Anda menerima offer letter dan terpapar jumlah gaji RM3,000. Tapi bila gaji pertama masuk akaun, jumlahnya kurang atau tidak sama. Ramai sebenarnya pekerja, terutamanya fresh grad yang masih belum dapat membezakan antara gaji basic, gaji kasar, dan gaji bersih.
Tiga istilah ini kelihatan serupa, tetapi membawa maksud yang berbeza. Maka, timbul persoalan seperti kenapa jumlah yang diterima tidak sama dengan yang dijanjikan? Artikel ini akan menerangkan kenapa gaji bersih yang anda terima kurang daripada gaji basic dalam offer letter.
Apa Maksud Gaji Basic, Gaji Kasar & Gaji Bersih?
Gaji Basic (Gaji Pokok)
Gaji basic ialah jumlah asas yang dinyatakan dalam kontrak pekerjaan. Ia adalah angka sebelum:
- Elaun ditambah
- Potongan dibuat
Ringkasnya, ini adalah nilai asal yang belum disentuh oleh sebarang potongan.
Gaji Kasar (Gross Salary)
Gaji kasar ialah jumlah sebenar pendapatan sebelum potongan. Ia merangkumi:
- Gaji basic
- Elaun (contohnya elaun makan, pengangkutan, telefon)
Di sinilah angka mula berkembang, tetapi masih belum mencerminkan jumlah yang anda akan terima.
Gaji Bersih (Net Salary)
Gaji bersih ialah jumlah akhir yang dikreditkan ke akaun bank anda.
Ia dikira selepas semua potongan ditolak daripada gaji kasar. Inilah ‘take-home pay’ sebenar dan inilah angka yang sering lebih rendah daripada jangkaan.
Punca Gaji Bersih Lebih Rendah
Setiap pekerja di Malaysia tertakluk kepada beberapa potongan wajib yang ditetapkan oleh undang-undang dan badan berkaitan. Potongan ini dilakukan secara automatik setiap bulan. Penting untuk difahami bahawa potongan ini bukan beban semata-mata. Ia adalah:
- Perlindungan kewangan
- Jaringan keselamatan sosial
- Simpanan jangka panjang
Tanpa potongan ini, anda mungkin menerima lebih hari ini tetapi berisiko lebih besar pada masa hadapan.
Senarai Potongan Wajib Dalam Gaji Pekerja Malaysia
Berikut adalah komponen utama yang menyebabkan gaji bersih lebih rendah daripada gaji basic dan gaji kasar:
| Potongan | Kadar | Tujuan |
| KWSP (EPF) | 11% daripada gaji | Simpanan persaraan |
| PERKESO (SOCSO) | Mengikut jadual | Perlindungan kemalangan kerja |
| SIP (EIS) | 0.2% daripada gaji | Bantuan kehilangan pekerjaan |
| PCB | Bergantung julat gaji | Cukai pendapatan bulanan |
Formula Kira Gaji Bersih
Gaji Bersih = Gaji Pokok + Elaun − (KWSP+SOCSO+EIS+PCB+Potongan Lain)
Contoh Pengiraan Gaji Bersih
Ambil contoh mudah:
- Gaji kasar: RM3,000 (pekerja bujang)
- Potongan:
- KWSP (11%) = RM330
- SOCSO = RM14.75
- EIS (0.2%) = RM5.90
- PCB = RM0
- Jumlah potongan: RM350.65
Gaji bersih = RM2,649
Berapa Biasanya Gaji Bersih Daripada Gaji Kasar?
Secara umum, gaji bersih berada dalam lingkungan 70% hingga 90% daripada gaji kasar. Namun, peratusan ini tidak statik. Ia dipengaruhi oleh:
- Kadar potongan wajib
- Jumlah elaun yang diterima
- Status cukai individu
Semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi struktur potongan.
Baca juga: Cara Betul Kira Kadar Caruman Dari Jadual KWSP & PERKESO
Kesimpulannya, gaji bersih lebih rendah bukan kesilapan. Ia adalah kerana potongan-potongan yang digariskan oleh undang-undang. Setiap potongan yang dibuat membawa fungsi berbeza dari menyimpan untuk masa depan, melindungi ketika krisis dan menyokong struktur ekonomi negara.
Memahami perbezaan antara gaji basic, gaji kasar dan gaji bersih bukan sekadar pengetahuan asas, tetapi ia adalah asas kepada pengurusan kewangan yang bijak. Kerana pada akhirnya, bukan berapa yang ditawarkan kepada anda yang penting, tetapi berapa yang benar-benar sampai ke tangan anda.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!







