Kewajipan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak boleh disangkal lagi. Ia telah ditetapkan melalui pengazetan undang-undang pekerjaan negara, Akta Kerja 1955.
Sebenarnya sudah banyak topik berkenaan KWSP dan PERKESO disentuh sebelum ini tetapi masih ada banyak lagi sudut yang belum diterokai antaranya pelepasan pembayaran caruman. Benar, terdapat beberapa jenis sumber pendapatan pekerja yang tidak tertakluk kepada caruman wajib ini.
Jika pada artikel sebelum ini pihak MySyarikat telah menyenaraikan potongan-potongan gaji yang wajib dibuat berdasarkan penetapan Akta Kerja 1955. Jadi kali ini pula akan disenaraikan pelepasan-pelepasan potongan yang dibenarkan oleh KWSP dan PERKESO.
Memahami Takrif Gaji KWSP dan PEKRESO
Bagi sesiapa yang tidak tahu KWSP dan PERKESO memiliki definisi mereka tersendiri untuk mengkategorikan gaji. Secara umumnya gaji adalah pembayaran upah yang diberikan majikan kepada pekerja atas perkhidamatan yang ditawarkan.
Menurut takrif KWSP, upah adalah segala perkara berikut:
- Gaji
- Bonus
- Elaun
- Komisen
- Insentif
- Tunggakan upah
- Upah bagi cuti belajar
- Upah bagi cuti bersalin
- Upah bagi cuti spearuh gaji
- Bayaran cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan
- Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya
Segala yang disenaraikan ini tertakluk kepada caruman oleh pekerja dan majikan berdasarkan penetapan pada Akta KWSP 1991. Ini bermakna bukan gaji sahaja yang wajib dicarum tetapi jika anda turut menerima bonus atau elaun ia juga tertaklu kepada caruman KWSP.
Sementara itu, PERKESO pula mengkategorikan gaji seperti berikut:
- Gaji atau upah
- Kerja lebih masa
- Komisen dan caj perkhidmatan
- Cuti sakut bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya
- Elaun insentif, syif, makan, sara hidup, perumahan dan sebagainya
Jadi ini bermakna segala pembayaran yang digariskan di atas sama ada dibayar mengikut jam, harian, mingguan, bulanan dan segala hasil kerja adalah dianggap gaji yang tertakluk kepada caruman PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial 1969.
Pembayaran Yang Tidak Tertakluk Mencarum
Kini mari lihat jenis pembayaran yang tidak tertakluk kepada caruman KWSP dan PERKESO. Suka diingatkan bahawa senarai-senarai di bawah ini sebahagiannya boleh dianggap sebagai sumber pendapatan yang boleh dicukaikan.
Pembayaran yang tidak perlu dicarum kepada KWSP adalah,
- Caj perkhidmatan
- Bayaran kerja lebih masa
- Ganjaran
- Faedah persaraan
- Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau penamatan
- Mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsesi perjalanan
- Mana-mana saraan atau bayaran lain sebagaimana yang dikecualikan oleh Menteri
Manakala menurut PERKESO pula pembayaran yang tidak dianggap gaji adalah,
- Pembayaran oleh majikan kepada tabung kumpulan pekerja
- Pembayaran ke atas tuntutan perjalanan
- Pembayaran ke atas persaraan atau pemberhentian pekerja
- Bonus tahunan
- Hadiah wang tunai yang diberikan pada waktu perayaan tertentu
Kenapa Perlu Tahu Pelepasan Caruman Ini?
Sebagai majikan, pegawai di bahagian sumber manusia (HR) atau pekerja anda perlu tahu apa yang dikategorikan sebagai gaji dan apa yang tidak. Ini dapat membantu anda untuk lebih memahami jenis-jenis caruman yang dibuat pada gaji bulanan.
Untuk rujukan lanjut mengenai caruman-caruman KWSP dan PERKESO anda dinasihatkan untuk melawat laman rasmi mereka sendiri untuk dapatkan pencerahan.
Dalam pada itu, pengurusan gaji dan caruman-caruman wajib ini boleh jadi lebih mudah dengan Secured Payroll MySyarikat! Sistem intuitif dan kebolehan automasi MySyarikat dapat membantu anda untuk mengenal pasti jenis upah yang perlu dicarumakan setiap bulan.
Selain itu, dengan menggunakan MySyarikat pembayaran dan pengagihan gaji juga dapat dibuat walaupun semasa cuti. Majikan atau pegawai HR hanya perlu tetapkan setting pembayaran dan sistem akan lakukannya secara automatik.
Mari alami sendiri pengalaman menggunakan MySyarikat sekarang! Klik pada gambar untuk melanggan dan dapatkan akses demo secara percuma.
Assalamualaikum, saya bekerja sebagai buruh(kontraktor tnb). Saya di bayar mengikut kerja cth : pagi 1 kerja , malam satu kerja, jadi pada hari itu saya dibayar 2 kerja. Jadi kalau ada kerja di bayar, kalau tidak tidak dibayar. Satu kerja di bayar pada kadar rm65. Kami tiada gaji tetap, tiada overtime, tiada elaun dan tidak dicarum EPF dan Socso. Jadi pertanyaan saya adalah, adakah kami ada hak untuk menuntut utk dicarum EPF dan Socso tu. Note : Gaji yang kami terima adalah dari akaun persendirian dan bukan dari akaun syarikat, adakah kami tiada dalam senarai pekerja syarikat? Jadi majikan tak perlu carum? Mohon sangat pencerahan dari yang lebih arif tentang hal ini.
Untuk mereka yang bergaji tidak tetap atau freelance, boleh membuat caruman sendiri ke dalam KWSP melalui app KWSP. Jadi di sini tiada caruman majikan tetapi masih membolehkan pekerja menerima dana persaraan.
Kalo pekerja freelance kontrak sebulan, majikan wajib caruman kwsp ke ?
Ya betul.
Assalamualaikum, adakah elaun perjalanan yang dibayar kepada pekerja secara tetap kerana tinggal jauh dari tempat kerja dikecualikan caruman kwsp?
Di sini perlu difahamkan bahawa takrif upah untuk setiap badan adalah berbeza. KWSP takrifkan upah termasuk pembayaran gaji dan elaun, ini bermakna segala bentuk elaun adalah subjek untuk caruman.
saya diberhentikan kerja tanpa alasan ,tetapi gaji kira harian ,satu hari rm70。saya nak bertanya gaji harian boleh masuk EPF kah?
Boleh. Anda boleh membuat caruman gaji sendiri dengan KWSP.
Assalaamualaikum, jika bayaran gaji pokok & bayaran komisyen dipisahkan contohnya setiap 1 haribulan, pekerja dibayar gaji asas, OT dan elaun tetap (dikenakan potongan EPF SOCSO & dicarum), tapi bayaran komisyen penuh tanpa potongan dibuat pada setiap 15hb setiap bulan. Adakah praktis ini salah disisi akta? Jika salah, apa tindakan yg harus next? Mcm mana dengan bulan2 yg lepas? Terima kasih
Pembayaran gaji bersih mesti dibuat oleh majikan tidak lewat dari 7 hari bulan setiap bulan. Untuk persoalan praktis di atas ia adalah berdasarkan polisi syarikat jadi dinasihat untuk merujuknya semula kerana taksiran caruman untuk KWSP dan PERKESO berbeza.
salam. nak tanya, jika seorang pekerja menerima royalti drp sykt tempat beliau bekerja dan dibayar melalui gaji, adakah pendapatan daripada royalti tersebut tertakluk kepada potongan kwsp dan perkeso?
Dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi KWSP dan PERKESO kerana setiapnya memiliki taksiran berbeza apabila melibatkan pendapatan yang dipotong caruman.
assalam,
caruman kwsp ini termasuk gaji pokok+allowance+ot
atau caruman hanya dipotong untuk gaji pokok sahaja
Caruman KWSP adalah berdasarkan gaji kasar iaitu gaji pokok tambah elaun.
Assalamualaikum,
Syarikat saya bekerja mengambil kontrak untuk menjual produk bagi syarikat lain (3rd party). Tiada “Sales Target” ditetapkan namun setiap produk yang dijual akan mendapat point dan boleh memilih untuk ditukar menjadi wang tunai, voucher ataupon barangan. Jika saya memilih wang tunai dan dibayar oleh syarikat saya bekerja sebagai “Cash Prize”dinyatakan dalam slip gaji. Adakah wang tunai yang diterima oleh saya ini perlu ada potongan KWSP & SOCSO?
Terima kasih dan saya berharap boleh membantu.
Di sini perlu difahamkan bahawa KWSP dan PERKESO ada takrif tersendiri untuk pendapatan. Untuk situasi ini, bagi mengelakan sebarang kekeliruan dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi KWSP dan PERKESO. Tetapi secara amnya pemberian hadiah/ ganjaran oleh majikan tidak termasuk dalam takrif mana-mana KWSP dan PERKESO.