Skip to main content

Bon pekerjaan (employment bond) bukan satu perkara asing dalam dunia pekerjaan di Malaysia. Ia biasanya dimasukkan dalam kontrak kerja bagi mengenakan sekatan kepada pekerja dan boleh dikenakan hukuman penalti jika melanggarnya.

Fahami Bon Pekerjaan di Malaysia 

Menurut definisi bon pekerjaan (employment bond) ini merupakan pengaturan kontrak diantara majikan dan pekerja yang melampaui syarat khas kontrak kerja. Bon pekerjaan juga dirujuk sebagai dokumen yang mengikat secara sah, menggariskan syarat dan komitmen khusus dipersetujui oleh kedua-dua pihak semasa bekerja.

Dalam bahasa mudahnya bon pekerjaan ini adalah sebuah kontrak yang mengikat pekerja untuk terus memberi khidmat kepada syarikat, tetapi dengan persetujuan sama oleh kedua-dua pihak tanpa sebarang paksaan.

Antara komponen utama dalam sesebuah bon pekerjaan ini adalah seperti di bawah.

  • Tempoh Perkhidmatan

Perkara utama apabila melibatkan bon pekerjaan ini adalah tempoh masa perkhidmatan yang mengikat pekerja untuk terus bekerja dengan syarikat. Bergantung kepada persetujuan tempoh masa bon boleh antara beberapa bulan sehingga beberapa tahun.

  • Implikasi Kewangan 

Dalam sebuah bon pekerjaan juga perlu disertakan syarat kewangan seperti kos latihan, perbelanjaan penempatan, pelaburan lain atau hukuman penalti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak berdasarkan tempoh ditetapkan.

Fungsi Bon Pekerjaan di Malaysia

Secara asasnya, bon pekerjaan boleh disertakan sekali dengan kontrak kerja pekerja atau diberikan kemudian dalam sebuah dokumen lain selepas persetujuan dicapai sebagai satu bentuk perlindungan terhadap pelaburan syarikat kepada pekerja.

Mudah kata apabila majikan melaburkan wang untuk menghantar pekerja hadiri latihan, sebagai jaminan pekerja tidak akan terus berhenti selepas menguasai kemahiran tersebut bon pekerjaan akan diberikan supaya kemahiran tersebut dapat dimanfaatkan syarikat.

Situasi bon pekerjaan ini sama seperti bon-bon kewangan lain iaitu untuk memberi jaminan atau menjaga hak pelabur terhadap perkara yang dilaburkan. Selagi pelaburan tersebut belum mengembalikan modal dan keuntungan, selagi itu pelaburan tersebut terikat dengan bon.

Selain itu, penggunaan bon pekerjaan ini juga digunakan untuk tujuan pengekalan dan kesetiaan pekerja. Ia dirancang supaya pekerja tidak mudah berhenti dalam tempoh masa terdekat dan boleh memastikan penglibatan pekerja (employee retention) tinggi.

Bon Pekerjaan dan Akta Kerja 1955

Di bawah Akta Kerja 1955, bon pekerjaan dianggap sah dan boleh dilaksanakan dengan persetujuan pekerja dan majikan tanpa sebarang paksaan, dipengaruhi oleh sebelah pihak sahaja dan atas kerelaan hati.

Perlu difahamkan majikan yang ingin menuntut ganti rugi untuk sebarang pelanggaran, mesti menunjukkan bahawa mereka sudah menanggung perbelanjaan besar terhadap sebuah latihan atau kos berkaitan dengan pekerja.

Untuk laksanakan bon pekerjaan ini ia perlu adil, wajar dan bebas daripada sebarang kelebihan atau kerugian yang menyebelahi satu pihak sahaja. Mudah kata perlaksanaan bon pekerjaan ini mesti ‘win-win’ untuk kedua-dua belah pihak.

Contoh paling mudah pengaplikasian bon pekerjaan ini adalah bila majikan hantar pekerja hadiri kursus latihan dan kemahiran yang menelan perbelanjaan tinggi, maka bagi mengembalikan modal tersebut pekerja perlu bekerja untuk satu tempoh sebagai syarat membayarnya semula.

Apa akan jadi jika pekerja memutuskan untuk berhenti sebelum tamat tempoh bon? Jawapan mudahnya adalah pekerja boleh dikenakan penalti dalam bentuk pembayaran kewangan yang dipersetujui dalam kontrak bonnya.

Di sini penting untuk pekerja dan majikan mengambil maklum jumlah kos pembayaran penalti tersebut kerana tiada penetapan minimum atau maksimum yang digariskan dalam perundangan. Ia bergantung seratus peratus atas persetujuan sama antara kedua-dua pihak.

Rahsia Pengurusan Pekerja Efektif Bermula Dengan MySyarikat!

Adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan pekerja? Perlukan sistem yang boleh lancarkan pengurusan dan tingkatkan pegalaman pekerjaan? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! 

Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami.

Leave a Reply