Sehingga baru-baru ini kebanyakan perniaga kecil dan sederhana (PKS) masih meragui untuk adaptasi penggunaan perisian (software) berteknologi kerana kebimbangan kos yuran langganan yang tinggi serta mahal.
Namun, dengan perkembangan permintaan semasa terutama kepada teknologi pengawanan (cloud based) telah menjadikan software seperti sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) mampu milik untuk semua jenis perniagaan dari semua saiz.
Terutamanya bagi fungsi utama seperti gaji, ia dilihat menjadi perkara pertama yang dipertimbangkan syarikat sebelum memilih sesebuah HRMS. Jadi atas faktor itu juga MySyarikat menitikberatkan fungsi gaji ke dalam sistemnya.
Apa Itu Sistem Gaji Cloud Based?
Secara asasnya sistem gaji ini merujuk kepada sebuah program yang digunakan untuk penyelarasan dan pengurusan pembayaran upah pekerja. Ia tidak terhad kepada kaedah pembayaran gaji semata-mata, tetapi turut mengautomasikan pembayaran caruman wajib.
Dengan perkembangan teknologi semasa, terutamanya dalam era digital moden, sistem gaji kini boleh dibuat secara pengawanan atau cloud based. Ia dilakukan secara atas talian (online), dijana secara automatik dan disimpan dengan selamat di dalam sebuah sistem yang boleh diakses semula.
Antara penawaran utama sistem gaji cloud based ini adalah,
- Efisiensi: Proses gaji pekerja boleh dibuat secara automatik dengan mengurangkan kerja manual dan mempercepatkan proses pengiraan dalam kuantiti banyak.
- Keselamatan: Segala maklumat gaji pekerja disimpan secara pengawanan dan dilindungi daripada diakses tanpa kebenaran.
- Kepastian: pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan berkaitan gaji tidak menjadi kebimbangan dengan sistem yang direka untuk patuh penetapan.
- Aksesibiliti: Sistem gaji online memudahkan pekerja dan bahagian pengurusan untuk mengakses semula segala maklumat seperti slip gaji dengan lebih mudah.
- Analisis Data: Dengan janaan automatik, segala laporan data dapat dirumuskan dengan lebih pantas dan memudahkan untuk membuat keputusan.
Kelebihan Sistem Gaji Cloud Based Berbanding Sistem Manual
- Menyepadukan Data dan Pengiraan
Antara manfaat utama sistem gaji atas talian yang berasaskan cloud based adalah kemampuan perisian untuk menyepadukan data gaji pekerja, seterusnya memudahkan urusan pengiraan gaji, pembayaran gaji tepat pada masa dan caruman-caruman wajib.
- Mengurangkan Bebanan Kerja Manual
Berbanding proses pengurusan gaji manual yang memakan masa panjang, penggunaan sistem gaji online dapat mengurangkan bebanan pengiraan sekaligus meningkatkan kepantasan dan ketepatan pembayaran gaji pekerja.
- Memudahkan Proses Kemas Kini
Kelemahan utama sistem gaji manual adalah ia menyukarkan tugasan kemas kini lebih-lebih lagi jika terdapat perubahan besar dalam organisasi syarikat seperti kenaikan gaji. Tetapi melalui sistem online sebarang kemas kini dapat dibuat dengan pantas.
- Menjamin Keselamatan dan Pematuhan
Salah satu penyebab utama sistem gaji cloud based menjadi pilihan adalah kemampuannya untuk menjamin keselamatan dari segi pengiraan gaji dan pembayaran caruman. Tidak dilupakan juga banyak sistem gaji online direka berlandaskan pematuhan undang-undang.
- Mengimbangi Kos Pengurusan
Mungkin ramai tidak menyedari bahawa kos langganan sistem gaji cloud based sebenarnya tidak terlalu mahal dan sangat mampu milik. Berbeza dengan mengupah pakar penggajian yang kosnya tinggi, menggunakan sistem online dapat mengimbangi kos pengurusan dengan lebih stabil.
Justeru itu, tidak hairan mengapa ramai pemilik perniagaan dan syarikat dari pelbagai jenis saiz memilih untuk menggunakan sistem gaji cloud based sebagai peralatan utama dalam pengurusan gaji.
Dalam pada itu juga jika syarikat anda menghadapi masalah pengurusan gaji dan memerlukan sistem gaji cloud based yang mampu tingkatkan efisiensi kerja, MySyarikat adalah satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan!
Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat!
Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami.