Skip to main content

Tidak dapat dinafikan bahawa latihan industri atau praktikal atau internship sangat memberi manfaat kepada pelajar bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka di dalam alam pekerjaan. Ia memainkan komponen utama dalam memberikan pededahan awal kepada pekerja.

Disebabkan itu juga banyak syarikat menawarkan program internship kepada pelajar, lebih-lebih lagi pada bahagian permulaan (entry-level). Sungguhpun tanggungjawab dan durasi internship berbeza-beza, ia sebenarnya dapat bantu syarikat dalam proses perkembangan tenaga kerja (workforce).

Manfaat Latihan Industri (Internship) Kepada Syarikat

Bergantung kepada istilah yang digunakan oleh universiti, latihan industri atau praktikal atau internship ini merujuk kepada satu tempoh seorang pelajar (graduan) menjalankan tugasan kerja sementara di dalam sektor pekerjaan kompetatif.

Tujuan internship diperkenalkan juga adalah untuk mendedahkan pelajar kepada dunia pekerjaan dan merasai sendiri pengalaman terus (hands-on experience) secara professional. Mudah kata ia seperti tempoh trial kepada pelajar untuk rasai dunia pekerjaan.

Jika dilihat pada satu sudut pandang, latihan industri atau praktikal atau internship ini mungkin hanya memberi manfaat kepada pihak pelajar sahaja. Syarikat seolah-olah menanggung risiko meletakan seorang tidak berpengalaman untuk menjalankan tugasan dan mengeluarkan kos membayar elaun kepada pelajar.

Namun, tanggapan ini salah sama sekali kerana progam-program internship sebenarnya sangat memberi manfaat yang besar kepada syarikat. Antara manfaat-manfaat syarikat mengambil pelajar intern dan memperkenalkan program internship adalah,

  1. Meningkatkan Jumlah Tenaga Kerja (Workforce) Semasa Syarikat

Kelebihan utama internship kepada syarikat tentunya adalah ia menambah jumlah tenaga kerja (workforce) semasa syarikat. Penambahan ini juga bukan sahaja memastikan workforce syarikat kekal optimum tetapi pada masa yang sama membawa perspektif serta idea-idea baru.

  1. Mempersediakan Tenaga Kerja (Workforce) Masa Depan Syarikat

Satu perkara yang tidak boleh dinafikan adalah hampir 40% mereka yang membuat internship bersama sesebuah syarikat selalunya akan diserap masuk selepas habis belajar. Ini secara tidak langsung dapat membantu syarikat memastikan workforce kekal terjamin untuk tempoh masa panjang.

  1. Memastikan Syarikat Kekal Dalam Trend Semasa (Up to Date)

Kemasukan generasi-genarasi baru dan muda ini dapat memastikan syarikat kekal dalam landasan trend semasa (up to date) yang seterusnya dapat membantu perniagaan terus relevan dengan persaing-persaing lain.

  1. Mengurangkan Kos dan Memaksimumkan Produktiviti

Sama seperti poin pertama tadi, internship dapat mengurangkan kos pengambilan dan pencarian pekerja baru kerana pelajar intern selalunya dibayar elaun, bukannya gaji. Selain itu, dengan memiliki generasi-genarasi muda yang bersemangat tinggi ini, ia dapat memastikan produktiviti kerja kekal di tahap maksimum.

Cara Maksimumkan Manfaat Program Internship Kepada Syarikat

Seperti diterangkan atas, terdapat banyak manfaat program internship kepada syarikat. Ia bukan sahaja dapat mengisi kekurangan tenaga kerja (workforce) syarikat tetapi pada masa yang sama dapat menjamin kemampanan (sustainability) jangka panjang.

Jika syarikat ingin menwujudkan program-program internship atau mengambil pelajar intern untuk dijadikan sebahagian daripada tenaga kerja (workforce) masa depan, penting untuk laksanakan beberapa tips di bawah.

  • Tingkatkan kemahiran kepimpinan (leadership) dalam membentuk generasi pekerja baru yang bakal berkhidmat kepada syarikat
  • Sentiasa memberi sokongan, dorongan dan latihan yang rapi kepada pelajar intern supaya lebih mahir dengan tugasan harian
  • Memperkenalkan budaya kerja terbuka dan mendengar setiap pandangan pekerja termasuk intern yang penuh dengan idea-idea baru
  • Syarikat perlu mematuhi penetapan syarat internship yang dibuat dan menjaga imej supaya lebih ramai lagi pekerja akan mempercayai reputasi syarikat

Kesimpulannya, internship bukan hanya memberi kelebihan kepada pelajar sahaja semata-mata tetapi turut menawarkan manfaat yang besar kepada syarikat. Dari segi kos sebenarnya mengambil pelajar intern kemudian serap masuk mereka adalah jauh lebih murah berbanding merekrut pekerja baru.

Tingkatkan Pengurusan Pekerja Termasuk Intern Syarikat Anda Dengan HR Software MySyarikat!

Adakah syarikat anda memiliki masalah-masalah pengurusan seperti agihan gaji atau mematuhi penetapan undang-undang kerja di Malaysia? Jika jawapannya ‘YA’, Berita baik kepada anda kerana HR software MySyarikat ada penyelesaiannya.

Dengan sistem HR software MySyarikat, pengurusan sumber manusia syarikat akan akan menjadi lebih efisien dan efektif! Daripada pengurusan gaji, cuti, tuntutan sehingga merekod kehadiran dan banyak lagi dapat diselesaikan dengan HR software yang moden dan inovatif ini.

Mari tingkatkan kualiti kerja tempat kerja, melancarkan operasi perniagaan dan merevolusikan syarikat anda dengan sistem HR software moden MySyarikat!

Jom rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software MySyarikat sekarang secara percuma dengan ‘Book Demo’ bersama kami!

Leave a Reply