Tanpa mengira status sama ada sebagai pekerja tetap ataupun pekerja kontrak, syarikat yang mengupah pekerja tertakluk kepada penetapan undang-undang kerja yang digariskan dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.
Ini termasuk juga penetapan 6 jenis cuti yang layak untuk pekerja seperti Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi. Suka diingatkan cuti-cuti ini merupakan cuti berbayar dan tidak boleh ditukar ganti dengan wang tanpa sebarang persetujuan antara pekerja serta majikan.
Undang-Undang Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi Di Malaysia
Di bawah Seksyen 60F-Cuti Sakit, Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 ada mengatakan bahawa seseorang pekerja layak untuk mendapat cuti berbayar atas faktor masalah kesihatan selepas pemerikasaan oleh
- Seorang pengamal perubatan berdaftar yang dilantk dengan sempurna oleh majikan; atau
- Jika tiada pengamal perubatan sedemikian dilantik atau, jika berhubung kepada jenis atau keadaan-keadaan kesakitan, perkhidmatan pengamal perubatan yang dilantik tidak boleh didapati dalam masa atau jarak yang munasabah, oleh mana-mana pengamal perubatan berdaftar yang lain atau oleh seorang pegawai perubatan.
Berdasarkan penetapan tersebut jelas bahawa seorang pekerja layak untuk mendapatkan cuti berbayar oleh majikan selepas mendapat pengesahan bahawa mereka tidak sihat dan tidak mampu untuk menjalankan tugasan pada hari tersebut.
Mudah katanya juga pekerja boleh mohon Cuti Sakit ini selepas ke klinik panel syarikat atau mana-mana institusi kesihatan lain, mendapatkan sijil cuti sakit (MC) yang sah untuk memastikan pekerja masih dibayar walaupun tidak hadir bekerja.
Tempoh untuk cuti sakit ini juga telah ditetapkan dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.
- Empat belas (14) hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika pekerja telah bekerja untuk kurang dari dua (2) tahun;
- Lapan belas (18) hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika pekerja telah bekerja untuk dua (2) tahun atau lebih tetapi kurang lima (5) tahun;
- Dua puluh dua (22) hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika pekerja telah bekerja untuk lima (5) tahun atau lebih.
Sementara itu, tempoh kelayakan untuk Cuti Hospitalisasi juga telah digariskan dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 pada seksyen sama.
“(bb) enam puluh (60) hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika hospitalisasi adalah perlu, sebagaimana yang diperakui oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan tersebut.”
Cara Mohon Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi
Seperti yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022, pekerja yang ingin memohon sama ada Cuti Sakit atau Cuti Hospitalisasi perlu dapatkan pengesahan daripada pakar kesihatan berdaftar.
Bagi kes pekerja yang ingin memohon Cuti Sakit, mereka perlu dapatkan sijil cuti sakit (MC) sama ada daripada klinik swasta panel syarikat atau kerajaan. Untuk Cuti Hospitalisasi pula pekerja perlu mendapatkan surat pengesahan hospital yang keluarkan doktor.
Perlu diingatkan bahawa MC mesti dikeluarkan oleh doktor yang sah dan sebarang pemalsuan sijil cuti sakit boleh melanggar tatatertib Akta Kerja 1955 dan juga Peraturan 4(2)(f) dan (g), Peraturan-Peraturan Pegawai Am (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Jika pekerja didapati bersalah memalsukan MC, mereka boleh dibuat kerja kerana dianggap telah melakukan salahlaku sementara pegawai kesihatan yang mengeluarkan MC palsu boleh dikenakan tindakan termasuk sijil perubatan ditarik.
Kesimpulannya, harap majikan dan pekerja kini lebih memahami berkenaan kelayakan Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022. Tanpa mengira status semua pekerja yang memasuki kontrak kerja kayak untuk menerima manfaat cuti yang digariskan perundangan kerja negara.
Selaraskan Permohonan Cuti Dengan MySyarikat
Dalam pada itu, adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan permohonan cuti pekerja? Perlukan sistem yang boleh selaraskan permohonan cuti dan pengiraan gaji secara automatik?
MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.
Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!
Sekiranya pekerja berkhidmat kurang satu tahun, adakah pekerja tersebut layak mendapatkan cuti hospitalisasi sebanyak 60 hari?
Layak. Cuti sakit/ hospitalisasi adalah hak pekerja, sekiranya mendapat pengesahan sah dari pegawai perubatan pekerja itu layak dapat cuti.
Jika pekerja tidak dimasukkan ke hospital, adakah layak untuk cuti hospitalisasi?
Tidak. Cuti hospitalisasi hanya untuk pekerja yang layak dengan pengesahan oleh doktor.
Di masukkan ke hospital dan selepas discharge dari hospital doktor kasi MC dari tarikh masuk wad sehinggalah beberapa Hari selepas discharge. Tapi majikan tolak dari baki MC dan bukan baki cuti hospitalisation untuk Hari yang tidak berada di wad. Sedangkan cuti tu bersambung post hospitalization dlm 1 surat MC. Adalah tindakan majikan ini betul?
Bergantung kepada polisi majikan kerana cuti sakit dan hospitalisasi digabungkan ya.
Pekerja telah masuk bekerja dari 9:00pagi sehingga 1:00ptg. kemudian dia ke klinik kerana tidak sihat dan mendapat MC pada hari tersebut. Adakah status pekerja tersebut dikira full day MC atau half day MC kerana telah masuk bekerja dari 9pg-1ptg?
Bergantung kepada slip MC yang dikeluarkan, tapi selalunya dianggap untuk sehari ya.