Skip to main content

Sebenarnya, MySyarikat sudah beberapa kali kongsikan artikel tentang waktu cuti sebelum ini. Banyak aspek disentuh dari jenis cuti yang berhak untuk pekerja sehingga hari cuti umum yang syarikat wajib berikan kepada pekerja.

Tetapi masih ramai lagi yang kurang faham tentang waktu cuti ini, terutamanya majikan. Oleh itu, artikel kali ini akan membincangkan tempoh waktu kerja dan keperluan majikan untuk beri pekerja rehat.

Peraturan Kerja Malaysia

Sudah terang lagi bersuluh yang majikan tidak boleh ganggu pekerja pada hari cuti tidak kira semasa cuti tahunan atau ketika hari cuti umum, tetapi ada sesetangah majikan mengganggu pula waktu rehat pekerja.

Untuk membincangkan waktu rehat, kita perlu rujuk semula penetapan yang ada dalam perundangan kerja Malaysia iaitu Akta Kerja 1955. Perihal tentang waktu kerja dan penetapan tempoh kerja boleh dirujuk pada Seksyen 60A.

Pada Seksyen 60A (9), waktu-waktu kerja adalah jangka masa di mana pekerja berada di bawah kegunaan majikan dan pekerja tidak bebas untuk menggunakan masanya dan pergerakannya sendiri.

Harap jangan disalah ertikan, makna disebalik ayat tersebut adalah pekerja tidak boleh sesuka hati melakukan aktiviti peribadi dalam waktu kerja. Pekerja berada di bawah tanggungjawab tugasan syarikat.

Ini juga membawa maksud pekerja tidak boleh keluar daripada kawasan tempat kerja tanpa kebenaran dan tidak boleh keluar atau masuk sesuka hati.

Tempoh waktu kerja ditetapkan syarikat dengan kebiasaan dari jam 9 pagi sehingga jam 5 petang. Tetapi ia berdasarkan polisi syarikat di mana ada yang tetapkan dari jam 10 pagi ke 6 petang atau 8.30 pagi ke 5.30 petang.

Syarat bagi tempoh waktu kerja ini pula telah ditetapkan dalam Akta Kerja dengan seorang pekerja tidak boleh diarahkan bekerja,

  • Lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa tempoh kelapangan tidak kurang daripada jangka masa 30 minit
  • Lebih daripada 8 jam dalam satu hari
  • Melebihi tempoh masa 10 jam dalam satu hari
  • Lebih daripada 45 jam dalam satu minggu

Andai majikan meminta pekerja untuk bekerja melebihi penetapan tersebut, maka pekerja itu layak untuk menerima bayaran tambahan kerja lebih masa (overtime atau OT).

Majikan Ganggu Waktu Rehat Pekerja

Berdasarkan apa yang dibentangkan, jelas bahawa majikan tidak boleh ganggu waktu rehat pekerja. Hal ini kerana waktu rehat adalah hak pekerja seperti yang dinyatakan tidak lebih 5 jam tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit.

Ini bermakna pada waktu rehat pekerja boleh menggunakan masa untuk bebas bergerak sendiri, keluar masuk kawasan tempat kerja. Ia juga bermaksud pekerja tidak bertanggungjawab terhadap syarikat.

Jadinya majikan tidak boleh untuk mengganggu waktu rehat pekerja seperti mana majikan tidak boleh menganggu pekerja ketika waktu cuti umum atau waktu cuti tahunan.

Namun, seksyen sama (iii) menerangkan pekerja yang terlibat dengan kerja berterusan yang memerlukan perhatian boleh bekerja selama 5 jam tanpa rehat 30 minit dengan syarat pekerja mempunyai tempoh masa tidak kurang 45 minit untuk makan.

Dalam bahasa mudah jika pekerja bekerja di bahagian yang memerlukan perhatian berterusan contohnya operator mesin, majikan boleh minta pekerja untuk bekerja tetapi dengan syarat masih beri masa untuk makan.

Hak Pekerja Dapat Waktu Rehat

Seperti yang dinyatakan pada Seksyen 59 (Hari Rehat), Seksyen 60 (Kerja pada Hari Rehat) dan Seksyen 60 A (Waktu Kerja) majikan wajib beri waktu serta hari rehat kepada pekerja tanpa mengira sektor pekerjaan.

Hanya pada situasi tertentu seperti pekerja terlibat dalam kerja yang memerlukan perhatian berterusan atau bersambung sahaja yang membolehkan majikan minta pekerja bekerja 8 jam sehari tanpa 30 minit rehat.

Oleh itu, penting untuk majikan faham bahawa lunchtime adalah waktu rehat pekerja dan pekerja berhak untuk tidak menjawab panggilan, emel atau tugasan berkaitan kerja kecuali ada berlaku kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

Majikan juga perlu faham serta hormati kepentingan waktu rehat dalam memastikan kesejahteraan dan produktiviti kerja pekerja terjamin, kerana kesihatan pekerja yang baik boleh beri manfaat jangka panjang kepada syarikat.

77 Comments

  • Dayana Maisarah says:

    Jika waktu bekerja 8am- 10pm. Tapi diarahkan untuk hadirkan 30 minit awal atas alasan wajib siapkan kerja sebelum waktu operasi. Tapi tidak dibayar ot. Adakah pekerja berhak membantah ?

    • Zahin Byond says:

      Tempoh waktu bekerja telah ditetapkan dalam Akta Kerja 1955, di sini pekerja dan majikan perlu patuhinya.

  • Syed khadizan says:

    Jika bekerja berterusan selama 8 hari dan pd hari ke 9 baru diberi offday bagaimane?

    • Zahin Byond says:

      Tempoh waktu kerja telah ditetapkan dalam Akta Kerja 1955 di mana pekerja berhak mendapatkan waktu rehat sekurang-kurangnya 30 minit selepas 5 jam bekerja. Selain itu, tempoh waktu bekerja seminggu yang dibenarkan adalah 45 jam dan mengikut penetapan Akta Kerja juga pekerja berhak mendapat 1 hari rehat (off day) dalam seminggu.

      • Danelo says:

        Jadual waktu berkerja syarikat tempat saya berkerja bermula jam 8 pagi-jam 6 petang, dari hari isnin sehingga hari sabtu, dan hanya rehat 1 jam time makan setiap hari, tanpa sebarang overtime, Apakah ini tidak menjadi satu kesalahan kpd syarikat, atau ada akta lain yg membenarkan syarikat berbuat demikian,..Mohon penjelasan,..

        • Zahin Byond says:

          Ikut Akta Kerja 1955 waktu bekerja mesti tidak lebih 8 jam sehari, waktu rehat sekurang-kurangnya 30 minit selepas 5 jam bekerja dan tidak melebihi 45 jam seminggu. Untuk kes seperti ini adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan majikan atau membuat aduan ke saluran yang betul.

  • Fazlee says:

    Jika company buat aktiviti seperti team building atau annual dinner di luar waktu kerja (offday/restday) pekerja, dan mewajibkan kehadiran, adakah pekerja perlu di bayar OT atau time off?

    • Zahin Byond says:

      Bayaran overtime (OT) adalah apabila majikan meminta pekerja membuat tugasan kerja melebihi tempoh waktu bekerja normal. Kata kuncinya adalah ‘tugasan kerja’ jadi sebarang aktiviti di luar waktu kerja adalah tertakluk kepada budi bicara dan polisi syarikat.

  • Izwan says:

    Saya bekerja isnin hingga sabtu. Dalam offer letter sabtu kerja hingga jam 1pm. Tetapi majikan menyuruh untuk bekerja sampai jam 6 pada hari sabtu. Overtime tidak dibayar untuk hari sabtu tersebut. Adakah saya boleh untuk membuat laporan?

    • Zahin Byond says:

      Tempoh waktu kerja ditetapkan adalah tidak melebihi 45 jam seminggu. Ini termasuk jika pekerja bekerja pada hari Sabtu, jadi jika tempoh waktu bekerja masih tidak melebihi penetapan, maka majikan boleh untuk meminta pekerja bekerja.

  • Fatin says:

    Kalau staff dah balik, majikan masih contact mengenai kerja,.staff perlu respon atau tidak?

    • Zahin Byond says:

      Tempoh waktu bekerja yang ditetapkan telah dinyatakan dalam Akta Kerja 1955, di sini majikan dan pekerja perlu cerna peraturan yang ditetapkan. Di luar waktu kerja pekerja boleh memilih untuk menjawab atau tidak urusan kerja, tetapi jika urusan segera tidak menjadi kesalahan untuk majikan meminta pekerja untuk melakukannya.

  • Dhia says:

    sy diminta berkerja sabtu dan ahad, dan tiada bayaran OT hanya replacement leave. Adakah saya boleh untuk membuat laporan?

    • Zahin Byond says:

      Tempoh waktu bekerja yang ditetapkan telah dinyatakan dalam Akta Kerja 1955, di sini majikan dan pekerja perlu cerna peraturan yang ditetapkan. Bagi yang bekerja terlebih waktu, majikan perlu membayar bayaran kerja lebih masa atau menggantikan hari cuti tersebut pada hari lain (leave in lieu).

  • Ira says:

    saya bekerja shift 8jam sehari. jika habis shift atau sebelum mulakan shift majikan minta untuk Overtime (cover staff yang tak hadir) adakah perlu untuk rehat 30minit dahulu sebelum mulakan shift atau overtime?

    • Zahin Byond says:

      Di dalam Akta Kerja ada menggariskan hak pekerja untuk mendapat rehat sekurang-kurangnya 30 minit selepas bekerja 5 jam berturut-turut.

  • Azim says:

    Majikan boleh ke menggangu waktu lunchtime perkerja tanpa memberikan kebebasan untuk keluar daripada kilang dan diarah sentiasa berada diruang rehat pekerja pada masa lunctime?

    • Zahin Byond says:

      Dalam Akta Kerja ada menggariskan hak pekerja untuk mendapat rehat sekurang-kurangnya 30 minit selepas bekerja 5 jam berturut-turut. Dalam tempoh waktu 30 minit tersebut pekerja bebas untuk menggunakan masa mereka tetapi jika diperlukan majikan boleh meminta pekerja untuk melakukan tugasan tetapi perlu diberikan ganti kepada masa rehat tersebut kembali.

      • Siti says:

        Gaji saya rm2500.majikan tidak membayar sebarang ot. Jika sy terpaksa bekerja lebih masa saya cuma diberi ganti hari atau masa. Sebagai contoh jika hari ini saya ot 2 jam, esok saya boleh masuk lewat 2 jam. Jika saya bekerja hari ahad saya cuma diberi cuti ganti pada isnin. Boleh ke begini

        • Zahin Byond says:

          Overtime (OT) adalah berdasarkan persetujuan diantara pekerja dan majikan untuk membuat kerja tambahan selepas tempoh waktu bekerja yang ditetapkan Akta Kerja 1955. Untuk kes menggantikan OT dengan cuti adalah tertakluk kepada polisi syarikat dan persetujuan bersama antara pekerja dan majikan.

  • linda says:

    waktu kerja normal dari jam 8 hingg 5 ptg
    overtime dari pukul 5 ptg hingga 10 malam.
    adakah majikan wajib memberikan 1 jam rehat dalam tempoh overtime ini?

    • Zahin Byond says:

      Mengikut penetapan Akta Kerja 1955, dalam tempoh bekerja 5 jam perlu diberikan rehat sekurang-kurangnya 30 minit. Selain itu, tempoh bekerja seminggu mesti tidak melebihi 45 jam.

  • Ifa says:

    Bagaimana dengan staff sayang bekerja mengikut shift? Dia bekerja dari jam 11 malam hingga 7 pagi dan hari seterusnya dari jam 8 pagi sampai jam 5 petang. Adakah itu diboleh kan? Bagaimana dengan pekerja yang tinggal jau? Masa untuk sejam pulang kerumah tidak cukup?

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja 1955 ada menetapkan tentang bekerja shift. Setiap syarikat memiliki polisi tersendiri apabila melibatkan shift lebih-lebih lagi bagi shift berterusan yang memerlukan pekerja untuk bertukar-tukar tanpa menghentikan tugasan tersebut. Di nasihatkan untuk rujuk semula polisi syarikat.

  • Hadi says:

    Jika saya bekerja syif 12 jam sehari, 15 hari bekerja dalam sebulan, jam bekerja sudah melebihi 104 jam. Jadi bagaimana dengan lebihan 76 jam itu? Boleh claim ot atau bagaimana?

  • Nabilla says:

    Hi kalau staff shift OT from 8 malam to 8 pagi berapa jam total OT, 11 ke 10?

  • man says:

    jika berkerja 12jam dan ada waktu rehat selama sejam… dan waktu rehat selama sejam ini tidak dikira..

    • Zahin Byond says:

      Jika diikut pada Akta Kerja 1955, waktu rehat tidak di kira dalam waktu kerja kerana pekerja layak untuk menerima waktu rehat sekurang-kurangnya 30 minit selepas 5 jam bekerja.

  • Diana says:

    Saya kerja sbgi invoicing,,jadi kena ambik order, dn bw hp opis balik rmh utk tgok,,adakah itu di kira mngganggu saya,,bagi pendapat adakah patut atau tidak

    • Zahin Byond says:

      Bergantung kepada polisi syarikat sebarang aset yang diberikan merupakan tanggungjawab pekerja yang perlu dijaga ini termasuk kereta atau laptop.

  • najib says:

    adakah salah seorang penyelia membuat jadual seperti contoh seorang pekerja yang bekerja pada pukul 3pm sehingga 11pm dan keesokan harinya pekerja tersebut perlu bekerja pada shift pagi iaitu pada jam 7am sehingga 3pm?

    • Zahin Byond says:

      Ia bergantung kepada polisi syarikat. Dinasihatkan untuk berbincang dengan majikan untuk tetapkan jadual kerja shift tersebut.

  • Nissaa says:

    Assalamualaikum, saya Warded di hospital Selamat 4 Hari. Saya dh inform SV saya. Tapi mereka hold gaji saya Sebab saya Warded. Perkara ni betul ke Salah ye ? Maaf saya xtau.

  • Mohd Ridzuan bin Parikhan says:

    Saya bekerja 7.30 pagi hingga 3.30 ptang dengan rehat satu jam jam rehat..adakah sy dikira bekerja 7 jam ataupun 8 jam sehari..

    Adakah waktu rehat 1 jam itu harus ditolak untuk kiraan mingguan 45 jam

    • Zahin Byond says:

      Dari 7.30 hingga 3.30 adalah 7 jam. Tempoh waktu rehat mesti diberikan kerana dalam Akta Kerja ada menyatakan majikan perlu beri waktu rehat sekurang-kurang 30 selepas 5 jam bekerja.

  • Zainab says:

    Saya di paksa OT dan OT saya diganti dengan replacement leave. 4 jam diganti dengan halfday. Jika saya hanya dipaksa buat 3 jam saja. Maksudnya tiada bayaran apa2 untuk saya or replacement leave. Boleh tak buat aduan ?

    • Zahin Byond says:

      Pembayaran OT adalah wajib dibayar jika lakukan kerja diluar waktu kerja yang ditetapkan. Berkaitan replacement leave, seeloknya berbincang dengan HR dan rujuk semula polisi syarikat.

  • Rosli says:

    Saya penjawat awam bekerja dari jam 8am-5pm. sy tidak bersetuju untuk kerja lebih masa(OT) kerana ingin bersama keluarga terutama sabtu ahad. Apakah peraturan yg patut dimaklumkan kpd majikan?krn majikan jenis paksa kerja..

    • Zahin Byond says:

      Untuk pekerja sektor awam adalah dinasihatkan untuk rujuka semula dengan majikan dan polisi yang diamalkan kerajaan.

  • shasha says:

    jika pekerja diminta join event (buat sales) , luar dari scope kerja asal (contoh production), bagaimana kiraan gaji mereka? jika gaji sehari rm100, adakah majikan wajib untuk beri elaun luar, contoh tambahan rm100 lagi untuk gaji sehari tu? please advice. tq.

    • Zahin Byond says:

      Dinasihatkan untuk berbincang dengan HR berkaitan scope kerja dan pembayaran di atas kerja yang dilakukan. Pekerja boleh menolak untuk tidak melakukan kerja di luar scope kerja mereka berdasarkan offer yang ditandatangani sewaktu mula bekerja. Seeloknya duduk berbincang dengan HR atau majikan terlebih dahulu.

  • Nurul says:

    Klau syarikat hanya ada pekerja wanita sahaja sekarang dan pekerja wanita tu perlu bekerja untuk shift malam hingga pagi, syarikat perlu memohon permit kan? Macam mana nak tahu bahawa syarikat tu ada permit atau tak?

    • Zahin Byond says:

      Di bawah Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 terbaharu majikan kini tidak perlu lagi mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah untuk menggajikan pekerja wanita yang bekerja antara 10 malam sehingga 5 pagi. Jadi di sini majikan dan pekerja perlu mencapai persetujuan bersama untuk bekerja syif malam bagi pekerja wanita.

  • Abdul Zaki says:

    Kalau pekerja alam tempoh tender dan hari terakhir bekerja tidak cukup seminggu, adakah pekerja layak dapat cuti rehat?

    • Zahin Byond says:

      Boleh rujuka semula polisi perletakan jawatan syarikat. Tarikh akhir adalah berdasarkan notis, jika tarikh akhir bekerja sebelum pada cuti rehat, tiada cuti rehat akan diberikan kerana telah tamat tempoh bekerja.

      • flavish says:

        Jika supervisor mengarah staff balik 1 jam awal, adakah ianya boleh mengakibatkan staff bawahan ditolak gaji. Atau dibuang kerja?

        • Zahin Byond says:

          Untuk kes seperti ini tiada sebarang potongan gaji atau pembuangan boleh berlaku kerana arahan tersebut dikeluarkan oleh majikan.

  • Nur says:

    Saya bekerja 54 jam seminggu. Iaitu 6 hari bekerja dan 9 jam sehari. Sebelum bekerja majikan ada maklumkan 1 jam lebihan sehari itu itu dikira OT. Bermakna Normal waktu saya bekerja seminggu adalah 48 jam dan OT seminggu 6 jam dan diwajibkan OT. Waktu OT saya dibayar cuma dengan kadar 1.0. Adakah ini mematuhi Akta Buruh? Saya hargai jasa Tuan untuk kongsi penerangan.

    • Zahin Byond says:

      Benar, Akta Kerja membenarkan waktu bekerja seminggu kurang 45 jam dan bekerja melebihi waktu majikan perlu membayar OT. Dan mengikut kadar pengiraan OT ia adalah 1.0 untuk hari biasa sementara untuk hari rehat 2.0 dan pada hari cuti umum adalah 3.0.

  • aidil says:

    hi ,

    working hours saya
    8:30am – 6:30pm(weekdays)
    8:30am – 5:30pm ( saturday)
    sunday ( off )
    Rest 1hours

    Total saya bekerja adalah 53hours.

    adakah layak untuk claim OT untuk hari sabtu tu sebab dah lebih 45hours?

    • Zahin Byond says:

      Ye boleh kerana penetapan Akta Kerja adalah kurang 45 jam seminggu dan sebarang kerja lebih masa perlu dibayar OT.

      • bella says:

        saya berkerja 54jam seminggu, tapi tidak diberikan bayaran ot,boss mengatakan itu tidak dikire ot mcm mna yaa

        • Zahin Byond says:

          Untuk sebarang penindasan terhadap pekerja seperti pemecatan tidak adil atau tidak membayar OT adalah dinasihatkan untuk membuat aduan ke saluran yang betul misalnya Jabatan Tenaga Kerja.

  • HANZ says:

    saya bekerja start dari pukul 8.30 pagi sampai 5.30 petang ( sabtu hingga khamis)..
    sepatutnya 8.30 pagi sampai 5.00 petang
    sudah lebih dari 30 minit yang kerajaan wartakan.

    adakah company kena bayar lebihan masa 30 minit itu??

    • Zahin Byond says:

      Kerja lebih masa memang perlu dibayar dibayar OT. Tetapi untuk kes ini jam bekerja dari 8.30am-5.30pm adalah 9 jam dengan kemungkinan rehat 1 jam, jadi waktu bekerja ini adalah mengikut penetapan Akta Kerja iaitu tidak lebih 8 jam sehari.

  • nabilah says:

    sekiranya company start kerja 8.30 pagi – 6.15 ptg & company memberi rehat selama 45 minit sahaja sekali dengan solat zuhur, adakah ianya relevan? boleh tak jelaskan? pekerja juga tidak dibenarkan solat asar kerana tidak mahu menganggu waktu kerja.. terima kasih..

    • Zahin Byond says:

      Tempoh waktu bekerja dibenarkan adalah tidak lebih 8 jam sehari, mesti beri waktu rehat sekurang-kurangnya 30 minit selepas 5 jam bekerja dan jika bekerja lebih masa majikan perlu bayar OT. Untuk kes ini tempoh waktu bekerja tersebut sudah lebih jadi pekerja layak tuntut OT, dan untuk mengejar waktu solat pula dinasihatkan untuk berbincang dengan majikan serta pegawai HR untuk mengetahui tentang polisi syarikat.

      • nabilah says:

        maaf, saya lupa nak mention, kami bekerja selama 5 hari sahaja.. untuk waktu solat, HR telah berbincang dengan majikan tetapi tetap tidak diterima.. bagaimana ya?

  • mahirah says:

    semasa sign offer letter di terangkan kerja isnin-jumaat 9pgi-6ptg . tapi setelah masuk kerja diwajbikan untuk kerja pada hari sabtu . dan tiada sebarang pembayaran ot diberikan . apa yg perlu saya lakukan untuk report

    • Zahin Byond says:

      Dinasihatkan untuk berbincang dengan HR dan syarikat untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas tentang polisi syarikat. Jika didapati berlaku penindasan pekerja boleh buat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja.

  • lina says:

    hi, saya ingin bertanya, offday saya adalah pada hari ahad & isnin tetapi saya dicalonkan utk menghadiri training pada hari isnin. adakah saya berhak untuk mendapat replacement off/ OT?

    • Zahin Byond says:

      Bergantung kepada polisi syarikat tetapi selalunya syarikat mungkin akan berikan hari ganti kerana dalam tempoh seminggu bekerja, pekerja wajib mendapat 1 hari rehat.

  • niza says:

    Pekerja keluar awal waktu bekerja.
    waktu keluar rehat sebenar 12.30 .
    pekerja minta kebenaran keluar 12.00pm atas urusan keluarga.
    apakah tindakan yang patut dilakukan oleh majikan?

    • Zahin Byond says:

      Bergantung kepada budi bicara majikan dan polisi syarikat. Jika pekerja sudah beritahu majikan, maka majikan boleh memilih untuk benarkannya atau tidak. Andai untuk sebarang urusan penting boleh berikan kebenaran time slip.

  • Ad says:

    Saya pekerja shift 4 3 seminggu 12 jam sehari. 31 august ni jatuh pada hari sabtu, dimana hari sabtu haro offday saya. tetapi majikan tidak memberi replacement day kepada saya. adakah ini salah atau tidak?

    • Zahin Byond says:

      Jika pekerja diminta bekerja pada hari cuti umum yang menjadi sebahagian daripada hari kelepasan am seperti Hari Merdeka, maka pekerja tersebut layak mendapat OT. Selain itu, jika jatuh pada hari off day, tak perlu ganti. Hanya perlu diganti apabila jatuh pada rest day.

    • Noor says:

      Waktu berkerja saya
      Isn-jumaat: 8.30pagi-5.30petang
      Sabtu (2 kali sebulan): 9pagi-4petang

      Persoalan saya adakah waktu berkerja saya kurang dan adakah menjadi satu kesalahan?

  • suenny says:

    Pekerja yang ada cuti off day..tetapi tiada cuti rest day..adakah bila PH jatuh pada off day…cuti nya bole di forward ke

    • Zahin Byond says:

      Jika ikut Akta Kerja, jika rest day dan public holiday jatuh bertindih maka pekerja itu layak untuk mendapat hari cuti ganti. Untuk off day pula cuti tersebut selalunya tidak berganti namun ada sesetengah syarikat masih berikan pekerja cuti tambahan. Dinasihatkan untuk rujuk polisi syarikat.

  • Afiqah says:

    Asalalamulaikum, saya kerja 7- 4 petang so total 9 jam bekerja termasuk rehat. kalau saya tak rehat boleh ke tolak waktu yang saya lambat masuk kerja?

    • Zahin Byond says:

      Bergantung kepada polisi syarikat. Tetapi suka diingatkan Akta Kerja menyatakan pekerja perlu mendapat rehat sekurang-kurangnya 30 minit selepas 5 jam bekerja.

Leave a Reply