Skip to main content

Semua majikan, pekerja dan bahagian sumber manusia (HR) wajib ambil tahu dan fahami undang-undang bekerja di Malaysia. Tidak perlulah sehingga menghafal setiap bahagian pada perundangan tersebut, cukup hanya sekadar mengetahui hak-hak asas.

Bagi mereka yang sering membaca artikel MySyarikat pasti ada yang sedar bahawa dalam setiap tulis pasti akan diselitkan sedikit berkenaan undang-undang kerja, sama ada Akta Kerja 1955 atau mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan topik.

Pada artikel kali ini pula akan dirumuskan beberapa undang-undang kerja utama, dan rumusan penting yang perlu majikan, pekerja dan pegawai di bahagian sumber manusia tahu apabila ingin bekerja di Malaysia.

Akta Kerja 1955

Undang-undang kerja utama yang majikan, pekerja dan pegawai di bahagian HR perlu ambil tahu semestinya Akta Kerja 1955. Boleh dikatakan hampir setiap artikel yang dibincangkan MySyarikat merujuk atau memetik penerangan daripada Akta Kerja 1955 ini.

Pada tahun 2022 lalu Akta Kerja 1955 telah dipinda dengan menambah beberapa perihal baru dan penguatkuasannya bermula pada 1 Januari 2023. Antara pindaan utama yang dibuat merangkumi

  • Perubahan waktu kerja seminggu kepada 45 jam () 
  • Cuti bersalin dinaikkan kepada 98 hari sementara cuti paterniti ditambah kepada 7 hari
  • Pengenalan aturan kerja fleksibel
  • Larangan diskriminasi di tempat kerja
  • Larangan buruh paksa
  • Notis kesedaran gangguan seksual

Selain itu, Akta Kerja juga turut menerangkan hak perlindungan pembayaran upah pekerja seperti,

  •  Kadar bayaran kerja lebih masa
  • Elaun pekerja shift
  • Hak pekerja untuk dapat bayaran jika bekerja semasa cuti
  • Pampasan penamatan, pemberhentian dan faedah persaraan

Bagi mereka yang bekerja bukan di semenanjung pula, Ordinan Buruh Sabah untuk pekerja di wilayah Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak untuk pekerja di wilayah Sarawak pula diguna pakai sebagai rujukan perundangan kerja di sana.

Perintah Gaji Minimum 2022

Berkuatkuasa pada 1 Mei 2022, Perintah Gaji Minimum telah menetapkan kadar gaji minimum negara ditetapkan pada RM1,500 bagi majikan yang menggajikan 5 orang pekerja atau lebih dalam satu syarikat.  

Undang-undang berkaitan gaji ini telah digazetkan kerajaan selepas merujuk perundangan gaji iaitu Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Peningkatan jumlah gaji minimum ini juga dibuat selari dengan peningkatan kos sara hidup semasa.

Akta Kesatuan Sekerja

Istilah kesatuan sekerja (trade union) sangat tidak asing dalam dunia pekerjaan. Mungkin dalam konteks di Malaysia kesatuan sekerja tidak bergitu gah namun terdapat usaha dari pihak kerajaan untuk menggalakkan lagi penyertaan pekerja dalam kesatuan sekerja.  

Di bawah Akta Kesatuan sekerja ini telah diterangkan garis panduan untuk penubuhan, penyertaan dan penglibatan pekerja dalam sesebuah persatuan sekerja. Kewujudkan kesatuan sekerja ini pula adalah untuk,

  • Menjaga dan melindungai kepentingan serta kebajikan anggotanya
  • Saluran untuk pekerja membuat rungutan berkaitan kerja tanpa rasa takut
  • Medium untuk membuat perundingan secara kolektif untuk keadaan kerja

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994

Undang-undang yang memberi fokus kepada keselamatan dan kesihatan pekerja di Malaysia adalah Akta Keselamatan dan kesihatan Pekerja 1994. Ia diperkenalkan untuk memberi hak perlindungan kepada pekerja dari sebarang risiko yang boleh tercetus di tempat kerja.

Akta ini diperkenalkan bagi memperhalusi dan pemperkemaskan perundangan Akta Kilang Dan Jentera 1967 (Factories and Machinery Act 1967) yang bertujuan untuk memberi perlindungan terhadap sebarang risiko kesihatan untuk pekerja kilang.

Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991

Salah satu daripada potongan wajib pada gaji adalah Kumpulan Wang Simpanan KWSP (KWSP) yang diwujudkan untuk membantu pekerja dapat persaraan yang selesa. Jumlah potongan untuk caruman KWSP ini telah digariskan pada Akta KWSP 1991.

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969

Satu lagi potongan wajib pada gaji adalah kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang diselia di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Perundangan ini juga menerangkan untuk caruman Skim Insurans Pekerja (SIP).

Laksanakan Undang-Undang Kerja Dengan MySyarikat!

Seperti dimaklumkan awal tadi majikan, pekerja dan pegawai HR perlu ambil maklum tentang undang-undang kerja yang diguna pakai dalam negara. Tidak perlu untuk menghafal semuanya, cukup sekadar mengetahui hak-hak asas.

Tetapi mengetahui sahaja tidak cukup jika tiada peralatan (tool) yang betul untuk menyelaraskannya dalam pengurusan pekerja dan syarikat. Oleh itu, syarikat dinasihatkan untuk menggunakan tool yang betul dalam menlancarkan lagi pengurusan.

Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!

Leave a Reply