Antara topik sensitif untuk dibincangkan dalam konteks pekerjaan selain daripada pembayaran gaji adalah berkaitan pemberhentian (resignation). Perkara ini boleh mendatangkan perasaan tidak senang sama ada untuk pekerja mahupun majikan.
Selalunya kita dengar pekerja hantar surat resign, berhenti 24 jam ataupun berhenti tanpa notis. Tetapi bagaimana pula untuk kes pekerja yang majikan berhentikan tanpa notis? Adakah majikan berhak untuk berhentikan pekerja tanpa notis? Adakah pekerja boleh buat tuntutan atas pemberhentian tanpa notis?
Jadi artikel kali ini kita akan lihat hak pekerja dan majikan apabila melibatkan pemberhentian berdasarkan penetapan undang-undang kerja, Akta Kerja 1955 dan hak pekerja untuk kes yang melibatkan majikan berhentikan tanpa notis.
Jenis-Jenis Pemberhentian Pekerjaan
Terlebih dahulu penting untuk kita faham istilah-istilah pemberhentian pekerjaan. Secara asasnya pemberhentian pekerjaan ini membawa maksud menamatkan hubungan pekerjaan diantara majikan dan pekerja.
Kata kuncinya adalah menamatkan hubungan pekerjaan. Seperti yang kita semua tahu hubungan pekerjaan terjalin apabila pekerja menandatangani perjanjian kontrak kerja dengan majikan. Dan untuk menamatkan hubungan pekerjaan ini mana-mana pihak boleh menyuarakan hasrat resignation.
Berbalik ke topik asal, sebelum membuat keputusan untuk berhenti terdapat beberapa istilah pemberhentian pekerjaan yang anda perlu fahami. Hal ini kerana setiap jenis pemberhentian ini berbeza dan memilik haknya tersendiri.
- Pemberhentian Sukarela (VSS): Pekerja memutuskan untuk menamatkan hubungan pekerjaan secara sukarela tanpa sebarang paksaan
- Pemberhentian Tak Sukarela (MSS): Majikan menamatkan hubungan pekerjaan dengan pekerja tanpa sebarang persetujuan
- Pemberhentian Atas Sebab (Dismissal): Majikan menamatkan hubungan pekerjaan dengan pekerja atas kesalahan disiplin atau pelanggaran kontrak
- Pemberhentian Perlanggaran Kontrak (Termination): Majikan menamatkan hubungan pekerjaan dengan pekerja selepas satu tempoh matang tamat
- Pemberhentian Berlebihan Pekerja (Layoff/Retrenchment): Majikan menamatkan hubungan pekerjaan dengan pekerja untuk mengurangkan jumlah tenaga kerja
Apa Kata Akta Kerja Tentang Pemberhentian?
Mari kita buka buku Akta Kerja 1955 sebenar.
Pada Seksyen 12 (1) Akta Kerja 1955 ada mengatakan bahawa notis penamatan kontrak boleh diberikan oleh mana-mana pihak kepada pihak satu lagi, pada bila-bila masa untuk maklumkan niat bagi menamatkan kontrak perkhidmatan.
Kemudian pada Seksyen 12 (2) pula menyatakan setiap pemberhentian ini memerlukan kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja mengikut tempoh yang diperuntukan dan syarat-syarat yang dibuat secara bertulis dalam kontrak perkhidmatan.
Tempoh-tempoh yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955 adalah seperti berikut:
- 4 minggu notis jika pekerja bekerja kurang 2 tahun pada tarikh notis diberikan
- 6 minggu notis jika pekerja bekerja 2 tahun tetapi kurang 5 tahun pada tarikh notis diberikan
- 8 minggu notis jika pekerja bekerja lebih 5 tahun pada tarikh notis diberikan
Berdasarkan penetapan yang diterangkan di atas, jelas bahawa pekerja yang ingin berhenti mesti menghantar notis berhenti dan lalui tempoh notis ditetapkan. Ini juga diguna pakai terhadap majikan yang mengeluarkan notis kepada pekerja.
Kejap, majikan boleh keluarkan notis berhenti kepada pekerja?
Betul, majikan turut memiliki hak untuk mengeluarkan notis penamatan kerja kepada pekerja. Situasi di mana majikan mengeluarkan notis penamatan kerja kepada pekerja ini biasanya melibatkan VSS dan layoff/retrenchment. Selain itu majikan juga berhak untuk berhentikan pekerja bagi kes salah laku (dismissal) dan kadang-kadang termination.
Jadi Bolehkah Majikan Berhentikan Pekerja 24 Jam Atau Tanpa Notis?
Bagi menjawab soalan ini, kita mesti terlebih dahulu faham tentang hak majikan. Di sini majikan sebenarnya tidak boleh memberhentikan pekerja tanpa sebarang sebab, sama seperti majikan tidak boleh potong gaji pekerja sesuka hati.
Pada kebanyakan kes pekerja yang hantar surat resign untuk berhenti, tetapi ini tidak bermakna majikan tidak boleh memberhentikan pekerja atas sebab salah laku disiplin atau sebarang pelanggaran kontrak kerja.
Contohnya, pekerja A didapati hadir ke pejabat lambat dan telah berkali-kali diberi surat amaran. Jadi di sini majikan boleh mengeluarkan notis penamatan kontrak kepada pekerja untuk memberhentikannya.
Dalam situasi contoh di atas, pekerja tersebut perlu jalani tempoh notis dan jika pekerja mahu berhenti serta merta maka pekerja itu perlu membayar ganti rugi notis. Ini juga terpakai andai majikan inginkan pekerja untuk berhenti serta merta.
Pengiraan untuk pembayaran notis adalah seperti di bawah.
Gaji pekerja RM2,500 dan diberhentikan pada Ogos 2024. Pekerja itu pula bekerja kurang 2 tahun dan tempoh notis ditetapkan adalah 4 minggu. Maka,
RM2,500/31 = RM80.64
7 Hari Seminggu x 4 Minggu Notis = 28 Hari
RM80.64 x 28 Hari = RM2,257.92 (Ganti notis)
Tetapi bagaimana pula untuk kes majikan berhentikan tanpa notis?
Jawapannya TIDAK BOLEH. Majikan tidak boleh sesuka hati memberhentikan pekerja tanpa sebarang sebab apatah lagi berhentikan tanpa notis. Perbuatan majikan yang berhentikan pekerja tanpa notis ini boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Uruskan Segala Masalah Pekerja dengan MySyarikat!
Kesimpulannya, majikan tidak boleh sesuka hati memberhentikan pekerja apatah lagi berhentikan tanpa notis. Ia sama juga untuk kes pekerja yang ingin resign perlu menghormati penetapan undang-undang kerja.
Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju.
Mari tingkatkan kualiti kerja tempat kerja, melancarkan operasi perniagaan dan merevolusikan syarikat anda dengan sistem HR software moden MySyarikat!
Jom rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software MySyarikat sekarang secara percuma dengan ‘Book Demo’ bersama kami!