Di Malaysia, menghantar notis berhenti kerja dalam tempoh 24 jam sering menjadi persoalan hangat. Ramai pekerja berfikir bahawa mereka boleh terus meninggalkan tempat kerja dengan hanya memberikan notis sehari, tanpa memahami kesan undang-undang yang terlibat.
Persoalan ini penting bukan sahaja untuk pekerja yang ingin menamatkan perkhidmatan mereka dengan segera, tetapi juga untuk majikan yang perlu melindungi operasi dan hak syarikat. Salah faham boleh membawa kepada tuntutan ganti rugi, perselisihan, atau reputasi profesional yang tercalar.
Apa Itu Notis Berhenti Kerja 24 Jam?
Secara ringkas, notis berhenti kerja 24 jam bermaksud pekerja memberi makluman kepada majikan bahawa mereka ingin menamatkan perkhidmatan dalam masa satu hari berbanding dengan tempoh notis biasa yang lebih panjang.
Kenapa pekerja memilih cara ini? Antara sebab biasa termasuk menerima tawaran kerja baru yang lebih menarik, tekanan di tempat kerja, masalah peribadi, atau keperluan mendesak untuk berhenti serta-merta.
Adakah Notis 24 Jam Sah Dari Segi Undang-Undang?
Untuk memahami kesahihan notis 24 jam, kita perlu merujuk kepada Akta Kerja 1955. Akta ini menetapkan tempoh minimum notis berhenti kerja seperti berikut:
- 4 minggu jika tempoh perkhidmatan kurang dari 2 tahun
- 6 minggu jika tempoh perkhidmatan antara 2 hingga kurang 5 tahun
- 8 minggu jika tempoh perkhidmatan melebihi 5 tahun
Jika kontrak kerja menetapkan tempoh notis lain, pekerja dan majikan perlu ikut apa yang dipersetujui dalam kontrak tersebut.
Secara teknikal, notis 24 jam tidak sah sebagai notis penamatan kontrak biasa, melainkan pekerja membayar ganti rugi yang sepatutnya (ganti rugi notis).
Apa Yang Berlaku Jika Menghantar Notis 24 Jam?
Jika pekerja memilih untuk menghantar notis berhenti dalam masa 24 jam, tindakan ini datang bersama satu kewajipan utama iaitu bayar ganti rugi notis kepada majikan.
Ganti rugi ini bersamaan dengan jumlah gaji untuk tempoh notis yang sepatutnya diberi. Contohnya, jika kontrak atau Akta Kerja 1955 menetapkan tempoh notis 4 minggu, pekerja perlu membayar nilai gaji 4 minggu kepada majikan sebagai ganti rugi.
Sama juga untuk tempoh notis 6 minggu atau 8 minggu, jumlah ganti rugi dikira berdasarkan gaji untuk tempoh tersebut. Majikan juga berhak memotong jumlah ini terus daripada gaji terakhir pekerja jika perlu. Jika tidak cukup, pekerja boleh diarahkan membayar baki melalui tuntutan undang-undang.
Situasi Penamatan Kontrak Tanpa Notis
Ada keadaan luar biasa di mana penamatan kontrak kerja boleh berlaku tanpa memerlukan notis atau pembayaran ganti rugi.
Antara contoh situasi ini termasuk:
- Pelanggaran serius kontrak oleh mana-mana pihak, seperti salah laku berat atau keengganan menjalankan tugas.
- Ancaman keselamatan terhadap pekerja di tempat kerja.
- Bahaya kesihatan atau keadaan kerja yang membahayakan, seperti pendedahan kepada penyakit berjangkit tanpa langkah perlindungan sewajarnya.
Dalam kes sebegini, undang-undang mengiktiraf hak untuk menamatkan kontrak serta-merta tanpa memenuhi keperluan notis biasa.
Baca juga: Panduan Notice Berhenti Kerja Untuk Pekerja dan Majikan
Kesimpulannya, pekerja boleh menghantar notis berhenti 24 jam, namun perlu membayar ganti rugi kepada majikan berdasarkan tempoh notis yang sepatutnya dipatuhi, sama ada 4 minggu, 6 minggu atau 8 minggu bergantung kepada tempoh perkhidmatan atau syarat kontrak.
Dinasihatkan untuk semak semula kontrak kerja sebelum membuat keputusan, berkomunikasi secara terbuka dengan majikan dan cuba capai persetujuan bersama supaya proses penamatan perkhidmatan berjalan secara profesional tanpa pertikaian.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Bagaimana pula sekiranya pekerja yang memberi notis tersebut contoh untuk tempoh 8 minggu, tetapi hanya bekerja selama 6 minggu dan 2 minggu disebabkan mengambil cuti tanpa gaji atau ponteng. Adakah ia perlu membayar 2 minggu gaji sebagi ganti notis?
Sekiranya memiliki baki cuti tahunan, dinasihatkan untuk menghabiskannya sebelum berhenti. Dan untuk kes ponteng pula adalah menjadi kesalahan kerana pekerja perlu lalui tempoh notis. Ganti rugi notis hanya untuk pemberhentian segera sahaja.
Adik saya masuk kerja dan masih kontrak , dalam kontrak tidak boleh berhenti kerja dalam masa 2 bulan . Dan adik saya hantar notis berhenti kerja melalui e-mail , esuk nya dia tidak datang . Sudah masuk sebulan , dan tiba2 majikan nya call suruh bayar gaji 2 bulan . Adakah perlu bayar atau tidak atau dye boleh ambil tindakan ?
Boleh rujuk semula kontrak kerja untuk lihat sama ada dia patuh tempoh notis atau perlu membayar ganti notis atau tidak ya.
Saya pernah menghantar notis berhenti kerja selama sebulan tapi notis itu di tolak oleh pengurus, bolehkah saya menghantar notis 24jam tanpa membayar ganti rugi kerana saya pernah memberikan notis berhenti 30hari tapi di tolak, bolehkah saya membuat aduan tentang perilaku pengurus saya yang bertindak berat sebelah ? saya berniat berhenti kerja atas alasan sikap pengurus saya yang berat sebelah dan selalu bercakap di belakang tentang kesalahan atau salah laku saya yang dia lihat tapi menurut saya sebagai seorang pengurus yang profesional, dia perlu berjumpa dengan saya jika saya ada membuat kesalahan atau melanggar peraturan. Saya perlukan pendapat pihak tuan/puan
Notis penamatan kontrak telah dinyatakan dalam Akta Kerja 1955, dan mengikut asas notis penamatan kontrak tidak memerlukan sebarang pengesahan dari pihak majikan.
Saya baru kerja 3 hari, saya mahu notis 24jam adakah saya akan kena denda
Tidak kena denda tapi perlu bayar ganti rugi notis kerana pemberhentian 24 jam.
Hai nak tanya saya kerja 2 minggu lebih boleh ke saya notice 24 jam sebab saya ada dapat tawaran kerja baru
Boleh dengan syarat perlu membayar ganti rugi notis pemberhentian 24 jam.
bayar ganti notis macam mna pulak
Perlu bayar jumlah gaji untuk satu tempoh tersebut, contoh sebulan gaji.
Salam, saya berhenti 24jam apabila sudah cukup bulan dan saya masih belum lagi confirm di syarikat itu. Boleh ke dikenakan denda?
Dan majikan boleh hold gaji saya?
Pemberhentian 24 jam perlukan pekerja untuk membayar ganti rugi notis, perkara ini boleh dirujuk pada Akta Kerja 1955.
Sy seorang perkerja staff kontrak…dan kontrak sy tamat bulan 6/2024…dan sehingga kini (9/2024) sy masih belum sign kontrak baru…dan sy nekad untuk berhenti kerana company turunkn gaji basic atas alasan company ade problem pasal duit…bolehkah sy menghantar notis 24jam shj??
Jika sudah tamat kontrak maka anda sepatutnya sudah tidak bekerja melain jika akan menyambung kontrak. Jika masih dalam kontrak maka untuk berhenti 24 jam perlu hantar notis.
Adakah saya perlu membayar ganti rugi setelah notis 30 hari saya diterima?
Pembayaran notis ganti rugi adalah apabila pekerja ingin berhenti dengan segera (24 jam).
Tp offer letter sy tak terima dan dsitu tak ada perjanjian bertulis dan kontrak hitam putih
Dinasihatkan untuk membuat hitam putih apabila melibatkan kontrak kerja. Ini bagi mengelak sebarang masalah jika berlaku pertikaian yang boleh berlaku.
saya telah menghantar notis berhenti kerja selama 2 bulan, tetapi tiba -tiba saya perlu berhenti seminggu lebih awal daripada tarikh hari terakhir saya bekerja. adakah boleh saya hantar surat pemendekkan notis dan membayar pampasan selama seminggu itu. Atau saya terpaksa mengeluarkan notis berhenti 24 jam dan perlu membayar pampasan selama 2 bulan?
Akta Kerja 1955 menggariskan penetapan notis penamatan kontrak di mana mana-mana pihak boleh menghantar notis bagi menyatakan niat untuk berhenti. Bagi yang ingin berhenti segera, mana-mana pihak perlu membayar ganti rugi notis sebagai pembayaran notis penamatan kontrak.
Saya sudah bekerja 3tahun bulan 9 masuk tahun ke4..saya hendak menghantar notis 24jam kerana dpt offer kerja lain yang perlukan kemasukan segera.
Apakah tindakan majikan yang dikenakan oleh saya??
Pekerja yang ingin berhenti perlu menghantar notis penamatan kontrak mengikut tempoh yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955.
Apa akibat klau tak bayar pampasan dlm masa yg ditetapkan tu??
Akta Kerja 1955 menggariskan tempoh notis untuk penamatan kontrak. Di sini pihak yang ingin berhenti perlu lalui tempoh notis tersebut dan sekiranya ingin pemberhentian segera perlu membayar pampasan ganti rugi. Kegagalan mana-mana pihak untuk membayar pampasan boleh di bawah isu ke Jabatan Buruh.
saya bg notis 24 jam berhenti kerja,tp gaji saya majikan tidak buat bayaran gaji untuk berapa hari yg saya bekerja.boleh ke saya menuntut gaji saya?kalau tuan ckap perlu ikut aturan notis berapa lama berkhidmat,tp sedangkan company pun tak pernah update pengesahan kita waktu dalam perkhidmatan.boleh bantu sy dalm hal ini.
Untuk notis 24 jam, pekerja perlu membayar ganti rugi notis. Sekiranya pekerja gagal untuk membayar ganti rugi notis tersebut majikan boleh membuat potangan pada gaji. Jadi dinasihatkan untuk berbincang dengan HR dan majikan untuk mencapai penyelesaian yang praktikal.
perlukah majikan membayar gaji pekerja yang bekerja tidak lebih 5 hari dan menghantar notis perletakkan jawatan 24 jam?
Notis penamatan kontrak 24 jam memerlukan mana-mana pihak yang memberikannya menbayar ganti rugi notis.
Kalau bekerja tanpa kontrak hitam putih dan takde notis berapa lama perlu kerja pon still kena bayar gantirugi?
Sepatutnya memiliki hitam putih kerana akta perlukan majikan sediakan kontrak kerja kepada pekerja. Dan untuk yang tidak dinyatakan dalam kontrak, tempoh notis akan mengikut penetapan akta.
dalam offer letter ada pasal notice termination, dia tulis kat sana kalau nak berhenti kena bagi notis 24jam.
situasi saya sekarang saya baru kerja 2 hari dan saya nak bagi notis 24jam so gaji saya dibayar ke? and adakah saya perlu bayar ganti rugi?
Berdasarkan situasi, Tuan/Puan perlu membayar ganti rugi notis memandangkan ingin berhenti 24 jam. Sekirannya tidak membuat bayaran majikan boleh ambil dari gaji pekerja itu.
Hi. Nak Tanya. Boleh ke untuk majikan mahupun HR menahan surat pemberhentian kerja ?
Notis penamatan kontrak (atau notis berhenti kerja) adalah untuk menyatakan niat mana-mana pihak untuk tamatkan perkhidmatan, ia tidak memerlukan pengesahan oleh mana-mana pihak seperti majikan.
Saya majikan yang ingin meletakan jawatan seorang pekerja kerana selalu ambil cuti, kalau saya buat demikian, adakah saya perlu buat ganti rugi notis gaji satu Bulan kalau notis 24 jam, pekerja ni blm sign contract sebab masi dalam percubaan kerja 2 bulan
Akta Kerja menyatakan mana-mana pihak (sama ada majikan atau pekerja) yang berniat untuk berhenti boleh menghantar notis penamatan kepada pihak satu lagi. Jadi untuk pemberhentian segera (24 jam) ganti rugi adalah diperlukan.
Pekerja baru bekerja selama 3 hari dan telah meminta budi bicara majikan menerima notis 24jam nya, majikan terima alasan pekerja terbabit dan kini bekas pekerja terbabit meminta gajinya yang telah bekerja selama 3 hari tadi, adakah majikan perlu membayar gaji nya kerana telah menerima alasan pekerja itu sewaktu diskusi sebelumnya? Offer letter ada mencatit bahawa perlu beri 1 bulan notis untuk resign.
Di sini pemberhentian 24 jam perlu membayar ganti rugi notis. Sekiranya pekerja tidak membayar ganti rugi notis tersebut maka ia boleh ditolak daripada gaji 3 hari tersebut, jadi secara teknikalnya majikan tidak berhutang apa-apa dengan pekerja dan begitu juga sebaliknya.
Macam mana nak tahu berapa harga ganti rugi notis yg perlu dibayar jika saya hantar notis berhenti 24jam, dan dlm contract kene hantar notis berhenti 1 bln?
Pengiraan ganti rugi notis ini adalah tertakluk kepada tempoh notis, contohnya tempoh notis 4 minggu maka pekerja perlu membayar ganti rugi notis untuk tempoh 4 minggu tersebut. Jadi jika tempoh notis sebulan maka pekerja perlu membayar jumlah gaji sebulan untuk tempoh notis tersebut.
Jika notis sebulan telah dihantar pd 1/8/2024 dan berakhir pd 31/8/2024, tiba2 sy ingin berhenti awal 10 hari. Bermaksud hari terakhir kerja 21/8/2024. Adakah dibenarkn hantar notis 24jam pd 21/8/2024 dan perlu bayar majikan lebihan 10 hari tersebut?
Jika ada lebihan cuti tahunan dinasihatkan untuk gunakannya untuk tempoh 10 hari tersebut.
Salam , saya nak tanya saya baru bekerja Selamat 3 bulan Dan dalam masa yang sama TELAH mendapat tawaran kerja di tempat baru Dan saya belum sign offer letter lagi , untuk first step adakah saya perlu beri notis 1bulan atau notis 24 jam?
Perlu hantar notis. Hal ini kerana pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan dengan majikan perlu memaklumkan niat mereka melalui notis kepada majikan. Untuk pemberhentian segera perlu membayar ganti rugi notis.
kalau kontrak dah tamat dan tidak tandatangan kontrak baru dengan syarikat . adakah boleh berhenti serta merta atau perlu notis 1 bulan juga ?
Jika pekerja kontrak yang sudah tamat tempoh kontrak dan tiada niat sambung kontrak atau pembaharuinya boleh berhenti serta merta.
1- Sekiranya pekerja notis berhenti sebulan . tiba tiba majikan respon bagi notis 24jam . macam mana tu?
2- Adakah diberhentikan notis 24jam pekerja blh terus gaji?
Jika diberhentikan notis 24 jam maka majikan wajib membayar ganti rugi notis pula kepada pekerja.
Assalam. Saya nak tanya, kalau buat notis selain 4 minggu? Contohnya, 3 atau 2 minggu?
Boleh tetapi mesti ikut garis panduan minimun yang ditetapkan pada Akta Kerja iaitu 4 minggu untuk kurang 2 tahun, 6 minggu nuntuk 2 tahun tetapi kurang 5 tahun dan 8 minggu notis untuk 5 tahun.
Macam mana pula.
Pernah hantar surat resign 60 hari ,tetapi extend dalam 2 ke 3 bulan (minta extend hanya pda mulut,takda surat nk mengatakan utk extend),dan langsung jugak, company tidak memberi apa apa kontrak semasa , extend ,boleh ke berhenti notis 24 jam
Pemberhentian 24 jam perlukan ganti rugi notis. Untuk kes extend ini pula ia perlukan persetujuan pekerja. Jika pekerja dan majikan bersetuju ia tidak menjadi kesalahan.
Jika dalam kontrak boleh notis 24 jam, adakah perlu bayar ganti rugi? Dan juga adakah akan dapat gaji walaupun hanya 3 minggu berkerja.
Perlu ganti rugi notis. Gaji akan dibayar mengikut jumlah hari bekerja.
Pekerja ini telah menghantar notis berhenti 24jam pada majikan. Namun pekerja tersebut baru bekerja belum cukup 2 bulan. Surat perlantikan Jawa tan juga telah di tandatangani. Tetapi dalam surat tersebut tidak dinyatakan tempoh notis berhenti. Adakah pekerja tersebut perlu bayar ganti rugi kepada majikan/syarikat?
Perlu, notis pemberhentian 24 jam memerlukan ganti rugi notis. Jika dalam surat tiada nyatakan tempoh maka ia akan mengikut penetapan yang ada dalam Akta Kerja.
saya baru kerja tak sampai sebulan tapi dalam masa tersebut saya tak dapat surat perlantikan.. berapa lama notis perletakan jawatan saya.
Akta Kerja nyatakan jika tempoh notis tidak dinyatakan dalam kontrak kerja, maka ia akan mengikut penetapan seperti berikut:
4 minggu notis bagi perkhidmatan kurang daripada 2 tahun
6 minggu notis bagi perkhidmatan 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun
8 minggu notis bagi perkhidmatan lebih daripada 5 tahun
Dalam kes saya, pagi saya menandatangani kontrak 1 tahun, sebelah malam HR memberikan Surat Pemberhentian Kerja 24 jam kepada saya melalui aplikasi Whatsapp, dan mengatakan pemberhentian saya atas sebab yang tidak munasabah, dan amat tidak adil bagi saya. Sebab dinyatakan juga sangat tidak munasabah, kerana saya ada bukti kukuh berkenan sebab yang dimanipulasikan majikan. Rasa teraniaya, adakah saya layak mendapat pampasan baki kontrak saya itu atau sebaliknya?, mohon pencerahan.
Boleh buat aduan ke saluran betul seperti Jabatan Tenaga Kerja atau Jabatan Perhubungan Perusahaan.
assalamualaikum, sebagai majikan perlu ke bayar epf kepada staff yang memberi notis 24jam? contoh bulan 10 dia dtg kerja pada tarikh 29/10 dia bg notis 24 jam (kami gaji awal bulan, maksud gaji bulan 10 dpat 1/11) dan kami decide gaji bulan 10 kami tk byar kepada staff tetapi bagaimana bayaran epf utk gaji bulan 10?
Caruman KWSP adalah wajib untuk pekerja walaupun untuk tempoh notis 24 jam.
Pekerja A telah tidak hadir bekerja selama 3hari namun hadir bekerja pada hari ke 4. Pekerja A didapati telah bercuti 3hari tanpa sebab dan didapati Pekerja A telah menerima tawaran bekerja di tempat lain serta mula bekerja pada hari beliau tidak hadir. Pekerja A tidak memberitahu atau memberi notis berhenti kerja dan hanya memberitahu untuk bercuti tanpa gaji.
Pekerja A hadir bekerja semula pada hari ke-4 dan diberhentikan serta merta dengan 1 bulan salary in lieu akan diambil sebagai ganti rugi kepada syarikat kerana berhenti tanpa notis.
Berdasarkan situasi di atas menunjukkan Pekerja A telah melakukan kesalahan kerana bercuti 3hari tanpa sebab munasabah dan telah didapati menerima tawaran dan mula bekerja di syarikaf lain.
Namun Pekerja A telah kembali bekerja semula pada hari ke4 dan diberhetikan serta merta.
Pada pendapat tuan, adakah tindakan majikan tersebut tepat dan adakah majikan boleh mengambil gaji pekerja sebagai pampasan jika pekerja dikatakan berhenti tanpa notis?
Terima kasih tuan
Akta Kerja tetapkan jika pekerja gagal hadir 2 hari berturut-turut tanpa sebab maka majikan berhak untuk memberhentikan pekerja. Selain itu, berdasarkan situasi pekerja dilihat telah melanggar kontrak (bekerja dengan syarikat lain) jika dalam kontrak ada nyatakan klausa tidak membenarkan pekerja membuat kerja luar. Bagi ganti rugi notis pula, jika pekerja tidak membayarnya untuk berhenti 24jam maka majikan berhak untuk anggap gaji bulan tersebut sebagai ganti rugi notis.
Termasuk kwsp dan elaun serta claim?
Betul.
Boleh ke saya resign dalam tempoh 1 minggu, dalam surat offer letter hanya menyatakan tentang jika saya atau pihak syarikat berhentikan dalam tempoh 24jam, pihak yang mengluarkan notis perlu membayar ganti rugi 24jam itu kepada pihak lagi satu. Dan boleh ke saya mc dalam tempoh resign atas sbb sakit?
Ganti rugi notis perlu dibayar untuk sebarang pemberhentian yang tidak cukup tempoh notis. Untuk MC pula selagi pekerja belum tamat tempoh notis maka pekerja masih di bawah pengurusan syarikat.
Sekiranya pekerja resign dalam 24 jam. Dan tidak membayar ganti rugi notis. Apakah tindakan yang bakal kita terima sekiranya isu ini diadukan ke jabatan buruh?
Berkemungkinan pekerja ada dikenakan tindakan tetapi untuk mengelakkan salah faham lanjut adalah dinasihatkan untuk rujuk Jabatan Buruh untuk mendapatkan penerangan rasmi.
calon pekerja saya telah tandatangan surat tawaran dan kontrak bekerja. tetapi 5 hari sebelum tarikh mula kerja, dia text majikan memaklumkan dia tak boleh kerja. sebagai majikan, apa tindakan yang boleh saya buat?
Boleh mulakan semula proses hiring ya.
Assalamualaikum, saya nak tanya. Maaf sekiranya soalan ini agak panjang.
Saya dah hantar notis 1 bulan pada 20/11, kemudian pada 1/12 saya dapat Whatsapp daripada supervisor saya yang menyatakan HR dah terminate saya dengan menyatakan “esok tak perlu datang kerja, HR terminate ko tanpa gaji.” (Pada 1/12 saya mc)
Di sini ada situasi yang saya inginkan kepastian:
Sebelum saya hantar notis 1 bulan, saya ada berjumpa dengan supervisor saya untuk bincang perihal masalah kesihatan saya. Disebabkan saya perlu patuhi kontrak dimana untuk berhenti perlu notis 1 bulan, saya ingin berbincang dengan HR sekiranya saya boleh berhenti awal (24jam) sebab saya dah kurang fit untuk bekerja (saya bekerja dalam sektor F&B).
Disebabkan HR sentiasa tiada untuk saya berbincang akan hal ini, saya terus berikan notis 1 bulan (bermula 20/11).
Dalam tempoh 20/11 – 1/12 saya ada beberapa kali mc (mc saya serahkan kepada supervisor dan saya ada simpan salinan mc). Jadi pada tarikh 1/12, supervisor saya hantar mesej melalui Whatsapp yg menyatakan HR terminate saya dengan alasan saya sentiasa mc.
Soalan saya:
Adakah sebenarnya dalam kes ini majikan waive notis saya sebab saya beritahu hendak berhenti lebih awal? (tetapi tiada hitam putih secara bertulis dan HR terminate saya atas alasan selalu mc) Adakah HR menganggap saya selalu mc tu sebagai masalah disiplin dah dia boleh memberhentikan saya serta merta? Bolehkah saya menuntut pampasan ganti notis disebabkan HR berhentikan saya dalam 24 jam?
Saya mula bekerja pada 31/10. Tutup buku pada setiap 20hb, gaji dimasukkan pada 25hb. Dalam tempoh 25/11 – 1/12, gaji saya tidak dibayar (“HR terminate tanpa gaji”) dan bila saya lihat pada payslip saya, sehingga tarikh 25/11 sahaja gaji saya dibayar serta ada penolakan gaji untuk hari yang saya mc. Adakah tindakan ini betul dari pihak majikan? (Kerana tarikh 25/11 – 1/12 dah termasuk dalam kiraan gaji bulan 12) majikan juga nyatakan dalam payslip saya mula bekerja pada 1/11, bukannya 31/10. Macam mana saya nak buktikan perkara ini kerana punch card dalam simpanan majikan? Dari kiraan 31/10 – 20/11, tolak off day setiap selasa dan saya ada mc 1 hari pada 16/11, sepatutnya saya telah bekerja 18 hari, tetapi dalam payslip hanya nyatakan 16 hari bekerja. Adakah dalam tempoh probation tak layak dapat cuti sakit berbayar?
Saya baru bekerja 1 bulan dan tiada potongan kwsp. Majikan kata mereka hanya buat pemotongan selepas confirmation sahaja. Adakah tindakan ini betul?
Semasa hari pertama masuk kerja, pihak majikan tiada berikan kontrak perkhidmatan, cuma senarai polisi dan saya kena sign sekiranya bersetuju (dan disimpan oleh majikan sahaja) Adakah polisi ini boleh dianggap ‘kontrak perkhidmatan’? Supervisor saya mengatakan saya bukan pekerja tetap jadi mereka tidak berikan surat kontrak (sebab saya dalam tempoh probation).
Minta pencerahan, terima kasih.
Boleh cuba buat aduan ke JTK kerana banyak sangat masalah yang dilihat tidak mengikuti Akta Kerja ya.
Jika saya berenti kerja 24jam bulan 12 ni….gaji bulan 11 pun kena tahan dengan majikan…..nak buat macam mana
Jika terdapat cukai yang belum diselesaikan majikan boleh menahan gaji pekerja, dan untuk pemberhantian 24 jam kena ada ganti rugi notis ya.
Jika kita baru berkerja belum menerima wang company ada kah kita perlu bayar?
Untuk notis berhenti kerja perlu bayar ganti rugi notis, dan jika tidak dibayar majikan boleh ambil daripada gaji ya.
Saya pekerja kontrak (6 bulan) tetapi baru saja berkhidmat 2 bulan dan ingin menghantar notis 24jam kepada majikan. adakah saya perlu membayar ganti rugi notis untuk 4 bulan itu.
Harap dapat nasihat.
Ya, kerana notis 24 jam adalah perlu dibayar ganti rugi. Bagi jumlah notis adalah dinasihatkan untuk rujuk kontrak kerja pekerja ya.
Salam,
Jika pekerja masih dalam status percubaan dan terang-terang dalam surat tawaran ada menyatakan tentang berapa lama notis perlu diberikan dari satu pihak kepada pihak yang lain dalam tempoh percubaan yang mana majikan telah pun memberi notis pemberhentian kerja kepada pekerja mengikut terma serta syarat tetapi si pekerja tiba-tiba menghantar pula notis berhenti kerja 24 jam kepada majikan, bagaimana kiraan ganti rugi?
Pekerja perlu bayar ganti rugi notis kepada majikan mengikut persetujuan yang ditetapkan dalam kontrak kerja.
Hye. Saya telah hantar notis 24 jam. . Jika saya hantar notis, saya kena bayar ganti rugi notis tu . . Tapi majikan saya tak bayar gaji saya . . Sebelum sy masuk kerja, saya tidak menerima sebarang offer letter, hanya isi borang maklumat diri sahaja . Tidak dinyatakan berkenaan notis perletakan jawatan . Majikan saya memaksa saya bekerja juga, dia tak terima notis perletakan jawatan 24 jan tersebut. Adakah itu salah ?
Notis berhenti kerja tidak perlu pengesahan daripada majikan. Selain itu, notis 24 jam memerlukan pekerja membayar ganti rugi notis. Jika pekerja gagal bayar ganti rugi notis kepada majikan, maka majikan berhak menolaknya daripada gaji pekerja itu.
Hi, saya nak tanya, kalau saya sudah hantar resignation letter pada 10 January dan sepatutnya berakhir pada 9 February.
Namun syarikat baru yang saya sudah sign agreement, berniat untuk mempercepatkan proses buy-out atas saya. Mereka sanggup bayar untuk saya keluar segera dan masuk company baru.
Saya dah tanya pada HR yang saya masih kerja ini, untuk selesaikan apa2 bayaran untuk mempercepatkan proses termination saya, akan tetapi sehingga kini tiada jawaban.
Adakah saya patut menghantar notis 24jam dan biar HR company baru menyelesaikan proses termination saya?
Untuk notis 24 jam memerlukan pembayaran ganti rugi notis. Jika syarikat baru sanggup menanggung pembayaran notis 24 jam tersebut ia adalah dibenarkan.
Kalau kita tidak sign apa² kontrak dan kita hantar notis berhenti kerja 24jam adakah akan dikenakan tindakan ,dan company tidak mahu bayar gaji kita apakah yang patut kita lakukan
Untuk pemberhentian 24 jam perlukan ganti rugi notis, jika pekerja tidak bayar ganti rugi notis majikan boleh ambilnya daripada gaji pekerja. Seeloknya pekerja tandatangan kontrak bagi mengelakkan sebarang masalah di masa depan.
majikan dah beri notis sebulan utk penutupan operasi kedai. sy dapat kerja degn kemasukan segera, perlu ke sy bayar ganti rugi untuk notis berhenti 24jam sebab sy hanya pekerja parttime yg bekerja isnin-rabu shj. sy letak notis hari jumaat.
Perlu. Jika dalam kontrak telah dinyatakan notis berhenti maka pekerja perlu berikan notis 24 jam dan bayar ganti rugi notis tersebut.
jika tiada kontrak kerja saya hantar notis 24 jam . selain itu pekerja yang lain naik gaji saya masih 1200? apa yg perlu saya lakukan ?
Boleh dapatkan penerangan lanjut mengenai situasi ini?
Saya dipaksa sign notis berhenti kerja yg menuliskan seolah2 saya yg minta untk berhenti kerja.
Tp saya tiada bukti sms or percakapan violent yg dilakukan.
Boleh dapatkan penerangan lanjut mengenai situasi ini?
Macam mana pula kalau majikan yang beri notis 24 jam kepada pkerja dan hold gaji pekerja ? majikan saya kata untuk release gaji perlu ikut prosedur syarikat dgn tt dokumen penamatan .. soalan ,perlu ke saya tt dokumen penamatan untuk dapatkan gaji saya ? Dan boleh ke majikan hold gaji pkerja?
Majikan menahan gaji pekerja mungkin untuk membuat semakan sekirannya ada sebarang potongan tidak lengkap. Jika tiada sebarang masalah majikan tidak boleh menahan gaji terakhir pekerja sesuka hati.
Saya ada sedikit pertanyaan :
Jika saya sudah bekerja selama 6th di syarikat yg sama, dan didalam appointment letter stated jika berhenti kerja perlu menghantar notis 1 bulan. Namun jika saya berhenti dengan menghantar notis 24jam, saya perlu membayar ganti rugi pada syarikat bersamaan dengan 1 bulan gaji.
Bagaimana pengiraannya andai :
a) contoh : saya hantar notis 24 jam pada hari terakhir pengiraan gaji (contoh 30hb dan gaji pada 2hb), perlukah saya membayar 1 bulan gaji atau tidak, tapi saya memberitahu syarikat untuk tidak membayar gaji saya pada bulan terakhir tersebut?)
b) jika saya memberi notis 24jam, saya perlu membayar semula kepada syarikat bersamaan 1 bulan gaji, adakah pengiraannya perlu saya tolak cuti yg terkumpul, contoh gaji 1 bulan (pengiraannya 26hari waktu bekerja) dan saya mempunyai 10 hari cuti, adakah perlu saya byr semula kepada syarikat base on 26 days atau 16 hari (setelah tolak 10 hari cuti)
sekian
a) majikan boleh anggap pembayaran ganti rugi notis (berhenti 24 jam) daripada gaji pekerja jika ada persetujuan bersama.
b) jika pekerja masih ada baki cuti tahunan maka majikan wajib membayar cuti tersebut.
saya nak tanya , mohon jawab dengan segera sebab saya betul betul buntu dah takut
saya bekerja dekat kantin ni . saya tidak dapat offer letter and tak sign kontrak apa apa . dan takde surat menyatakan kena bagi notis pun kalau nak berhenti . saya baru bekerja 4 hari dan saya mahu berhenti . Tapi majikan kata saya kena bagi notis surat resign 1 bulan . Kalau tak dia nak saman saya . Apa boleh saya lakukan ? Betul ke tindakan majikan untuk saman atau dia saja untuk mengugut ?
Sepatutnya perlu ada kontrak hitam putih. Tapi dalam Akta Kerja ada mengatakan jika tiada penetapan dalam kontrak maka ia perlu ikut peraturan dalam Akta Kerja, dalam kes ini memandangkan pekerja bekerja kurang 2 tahun perlu beri notis 4 minggu. Bagi yang ingin berhenti 24 jam perlu beri notis dan bayar ganti rugi notis.
Majikan ada hak ke nak reject kalau company baru saya nak buy out saya? Majikan sekarang paksa untuk kerja full 2 bulan notis sedangkan company baru kata nak buy out.
Sepatutnya tidak kerana jika ingin pemberhentian segera maka pekerja perlu bayar ganti rugi notis, dalam kes ini adalah bayaran buy out tersebut.
nak tanya.. klau offer letter tu xda ckp tpoh berhenti..kta bgi surat 24h resign.. boleh x? majikan boleh paksa kta kerja sehingga 1 bulan..dia ugut nak denda byr 1bln gaji klau bhnti 24h?
Jika ingin berhenti 24 jam perlu bayar ganti rugi notis. Jika pekerja gagal bayar ganti rugi notis tersebut maka majikan boleh ambil daripada gaji pekerja. Selain itu, walaupun dalam kontrak tidak menyatakan tmepoh notis, ia secara automatik akan ikut penetapan Akta Kerja.