Sesetengah syarikat mungkin mengamalkan jadual kerja syif (shift) kerana memerlukan tugasan kerja yang berterusan. Ia bukan perkara baru lebih-lebih lagi dalam perkhidmatan khidmat pelanggan, perhotelan atau industri yang bekerja 24/7.
Tetapi tahukah anda bahawa pekerja shift turut sama dilindungi oleh Akta Kerja 1955? Artikel kali ini akan menerangkan tentang hak-hak pekerja shift di Malaysia dan beberapa fakta menarik tentang jadual kerja terterusan ini.
Definisi Kerja Shift
Kerja shift adalah jadual kerja berterusan dan perlu dilakukan secara bergilir-gilir dengan sekumpulan pekerja di waktu berbeza-beza. Ia berlainan dengan jadual kerja tradisional, selalunya dikenali sebagai 9-to-5, kerana jadual kerja shift ini memerlukan gerak kerja berterusan.
Selalunya, jadual kerja shift ini terbahagi kepada beberapa waktu antaranya adalah
- Syif Pagi (Morning Shift) – waktu bekerja dari pagi sampai ke petang contohnya dari pukul 8 pagi sehingga 4 petang.
- Syif Petang (Evening Shift) – waktu bekerja dari petang sampai ke malam contohnya dari pukul 4 petang sehingga 12 malam.
- Syif Malam (Night Shift) – waktu bekerja dari malam sampai ke hari pagi keesokannya seperti dari pukul 12 malam sehingga 8 pagi esok hari.
- Syif Hujung Minggu (Weekend Shift) – waktu bekerja pada hujung minggu sahaja contohnya pada hari Sabtu dan Ahad.
- Syif Tetap (Fixed Shift) – waktu bekerja yang tetap dan tidak berubah-ubah contohnya dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang.
- Syif Bulanan (Rotating Shift) – waktu bekerja yang tetap tetapi berubah pada kadar mingguan atau bulanan contohnya minggu ini kerja syif pagi kemudian minggu depan syif malam.
- Syif Tidak Tentu (On-call Shift) – waktu bekerja yang tidak tetap dan menunggu panggilan contohnya dipanggil bekerja untuk 3 hari sahaja seminggu dan sebagainya.
Kenapa Kerja Shift Diwujudkan?
Seperti dinyatakan atas jadual kerja shift ini diwujudkan untuk tujuan menampung keperluan bekerja terterusan. Sesetengah bentuk perniagaan mungkin memerlukan perkhidmatan berterusan seperti khidmat pelanggan 24 jam.
Oleh itu, jadual kerja shift ini diwujudkan untuk kepentingan perniagaan. Akan tetapi perlu difahamkan bahawa sungguhpun jadual kerja shift ini membolehkan majikan meminta pekerja bekerja pada waktu malam misalnya, tetapi ia tidak boleh melebihi waktu bekerja dibenarkan seperti 8 jam sehari dan lebihan waktu perlu dibayar overtime (OT).
Adakah Akta Kerja 1955 Membenarkan Kerja Shift?
Jawapannya adalah ‘YA’ Akta Kerja 1955 membenarkan kerja shift di Malaysia. Pada Bahagian 12, Seksyen 60C ada menggariskan penetapan berkaitan kerja shift ini. Ringkasan seksyen tersebut adalah seperti di bawah,
- Walau apa pun perenggan 60A(1)(b), (c) dan (d) tetapi tertakluk kepada perenggan (1)(a) di dalamnya, seseorang pekerja yang terlibat di bawah kontrak perkhidmatan dalam kerja syif boleh dikehendaki oleh majikannya supaya bekerja lebih daripada 8 jam dalam mana-mana satu hari atau lebih daripada 45 jam dalam mana-mana satu minggu tetapi purata bilangan jam bekerja dalam mana-mana tempoh, atau apa-apa tempoh melebihi 3 minggu sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, hendaklah tidak melebihi 45 jam seminggu
Berdasarkan penetapan tersebut jelas bahawa Akta Kerja membenarkan majikan untuk mengamalkan jadual kerja shift di Malaysia. Dan pekerja shift juga dibenarkan untuk bekerja melebihi tempoh waktu bekerja yang ditetapkan, namun dengan syarat mendapat kelulusan Ketua Pengarah.
Adakah pekerja shift layak dapat OT dan elaun?
Sama sahaja seperti pekerja lain, mereka yang memasuki kontrak kerja dengan perkhidmatan secara sah dengan majikan layak untuk menerima semua faedah seperti gaji, caruman, pembayaran OT dan menerima elaun.
Untuk elaun ini ia bergantung juga kepada polisi sesebuah syarikat, di mana ada sesetengah memberikan elaun bekerja syif malam bagi pekerja yang bekerja pada waktu malam dan ada yang tidak. Dinasihatkan untuk anda rujuk semua kontrak kerja dan polisi syarikat bagi perihal elaun ini.
Dalam pada itu, andai pekerja shift diminata untuk membuat tambahan kerja melebihi masa maka mereka juga layak untuk mendapatkan bayaran OT. Kadar pembayaran OT ini adalah sama seperti kadar pembayaran biasa.
Urusan Jadual Kerja Shift Jadi Lebih Mudah Dengan MySyarikat!
Kesimpulannya, pekerja shift memilik hak yang sama dengan pekerja lain. Dari segi pembayaran gaji sehingga ke caruman-caruman wajib seperti KWSP, PERKESO dan SIP. Majikan dan pekerja perlu peka terhadap peraturan melibatkan kerja shift ini.
Dalam pada itu, anda boleh selaraskan jadual kerja shift kualiti di tempat kerja anda dengan MySyarikat! Sistem MySyarikat dapat membantu meningkatkan pengalaman bekerja dengan penawaran pelbagai fungsi untuk kelancaran gerak kerja dan jadual kerja shift.
Selain itu, MySyarikat turut menawarkan segala fungsi lain yang dapat membantu majikan dan pegawai HR seperti pengurusan payroll, pengurusan cuti dan tuntutan, pengurusan kehadiran, pengurusan KPI dan banyak lagi! Paling best segala fungsi-fungsi ini boleh bantu anda untuk selaraskan gerak kerja dengan penetapan Akta Kerja 1955.
Dengan MySyarikat pengurusan syarikat anda akan menjadi lebih lancar dan efisien. Rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software terbaik di Malaysia – MySyarikat sekarang!
Klik BOOK DEMO untuk tetapkan temujanji demo sistem secara percuma!