Skip to main content

Bahagian sumber manusia atau human resource department (HR) adalah antara unit penting dalam sebuah organisasi syarikat. Ia memainkan peranan penting dalam menghubungkan pekerja dan menyelesaikan tugasan operasi syarikat.

Walaupun wujudnya sistem pengurusan sumber manusia atau human resource management sistem (HRMS) yang memudahkan tugasan rumit HR, jawatan HR masih kekal releven dan ditawarkan oleh kebanyakan syarikat besar luar sana.

Jadi persoalannya apakah tugasan seorang HR dan mengapa banyak syarikat masih menawarkan jawatan di bahagian HR walaupun menggunakan HRMS?

Sumber Manusia (HR)

Asasnya HR adalah sebahagian daripada pengurusan yang bertindak untuk mencari, merekrut, menyaring dan melatih pekerja dalam sesebuah syarikat. HR juga ditugaskan untuk mengurus program-program melibatkan pekerja.

Peranan utama HR adalah membantu syarikat menangani persekitran perniagaan yang berubah dengan pantas dan permintaan yang lebih besar untuk pekerja yang berkualiti.

Dalam erti kata lainnya bahagian HR menguruskan pengalaman kerja pekerja dari saat pekerja menyertai syarikat sehingga pekerja berhenti. Ini termasuk segala urusan pekerja seperti gaji, faedah, elaun dan perkembangan kerja pekerja.

Atas faktor itu syarikat masih memerlukan seorang pegawai HR walaupun menggunakan sistem HRMS bagi menguruskan perhubungan, pengalaman dan kebajikan para pekerja yang diambil bekerja.

Untuk berjaya sebagai seorang pegawai HR, seorang individu itu mesti memiliki kemahiran pengurusan yang tinggi lebih-lebih lagi dalam menyelia pekerja dalam kuantiti yang banyak.

Beberapa kemahiran yang perlu seorang pegawai HR kuasai adalah,

  • Kemahiran komunikasi
    • Kebolehan untuk bertutur dalam bahasa pekerja, menyampaikan maklumat majikan kepada pekerja dan menghubungan pekerja dan majikan bagi memastikan operasi syarikat berjalan lancar
  • Kemahiran penyelesaian masalah
    • Kebolehan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah, tidak kira fizikal atau mental yang dihadapi setiap individu yang bekerja di syarikat bagi memastikan hubungan kerja terjamin
  • Kemahiran pengurusan
    • Kebolehan untuk mengadaptasi pelbagai kerenah dan perangai pekerja kemudian menyatukan dalam satu landasan yang sama dengan hala tuju syarikat

Skop Kerja HR

1. Pengambilan dan merekrut pekerja

Seperti dinyatakan awal tadi peranan utama pegawai HR adalah untuk mencari, merekrut dan menyaring calon pekerja syarikat. Ia adalah antara proses pertama dalam mencari individu berkualiti yang akan berkhidmat untuk syarikat.

Pastinya ramai antara kita apabila memohon jawatan perlu hadiri temuduga terlebih dulu, jika berperingkat bermula dengan pegawai HR kemudian ketua bahagian (head of department). 

Semasa sesi temuduga inilah pegawai HR bertanggungjawab untuk mengenal pasti calon sesuai dan membuat rundingan jika syarikat ingin mengambilnya bekerja. Di sini juga HR perlu menerangkan visi dan misi syarikat kepada calon pekerja.

2. Melatih pekerja untuk syarikat

Selepas proses pengambilan pekerja selesai, tanggungjawab pegawai HR seterusnya adalah untuk melatih pekerja. Jangan salah faham, memang pekerja yang diambil itu berpengalaman dan berkemahiran tetapi selok-belok serta budaya syarikat berbeza-beza.

Jadinya pegawai HR perlu membantu melatih pekerja yang diambil menyesuaikan diri dengan syarikat. Ini termasukan menghantar pekerja ke kursus atau latihan luar yang boleh memperkasakan kemahiran pekerja untuk manfaat syarikat.

3. Perhubungan dan kebajikan pekerja

Antara tanggungjawab utama seorang pegawai HR adalah menjaga kebajikan pekerja di dalam syarikat. Pada konteks ini pegawai HR bukan sahaja perlu menjaga pekerja yang direkrut olehnya sahaja tetapi kesemua pekerja.

Ini juga termasuk merunding kenaikan gaji pekerja, pampasan dan faedah, dan kelebihan lain yang ditawarkan syarikat kepada pekerja. Pada ketika ini juga pegawai HR memainkan peranan penting dalam menjadi orang tengah antara pekerja dan majikan.

4. Pentadbiran dan pengurusan syarikat

Selepas selesai tugasan melibatkan pekerja, pegawai HR juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod pekerja, kehadiran, resti tuntutan, maklumat gaji dan urusan pentadbiran berkaitan syarikat.

Pada peringkat ini selalunya HRMS digunakan bagi membantu pegawai HR menguruskan segala tugasan yang rumit sperti penyimpanan dan pengiraan. Memiliki HRMS dapat membantu syarikat untuk beroperasi dengan lancar.

Berita baik, MySyarikat adalah sistem HRMS intuitif yang dapat memudahkan segala urusan pegawai HR, pekerja dan majikan.
Jom rasai sendiri pengalaman automasi sistem pengurusan HR MySyaarikat sekarang dengan muat turun di App Store, Google Play Store dan App Gallery secara percuma! Klik pada gambar untuk mendaftar, 100% percuma!

man vector relaxing with big clock as the background and text talking about shift work in Malaysia
Fakta HR

Fakta Kerja Shift di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondOctober 2, 2024

Leave a Reply