Skip to main content

Salah satu daripada hak-hak majikan adalah mereka dibenarkan untuk menukar (transfer) pekerja ke bahagian lain, cawangan lain mahupun jawatan lain dengan syarat bukan kerana ingin menzalimi pekerja.

Malah, hak majikan untuk tukar pekerja ke bahagian, cawangan atau jawatan lain ini sebenarnya sering ditulis pada satu bahagian klausa di dalam kontrak kerja yang ditandantangani pekerja sebelum mula bekerja.

Kuasa Majikan Di Malaysia

Sebenarnya hak majikan untuk menukar pekerja bukan perkara baru di Malaysia, malah ia adalah satu prinsip yang cukup terkenal dalam undang-undang pekerjaan dan perbuhungan perindustrian negara.

Jika dirujuk di dalam buku perundangan kerja utama negara, Akta Kerja 1955 tidak dinyatakan secara terus ataupun memberi sebarang definisi kepada istilah pertukaran pekerja. Sebaliknya, ia ada dinyatakan di bawah bahagian notis penamatan kontrak.

Pada Seksyen 12(3)(e), Akta Kerja 1955 ada menerangkan bahawa pekerja yang enggan menerima pemindahannya ke mana-mana tempat pekerjaan, melainkan kontrak perkhidmatannya menghendaki dia menerima pemindaan tersebut perlu diberikan notis penamatan oleh majikan,

Berdasarkan penetapan di atas boleh disimpulkan majikan sebenarnya memiliki hak dalam memindahkan pekerja ke bahagian, cawangan atau jawatan lain di dalam syarikat mahupun pada anak-anak syarikat lainnnya.

Dan berdasarkan penetapan sama juga andai pekerja tidak bersetuju dengan pertukaran yang dibuatkan oleh majikan, maka sama kedua-dua pihak perlu mengeluarkan notis berhenti kerja dan menandakan pekerja enggan bekerja dengan syarikat lagi.

Sungguhpun begitu, kebanyakan kes yang menyaksikan majikan menukar pekerja adalah kerana beberapa faktor seperti berikut: 

  • Ditukarkan atau dipindahkan ke peranan atau jabatan berbeza dalam lokasi, cawangan atau anak syarikat yang sama
  • Ditukarkan atau dipindahkan atas urusan pekerjaan rasmi yang bukan untuk menzalimi
  • Ditukarkan atau dipindahkan disebabkan perubahan shift bekerja atau syarikat itu sendiri menggubah lokasi perniagaan

Batasan Pertukaran Yang Dibenarkan

Walaupun majikan memiliki hak mutlak untuk menukar pekerja ke bahagian, cawangan dan jawatan lain tetapi ini tidak bermakna ia boleh dilakukan secara sesuka hati. Majikan tidak boleh menukarkan pekerja sekirannya,

  • Tujuan pemindahan adalah disebabkan oleh faktor masalah peribadi antara pekerja dan majikan 
  • Tujuan pemindahan adalah untuk merugikan pekerja seperti memaksa quiet firing
  • Pemindaan pekerja ke bahagian lain turut sama memberi kesan kepada jumlah gaji yang diterima pekerja seperti menurunkan gaji
  • Pemindahan yang berlaku boleh mencetus kezaliman atau dikira sebagai pemecatan konstruktif 
  • Pemindahan tidak mendapat kesetujuan dari pihak pekerja dan mesti bukan dari paksaan

Di sini perlu difahamkan bahawa pemindaan yang dibuat oleh majikan terhadap pekerja mesti secara adil dan mengikut keperluan syarikat. Andai ia dibuat berdasarkan tujuan peribadi atau penganiayaan oleh majikan, maka pertukaran tersebut akan dianggap tidak sah oleh makhamah.

Kesannya di sini pekerja berhak untuk mendapat perlindungan dengan menuntut faedah pemecatan konstruktif atas sebab ketidakselesaan di tempat baru ditukar itu, maka majikan perlu membayar pampasan atas pemberhentian pekerja tersebut.

Mudah kata pekerja yang dipindahkan berasa tidak selesa dan putuskan untuk berhenti, kemudian dapati majikan sengaja menukarnya ke bahagian tersebut bagi memaksa dia berhenti maka mahkamah akan minta majikan bayar pampasan pemberhentian pekerja itu.

Apa Hak Pekerja Apabila Ditukarkan?

Merujuk semula pada penetapan Akta Kerja 1955 andai pekerja tidak bersetuju dengan pertukaran atau pemindahan yang dibuat oleh majikan, maka pekerja boleh menghantar notis penamatan kontrak kerja.

Dan jika pekerja dapati tujuan pemindaan tersebut disebabkan majikan ingin memaksa pemecatan konstruktif, maka pekerja boleh laporkannya ke Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)

Kesimpulannya, majikan memiliki hak untuk menukar atau memindahkan pekerja ke lokasi, jawatan atau tempat lain dengan syarat gaji yang diterima mesti tidak kurang daripada jumlah sebelum dipindahkan.

Pekerja juga memiliki hak untuk menolak penukaran atau pemindahan tersebut dengan menghantar notis berhenti, tetapi jika ia dibuat atas sebab peribadi maka pekerja berhak untuk menuntut pampasan pemberhentian di mahkamah.

Tingkatkan Kepuasan Pekerja Dengan MySyarikat!

Adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan pekerja? Perlukan sistem yang boleh lancarkan pengurusan dan tingkatkan pegalaman pekerjaan syarikat? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! 

Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat!

Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami.

man vector relaxing with big clock as the background and text talking about shift work in Malaysia
Fakta HR

Fakta Kerja Shift di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondOctober 2, 2024

10 Comments

  • FALIHIN says:

    SYARIKAT MAHU MENUKARKAN PEKERJA YANG BEKERJA DI DALAM SYARIKAT UTAMA(PENGURUSAN) KEPADA AGENCY (PENGURUSAN) BOLEHA TAU TIDAK?

    • Zahin Byond says:

      Secara ringkasnya majikan memilik hak untuk memindahkan pekerja ke bahagian lain di dalam syarikat. Perkara ini ada dinyatakan dalam Akta Kerja dan sekiranya terdapat klausa yang dinyatakan dalam kontrak kerja maka majikan memiliki hak.

  • Norhafiq says:

    Salam tuan/puan,

    Saya sudah berkhidmat selama lebih dari 10 tahun, di dalam Jabatan A (department A).

    Saya kini sedang pertimbangkan untuk bertukar untuk berkhidmat di Jabatan B (department B).

    Saya sudah pun berjumpa dengan ketua Jabatan B, dan di maklum bahawa mereka memang sedang mencari perkeja tambahan untuk menampung kerja-kerja di Jabatan B.

    Soalan saya, jika saya bersetuju untuk berpindah dari Jabatan A kepada Jabatan B (di dalam syarikat yang sama ini), adakah pihak HR boleh mengurangkan gaji saya di atas sebab sebarang alasan?

    Saya ialah seorang pekerja tetap di syarikat ini.

    • Zahin Byond says:

      Dalam penukaran jabatan dalam syarikat yang sama, tiada sebarang penurunan gaji boleh dibuat. Sebaliknya, bergantung kepada polisi syarikat, jumlah faedah mungkin berbeza.

  • Zimah says:

    Saya tidak bersetuju untuk ditukarkan ke proses kerja yang lain, adakah majukan berhak memaksa tukar proses kerja saya yang saya tidak bersetuju?

    • Zahin Byond says:

      Jika di dalam kontrak kerja ada menyatakan majikan berhak untuk menukarkan pekerja ke bahagian lain, maka tidak menjadi kesalahan yang melanggar undang-undang melainkan jika ia dilakukan untuk memaksa pekerja berhenti sendiri (quiet firing).

  • Syahreen bin mohammad says:

    Sya syahreen bin mohammad
    Di sini sya ingin bertanya,,
    Sekira nya saya di berhenti kan kerja hanya sebab masaalah peribadi,,dan di paksa untuk pindah ke tempat kerja yang
    Sememang nya tidak ada,,,seperti nya sengaja di pindah kan atas dasar mereka ingin membuang saya atas dasar peribadi,,

    • Zahin Byond says:

      Jika dalam kontrak kerja ada menyatakan hak majikan untuk memindah atau menukar pekerja ke bahagian atau tempat lain maka itu adalah hak majikan. Sekirannya pekerja enggan memindah atau menukar tempat kerja maka boleh diberikan notis penamatan kontrak. Sebaliknya jika rasa dianiaya majikan maka kumpul bukti dan laporkan ke JPP.

  • Natasha says:

    Hi , Saya nak bertanya . Kilang saya mahu tutup atas kerana
    1) masalah ekonomi / kekurangan order
    2) Kontrak sewa tanah tamat
    Jadi , kilang saya memberitahu kami semua perlu berpindah dan kawasan kilang itu lebih jauh dari area2 rumah pekerja . Tetapi elaun transport yang diberi terlalu sedikit Rm1.50/day. Jika jarak perjalanan terlalu jauh, kami perlu menggunakan tol & bahan api yang banyak , Ini juga boleh menganggu gaji pekerja setiap bulan . Jadi adakah kami boleh membuat aduan tentang ini?

    • Zahin Byond says:

      Dalam kes ini jika pekerja tidak ingin berpindah, maka majikan boleh tawarkan VSS kerana Akta Kerja menetapkan bahawa majikan boleh berikan notis berhenti kepada pekerja sekirannya ingin menutup operasi atau tukar tempat operasi tetapi pekerja tidak ingin menukar tempat.

Leave a Reply