Skip to main content

Pengalaman menghantar notis berhenti atau notis penamatan kontrak perkhidmtan adalah satu perkara yang mendebarkan. Ia boleh mencetuskan perasaan janggal di antara pekerja dan majikan semasa menhadapi tempoh notis.

Atas faktor itu sesetengah pekerja memutuskan untuk berhenti awal walaupun tempoh notis belum tamat. Tetapi persoalannya bolehkah berbuat sedemikian? Tidak menjadi kesalahankah berhenti awal walaupun sudah hantar notis?

Macam biasa untuk menjawab persoalan ingin berhenti awal selepas sudah hantar notis ini anda perlu membaca artikel ini sampai habis untuk mendapatkan jawapannya. 

Suka diingatkan sebarang perkara yang dibentangkan adalah berdasarkan Akta Kerja 1955, dan polisi syarikat mungkin berbeza-beza.

Tempoh Notis Penamatan Kontrak

tempoh notis penamatan kontrak akta kerja

Seperti kebiasaannya apabila ingin membincangkan tentang perihal pekerjaan adalah baik untuk kita merujuk kepada buku undang-undang kerja utama negara, Akta Kerja 1955. Pada Seksyen 12, Notis Penamatan Kontrak ada menjelaskan bahawa:

  1. Mana-mana pihak kepada kontrak perkhidmatan boleh pada bila-bila masa memberikan kepada pihak yang satu lagi notis tentang niatnya untuk menamatkan kontrak perkhidmatan tersebut.
  2. Panjang tempoh notis tersebut hendaklah sama bagi kedua-dua majikan dan pekerja dan hendaklah ditetapkan oleh peruntukan yang dibuat secara bertulis bagi notis tersebut dalam syarat-syarat kontrak perkhidmatan, atau sekiranya tiada peruntukan sedemikian secara bertulis, hendaklah tidak kurang daripada-
    1. Empat minggu notis jika pekerja telah bekerja sedemikian selama kurang daripada dua tahun pada tarikh notis itu diberikan;
    2. Enam minggu notis jika dia telah bekerja sedemikian selama dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun pada tarikh tersebut;
    3. Lapan minggu notis jika dia telah bekerja sedemikian selama lima tahun atau lebih pada tarikh tersebut:

Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh dianggap sebagai menghalang mana-mana pihak daripada melepaskan haknya kepada notis di bawah subseksyen ini. 

Berdasarkan pembentangan di atas kita dapat lihat bahawa bukan pekerja sahaja yang boleh hantar notis untuk nyatakan niat berhenti kerja, tetapi majikan juga boleh melakukan perkara sama untuk menamatkan kontrak pekerjanya.

Sungguhpun begitu ini tidak bermakna penamatan kontrak boleh dibuat pada bila-bila masa. Jika diperhatikan pada subseksyen (2) terdapat tempoh notis yang perlu dijalani dan dihormati oleh kedua-dua pekerja serta majikan.

Di sini ada perlu faham bahawa tempoh notis yang dinyatakan adalah garis panduan minimum andai dalam kontrak kerja pekerja tidak menyatakan tempoh notis dengan jelas. Jika dinyatakan sebaliknya dalam kontrak, maka pekerja perlu ikut penetapan tersebut.

Maksudnya majikan boleh tetapkan tempoh notis lapan minggu walaupun untuk pekerja yang bekerja kurang 2 tahun dengan syarikat?

Ya, boleh! Hal ini kerana jika rujuk semula subseksyen (2) ada mengatakan bahawa tempoh notis mesti sama untuk majikan dan pekerja, dan mesti ditetapkan dalam bentuk bertulis bagi notis tersebut dalam syarat-syarat kontrak perkhidmatan.

Ganti Rugi Notis Untuk Berhenti 24 Jam

ganti rugi notis berhenti 24 jam

Pada Seksyen 13 berkaitan Penamatan Kontrak Tanpa Notis pula ada menyatakan penetapan bagi pekerja yang ingin berhenti segera, yang memerlukan mereka untuk membayar ganti rugi notis atau ganti rugi in lieu.

  1. Mana-mana pihak kepada suatu kontrak perkhidmatan boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tersebut tanpa notis atau, jika notis telah pun diberikan menurut seksyen 12, tanpa menunggu notis itu berkahir, dengan membayar kepada pihak yang lin suatu indemniti sejumlah wang yang sama dengan jumlah upah yang sepatutnya terakru kepada pekerja dalam tempoh notis tersebut atau semasa tempoh notis tersebut yang belum tamat.
  2. Mana-mana pihak kepada suatu kontrak perkhidmatan boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tersebut tanpa notis sekiranya berlaku apa-apa perlanggaran yang disengajakan oleh pihak yang lain terhadap syarat-syarat kontrak perkhidmatan.

Mudah katanya di sini adalah jika pekerja ingin berhenti dengan segera tanpa perlu memnuhi tempoh notis, maka mereka perlu membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi notis kepada majikannya.

Pembayaran ini juga terpakai untuk mereka yang ingin berhenti dalam tempoh 24, di mana pekerja perlu membayar sejumlah wang sebagai ganti kepada majikan kerana ingin berhenti dengan segera. Ia juga terpakai kepada majikan yang ingin berhentikan pekerja dengan segera.

Berbalik kepada persoalan pada tajuk : Sudah Hantar Notis Berhenti Tapi Nak Berhenti Awal Macam Mana?

Jawapannya adalah pekerja perlu bayar ganti rugi notis kepada majikan berdasarkan jumlah baki tempoh notis yang masih belum dipenuhi. 

Contohnya, tempoh notis anda 2 bulan dan ada sudah penuhi tempoh 1 bulan. Kemudian anda terima tawaran dari syarikat lain yang perlukan khidmat anda dengan segera. Jadinya di sini ada perlu membayar ganti rugi notis untuk tempoh baki 1 bulan tersebut untuk pemberhentian segera. 

Tapi macam mana pula untuk majikan, boleh ke nak berhentikan pekerja dengan segera tanpa notis?

Untuk majikan pula sebenarnya boleh untuk berhentikan pekerja tanpa notis, tetapi ia mesti memenuhi syarat seperti yang digariskan pada Seksyen 14 tentang penamatan kontrak atas sebab-sebab khas.

  1. Seseorang majikan boleh, atas alasan-alasan salahlaku yang berlawanan dengan pematuhan syarat-syarat perkhidmatan yang nyata atau tersirat, selepas siasatan yang sepatutunya- 
    1. Memecat pekerja tanpa notis;
    2. Menurunkan pangkat pekerja; atau
    3. Mengenakan apa-apa hukuman ringan lain sebagaimana yang disifatkannya adil dan patut, dan jika hukuman penggantungan tanpa gaji dikenakan, ia tidak boleh melebihi suatu tempoh dua minggu.

Sekiranya pekerja tersebut tidak melakukan sebarang salahlaku yang yang membolehkan mereka dipecat tanpa notis, maka majikan masih perlu memenuhi tempoh notis yang ditetapkan. Melainkan jika terdapat persetujuan untuk pembayaran pampasan berhenti kerja.

Kesimpulannya di sini adalah andai anda sudah menghantar notis penamatan kemudian keadaan memerlukan ada untuk berhenti dengan segera atas apa tujuan sekali pun, pembayaran ganti rugi notis perlu dibuat kepada majikan.

Walau apa pun keputusannya dinasihatkan untuk berbincang dengan pihak majikan secara aman dan damai. Kita sudah masuk kerja secara baik, dan seboleh-bolehnya keluar juga mesti cara baik. Be professional orang kata.

Mari Kami Bantu Tingkatkan Pengalaman Kerja Syarikat Anda Dengan MySyarikat!

Dalam pada itu, syarikat anda memiliki masalah pengurusan, pengalaman bekerja yang kurang best dan tidak efisien?

Berita baik untuk anda semua kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut! Pengurusan gaji, pengurusan cuti dan claim, pengurusan kehadiran sehingga pengurusan prestasi semuanya dalam satu sistem sahaja!

Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon
beza rest day dan off day
Asas HR

Beza Antara Rest Day dan Off Day

Zahin ByondZahin ByondDecember 6, 2024

Leave a Reply