Antara cabaran yang dihadapi oleh pekerja adalah untuk membahagikan masa mereka antara hal-hal pekerjaan dan kehidupan peribadi. Terutamanya bagi mereka yang mempunyai waktu kerja yang tidak tetap seperti bekerja shift.
Perkara ini secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada kesihatan mental serta fizikal pekerja. Akibatnya, pekerja akan mudah jatuh sakit sehingga selalu ambil MC kerana gagal untuk mengimbangi kehidupan dan kerja (work-life balance) dengan baik.
Atas faktor itu majikan perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan inisiatif untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal pekerja. Misalnya dengan menyediakan program kesihatan yang menyeluruh untuk semua pekerja.
Kepentingan Program Kesihatan
Secara umumnya, kesihatan pekerja adalah perkara utama yang perlu dipertimbangkan majikan kerana mereka merupakan tunjang dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, mewujudkan program kesihatan penting dalam memberikan manfaat kepada pekerja.
Berikut adalah beberapa kepentingan utama dalam mewujudkan program kesihatan yang menyeluruh untuk sesebuah syarikat.
- Menghindari Burnout
Burnout atau kelesuan berpunca daripada overworking yang boleh membawa kepada keletihan mental dan stress terkumpul dalam diri. Kesan daripada burnout boleh membawa kepada hilang semangat, tidak boleh fokus, anxiety dan lain-lain.
Program kesihatan fizikal boleh mencegah perkara ini dari berlaku dengan memberi ruang kepada pekerja untuk melepaskan stress mereka. Seperti yang kita tahu, minda yang cerdas bermula dengan badan yang sihat!
- Memperbaiki Emosi
Gangguan emosi sering dihadapi oleh pekerja terutama bagi mereka yang kurang melakukan aktiviti fizikal. Ini boleh mengganggu gerak kerja (workflow) di tempat pekerja dan menjejaskan prestasi seseorang.
Program kesihatan di tempat kerja membolehkan pekerja untuk menambah baik emosi dan mood mereka dengan bersosial bersama pekerja yang lain. Justeru, emosi yang baik akan melahirkan motivasi untuk meningkatkan produktiviti dalam menjalankan tugasan.
- Menjaga Kesihatan Pekerja
Keutamaan program kesihatan ini adalah untuk menjaga kesihatan pekerja supaya mereka dihindari dari sebarang penyakit. Oleh kerana kekangan masa yang sering dihadapi oleh pekerja, majikan perlu menyediakan ruang dan masa demi menjalankan program ini.
Dengan ini, kesihatan pekerja akan lebih terjamin untuk jangka masa yang panjang dan membantu mereka untuk mengamalkan work life balance dengan mudah. Jika badan sihat, tiada masalah untuk pekerja untuk menyelesaikan tugasan dengan baik.
- Atasi Masalah Kesihatan Mental
Kesihatan mental pekerja adalah sama penting dengan kesihatan fizikal. Pekerja wajib menjaga kesihatan kedua-duanya. Masalah kesihatan mental yang sering dihadapi adalah seperti depresi, anxiety, insomnia dan lain-lain.
Aktiviti fizikal seperti bersenam merupakan penawar kepada masalah-masalah di atas kerana ia dapat mencegah penyakit mental dan memberi impak yang positif kepada pekerja. Ini adalah sangat penting kerana ia boleh efek prestasi pekerja.
Contoh Program Kesihatan di Tempat Kerja
Terdapat pelbagai cara majikan boleh mewujudkan program kesihatan yang berkesan dalam menjaga kesihatan pekerja. Pihak majikan boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkait dengan penjagaan kesihatan demi meningkat kualiti hidup pekerja mereka . Aktiviti tersebut boleh diadakan dengan pelbagai cara seperti yang berikut:
- Aktiviti Senaman
- Badminton: Sesi sukan badminton dapat menggerakkan tubuh untuk lebih aktif dan mengeluarkan peluh yang menyihatkan badan sambil mempraktikkan kerjasama berpasukan.
- Senamrobik: Sesi aerobik yang diadakan selepas waktu bekerja atau pada hari tertentu boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan membakar kalori, sekali gus meningkatkan kecergasan pekerja.
- Briskwalk: Menggalakkan pekerja untuk mengambil bahagian dalam larian pagi secara berkumpulan boleh meningkatkan stamina dan semangat berpasukan.
2. Kempen Kesedaran Kesihatan Mental
- Kursus Pengurusan Emosi: Belajar teknik menguruskan emosi penting dalam menjaga kesihatan mental dalam tempat kerja kerana ia boleh tingkatkan produktiviti pekerja.
- Seminar Kesihatan Mental: Ceramah oleh pakar psikologi tentang cara menjaga kesihatan mental dan mengenali tanda-tanda awal tekanan dan kemurungan.
3. Aktiviti Rekreasi dan Sukan
- Pertandingan Sukan: Mengadakan pertandingan sukan seperti bola sepak, bola jaring, atau futsal untuk menggalakkan semangat kesukanan dan kerjasama di kalangan pekerja.
- Hari Sukan: Menganjurkan hari sukan tahunan di mana pekerja dan keluarga mereka boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti fizikal dan rekreasi.
- Program Rekreasi Luar: Aktiviti seperti hiking, berkayak, atau berbasikal yang dianjurkan pada hujung minggu boleh membantu pekerja menghilangkan tekanan dan menikmati alam semula jadi.
Kesimpulannya, program kesihatan mental adalah kewajiban untuk pekerja. Majikan perlu memberi sokongan dan tangan untuk menolong pekerja mereka merealisasikan gaya hidup yang sihat ini.
Program ini bukan sahaja membantu dari segi kesihatan fizikal, malahan ia membantu pekerja dari segi kesihatan mental mereka. Program ini merangkumi pelbagai aspek kesihatan yang akan membantu pekerja melakukan tugasan dengan lebih baik.
Dalam pada itu adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan gaji? Sukar untuk selarakan pemberian elaun dan gaji tepat pada masanya? Berita baik kepada anda kerana MySyarikat satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan!
Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.
Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!