Apakah Itu Slip Gaji?
Pengeluaran slip gaji adalah wajib menurut kepada Akta Kerja 1955 di Malaysia. Semua majikan adalah diwajibkan untuk mengeluarkan slip gaji kepada setiap pekerja yang diupah.
Slip gaji adalah dokumen penting untuk pekerja. Ia mengandungi pecahan gaji. Majikan hendaklah mengeluarkan slip gaji sebelum gaji dikreditkan ke dalam akaun bank pekerja. Dalam artikel akan membincangkan butiran dan kepentingan slip gaji.
Ianya merupakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh majikan kepada pekerja pada setiap bulan untuk memberitahu butiran pakej gaji setiap pekerja, termasuk potongan dan gaji bersih yang akan diterima.
Tambahan itu, slip gaji merekodkan dengan terperinci apa yang dibayar oleh majikan dan ini termasuklah gaji asas, faedah sampingan jika ada, bonus, elaun, kerja lebih masa, dan pemotongan bagi caruman KWSP dan Socso.
Selain itu juga, slip gaji adalah bukti sah gaji pekerja. Bank, syarikat kad kredit dan jabatan cukai pendapatan sering meminta slip gaji bagi urusan tertentu. Ianya adalah dokumen penting jika anda ingin membuat permohonan pinjaman peribadi dan sebagainya.
Daftar dengan MySyarikat sekarang. Kami membantu anda memudahkan pengurusan perniagaan anda.
Kepentingan Slip Gaji
Slip gaji adalah penting untuk semua pekerja. Berikut adalah kepentingan slip gaji:
1. Slip gaji anda berfungsi sebagai bukti undang-undang pekerjaan
- Slip gaji adalah bukti undang-undang pekerjaan, jawatan dan jumlah gaji bulanan anda.
- Slip gaji juga membantu semasa memohon permit kerja kerana ia berfungsi sebagai bukti pendapatan anda.
2. Slip gaji membantu dalam mencari pekerjaan dan rundingan.
- Slip gaji mungkin membantu anda berunding untuk mendapatkan jawatan, pampasan yang lebih tinggi dengan syarikat baharu berdasarkan jawatan dan gaji semasa anda.
3. Slip gaji berguna dalam permohonan pinjaman dan kad kredit.
- Slip gaji menunjukkan gaji bersih anda setiap bulan dan keupayaan anda untuk memenuhi kewajipan pembayaran balik. Had pinjaman awal dan kad kredit bergantung pada angka slip gaji anda.
4. Slip gaji membantu dalam memfailkan penyata cukai pendapatan.
- Slip gaji mengandungi komponen terperinci gaji anda Jika syarikat anda menyediakan statistik agregat setiap bulan, anda perlu merujuk kepada slip gaji terakhir tahun tersebut (berakhir pada 31 Mac) untuk mengira liabiliti cukai anda.