Bagi sesiapa yang ingin memulakan perniagaan di Malaysia, salah satu langkah pertama yang wajib dilakukan ialah mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Bagi usahawan yang telah lama menjalankan perniagaan pula, anda perlu memastikan lesen sentiasa aktif dengan melakukan renew lesen SSM sebelum tempoh pendaftaran tamat.
Ini kerana status pendaftaran yang masih sah memberi keyakinan kepada pelanggan, pembekal, institusi kewangan, dan pihak berkuasa bahawa perniagaan anda mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Jadi, jika anda baru ingin mendaftar perniagaan atau sedang mencari cara renew SSM online, artikel ini akan membantu anda memahami keseluruhan proses dengan lebih mudah.
Apa Itu SSM?
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang ditubuhkan hasil penggabungan Pejabat Pendaftaran Syarikat (ROC) dan Pejabat Pendaftaran Perniagaan (ROB).
SSM mula beroperasi dengan tujuan untuk menyelaraskan proses pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di Malaysia. Secara ringkasnya, SSM berfungsi sebagai badan yang mengawal selia, memantau, dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan syarikat serta perniagaan di negara ini.
Selain menguruskan pendaftaran perniagaan, SSM juga bertanggungjawab menyediakan maklumat korporat kepada orang awam serta memastikan syarikat yang berdaftar mematuhi perundangan yang berkuat kuasa.
Antara undang-undang utama yang ditadbir oleh SSM adalah:
- Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001
- Akta Syarikat 2016 (Akta 777)
- Akta Skim Kepentingan 2016 (Akta 778)
- Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197)
- Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
- Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100)
- Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28)
- Peraturan-Peraturan Skim Kepentingan 2017
- Peraturan-Peraturan Syarikat 2017
- Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957
- Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Perlesenan Setiausaha) 2017
- Peraturan-Peraturan Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
Dalam erti kata lain, hampir semua perkara berkaitan penubuhan, pendaftaran, pematuhan, dan tadbir urus syarikat di Malaysia berada di bawah pengawasan SSM. Mudah kata, jika anda ingin menjalankan perniagaan secara sah, anda perlu berurusan dengan SSM.
Prosedur Daftar dan Pembaharuan Lesen SSM
Di Malaysia, setiap individu yang menjalankan aktiviti perniagaan wajib mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan seseorang dikenakan denda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun jika disabitkan kesalahan.
Ramai menyangka kewajipan ini hanya terpakai kepada syarikat besar. Hakikatnya, walaupun anda menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara sambilan, perniagaan tersebut tetap perlu didaftarkan.
Sebelum membuat pendaftaran, anda perlu mengetahui jenis entiti perniagaan yang ingin didaftarkan. Antara pilihan yang ditawarkan oleh SSM ialah:
- Enterprise Persendirian
- Enterprise Perkongsian
- Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT/LLP)
- Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)
- Syarikat Berhad
Untuk mendaftar perniagaan, pemohon perlu memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pemilik atau rakan kongsi membuat permohonan sendiri
- Tempoh pendaftaran antara satu hingga lima tahun
- Nama dan aktiviti perniagaan mematuhi peraturan yang ditetapkan
- Mendapatkan lesen, permit atau kelulusan tambahan daripada pihak berkuasa berkaitan sekiranya diperlukan
Cara Daftar SSM Secara Online Melalui SSM4U
Kini, proses pendaftaran perniagaan menjadi lebih mudah kerana ia boleh dilakukan secara atas talian melalui portal SSM4U. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
- Daftar akaun di portal SSM4U.
- Lengkapkan maklumat peribadi yang diperlukan.
- Hantar permohonan pendaftaran akaun.
- Lakukan pengesahan identiti mengikut prosedur semasa SSM.
- Log masuk semula ke sistem.
- Isi maklumat perniagaan yang ingin didaftarkan.
- Buat pembayaran fi pendaftaran.
- Tunggu pengesahan daripada pihak SSM.
Fi pendaftaran yang dikenakan adalah:
- RM30 bagi perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri
- RM60 bagi penggunaan nama dagangan
- RM5 bagi setiap pendaftaran cawangan
- RM10 untuk cetakan maklumat perniagaan
Selain pendaftaran baharu, usahawan juga perlu memastikan status pendaftaran sentiasa aktif.
Proses renew lesen SSM boleh dilakukan sama ada di kaunter SSM atau secara atas talian melalui portal SSM4U. Perkara paling penting ialah pembaharuan perlu dibuat sebelum tempoh pendaftaran tamat.
Cara Renew SSM Online Melalui SSM4U
Bagi pemilik perniagaan yang ingin melakukan renew SSM online, prosesnya cukup mudah dan boleh diselesaikan dalam beberapa minit sahaja. Langkah-langkahnya adalah:
- Log masuk ke akaun SSM4U.
- Pilih menu “Renewal by Owners”.
- Semak maklumat perniagaan.
- Lengkapkan Borang A1 Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan.
- Pilih tempoh pembaharuan yang dikehendaki.
- Buat pembayaran secara atas talian.
- Tunggu pengesahan daripada pihak SSM.
Selepas permohonan diluluskan, status perniagaan anda akan dikemas kini dan pendaftaran akan terus aktif mengikut tempoh yang dipilih.
Apa Berlaku Jika Gagal Renew Lesen SSM?
Ramai pemilik perniagaan tidak menyedari bahawa kegagalan melakukan renew lesen SSM boleh mengundang pelbagai masalah. Antaranya:
- Status perniagaan menjadi tidak aktif
- Risiko dikenakan tindakan penguatkuasaan
- Kesukaran membuka akaun bank perniagaan
- Menjejaskan urusan dengan pelanggan atau pembekal
- Perlu membuat pendaftaran semula jika tempoh tamat terlalu lama
Lebih membimbangkan, nama perniagaan anda mungkin digunakan oleh pihak lain sekiranya pendaftaran terdahulu telah luput. Oleh sebab itu, usahawan disarankan menyemak status pendaftaran secara berkala dan melakukan pembaharuan lebih awal sebelum tarikh tamat.
Baca juga: Jenis-Jenis Syarikat Yang Perlu Daftar SSM
Kesimpulannya, pendaftaran dan pembaharuan lesen perniagaan bukan sekadar memenuhi syarat undang-undang. Ia merupakan langkah penting untuk memastikan perniagaan anda terus beroperasi dengan lancar dan mendapat kepercayaan pelanggan.
Sama ada anda baru ingin mendaftar dengan SSM atau sedang mencari cara renew SSM online, proses tersebut kini jauh lebih mudah melalui portal SSM4U.
Dalam pada itu, jika anda ingin tahu tentang perlaksanaan Akta Kerja 1955, jom sertai kursus anjuran MySyarikat Academy yang merupakan program di bawah HRD Corp. Melaluinya, anda bukan sahaja boleh dapatkan kursus percuma (HRD Corp Claimable) tetapi anda juga mendapat latihan rapi yang diajar oleh HRD Corp certified trainer.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!







