Skip to main content

Selepas menerima tawaran kerja, biasanya seorang pekerja akan melalui tempoh percubaan (probation period) sebelum disahkan sebagai seorang pekerja tetap. Ia adalah amalan biasa yang dipraktiskan kebanyakan syarikat di Malaysia dan Barat untuk menilai kelayakan pekerja.

Konsep tempoh percubaan digunakan untuk majikan menilai kesesuaian dan kelayakan pekerja dalam jangka masa 3 ke 6 bulan atau 12 bulan dari tarikh lapor diri pekerja. Ia juga dapat membantu pekerja menyesuaikan diri dengan budaya, politik dan persekitaran kerja baru.

Mudah kata tempoh percubaan adalah waktu suai kenal majikan dan pekerja untuk menilai segala aspek tentang pekerjaan sebelum mengesahkan kemasukan ke dalam syarikat.

Tapi apakah status pekerja percubaan dalam Akta Kerja 1955? 

Status dan Hak Pekerja Percubaan

Pada Akta Kerja 1955 tiada seksyen yang menyebut tentang tempoh percubaan tapi ini tidak bermakna pekerja percubaan tidak dilindungi oleh perundangan kerja di Malaysia.

Sebaliknya, Akta Kerja 1955 ada menyebut bahawa individu yang memasuki kontrak perkhidmatan adalah disebut sebagai pekerja dan ini melayakkan mereka untuk mendapat perlindungan undang-undang kerja di Malaysia.

Ini bermakna pekerja percubaan masih layak menerima perlindungan yang sama seperti pekerja lain berdasarkan hitam putih yang ada pada kontrak kerja.

Rujukan berkenaan penetapan kontrak kerja boleh dibuat pada artikel Kontrak Kerja: Bertulis dan Tidak Bertulis yang diterbitkan sebelum ini.

Di sini penting untuk pekerja kenal pasti jangka masa tempoh percubaan dalam kontrak kerja. Andai tidak dinyatakan sebarang tempoh percubaan, maka pekerja itu boleh dianggap sebagai pekerja tetap syarikat.

Antara penetapan lain yang perlu dikenal pasti selain jangka masa tempoh percubaan adalah tempoh notis dan sebarang perbezaan faedah lain yang diterima seperti cuti.

Pekerja Percubaan Ke Pekerja Tetap

Suka diingatkan bahawa walaupun tempoh percubaan tidak dinyatakan dalam perundangan, pekerja percubaan yang tamat tempoh percubaan tidaklah naik sebagai pekerja tetap secara automatik.

Hal ini kerana secara teknikal kontrak, pekerja percubaan kekal di bawah tempoh percubaan selagi tidak menandatangai surat pengesahan (confirmation letter) ataupun ditamatkan perkhidmatan. Senang cerita perlu dapat pengesahan rasmi syarikat terlebih dahulu.

Penting untuk pekerja dapatkan surat pengesahan dari majikan selepas tamat tempoh percubaan bagi melayakan diri untuk menerima segala hak perlindungan dan faedah di bawah perundangan kerja Malaysia.

Sesetangah syarikat pula boleh menjalankan ujian penilaian pada akhir tempoh percubaan sebelum mengesahkan kemasukan pekerja sebagai pekerja tetap.

Dalam pada itu, majikan juga layak menamatkan perkhidmatan atau melanjutkan tempoh percubaan pekerja jika prestasi kerja dinilai tidak memuaskan. Perlu difahamkan bahawa majikan tidak boleh menamatkan atau melanjutkan tempoh percubaan sesuka hati.

Majikan perlu kemukakan sebab kukuh pada surat pengesahan atau surat penamatan, sama seperti peraturan untuk pekerja tetap lain. Kegagalan mengemukakan sebab membolehkan pekerja membawa kes ke mahkamah untuk dapatkan keadilan.

Akhir sekali, walaupun tempoh percubaan tidak disebut dalam Akta Kerja 1955 ia tidak bermakna mereka langsung tidak layak menerima cuti asas seperti cuti umum dan rehat mingguan. Tanpa kira status, faedah cuti di dibawah Akta Kerja 1955 berkuatkuasa terhadap semua:

  • Pekerja yang telah menandatangani kontrak perkhidmatan dengan gaji bulanan RM2,000 atau kurang (pindaan baru berkuatkuasa 1 Januari 2023 menetapkan RM4,000 atau kurang)
  • Pekerja yang terlibat dalam buruh kasar, tanpa mengira tangga gaji
  • Pekerja domestik
  • Pekerja kategori lain dalam Jadual Pertama Akta Kerja 1955

Ternyata pekerja percubaan sebenarnya tiada bezanya dengan pekerja tetap lain, dan mereka  masih layak untuk menerima faedah cuti di bawah Akta Kerja 1955.

Tidak kira sama ada pekerja percubaan atau pekerja tetap, setiap individu yang memasuki kontrak perkhidmatan perlu melakukan yang terbaik dalam pekerjaan dan dilayan secara adil sebagai manusia.

man vector relaxing with big clock as the background and text talking about shift work in Malaysia
Fakta HR

Fakta Kerja Shift di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondOctober 2, 2024

51 Comments

  • Nor Shafiqah Binti Saifudin says:

    Assalamaulaikum,dan salam sejahtera MYSYARIKAT.

    saya ingin bertanyakan tentang cuti tahunan. Adakah cuti tahunan wajib diberikan kepada staf yang masih dalam tempoh percubaan? maaf saya keliru berkenaan ini. Setahu saya dalam tempoh percubaan tiada kelayakan cuti tahunan,jadi saya inginkan jawapan yang tepat.

    • Zahin Byond says:

      Cuti tahunan boleh digunakan pekerja selepas lengkap tempoh perkhidmatan 12 bulan, tetapi berdasarkan budi bicara majikan selalunya syarikat akan membenarkan pekerja mengambil cuti tahunan selepas tamat tempoh percubaan cuma jumlah cuti tersebut akan diproratakan.

  • Ayu says:

    Assalamualaikum,

    Saya ditawarkan kerja dengan gaji RM1500, tetapi hanya akan menerima RM1000 selama 3 bulan dengan alasan masih dibawah tempoh percubaan. Adakah ini dibenarkan?

    • Zahin Byond says:

      Pembayaran upah (gaji) ada dinyatakan dalam Akta Kerja. Mengikut penetapan yang digariskan majikan tidak boleh membuat sebarang potongan pada gaji pekerja selain daripada caruman wajib seperti KWSP, PERKESO, dan SIO.

  • Azimah Bt Ramsah says:

    Adakah dalam tempoh percubaan majikan tidak perlu membuat potongan kwsp serta mencarum dalam kwsp

    • Zahin Byond says:

      Di dalam Akta Kerja 1955, tempoh percubaan tidak dinyatakan sama sekali. Ini bermakna apabila pekerja memasuki kontrak perkhidmatan dengan majikan, segala caruman seperti KWSP, PERKESO dan SIP adalah wajib tanpa mengira status percubaan atau tidak.

  • janna says:

    “during probation period, medical leave undertaken shall be considered as no pay leave”
    adakah syarikat dibenarkan untuk menolak gaji jika MC pada tempoh percubaan selama 6 bulan? jika tidak, bagaimana harus saya mengutarakan perkara ini kepada HR sebelum saya menandatangani surat tawaran bekerja. Saya berpendapat agak tidak adil kerana sakit adalah perkara diluar jangka dan pihak syarikat seolah tidak cakna soal kesejahteraan pekerja dalam tempoh percubaan.

    • Zahin Byond says:

      Mengikut Akta Kerja 1955, cuti sakit dan cuti hospitalisasi merupakan hak pekerja sebaik memasuki kontrak perkhidmatan dengan syarikat. Selain itu Akta Kerja juga tidak menyebut tentang tempoh percubaan, tetapi menyebut bahawa pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan melayakkan mereka untuk menerima faedah seperti cuti dan notis.

  • fie says:

    Assalamaulaikum,dan salam sejahtera MYSYARIKAT.

    saya ingin bertanyakan adakah majikan boleh memotong gaji pekerja yang baru bekerja dalam tempoh 2bulan ( tempoh percubaan) jika dia cuti pada bulan tersebuy. Setahu saya dalam tempoh percubaan tiada kelayakan cuti tahunan,jadi saya inginkan jawapan yang tepat.

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja 1955 tidak menyatakan sebarang perkara mengenai tempoh percubaan, sebaliknya sebaik pekerja memasuki kontrak perkhidmatan dengan majikan mereka layak dilindungi undang-undang kerja. Ini termasuk hak untuk menerima gaji dan di sini majikan tidak boleh membuat sebarang potongan melainkan yang dibenarkan seperti KWSP, PERKESO dan SIP.

  • Ana says:

    Saya nak tanya .. saya sekarang dalam probation .. tarikh akhir probation adalah 13 ogos tapi saya menerima tamat kontrak dan terminate 6 ogos .. bukan sebulan seperti dinyatakan di offer letter . Adakah saya berhak untuk menuntut pampasan gaji sebulan ?

    Mohon dijawab ye , terima kasih

    • Zahin Byond says:

      Mengikut Akta Kerja 1955 notis penamatan kontrak memiliki tempohnya tersendiri. Untuk kes tidak cukup tempoh notis ia dibenarkan untuk menuntut pampasan kerana notis diberikan tidak mengikut penawaran.

  • farah says:

    saya nk tanya, jika ada emergency leave dan ada bukti contoh seperti, anak tiba2 kena warded, dan ada surat refer, adakah emergency leaves akan dibayar gaji semasa tempoh probation? terima kasih..

    • Zahin Byond says:

      Dinasihatkan untuk rujuk semula polisi syarikat berkaitan cuti kecemasan. Hal ini kerana Akta Kerja tidak menetapkan sebarang perihal tentang cuti kecemasa, ia adalah berdasarkan polisi yang diamalkan syarikat.

  • Nurul says:

    Nk tnye sekiranya cuti sehari dalam tempoh dah bagi notis berhenti untuk jika staff probation.. Perlu ke extend date

  • Nazurah says:

    Assalamualaikum, saya dalam tempoh percubaan dan ingatkan nak berhenti sebab ada offer yang lebih dekat dengan rumah. Tetapi dalam contract dinyatakan termination notice ialah 3 bulan notis. Wajarkah, atau ada ke mana mana akta yang menyatakan notis tersebut perlu di ikuti walaupun dalam tempoh percubaan?

    • Zahin Byond says:

      Perlu difahamkan di sini bahawa Akta Kerja tidak menyatakan sebarang tempoh percubaan, ia adalah polisi syarikat semata-mata. Jadinya walaupun dalam tempoh percubaan tersebut pekerja yang ingin berhenti perlu ikut penetapan notis kerana Akta Kerja ada menyatakan tempoh notis.

  • nrl says:

    Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang berhenti dalam tempoh percubaan. Tempoh untuk berhenti bgi percubaan 2 minggu awal.

    i) Apa maksud dalam tempoh percubaan : notis 1 minggu bertulis dan 1 minggu gaji ?

    ii) Setelah pengesahan, notis 1 bulan secara bertulis

    Boleh terangkan lebih lanjut ?
    Mohon penjelasan kepada yg lebih arif tentang hal ni.

    • Zahin Byond says:

      Perlu difahamkan di sini pekerja percubaan sama seperti pekerja lain, ini bermakna pekerja perlu lalui tempoh notis jika ingin berhenti. Untuk soalan (ii) benar tempoh notis perlu ditulis dan dihantar kepada majikan. Untuk soalan (i), dinasihatkan untuk tanya HR kerana pembayaran notis hanya untuk mereka yang ingin berhenti segera.

  • Azlan says:

    Nak tanya, boleh ke majikan tidak menyambung (confirm) pekerja dalam probation period dan menghentikan pekerja tersebut setelah tamat tempoh percubaan.

    • Zahin Byond says:

      Tidak boleh. Perlu difahamkan bahawa tempoh percubaan adalah polisi syarikat semata-mata, Akta Kerja tiada penetapan mengenainya. Jadi majikan tidak boleh berhentikan pekerja selepas habis tempoh percubaan melainkan jika terdapat masalah disiplin, sebaliknya majikan hanya boleh lanjut tempoh percubaan sahaja.

  • Shaz says:

    Kalau pekerja belum sign sebarang surat daripada syarikat dan masih dalam tempoh probation lalu ingin berhenti kerja :

    1 – Perlukah pekerja beri notis sebulan atau notis seminggu sudah memadai?

    2 – Patutkah pekerja under probation bayar compensation kepada syarikat sekiranya gagal beri notis sebulan?

    3 – Valid ke pekerja sudah kerja hingga hujung bulan tetapi berhenti awal seminggu pada bulan tersebut lalu majikan minta pekerja untuk bayar gaji sebulan kepada syakirat sebagai compensation?

    • Zahin Byond says:

      1. Perlu, pekerja ingin berhenti kerja perlu ikut penetapan yang digariskan dalam notis.

      2. Perlu dibayar kerana dalam Akta Kerja tiada istilah pekerja probation, mereka yang masuk kontrak kerja perlu ikuti penetapan kerja ditetapkan.

      3. Valid, kerana ia dianggap tidak cukup notis.

  • Rose says:

    Assalamualaikum.. sy ingin bertanya, sy baru shj berhenti utk tempoh masa 24hours pada 27sept2024 atas faktor kesihatan dan dalam probation period sehingga bulan dec2024. sy acknowledge on payment liew satu bulan notice dan during probation sy tak dibenarkan guna AL sehingga habis probation. Jadi selama bercuti sy hanya guna UPL. Tetapi HR menyatakan dalam surat utk sy membayar AL 13hari dalam letter berhenti. Boleh kah terjadinya begitu? Mohon pencerahan.. Thank you..

    • Zahin Byond says:

      AL adalah earn leave yang diperoleh apabila bekerja disesebuah syarikat yang perlu digunakan dalam tahun yang sama melainkan terdapat dalam polisi syarikat dimana dibenarkan untuk dibawa ke tahun berikutnya. Dalam kes seperti ini, pekerja tidak perlu membayar cuti terbabit jika tidak digunakan melebihi dari yang sepatutnya diperolehi.

  • NUR BAIZURA says:

    Salam, boleh saya tahu adakah syarikat akan boleh dikenakan tindakan jika mengikut probation yang ditandatangani adalah 6 bulan sahaja, tetapi sehingga sekarang masih tidak menerima surat perlantikan dari majikan alaupun sudah bekerja selama setahun 2 bulan.

    • Zahin Byond says:

      Refer kepada offer letter sewaktu probation sama ada ditulis pekerja akan secara automatik diconfirmkan jika tiada confirmation letter diberikan.

      • BAIZURA says:

        Tidak ada tulis dalam surat probation… Annual leave juga tidak dapat walaupun sudah bekerja sudah setahun lebih…jika pergi buat report, adakah syarikat akan dikenakan tindakkan oleh JTK?

        • Zahin Byond says:

          Majikan yang tidak mengikuti penetapan Akta Kerja seperti mematuhi cuti tahunan dan sebagainya boleh dikenakan tindakan. Untuk sebarang aduan dinasihatkan untuk saluran ke Jabatan Tenaga Kerja.

  • Nurul says:

    salam, saya mula bekerja awal bulan 9 dan masih lagi dalam tempoh perobation. Tapi baru saja sebulan probation majikan terus nak buat penilaian prestasi. Mereka nak buat PIP dan beri saya tempoh masa seminggu untuk buktikan prestasi jika tidak memuaskan mereka akan terminate. Dalam offer letter tulis probation saya adalah 6 bulan. Wajarkah company buat macam tu? adakah adil buat pekerja dinilai dalam tempoh sebulan probation saja?

    • Zahin Byond says:

      Tempoh percubaan tidak dinyatakan dalam Akta Kerja 1955, jadi ia berdasarkan polisi syarikat. Tetapi mereka yang memasuki kontrak kerja dilindungi oleh Akta dan ini bermakna majikan tidak boleh membuang pekerja sesuka hati tanpa sebarang amaran dan diberikan peluang kedua untuk perbaiki diri.

    • Salleh says:

      Saya nak buat pertanyaan mengenai isu OT untuk tempoh percubaan. Kalo ikutkan OT untuk pekerja akan dibayar 11.54 perjam untuk basic RM1500 mengikut Akta. Soalan saya adakah dibolehkan untuk tempoh percubaan dibayar OT RM7 dan bila sudah pengesahan baru dibayar RM11.54? Mohon pencerahan

      • Zahin Byond says:

        Formula OT

        RM1,500 (gaji) /26 = RM57.69 (ORP)
        RM57.69 (ORP)/ 8 (jam bekerja) = RM7.21 (HRP)
        RM7.21 x 3 (jam OT) X 1.5 (kadar OT biasa) = RM32.45 (bayaran OT)

        Jadi di sini jumlah gaji sehari adalah RM7.21 dan ia akan di darab dengan kadar jam bekerja dan darab kadar OT. Pembayaran OT ini adalah sama tanpa pengiran status sama ada tetap atau percubaan.

        • Salleh says:

          Minta maaf nak tanya… RM57.69 (ORP)/7.5 ( Jam bekerja) kan untuk yang sekarang nie kan? bukan 8
          (Jam bekerja) kan?

          • Zahin Byond says:

            Akta Kerja tetapkan waktu kerja sehari adalah tidak lebih 8 jam sehari. Ini juga bermakna majikan boleh amalkan 8 jam bekerja tetapi tidak boleh 9 jam atau 10 jam.

  • Liew Kok yong says:

    Saya sudah berkejar selama enam bulan tapi majikan masih belum masuk kwsp dan offer letter apa yang boleh saya lakukan?

  • Liew Kok yong says:

    Saya berkerja di sebuah syarikat swasta saya sudah
    tanda tangan borang pekerja percubaan, selama tiga bulan
    Tidak ada epf adakah saya boleh dapat caruman bulan ke empat lima dan enam

  • Adakah saya berhak dapat caruman epf sebagai pekerja percubaan?

  • Cik sue says:

    Saya baru kerja di syarikat swasta dan gaji saya sebulan RM1500. Betol ke dalam tempoh probation.. Gaji saya kena tolak cuti umum contoh depavali? Sbb company yang saya kerja ni.. Tolak gaji. Padahal itu cuti yang company ambik… For sure la saya pun kena cuti kalau company pun tutup. Betol tak?

  • Cik Za says:

    saya masih dalam tempoh percubaan. apply unpaid leave (17/10) untuk appointment hospital. namun, pada hari tersebut doktor telah memberikan cuti sakit selama 3 hari (17-19/10). adakah wajar syarikat meminta untuk saya memohon as unpaid leave sedangkan saya mendapat surat cuti?

    • Zahin Byond says:

      Jika surat cuti tersebut adalah MC maka dari tarikh 18 hingga 19 tersebut pekerja boleh mohon cuti sakit, iaitu cuti berbayar. Untuk 17 telah dimohon cuti tanpa gaji jadi ia dikira cuti tanpa gaji.

      • Cik Za says:

        “Dalam tempoh percubaan, pekerja tidak layak menerima sebarang faedah sehingga syarikat mengesahkan tempoh percubaan telah tamat.”

        Sekiranya terdpt maklumat ini dalam buku panduan, adakah MC dikira sebagai benefit.

  • AMIRUL FARHAN says:

    Nak tanya, dalam tempoh percubaan bolehkah majikan membayar gaji pokok kurang dari gaji minimum yang ditetapkan?

    • Zahin Byond says:

      Buat masa ini gaji minimum ditetapkan adalah RM1,500 sehingga notis perubahan RM1,700 dilaksanakan kelak. Untuk kes ini gaji pokok mesti mengikut kadar gaji minimum negara tanpa mengira status pekerja.

  • shazz effendi says:

    Salam, berapakah tempoh notis berhenti kerja bagi pekerja probation yang ditetapkan oleh akta?

    • Zahin Byond says:

      Ikut pada penetapan dalam kontrak kerja. Kalau ikut Akta Kerja:

      – 4 minggu notis untuk kurang 2 tahun.
      – 6 minggu notis untuk 2 tahun tetapi kurang 5 tahun.
      – 8 minggu notis untuk lebih 5 tahun.

Leave a Reply