Skip to main content

Cuti tahunan adalah hak mutlak setiap pekerja di Malaysia yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955. Namun, masih ramai yang keliru tentang hak dan tanggungjawab berkaitan cuti tahunan. 

Jadinya artikel kali ini ditulis untuk memberikan panduan lengkap tentang cuti tahunan, termasuk isu yang sering berlaku berkaitan cuti ini seperti majikan paksa ambil cuti, habiskan cuti tahunan, dan potong gaji jika cuti.

Apa Itu Cuti Tahunan?

Cuti tahunan adalah hari rehat atau cuti berbayar yang diberikan kepada pekerja selepas mereka berkhidmat sekurang-kurangnya 12 bulan dalam sesebuah syarikat. Di Malaysia, hak cuti tahunan dijamin oleh Seksyen 60E, Akta Kerja 1955.

Berapa Hari Cuti Tahunan yang Diterima?

  • Pekerja yang berkhidmat kurang dari 2 tahun: 8 hari setahun.
  • Pekerja yang berkhidmat 2-5 tahun: 12 hari setahun.
  • Pekerja yang berkhidmat lebih dari 5 tahun: 16 hari setahun.

Hak Pekerja dan Tanggungjawab Majikan Berkaitan Cuti Tahunan

Hak Pekerja

  • Hak untuk mengambil cuti tahunan tanpa dipotong gaji.
  • Hak untuk menolak jika majikan paksa ambil cuti tanpa persetujuan.
  • Hak untuk membawa baki cuti tahunan ke tahun berikutnya, jika dibenarkan oleh syarikat.

Tanggungjawab Majikan

  • Memberikan cuti tahunan mengikut tempoh perkhidmatan pekerja.
  • Tidak boleh memotong gaji jika pekerja tidak mengambil cuti tahunan.
  • Menguruskan cuti tahunan dengan adil dan telus.

Soalan Lazim Cuti Tahunan

1. Bolehkah Majikan Paksa Pekerja Ambil Cuti Tahunan?

Ramai pekerja menghadapi situasi di mana majikan paksa ambil cuti tahunan tanpa persetujuan. Menurut Akta Kerja, majikan tidak boleh memaksa pekerja mengambil cuti kecuali ada persetujuan bersama.

2. Perlukah Pekerja Habiskan Cuti Tahunan?

Pekerja digalakkan untuk habiskan cuti tahunan mereka setiap tahun. Namun, jika cuti tidak dihabiskan, ia boleh dibawa ke tahun berikutnya (carry forward) jika dibenarkan oleh syarikat.

3. Bolehkah Majikan Potong Gaji Pekerja Jika Tidak Ambil Cuti Tahunan?

Majikan tidak boleh memotong gaji pekerja kerana tidak mengambil cuti tahunan. Ini adalah pelanggaran hak pekerja di bawah Akta Kerja.

Baca juga: Cuti Tahunan Prorata dan Cara Kirannya

Kesimpulannya, cuti tahunan adalah hak pekerja yang dilindungi oleh undang-undang di Malaysia. Sama ada anda seorang majikan atau pekerja, penting untuk memahami hak dan tanggungjawab masing-masing. 

Dengan mengurus cuti tahunan dengan betul, anda boleh meningkatkan produktiviti dan kepuasan kerja.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

looking for HR Software?

Leave a Reply