Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau turut dikenali sebagai Social Security Organisation (SOCSO) adalah sebuah agensi yang dikawal selia oleh kerajaan Malaysia di bawah pantauan Kementrian Sumber Manusia (KSM).
Tujuan utama SOCSO diperkenalkan adalah sebagai pemberi bantuan kepada pekerja yang dilanda masalah pekerjaan seperti kehilangan kerja, perlindungan dan pampasan kehilangan upaya kerja dan bantuan sokongan pekerjaan akibat daripada kemalangan.
Jika dilihat pada slip gaji yang diterima setiap bulan pasti anda perasan bahawa sebahagian daripada upah tersebut akan dimasukan ke dalam SOCSO. Betul, SOCSO merupakan sebahagian daripada caruman wajib seperti KWSP.
Apa Itu SOCSO/ PERKESO?
Seperti yang diterangkan awal tadi visi dan misi SOCSO/ PERKESO adalah untuk memberi perlindungan kepada para pekerja di Malaysia. Bantuan yang ditawarkan bukan sahaja dalam bentuk kewangan tetapi perubatan dan bantuan mencari kerja bagi pekerja yang ditempa kemalangan.
Misalnya, anda sedang dalam waktu bekerja dan jatuh sehingga menyebabkan diri tidak mampu bekerja lagi. Jadi pada kes ini SOCSO/ PERKESO akan menawarkan bantuan sama ada dari segi kewangan atau perubatan untuk anda tampung kehidupan.
Antara skim-skim bantuan utama yang ditawarkan SOCSO/ PERKESO adalah seperti berikut:
- Skim Keselamatan Sosial Pekerja Bermajikan
- Skim Bencana Pekerjaan
- Skim Keilatan
- Skim Insurans Pekerja
- Skim Keselamatan Sosial Pekerja Asing
- Skim Keselamatan Sosial Pekerja Domestik
- Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah
Bagi kadar pembayaran caruman SOCSO/ PERKESO ini ia bergantung kepada tangga gaji anda. Rujukan untuk tangga gaji ini telah digariskan pada Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Akta 4) dan ia terbahagi untuk syer majikan serta syer pekerja.
Untuk caruman Skim Insurans Pekerja (SIP) pula ia telah ditetapkan dalam Jadual Kedua Seksyen 18, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Pengiraan untuk syer adalah sebanyak 0.2% bagi kedua-dua majikan dan pekerja.
Suka diingatkan bahawa tempoh pembayaran kadar caruman ini adalah sama untuk KWSP, SOCSO/ PERKESO dan SIP iaitu selewat-lewatnya 15 hari bulan bagi caruman bulan sebelumnya. Mudah kata pembayaran caruman mesti dibuat sebelum 15 hari bulan setiap bulan.
Apa Itu Number SOCSO/ Nombor PERKESO?
Sekiranya anda baru menyertai syarikat atau dalam proses mencari kerja, bahagian sumber manusia (HR) selalunya akan minta butiran pekerjaan dan salah satunya butiran diperlukan adalah number SOCSO/ nombor PEKRSEKO.
Tapi mana nak cari nombor SOCSO/PERKESO ini? Usah risau, sebenarnya terdapat 3 cara mudah untuk anda semak nombor SOCSO/PERKESO!
- Semakan Melalui Nombor Kad Pengenalan (IC number)
Khas untuk rakyat Malaysia, anda boleh perolehi nombor SOCSO/PERKESO melalui nombor kad pengenalan (IC number) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Contohnya, nombor IC 987654012345 maka itu adalah nombor SOCSO anda.
- Semakan Melalui Slip Gaji
Dalam kebanyak kes nombor SOCSO/PERKESO juga akan disertakan pada slip gaji. Anda boleh menyemak nombor tersebut pada bahagian caruman dalam slip gaji kerana biasanya ia akan menyatakan nombor SOCSO/PERKESO sebagai rujukan.
- Semakan Melalui Talian Hotline SOCSO
Satu lagi cara untuk menyemak nombor SOCSO/PERKESO adalah dengan menghubungi terus pihak SOCSO/PERKESO di talian hotline mereka di talian 1-300-22-8000. Sebarang rujukan lanjut boleh dibuat pada laman web rasmi SOCSO/PERKESO sendiri.
Proses Pendaftaran SOCSO/ PERKESO
Kini pendaftaran untuk SOCSO/ PERKESO boleh dibuat secara atas talian melalui Portal ASSIST, dengan pihak majikan perlu melengkapkan Borang Pendaftaran Majikan (Borang 1) dan Borang Pendaftaran Pekerja (Borang 2).
Jika anda berminat juga untuk mengetahui cara mendaftar KWSP dan SIP boleh rujuk pada artikel sebelum ini bekaitan Panduan Lengkap Daftar EPF, SOCSO dan EIS.
Selaraskan Caruman SOCSO Kini Lebih Mudah Dengan MySyarikat!
Adakah anda perlukan HR software terbaik yang boleh bantu selaraskan pembayaran caruman pekerja? Jika jawapannya ‘YA’ HR software MySyarikat adalah pilihan pengurusan terbaik kepada bisnes-bisnes di Malaysia.
Dengan sistem HR software MySyarikat, pengurusan sumber manusia syarikat akan akan menjadi lebih efisien dan efektif! Daripada pengurusan gaji, cuti, tuntutan sehingga merekod kehadiran dan banyak lagi dapat diselesaikan dengan HR software yang moden dan inovatif ini.
Mari tingkatkan kualiti kerja tempat kerja, melancarkan operasi perniagaan dan merevolusikan syarikat anda dengan sistem HR software moden MySyarikat!
Jom rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software MySyarikat sekarang secara percuma dengan ‘Book Demo’ bersama kami!
MEMERLUKAN NO SOCSO
Boleh semak melalui slip gaji.
SAYA MEMERLUKAN NOM SOCSO.. ADAKAH NOM SOCSO SAMA DENGAN IC KITA ATAU BERBEZA ?
DI PAYSLIP TAK ADA TULIS NOM SOCSO
Nombor socso adalah sama dengan nombor IC, boleh rujuk sini ya.
Berhenti kerja sudah lama boleh ke pohon sekiranya excident…berhenti kerja Tahun 2016.. excident 2024
Untuk PERKESO ia melindungi pekerja yang tidak berupaya bekerja, jadi adalah dinasihatkan untuk rujuk SOCSO untuk kes seperti ini ya.
macam mana kita nak tahu syarikat ini membuat caruman atau pun tidak. tambahan sy bukan pekerja di syarikat tersebut .
Boleh lihat pada slip gaji ya.