Skip to main content

Setiap pekerja wajib untuk mencarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ia merupakan sebahagian daripada potongan wajib yang dibuat pada gaji bulanan pekerja selain dari PERKESO dan SIP.

Sebagai pengetahuan KWSP merupakan tabung persaraan utama negara, bertujuan untuk membantu ahlinya yang mencarum mendapat perasaan yang selesa. Kata kuncinya di sini adalah tabung, maka lebih banyak disimpan lebih banyak faedah akan diperolehi.

Antara faedah mencarum KWSP selain menjamin bantuan kewangan untuk persaraan selesa adalah ahlinya boleh menikmati dividen hasil daripada simpanan tersebut.

Pelaburan dan Didiven KWSP

Sebenarnya, KWSP menawarkan pelbagai faedah kepada ahlinya bagi meningkatkan lagi simpanan persaraan yang dibuat. Antara faedah tersebut adalah pelaburan dan dividen, di mana kedua-duanya diperkenalkan untuk ahlinya menambah simpanan sedia ada.

Ringkasan faedah pelaburan dan dividen KWSP adalah seperti berikut:

  1. Pelaburan
  • KWSP akan melaburkan di dalam pelbagai portfolio bagi memastikan ahlinya menerima pulangan dividen tahunan yang ditambah kepada simpanan 
  1. Dividen
  • KWSP menjamin kadar dividen minimum sebanyak 2.5% melalui instrumen pelaburan untuk memastikan simpanan ahli selamat
  • Pembayaran dividen akan dibuat ke dalam akaun ahli pada 1 Januari setiap tahun

Perkara mengenai faedah dividen ini telah digariskan pada Seksyen 27 Akta KWSP 1991. Rujukan lanjut untuk pelaburan dan dividen KWSP ini boleh dibuat pada laman utama KWSP sendiri.

Sejarah Kadar Dividen KWSP

Sama seperti pelaburan dan simpanan lain, ahli yang mencarum dalam KWSP layak menerima faedah dividen tahunan. Bergantung kepada prestasi pelaburan tersebut kadar dividen yang diterima boleh berubah-ubah.

Namun, pihak KWSP dalam Akta KWSP 1991 sendiri menjamin kadar dividen minimum yang diterima ahlinya setiap tahun adalah sebanyak 2.5% ke atas. Tetapi suka diingatkan kadar minimum 2.5% ini adalah untuk Akaun Konvensional. Simpanan Shariah bergantung kepada prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah.

Kini mari lihat sejarah kadar dividen KWSP pada tahun-tahun sebelum ini. Suka dimaklumkan kadar dividen ini adalah kadar untuk tahun lepas, maka untuk dividen 2023 akan diumumkan pada awal tahun 2024.

  • Dividen KWSP 2022
    • Simpanan Konvensional : 5.35%
    • Simpanan Shariah : 4.75%
  • Dividen KWSP 2021
    • Simpanan Konvensional : 6.10%
    • Simpanan Shariah : 5.65%
  • Dividen KWSP 2020
    • Simpanan Konvensional : 5.20%
    • Simpanan Shariah : 4.90%
  • Dividen KWSP 2019
    • Simpanan Konvensional : 5.45%
    • Simpanan Shariah : 5.00%
  • Dividen KWSP 2018
    • Simpanan Konvensional : 6.15%
    • Simpanan Shariah : 5.90%
  • Dividen KWSP 2017
    • Simpanan Konvensional : 6.90%
    • Simpanan Shariah : 6.40%
  • Dividen KWSP 2016
    • Simpanan Konvensional : 5.70%
    • Simpanan Shariah : –
  • Dividen KWSP 2015
    • Simpanan Konvensional : 6.40%
    • Simpanan Shariah : –
  • Dividen KWSP 2014
    • Simpanan Konvensional : 6.75%
    • Simpanan Shariah : –
  • Dividen KWSP 2013
    • Simpanan Konvensional : 6.25%
    • Simpanan Shariah : –

Kadar Dividen KWSP 2023

Seperti diterangkan atas tadi, pengisytiharan kadar dividen KWSP adalah untuk tahun sebelumnya. Jadi ini bermakna pada tahun 2024 ini akan diumumkan kadar dividen untuk tahun kewangan 2023 lalu.

Kebiasaannya, pengisytiharan kadar dividen KWSP akan dibuat pada suku pertama setiap tahun iaitu antara bulan Januari hingga Mac, sama ada pada pertengahan atau dihujung bulan Februari mahupun awal bulan Mac.

Bagi kadar dividen KWSP 2023 adalah 5.5% untuk simpanan konventional dan 5.4% untuk simpanan syariah. Menurut laporan terdapat peningkatan kadar dividen KWSP 2023 dengan agihan terkumpul RM57.81 bilion masing-masing RM50.33 bilion untuk simpanan konvensional dan RM7.48 bilion lagi untuk simpanan syariah.

Selaraskan Caruman KWSP Dan Gaji Dengan MySyarikat!

Kesimpulannya, caruman yang dibuat setiap bulan pada gaji pekerja ke KWSP ini bukan hanya simpanan semata-mata. Simpanan yang dibuat akan dilaburkan dan dividen diberikan berdasarkan keuntungan yang diperolehi.

Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan! Sistem MySyarikat dapat memastikan caruman KWSP dibuat secara automatik setiap bulan. Tiada lagi masalah atau kebimbangan pembayaran caruman KWSP setiap bulan!

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!

Leave a Reply