Skip to main content

Masuki bulan Mac menandakan bermulanya musim pemfailan cukai pendapatan bagi individu yang layak dikenakan bayaran cukai. Ini bermakna menjadi tanggungjawab individu tersebut untuk mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tujuan pengisyitaharan (declaration). 

Bagi yang sudah mendaftar pula perlu dapatkan Borang EA (EA Form) untuk pekerja di sektor swasta atau Borang EC (EC Form) untuk yang bekerja di agensi kerajaan, dan kemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2023 dan Tahun Saraan 2023 mulai 1 Mac 2024 lalu.

Suka dimaklumkan bahawa kini pembayaran cukai pendapatan boleh dilakukan secara atas talian (online) di portal perkhidmatan LHDN, MyTax. Tetapi sebelum mula pemfailan, adalah lebih baik untuk kenal pasti pelepsan cukai bagi tahun taksiran 2023 yang dikeluarkan oleh LHDN.

Siapa Yang Layak Dikenakan Cukai?

Pada asasnya, individu berpendapatan terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia yang nilainya melebihi ambang ditetapkan LHDN pada setiap tahun taksiran perlu membayar cukai pendapatan. 

Mudah kata individu yang pendapatan tahunan melebihi nilai ditetapkan LHDN melayakkan mereka untuk membayar cukai. Ringkasan untuk individu yang layak dikenakan pembayaran cukai pendapatan tahunan oleh LHDN adalah seperti berikut:

  • Individu bujang berpendapatan melebihi RM34,001 setahun selepas potongan wajib
  • Individu berkahwin dan pasangan tidak bekerja berpendapatan melebihi RM46,001 setahun
  • Individu berpendapatan yang boleh dikenakan cukai
  • Individu yang menjalankan perniagaan
  • Individu yang terlibat dalam hartanah
  • Pekerja baru yang dinakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)

Pelepasan Cukai Tahun Taksiran 2023

Bagi tujuan pemfailan cukai pendapatan 2024, turut dikenali sebagai e-failing 2024, pihak LHDN telah mengeluarkan senarai pelepsan cukai untuk individu pemastuatin tahun taksiran 2023. Terdapat 4 jenis kategori pelepasan yang digariskan dan ringkasannya adalah seperti berikut:

  1. Pelepasan Individu
  • Individu dan Saudara Tanggungan (RM9,000)
  • Suami/ Isteri/ Alimoni Kepada Bekas Isteri (RM4,000)
  • Individu Kurang Upaya (RM6,000)
  • Suami atau Isteri Kurang Upaya (RM5,000)
  • Yuran Pengajian Diri Sendiri (RM7,000)
  1. Caruman dan Sumbangan
  • PERKESO/ Skim Insuran Pekerjaan (RM350)
  • Skim Persaraan dan Anuti Tertangguh (RM3,000)
  • SSPN Tabung Bersih (RM8,000)
  • Insuran Nyawa dan KWSP (RM7,000)
  • Insuran Pendidikan dan Perubatan untuk Individu/ Pasangan/ Anak (RM3,000)
  1. Gaya Hidup dan Perubatan
  • pemasangan/ Sewaan/ Pembelian Kemudahan Pengecasan Kenderaan Elektrik Bagi Kegunaan Sendiri (RM2,500)
  • Pembelian Peralatan Penyusuan (RM1,000)
  • Peralatan Alat Sokongan Asas untuk Individu/ Suami/ Isteri/ Anak/ Ibubapa/ OKU (RM6,000)
  • Gaya Hidup (RM2,500)
  • Tambahan Gaya Hidup Berkaitan Aktiviti Sukan (RM500)
  • Perbelanjaan Perubatan (RM10,000)
  • Rawatan Perubatan Keperluan Khas dan Penjagaan Ibu Bapa (RM8,000)
  1. Pelepasan Anak
  • Anak Berumur Bawah 18 Tahun (RM2,000)
  • Anak Berumur Atas 18 Tahun Belum Berkahwin/ Belajar Sepenuh Masa (RM2,000)
  • Anak Berumur Atas 18 Tahun Belum Berkahwin/ Belajar di IPT (RM8,000)
  • Yuran Taman Asuhan Kanak-Kanak/ Tadika Berdaftar (RM3,000)
  • Anak Kurang Upaya (RM6,000)
  • Tambahan Bagi Anak Kurang Upaya (RM8,000)

Pengurusan Cukai dan Dapatkan Borang EA Terus Pada Aplikasi MySyarikat!

Kesimpulannya, sebelum membuat e-filing untuk pembayaran cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2023 adalah penting untuk individu yang layak mengenal pasti pelepasan cukai yang diberikan LHDN.

Tentunya terdapat banyak pelepasan yang ditawarkan, jadi pembayaran cukai tidak perlu bimbang jika pendapatan yang diterima melayakkan diri untuk dikenakan cukai. Pastikan pekerja dapatkan EA Form untuk semak kelayakan sebelum membuat penfailan.

Perlukan EA Form untuk e-filing 2024? Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan! 

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!

pengiraan levy/cukai/dana hrd corp
CukaiFakta HR

Pengiraan Levy HRD Corp

Zahin ByondZahin ByondNovember 20, 2024

Leave a Reply