Skip to main content

Apakah itu sistem gaji cloud based?

Sistem gaji ialah program yang digunakan untuk menyelaras dan menguruskan pembayaran pekerja. Ianya mampu mengurus dan membuat pembayaran secara automatik kepada pekerja serta memastikan pembayaran gaji dibayar tepat pada masanya.

Pekerja-pekerja adalah tunggak utama di sesebuah syarikat. Kerja keras dan dedikasi mereka membantu perniagaan di syarikat berjalan dengan baik. Dengan itu, pihak syarikat haruslah menyedari kepentingan membayar gaji yang kompetitif. Jom semak cara pengiraan gaji pekerja dengan betul.

Apakah itu sistem gaji cloud based dan bagaimana ia dapat memberikan faedah kepada syarikat mahupun pekerja?

Perisian penggajian, sistem gaji cloud based ialah penyelesaian bagi syarikat mahu pun organisasi untuk mengurus, menyelenggara dan membuat pembayaran secara automatik kepada pekerja.

Tambahan itu, terdapat banyak perisian penggajian yang mantap, bersepadu, boleh membantu syarikat atau organisasi mengekalkan pematuhan undang-undang cukai dan peraturan kewangan lain serta dapat mengurangkan kos.

Ini memberi ruang kepada Jabatan Sumber Manusia daripada tugas hakiki supaya mereka boleh meluangkan lebih banyak masa untuk merancang dan membentuk jabatan yang lebih stabil.

5 Faedah Sistem Gaji Cloud Based

Pengurusan tenaga kerja adalah kompleks, tetapi proses penggajian yang sistematik dan teratur akan mengurangkan sedikit beban Jabatan Sumber Manusia di sesebuah syarikat.

1. Penjimatan Masa

Perisian gaji secara cloud based membantu Jabatan Sumber Manusia mengurangkan masa yang dihabiskan ketika membuat sistem penggajian secara manual.

2. Ketelusan

Menggunakan sistem pengurusan gaji menggalakkan ketelusan dan membina kepercayaan di kalangan pekerja. Sistem gaji ini memastikan pekerja berasa yakin dimana gaji mereka dibayar tepat pada masanya.

3. Mengurangkan Kesilapan

Sistem gaji cloud based akan mengurangkan kemungkinan kesilapan manusia, termasuk kemasukan data yang tidak tepat dan pemadaman formula secara tidak sengaja.

4. Keselamatan

Perisian gaji membolehkan anda melindungi data gaji pekerja seperti akses sistem bersyarat dan perlindungan kata laluan.

5. Pematuhan

Sistem gaji membolehkan anda memasukkan perubahan dengan mudah untuk dikira dan anda boleh menetapkannya atau melupakannya tidak kira masa selagi sistem digunakan dengan baik.

Terima kasih kepada evolusi teknologi, perisian penggajian dengan menggunakan sistem gaji cloud based menjadikan proses itu menjadi mudah dan lebih cekap.

Justeru itu, pastikan anda memuat turun applikasi MySyarikat sekarang. MySyarikat boleh membantu anda!

Leave a Reply