Skip to main content

Kesedaran terhadap kepentingan kesihatan mental dalam kehidupan seharian, terutamanya di tempat kerja dilihat semakin meningkat dalam kalangan pekerja di Malaysia. Tekanan kerja, bebanan tugasan dan keperluan memenuhi KPI menjadi perbualan utama apabila melibatkan kesihatan mental di tempat kerja.

Rentetan daripada itu muncul kesedaran untuk mengamalkan keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan (work-life balance), lebih-lebih lagi bagaimana ia dapat membantu kesihatan mental dan produktiviti di tempat kerja.

Jadinya artikel kali ini akan dikongsikan beberapa tips praktikal untuk mengurusan kesihatan mental dan seterusnya membantu meningkatkan produktiviti kerja di tempat kerja anda.

Kepentingan Kesihatan Mental di Tempat Kerja

Tentunya kita pernah dengar orang cakap “kesihatan mental yang baik adalah asas kepada suasana kerja positif dan produktif”. Perkara ini adalah benar kerana bekerja dalam tekanan emosi atau bebanan mental tinggi boleh memberi impak negatif kepada kualiti kerja dan hubungan dengan rakan sekerja.

Oleh itu, ramai majikan kini mengambil kira aspek kesihatan mental pekerjanya dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif. Antara inisiatif yang sering dilaksanakan majikan dan kebanyakan syarikat di Malaysia adalah dengan mengadakan aktivti sukan di luar pejabat ataupun membenarkan cara bekerja hybrid.

Melaluinya kajian mendapati bukan sahaja ia dapat mengurangkan kadar pemberhentian pekerja, tetapi berjaya meningkatkan kepuasan kerja dan seterusnya memastikan produktiviti pekerja meningkat.

Hubungan Antara Kesihatan Mental dan Produktiviti Kerja 

Sebenarnya kesihatan mental dan produktiviti kerja sangat berkait rapat antara satu sama lain. Pekerja yang sihat secara mental akan dapat membuat keputusan yang lebih baik dan seterusnya meningkatkan fokus dalam menjalankan tugasan.

Sebaliknya, andai kesihatan mental pekerja terganggu ia boleh membuatkan pekerja hilang motivasi bekerja dan seterusnnya mengganggu produktiviti. Mudah katanya apabila pekerja burnout, tahap fokus mereka akan menurun dan daya tumpuan mereka untuk menyelesaikan tugasan akan terjejas.

Maka tidak hairan ramai majikan dan syarikat di Malaysia mula melaksanakan program kesihatan mental di tempat kerja dengan sendiri seperti mengadakan sesi kaunseling dan aktiviti di luar pejabat bagi mengekalkan produktiviti terjamin.

Cara Tangani Masalah Kesihatan Mental dan Tingkat Produktiviti di Tempat Kerja

Terdapat pelbagai usaha yang boleh dilaksanakan majikan untuk menangani masalah kesihatan mental dan meningkatkan produktiviti pekerja. Sama ada melalui inisiatif luaran (external) atau dalaman (internal), objektifnya adalah sama iaitu mengekalkan work-life balance.

Ini adalah antara tips dan cadangan cara tangani masalah kesihatan mental bagi meningkatkan produktiviti di tempat kerja.

  1. Fokus kepada Work-Life Balance

Syarikat perlu menggalakkan pekerja untuk menetapkan had masa bekerja dan memberikan cuti apabila perlu. Memperkenalkan aturan kerja fleksibel juga dapat membantu memastikan keseimbangan kerja dan kehidupan pekerja.

  1. Beri Sokongan Emosi dan Kaunseling

 Menyediakan akses kepada kaunseling atau terapi adalah langkah baik untuk menjaga emosi pekerja. Kebanyakan pekerja di Malaysia gagal untuk dapatkan sokongan mental yang cukup dan melaksanakan inisiatif seperti ini dapat bantu mereka atasi stres dan mengawal emosi.

  1. Cipta Suasana Kerja Positif

Persekitaran kerja yang baik juga memainkan peranan besar dalam meningkatkan motivasi pekerja. Pastikan ruang kerja selesa, bersih dan bebas dari gangguan yang boleh menjejaskan tumpuan selain mengukuhkan hubungan antara pekerja dan majikan juga turut membantu.

  1. Wujudkan Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal seperti senaman ringan atau bersukan secara berkala boleh membantu mengurangkan stres. Ia juga boleh memberi ruang untuk pekerja berehat dan mengembalikan tenaga serta tumpuan.

  1. Pendidikan Kesihatan Mental

Memberi pendidikan tentang cara menguruskan kesihatan mental merupakan satu inisiatif yang efektif. Wujudkan bengkal atau sesi latihan berkaitan teknik mengurusankan tugasan atau mengajar strategi pengurusan stres boleh memberi manfaat besar kepada pekerja.

Kesimpulannya, kesihatan mental baik adalah elemen penting bagi produktiviti kerja. Dengan menjaga kesihatan mental ia bulan sahaja memeberi manfaat kepada pekerja tetapi turut menyumbang kepada kejayaan sesebuah syarikat.

Para majikan digalakkan untuk memberi sokongan yang mencukupi kepada pekerja melalui inisiatif kesihatan mental, dan harapnya kesedaran serta tindakan bersama ia dapat memwujudkan tempat ekrja yang lebih positif, produktif dan harmoni.

Jadikan Pengalaman Kerja Syarikat Lebih Baik Dengan MySyarikat!

Dalam pada itu, anda pemilik syarikat yang selalu hadapi masalah pekerja kurang bermotivasi? Atau berdepan aduan pengalaman kerja syarikat tiada penambahbaikan? Berita baik kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut! 

Pengurusan pekerja boleh jadi efisien dengan fungsi-fungsi MySyarikat yang direka untuk membantu meningkatkan pengalaman kerja syarikat ke arah lebih positif secara automatik dalam satu sistem sahaja!

Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!

Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon

Leave a Reply