Skip to main content

Pemberian penyata penggajian atau slip gaji adalah wajib dan perkara ini telah diterangkan sebelum ini mengenai kepentingan slip gaji kepada pekerja. Malah, dalam Akta Kerja 1955 sendiri ada menyatakan keperluan majikan untuk menyediakan slip gaji pekerja setiap bulan.

Sebagai pengetahuan, slip gaji merupakan satu dokumen yang mengandungi pecahan gaji pekerja, dan mesti diberikan oleh majikan pada setiap bulan selepas mengkreditkan gaji ke dalam akaun pekerja.

Slip Gaji Dalam Akta Kerja 1955

Apabila dirujuk pada Akta Kerja 1955 ia menetapkan untuk setiap majikan berikan kepada pekerja sebuah penyata atau kad yang mengandungi butiran-butiran penggajian seperti upah dan elaun bagi setiap tempoh penggajian.

Mudah kata di sini adalah majikan mestilah mengeluarkan bukti pembayaran gaji sebaik mengkreditkan gaji pekerja setiap bulan, sama seperti konsep pemberian resit atas sebarang pembelian yang dibuat terhadap sesuatu barangan.

Ia merupakan salah satu dokumen penting yang menjadi hak pekerja selain daripada kontrak kerja yang menjadi lambang persetujuan di antara majikan dan pemberi khidmat. Kegagalan majikan untuk mengeluarkan slip gaji pekerja boleh dikenakan tindakan berikut:

  • Didenda tidak melebihi dari RM10,000
  • Dipenjara tidak melebihi dari 6 bulan
  • Kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan

Rujukan mengenai slip gaji ini boleh dibuat pada Seksyen 24 Akta Kerja. Perlu difahamkan yang pengeluaran slip gaji ini adalah sebagai perlindungan hak pekerja dan majikan itu sendiri.

Maklumat Yang Perlu Ada Dalam Slip Gaji

Untuk mana-mana majikan atau perusaha bisnes yang menggajikan pekerja, wajib untuk ambil maklum beberapa perkara yang perlu ada dalam slip gaji ini. Pekerja juga perlu ambil tahu bagi mengelak masalah ditipu oleh majikan.

Antara maklumat yang perlu ada dalam sesebuah slip gaji adalah,

  • Nama dan Alamat Syarikat
  • Nama dan Nombor Siri Pekerja
  • Nombor Kad Pengenalan Pekerja atau Nombor Passport
  • Maklumat Perbankan Pekerja
  • Nombor KWSP, PERKESO, SIP dan LHDN Pekerja
  • Jumlah Pembayaran Gaji Bulanan Pekerja
  • Perincian Pecahan Gaji Pekerja
  • Jumlah Potongan Daripada Gaji Pekerja
  • Sumbangan Majikan
  • Pengiraan Jumlah Pendapatan Pekerja 
  • Tandatangan atau Cop Pengesahan Dari Syarikat

Tentunya, setiap slip gaji berbeza-beza di antara syarikat namun ini merupakan makluman asas yang perlu ada. Jika pekerja mendapati maklumat slip gaji tidak lengkap seperti jumlah potongan tidak disenaraikan atau tidak dinyatakan sumbangan majikan, maka pekerja boleh membuat laporan.

Penting juga untuk majikan memastikan maklumat yang diletakkan dalam slip gaji pekerja jelas. Hal ini kerana seperti dikatakan awal tadi slip gaji umpama resit yang boleh digunakan oleh kedua-dua belah pihak sebagai rujukan.

Oleh itu, pihak majikan dinasihatkan untuk menyimpan beberapa salinan slip gaji pekerja untuk sesuatu tempoh walaupun pekerja telah berhenti. Ini kerana terdapat kemungkinan bekas pekerja itu akan meminta slip gaji mereka pada kelak hari.

Jana Slip Gaji Secara Automatik Dengan MySyarikat!

Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan! Sistem MySyarikat dapat menjana slip gaji dengan pantas sebaik majikan mengkreditkan gaji pekerja tanpa ada kesilapan!

Menariknya lagi sistem MySyarikat juga boleh mengautomasikan agihan dan pembayaran gaji pekerja, walaupun hari gaji jatuh pada hari cuti. Selain itu, kemampuan sistem MySyarikat untuk menyelaraskan potongan wajib pada gaji pekerja juga dapat memastikan tiada kesiapan pembayaran dibuat!

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!

Tips HR

Tips Urus Pekerja Introvert

Zahin ByondZahin ByondMarch 25, 2024
Tips HR

Tip Cegah Masalah MC Palsu

Zahin ByondZahin ByondApril 8, 2024

Leave a Reply