Skip to main content

Salah satu daripada hak-hak majikan adalah mereka dibenarkan untuk menukar (transfer) pekerja ke bahagian lain, cawangan lain mahupun jawatan lain dengan syarat bukan kerana ingin menzalimi pekerja.

Malah, hak majikan untuk tukar pekerja ke bahagian, cawangan atau jawatan lain ini sebenarnya sering ditulis pada satu bahagian klausa di dalam kontrak kerja yang ditandantangani pekerja sebelum mula bekerja.

Kuasa Majikan Di Malaysia

Sebenarnya hak majikan untuk menukar pekerja bukan perkara baru di Malaysia, malah ia adalah satu prinsip yang cukup terkenal dalam undang-undang pekerjaan dan perbuhungan perindustrian negara.

Jika dirujuk di dalam buku perundangan kerja utama negara, Akta Kerja 1955 tidak dinyatakan secara terus ataupun memberi sebarang definisi kepada istilah pertukaran pekerja. Sebaliknya, ia ada dinyatakan di bawah bahagian notis penamatan kontrak.

Pada Seksyen 12(3)(e), Akta Kerja 1955 ada menerangkan bahawa pekerja yang enggan menerima pemindahannya ke mana-mana tempat pekerjaan, melainkan kontrak perkhidmatannya menghendaki dia menerima pemindaan tersebut perlu diberikan notis penamatan oleh majikan,

Berdasarkan penetapan di atas boleh disimpulkan majikan sebenarnya memiliki hak dalam memindahkan pekerja ke bahagian, cawangan atau jawatan lain di dalam syarikat mahupun pada anak-anak syarikat lainnnya.

Dan berdasarkan penetapan sama juga andai pekerja tidak bersetuju dengan pertukaran yang dibuatkan oleh majikan, maka sama kedua-dua pihak perlu mengeluarkan notis berhenti kerja dan menandakan pekerja enggan bekerja dengan syarikat lagi.

Sungguhpun begitu, kebanyakan kes yang menyaksikan majikan menukar pekerja adalah kerana beberapa faktor seperti berikut: 

  • Ditukarkan atau dipindahkan ke peranan atau jabatan berbeza dalam lokasi, cawangan atau anak syarikat yang sama
  • Ditukarkan atau dipindahkan atas urusan pekerjaan rasmi yang bukan untuk menzalimi
  • Ditukarkan atau dipindahkan disebabkan perubahan shift bekerja atau syarikat itu sendiri menggubah lokasi perniagaan

Batasan Pertukaran Yang Dibenarkan

Walaupun majikan memiliki hak mutlak untuk menukar pekerja ke bahagian, cawangan dan jawatan lain tetapi ini tidak bermakna ia boleh dilakukan secara sesuka hati. Majikan tidak boleh menukarkan pekerja sekirannya,

  • Tujuan pemindahan adalah disebabkan oleh faktor masalah peribadi antara pekerja dan majikan 
  • Tujuan pemindahan adalah untuk merugikan pekerja seperti memaksa quiet firing
  • Pemindaan pekerja ke bahagian lain turut sama memberi kesan kepada jumlah gaji yang diterima pekerja seperti menurunkan gaji
  • Pemindahan yang berlaku boleh mencetus kezaliman atau dikira sebagai pemecatan konstruktif 
  • Pemindahan tidak mendapat kesetujuan dari pihak pekerja dan mesti bukan dari paksaan

Di sini perlu difahamkan bahawa pemindaan yang dibuat oleh majikan terhadap pekerja mesti secara adil dan mengikut keperluan syarikat. Andai ia dibuat berdasarkan tujuan peribadi atau penganiayaan oleh majikan, maka pertukaran tersebut akan dianggap tidak sah oleh makhamah.

Kesannya di sini pekerja berhak untuk mendapat perlindungan dengan menuntut faedah pemecatan konstruktif atas sebab ketidakselesaan di tempat baru ditukar itu, maka majikan perlu membayar pampasan atas pemberhentian pekerja tersebut.

Mudah kata pekerja yang dipindahkan berasa tidak selesa dan putuskan untuk berhenti, kemudian dapati majikan sengaja menukarnya ke bahagian tersebut bagi memaksa dia berhenti maka mahkamah akan minta majikan bayar pampasan pemberhentian pekerja itu.

Apa Hak Pekerja Apabila Ditukarkan?

Merujuk semula pada penetapan Akta Kerja 1955 andai pekerja tidak bersetuju dengan pertukaran atau pemindahan yang dibuat oleh majikan, maka pekerja boleh menghantar notis penamatan kontrak kerja.

Dan jika pekerja dapati tujuan pemindaan tersebut disebabkan majikan ingin memaksa pemecatan konstruktif, maka pekerja boleh laporkannya ke Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)

Kesimpulannya, majikan memiliki hak untuk menukar atau memindahkan pekerja ke lokasi, jawatan atau tempat lain dengan syarat gaji yang diterima mesti tidak kurang daripada jumlah sebelum dipindahkan.

Pekerja juga memiliki hak untuk menolak penukaran atau pemindahan tersebut dengan menghantar notis berhenti, tetapi jika ia dibuat atas sebab peribadi maka pekerja berhak untuk menuntut pampasan pemberhentian di mahkamah.

Tingkatkan Kepuasan Pekerja Dengan MySyarikat!

Adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan pekerja? Perlukan sistem yang boleh lancarkan pengurusan dan tingkatkan pegalaman pekerjaan syarikat? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! 

Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat!

Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami.

Leave a Reply