Skip to main content

Cuti tanpa gaji atau unpaid leave, merupakan satu bentuk pelepasan kerja di mana pekerja tidak akan menerima sebarang bayaran gaji untuk tempoh cuti yang diambil. Ini secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada gaji yang diterima pekerja pada bulan tersebut.

Oleh itu, penting untuk memahami cara kira cuti tanpa gaji lebih-lebih lagi untuk majikan dan pegawai HR bagi memastikan pembayaran yang tepat dan betul. Sebarang kesilapan boleh membawa kepada isu ketidakpuasan pekerja dan pelanggaran persetujuan kontrak.

Apa Itu Cuti Tanpa Gaji?

Secara asasnya, cuti tanpa gaji adalah cuti yang dipersetujui antara pekerja dan majikan di mana pekerja tidak menerima gaji sepanjang tempoh tersebut. Tidak seperti cuti tahunan atau cuti sakit yang bergaji, cuti tanpa gaji bergantung kepada polisi dan budi bicara majikan.

Hal ini kerana Akta Kerja tidak memberikan perincian berkaitan cuti tanpa gaji. Segalanya bergantung kepada amalan syarikat masing-masing. Jadi pekerja dinasihatkan untuk menyemak semula kontrak kerja sebelum membuat permohonan cuti tanpa gaji. 

Perbezaan Cuti Bergaji dan Cuti Tanpa Gaji

Secara definisi cuti bergaji adalah bila seorang pekerja itu bercuti tetapi masih dibayar. Senang cerita anda tidak masuk pejabat untuk bekerja tapi masih dibayar gaji seperti biasa.

Di bawah Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 terdapat 6 jenis cuti yang melayakkan seorang pekerja itu dapat bayaran ketika bercuti. Jika majikan meminta pekerja untuk bekerja pada hari cuti, maka pekerja tersebut layak dapat bayaran tambahan (OT).

Manakala, cuti tanpa gaji pula adalah apabila seorang pekerja yang kehabisan kouta cuti tahunannya, mengambil cuti tambahan tetapi dengan persetujuan majikan dan tidak dibayar gaji.

Dalam kes ini, permohonan cuti tanpa gaji perlukan seorang pekerja dan majikan capai persetujuan sama untuk membenarkan pekerja bercuti tetapi dengan syarat tidak dibayar gaji ketika tempoh bercuti itu.

Pengiraan Cuti Tanpa Gaji

Umumnya, majikan perlu bayar gaji pekerja dalam tempoh 7 hari pertama setiap bulan iaitu antara 1 ke 7 haribulan. Tempoh waktu pembayaran gaji pekerja boleh dirujuk dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.

Sebelum masuk cara pengiraan gaji bagi pekerja yang ambil cuti tanpa gaji adalah lebih baik untuk anda tahu cara asas pengiraan gaji bulanan pekerja. Cara pengiraan gaji pekerja setiap bulan adalah seperti berikut:

Contohnya: RM2,000 (Gaji Kasar) / 30 (Hari Dalam Sebulan) = RM66.67 X 24 (Hari Bekerja Sebulan) = RM1,600 (Gaji Pokok).

Di sini anda perlu faham bahawa jumlah hari dalam sebulan bergantung kepada 28/29/30/31. Selain itu, perlu diingatkan bahawa gaji pokok pekerja tidak termasuk caruman-caruman wajib.  Pengiraan gaji pekerja dan caruman boleh dibuat pada cara pengiraan gaji pekerja.

Cara pengiraan gaji pekerja yang ambil cuti tanpa gaji atau bekerja tidak cukup bulan pula adalah seperti berikut:

Cuti Tanpa Gaji = Gaji Kasar / Jumlah Hari Bekerja Sebulan x Jumlah Hari Cuti Tanpa Gaji

Contohnya: RM2,000 (Gaji Kasar) / 24 (Hari Bekerja Sebulan) = RM83.33 X 5 (Hari Pekerja Ambil Cuti Tanpa Gaji) = RM416.66.

Soalan Lazim (FAQ)

  • Adakah Cuti Tanpa Gaji Menjejaskan Bonus?

Ya, dalam sesetengah syarikat, pengambilan cuti tanpa gaji boleh memberi kesan terhadap jumlah bonus tahunan kerana bonus biasanya dikira berdasarkan prestasi atau kehadiran keseluruhan dalam tempoh tertentu.

  • Boleh tak Majikan Tolak Gaji Tanpa Persetujuan?

Tidak. Sebarang potongan gaji, termasuk bagi cuti tanpa gaji, mesti mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada pekerja. Jika tiada bukti persetujuan atau permohonan rasmi, potongan tersebut boleh dianggap tidak sah.

  • Perlu Kira Ikut Hari Kalendar atau Hari Bekerja?

Pengiraan cuti tanpa gaji biasanya dibuat berdasarkan hari bekerja, bukan hari kalendar. Maka, rujukan kepada polisi cuti syarikat amat penting dalam hal ini.

Baca jugaPanduan Cuti Tanpa Gaji Pekerja Swasta dan Awam

Kesimpulannya, memahami cara pengiraan gaji untuk cuti tanpa gaji amat penting. Bagi pekerja, ia adalah langkah penting dalam merancang kewangan dan memahami implikasi terhadap penerimaan gaji. Bagi majikan, ia mencerminkan kecekapan dan profesionalisme dalam mengurus tenaga kerja.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia

40 Comments

  • sha says:

    Cuti Tanpa Gaji Isnin hingga Jumaat (direct0), adakah layak dibayar Sabtu & Ahad cuti rehat minggu berkenaan?

  • mal says:

    pengiraan caruman kwsp dibuat daripada gaji pokok atau gaji akhir setelah potongan untuk cuti tanpa gaji dibuat?

  • Arny Hazirah says:

    Saya konfius dengan kiraan unpaid leave. Sepatutnya 26 hari jumlah hari bekerja dalam bulan atau 30/31 ikut hari dalam bulan.

  • TEH says:

    KIRAAN UNPAID LEAVE ADAKAH BERDASARKAN GAJI POKOK RM1500 / 31 HARI (BULN OKTOBER ) X JUMLAH HARI PEKERJA TIDAK BEKERJA ISNIN-JUMAAT @ TERMASUK SABTU AHAD

    • Zahin Byond says:

      Kiraan unpaid leave adalah berdasarkan formula berikut:

      Gaji Kasar / Jumlah Hari Bekerja Dalam Bulan X Jumlah Hari Pekerja Ambil Cuti Tanpa Gaji

      Ini bermakna jumlah hari bekerja tersebut adalah hari yang pekerja bekerja, tidak termasuk hari cuti mingguan.

      • Umairah says:

        ini bermakna, sekiranya bulan itu mempunyai 30 hari dan hari bekerja 26 hari (tidak termasuk cuti umum (ph) dan am (minggu) jadi kiranya seperti :

        gaji kasar RM2000/26 x 5. hari = jumlah cuti tanpa gaji

        adakah benar?

      • Ros says:

        Adakah kiraan cuti tanpa gaji ini berdasarkan Akta perkerja?kerana sy faham dari comment di atas, cuti tanpa gaji tiada dalam Akta. Jadi ia berdasarkan polisi syarikat. Jadi kiraan cuti tanpa gaji boleh ke ditetapkan oleh syarikat di dalam polisi syarikat?

  • Azreen J. says:

    boleh tahu, jika seseorang pekerja dapat cuti dari hospital disebabkan kemalangan di tempat kerja, adakah caruman untuk kwsp dan perkeso perlu dibayar bagi kedua-dua pihak? iaitu pekerja dan majikan. dan bagaimana caranya?

  • Joelene says:

    Boleh tahu, kalau pekerja pejabat ambil cuti tanpa gaji selama 2 minggu, adakah hari Ahad dikira sebagai cuti tanpa gaji? (Sabtu hari bekerja)

    Atau ini tertakluk kepada polisi syarikat, (jika ada dan ahad dikira cuti tanpa gaji)?

  • Eyka says:

    Saya nak bertanya dalam tempoh notis berhenti kerja, pekerja mohon cuti tanpa gaji dan majikan boleh paksa pekerja panjangkan tempoh notis berhenti kerana tidak cukup tempoh notis yang diberi?

  • Fikri says:

    kenapa contoh Tuan beri utk pengiraan gaji bagi cuti tanpa gaji itu bahagi 23 ya? bukan 28/29/30/31 seperti yang Tuan nyatakan. Atau adakah 23 tersebut merupakan jumlah hari bekerja tanpa mengira hari sabtu dan ahad pada bulan tersebut?

    • Zahin Byond says:

      Benar, 23 hari adalah jumlah hari pekerja pekerja bekerja dalam sebulan di mana Sabtu dan Ahad dianggap bukan hari bekerja.

      • Azlina says:

        Nk tanya,seseorng mempunyai masalah kesihatan..(anxiety) tapi Masih bekerja.
        Boleh ke pihak syarikat menyuruh pekerja cuti tnpa gaji Selama 30 hari,padahal pekerja Masih mampu untuk bekerja,cuma anxiety nya dtg kadang2. Bila tnya pihak HR ,HR kata mudah untuk carik pengganti,sedangkn pekerja tak setuju untuk cuti Tampa gaji Selama 3 bulan. Boleh bg pencerahan tak dlm Kes ni

  • Lily says:

    Boleh ke kalau kita ambil cuti tanpa gaji tanpa usik lagi cuti tahunan yg diperuntukkan? Contoh nye, awal tahun depan sy ingin memohon cuti yg panjang jadi sy buat keputusan untuk ambil cuti tanpa gaji selama sebulan tanpa menggunakan cuti tahunan sy. Adakah boleh berbuat sedemikian?

    • Zahin Byond says:

      Cuti tahunan mesti dihabiskan dulu ya. Cuti tanpa gaji adalah berdasarkan polisi syarikat semata-mata ya.

      • saw says:

        saya nak tanya , syarikat kami seminggu kerja 5 hari (sehari-9jam) total 45jam seminggu, untuk nak kira cuti tanpa gaji , nak guna Gaji Kasar / Jumlah Hari Bekerja Dalam Bulan X Jumlah Hari Pekerja Ambil Cuti Tanpa Gaji betul x ? Dengan itu, hujung tahun kami ada bayar balik balance AL so i nak kira bahagi berapa(jumlah hari bekerja atau 30 hari ?

  • hidayah says:

    kalau dia kerja shift. nilai jam setiap shif lain. macam mana pulak nak kira unpaid leaves

  • Syaffi says:

    Hi nak tanya. Saya still in probation and saya ada ambik MC satu hari bulan lepas. But my boss cakap MC tu dikira unpaid leave. Boleh ke macam ni?

    • Zahin Byond says:

      Tidak boleh. Pekerja yang masuki kontrak kerja tanpa mengira status layak untuk mendapatkan MC jika terdapat sijil cuti sakit yang sah oleh panel klinik syarikat.

  • Annonymous says:

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
    Saya nak tanya sikit, saya pekerja kontrak. Cuti tahunan ada.. cuti sakit ada.., so kalau saya nak ambil cuti tapi saya tak nak guna cuti tahunan. Saya nak cuti yg tolak gaji tu boleh ke? Kiranya sye just mention yg saya MC pd hari berikut ? sbb sye memang ada urusan lain perlu dia jelaskan.

    • Zahin Byond says:

      Cuti tahunan adalah hak pekerja. Jadi adalah disarankan untuk manfaatkan cuti tahunan yang diberikan. Bagi cuti tanpa gaji ini ia adalah berdasarkan polisi syarikat. Selain itu, jika pekerja memalsukan MC, dan majikan dapat tahu maka pekerja boleh dikenakan tindakan undang-undang.

  • xxxx says:

    kalau pekerja kerap mengambil cuti tanpa gaji.adakah boleh dikenakan warning letter ?

  • zimah says:

    Nak tanya kalau staff ada cuti tahun 12 hari. staff ambik cuti raya 7 hari. dekat isi form cuti staff tick kepada annual leave. sebab staff masih ada cuti tahun. tapi pengiraan company setiap sebulan company hanya boleh tolak 3 hari annual leave manakala balance 4 hari di kira unpaid leave. sedangkan staff ada cuti 12 hari yang tidak digunakan hanya di pakai hari raya. SALAH ATAU BETUL ? (tapi kalau semasa interview dulu company hanya cakap jika staff ada cuti boleh ambik cuti jika ada cuti tahun jika tiada company akan tolak) sedang kan situasi sekarang staff ada cuti tahunan. boleh jelaskan. tq

    • Zahin Byond says:

      Perlu ikut polisi syarikat. Benar cuti tahunan adalah hak pekerja tetapi kelulusannya adalah hak majikan. Jika syarikat membenarkan cuti diambil hanya 3 hari sahaja sebulan maka pekerja perlu ikutinya.

Leave a Reply