatan Buruh jika masih tiada perubahan selepas perbincangan.

    • wan says:

      suami saya dipotong gaji semata² untuk membayar kompaun syarikat. Adakah ianya adil?

  • Roslan Baharon says:

    Kontrak kerja berakhir pada bulan Oktober 2025 namun majikan memberi notis untuk menamatkan khidmat saya pada akhir march 2025. Adakah saya boleh mendapat sebarang imbuhan dengan pemberhentian ini kerana saya mempunyai kontrak selama 8 bulan.

  • Muhammad norazam says:

    Nak tnya, contoh kita bekerja bawa kendereaan syarikat, pkul 5.30 keluar dr site.. Membawa kenderaan syarikat selama 4jam dan setelah itu bru lah smpai di ofis syarikat.. Utk mnyimpan kenderaan syarikat n barang2 bekerja.. Persoalaanya, adakah waktu 4jam ni dikira bekerja lebih masa? Wajib @ tidak syarikat membayar OT pekerja?

  • Paharidzatul asraf says:

    Bolehkah didalam.pejabat diletakkan cctv sehingga mengganggu privasi dan ketidakselesaan kepada pekerja kerana sepanjang saya bekerja tidak oernah ada kecurian atau apa2 masalah…

  • Ari says:

    hello,nak tanya bolehkah majikan mengubah peraturan sewenang-wenangnya tanpa persetujuan daripada pekerja tentang cuti tahunan

  • Wan Todak says:

    Hi nak tanya , Patut ke HR reject Emergency Leave walaupun ada alasan kukuh ?

    • Zahin Byond says:

      Emergency leave adalah berdasarkan polisi atau budi bicara majikan semata-mata. Jadi majikan berhak untuk meluluskan atau menolak kerana ia tidak termaktub dalam Akta Kerja.

  • Zairi says:

    Saya berkerja kontrak penyelenggaraan kilang di gebeng. Kontrak selama 1tahun, tetapi sentiasa sambung kontrak setiap tahun. Kini sudah masuk 9tahun. Cuti tahunan 12hari setahun. Bukankah kami layak mendapat cuti 16hari setahun kerana sudah lebih 5tahun berkerja?

  • Zairi says:

    Adakah pekerja layak untuk mengetahui tangga gaji min dan max? Majikan selalu memberitahu gaji kami sudah max, sedangkan A rm11/jam dan B Rm11.50)jam dan jawatan mereka sama.

  • Zairi says:

    Sambung kontrak kerja tahunan tapi tiada cuti diantara 2kontrak tersebut. Boleh ke? Bukankah setiap kali penyambungan kontrak dilakukan, pekerja akan diberi cuti 5/ 7 hari sebelum kontrak seterusnya?

    • Zahin Byond says:

      Ia bergantung kepada majikan kerana cooling period tidak dinyatakan dalam akta.

      • Bella says:

        Hai nak tanya, saya tidak sign contract semasa diterima kerja dan setelah berkerja selama 5bulan saya ingin berhenti dan majikan berkata bahawa gaji saya tidak akan diberi. Apakah benar tindakan majikan saya?

  • Fenix says:

    Hai, kiraan yang sebenar untuk praktikkan 45 jam seminggu mengikut Akta sekiranya kiraan dalam sebulan adalah 45jam x 4 minggu? Jadinya 180 jam sebulan. Adakah ini betul?

  • Ani says:

    Hai boleh saya tahu jenis amaran apa yang boleh beri pada pekerja yang mengikut pada akta Jabatan Tenaga kerja dan Pejabat Buruh.

    • Zahin Byond says:

      Bentuk amaran yang dibenarkan Akta Kerja adalah memberikan amaran pertama, kedua, ketiga, serta surat tunjuk sebab. Untuk jenis amaran pula ia tertakluk pada kontrak dan sebarang tindakan disiplin yang bertentangan dengan kontrak pekerja.

  • hafizah says:

    Hai saya ada pertanyaan, bolehkah syarikat memotong cuti disebabkan oleh tidak punchout/clockout? Sebab bukan semua pekerja bekerja dari pejabat. Mohon pencerahan ye.

  • Sy deberhentikan..Dan diambil kerja kembali tanpa surat tawaran berkerja..hanya perjanjian lisan Sahaja..adakah saya dilindungi

  • Joejesini says:

    Assalamualaikum
    Saya pekerja sektor awam, saya pernah ditukarkan ke tempat kerja selama beberapa kali tanpa melanggar arahan tersebut, tapi pada kes terbaru, saya telah menerima perintah pertukaran dan perlu bertukar dalam masa 14 hari dari tempoh tersebut.
    Apa yang ingin saya tahu, apakah saya boleh cabar majikan saya kerana telah tukarkan saya tanpa sebab yang kukuh dan tak berbincang dengan saya terlebih dahulu. Apabila saya ditanya apa alasan nama saya di serahkan kepada Pengarah, Ketua saya beritahu bahawa saya tidak ‘perform’ dalam menjalankan tugas dan lambat datang ke sesuatu program dalaman pejabat. Apabila saya minta senaraikan kerja apa yang saya tidak ‘perform’ tersebut, ketua saya hanya menjelaskan bahawa saya kuat melawan melaksanakan tugas sampingan (pemandu -jarang2 tidak bawa kenderaan jabatan) sedangkan tugas-tugas lain saya tiada masalah. selama saya berkhidmat lebih 10 tahun dalam perkhidmatan awam, saya tidak pernah menerima rungutan berkenaan kegagalan saya melaksanakan tugas, saya sentiasa melaksanakan tugas dengan baik.

  • Izaudin says:

    Salam sejahtera, nk tanya, boleh ke majikan potong gaji tanpa bukti kesalahan yang saya lakukan. saya baru bekerja dalam 2 bulan dan pekerja lama tuduh kesalahn yang saya tidak lakukan dan HR percaya yang kesalahan tu saya yang buat

    • Zahin Byond says:

      Tidak boleh. Akta Kerja 1955 jelas menyatakan majikan hanya boleh potong gaji dalam keadaan tertentu seperti potongan cukai, untuk caruman dan potongan terlebih bayaran gaji.

  • Ati says:

    Salam. Jika probation period 3 bulan saya sudah tamat dan company tak renew, perlu ke saya serve 2 bulan notice period sebelum resign?

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja tiada penetapan berkaitan probation. Selepas masuk kontrak kerja, pekerja adalah pekerja tetap. Dinasihatkan untuk rujuk majikan bagi mendapatkan surat penamatan tempoh probation.

  • Arman says:

    Nak tanya ada kh dalam akta pekerjaan ,majikan memecat pekerja nya d sebab kan bercerita?

  • Lee Kian Guan says:

    Hi! Nak tanya saya dah bekerja syarikat hampir setahun , tetapi so far tak pernah terima tu paysip dari syarikat! Saya nak tau syarikat patut bagi payslip mengikut undang undang? Lagi 1 soalan kalau ada pinjam gaji, contoh rm2500 gaji sebulan , selepas pinjam gaji rm500, nak tau berapa duit cerumah bagi EPF mengikut kadar EPF rm2500 atau rm2000 ? Selepas duit pinjaman rm500…terima kadih

Leave a Reply