Skip to main content

Kesihatan mental adalah perkara yang sangat penting kepada pekerja, dengan keadaan mental yang cergas tubuh badan juga jadi sihat. Disebabkan itu Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf masalah kesihatan sebagai masalah kesihatan awam yang membimbangkan.

Di tempat kerja terutamanya, menjaga kesihatan mental sangat penting. Atas faktor itu juga Akta Kerja 1955 yang mengawal selia undang-undang serta hak pekerja di Malaysia telah memperkenalkan pelbagai faedah seperti cuti untuk menjaga kesihatan mental pekerja.

Undang-Undang Kesihatan Mental di Tempat Kerja

Pada asasnya tiada perundangan yang menyentuh terus tentang kesihatan mental di tempat kerja dalam konteks Malaysia. Akta Kesihatan Mental Malaysia (2001) dan Peraturan Kesihatan Mental (2010) mungkin antara yang paling dekat memperjuangkan kesihatan mental pekerja.

Namun, kedua-dua perundangan tersebut juga tidak menerangkan kepentingan kesihatan mental di tempat kerja secara khusus sebaliknya memberi fokus kepada keselamatan fizikal pekerja.

Selain itu, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA) 1994 yang memberi fokus kepada keselamatan serta kesihatan pekerja di tempat kerja juga tidak menyentuh tentang sebarang peruntukan mengendalikan kesihatan mental pekerja secara jelas. 

Tetapi ini tidak bermakna kesihatan mental dipandang sebelah mata sahaja di Malaysia. Sungguhpun tiada penetapan khusus berkenaan kesihatan mental, banyak syarikat mengambil maklum dan memperkenalkan banyak inisiatif untuk menjaga kesihatan mental pekerja.

Tanda-Tanda Masalah Kesihatan Mental

Untuk mengatasi masalah kesihatan mental perkara pertama yang majikan dan bahagian sumber manusia (HR) perlu ketahui adalah mengenal pasti tanda-tanda masalah kesihatan mental.

Berbeza dengan masalah kesihatan fizikal yang jelas pada zahir dan mudah dilihat, masalah kesihatan mental hanya boleh dikenal pasti selepas ia melarat. Namun, terdapat tanda-tanda awal yang memberi indikasi masalah kesihatan mental para pekerja.

  • Kelesuan (Burnout)

Pekerja kelihatan tidak bermaya atau sukar memberi fokus kepada tugasan ataupun arahan yang diberikan. Pada sesetengah kes pekerja mungkin berasa murung sehingga mengganggu perhubungan dengan pekerja lain.

  • Prestasi Kerja

Penurunan prestasi kerja juga boleh menjadi indikator yang menunjukkan pekerja mengalami masalah kesihatan mental. Apabila minda pekerja penat atau sedang mengalami masalah, kualiti kerja juga akan terkesan secara drastik.

  • Masalah Disiplin

Pada kebanyakan kes juga masalah kesihatan mental boleh mencetus isu disiplin dalam kalangan pekerja. Perasaan marah, keletihan atau ketidakpuasan hati boleh mendorong seseorang untuk melakukan perkara yang membolehkan mereka ekspresifkan diri.

  • Motivasi Bekerja 

Keruntuhan kesihatan mental pekerja akan dapat dilihat dengan jelas melalui motivasi kerja seseorang. Kes seperti pekerja berasa tidak mahu bekerja atau ingin bertukar kerja boleh dikaitkan dengan keadaan mental yang tidak sihat.

Tip Cegah Masalah Kesihatan Mental

Dalam pada itu, jika majikan dan bahagian HR mendapati pekerja mengalami masalah-masalah seperti di atas maka sudah tiba masa untuk mengambil langkah pencegahan yang diperlukan. Antara yang boleh dilakukan adalah,

  1. Amalkan Fleksibaliti Kerja

Gunakan faedah Aturan Kerja Fleksibal atau memperkenalkan polisi kerja hibrid untuk membolehkan pekerja capai keseimbangan hidup-kerja (work-life balance). Ini dapat membentu pekerja menambah baik kesihatan mental mereka.

  1. Berikan Sokongan dan Kesedaran

Antara perkara yang sangat diperlukan oleh pekerja mahupun mereka yang alami masalah kesihatan mental adalah sokongan daripada orang lain. Pada kebanyakan masa mereka mahu meluahkan masalah dihadapi tanpa perlu risau diadili orang lain.

  1. Lakukan Aktiviti Fizikal

Minda yang sihat datang dari fizikal yang cergas. Majikan dan bahagian HR perlu berikan perhatian kepada keadaan fizikal pekerja jika mahu mejaga kesihatan mental pekerja. Cara paling mudah untuk menjaga kesihatan tersebut adalah dengan melakukan aktiviti fizikal.

  1. Tetapkan Sasaran Jelas

Pada kebanyakan kes tekanan yang dihadapi pekerja berpunca daripada penetapan sasaran yang berat atau tidak jelas. Oleh itu, penting untuk majikan dan bahagian HR letakkan sasaran yang realistik kepada pekerja.

  1. Perbaiki Cara Pengurusan

Kecekapan pengurusan juga memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan mental pekerja. Dengan adanya pengurusan yang yang lancar dan efisien maka pekerja dapat bekerja dalam keadaan selesa serta gembira.

Kesihatan Mental Bermula Dengan Pengurusan Efisien Seperti MySyarikat 

Adakah anda alami masalah pengurusan pekerja sehingga memberi kesan kepada kessihatan mental warga kerja? Jika jawapannya ‘Ya’ sudah tiba masa untuk perbaiki dinamik pekerja dengan MySyarikat!

MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat! Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

Leave a Reply