Skip to main content

Dalam pasaran kerja semasa permintaan terhadap pekerja berkemahiran semakin meningkat dan banyak syarikat mula menitikberatkan strategi untuk mengekalkan pekerja (employee retention) berkualiti daripada berhenti.

Maka, tidak hairan mengapa banyak syarikat kini memberi penekanan terhadap kepentingan penglibatan dan pengiktirafan pekerja (employee recognition). Tetapi apakah itu employee recognition dan apakah strategi berkesan untuk melaksanakannya?

Apakah Itu Pengiktirafan Pekerja?

Pengiktirafan pekerja atau employee recognition adalah satu penganugerahan syarikat kepada pekerja atas pencapaian prestasi mereka. Dalam bahasa mudahnya, employee recognition ini adalah satu bentuk penghargaan syarikat terhadap usaha pekerja.

Pengiktirafan ini tidak terhad kepada prestasi kerja semata-mata sahaja tetapi boleh diberikan atas pelbagai sebab bagi tujuan untuk memperkuatkan tingkah laku, amalan atau aktiviti tertentu yang mendatangkan impak positif kepada syarikat.

Adakah Pengiktirafan Pekerja Penting?

Seperti dimaklumkan awal tadi tujuan utama sesebuah syarikat membuat employee recognition ini adalah sebagai pendorong motivasi bagi mengekalkan pekerja berkualiti dan menghalang mereka daripada berhenti.

Tetapi perlaksanaan employee recognition adalah lebih daripada sekadar itu, ia turut membantu membentuk budaya kerja positif di dalam syarikat. Antara kepenting sesebuah syarikat melaksanakan employee recognition adalah,

  • Meningkatkan Moral Pasukan

Melalui perlaksaan employee recognition ia dapat membantu meningkatkan moral pasukan. Konsepnya adalah apabila salah seorang ahli atau satu pasukan mendapat penghargaan, ia dapat meningkatkan semangat mereka untuk lakukan yang lebih baik dan baik.

  • Memupuk Budaya Perbaiki Diri

Penerapan employee recognition ini dapat memupuk satu budaya kerja posifit iaitu sifat ingin memperbaiki diri. Secara nalurinya pekerja merupakan manusia dan menerima ataupun melibat orang lain mendapat pujian boleh mendorong perasaan ingin memperbaiki diri.

  • Mewujudkan Budaya Kerja Progresif

Perkembangan sesebuah syarikat dapat dikesan melalui gerak kerja pekerjanya yang progresif. Pekerja yang berterusan bekerja tanpa mengeluh atau ingin berhenti dapat membantu syarikat berkembang dengan lebih pantas.

  • Mencipta Persaingan Sihat

Sama seperti budaya kerja memperbaiki diri, perlaksanaan employee recognition juga mampu mencipta persaingan yang sihat di dalam syarikat. Apabila semua pekerja memiliki objketif untuk dicapai mereka akan lebih bersemangat untuk bekerja. 

Contoh Program Employee Recognition

Terdapat banyak cara, teknik dan prgram yang boleh majikan laksanakan untuk memberikan employee recognition. Perkara paling penting dalam employee recognition adalah untuk menunjukkan penghargaan dan mengekalkan bekerja untuk terus bekerja.

Antara contoh program employee recognition yang majikan boleh buat untuk tunjukkan penghargaan kepada pekerja adalah seperti berikut:

  1. Anugerah Perkhidmatan Tahunan

Teknik ini merupakan antara yang paling banyak diamalkan oleh syarikat di seluruh dunia termasuk Malaysia. Majikan boleh memberikan anugerah perkhidmatan tahunan seperti sijil atau meletak gambar pekerja tahunan ‘employee of the year’ dalam carta organisasi.

  1. Pemberian Bonus

Pakej faedah dalam bentuk kewangan seperti bonus juga merupakan cara paling mudah untuk melaksanakan program employee recognition. Pemberian bonus secara tahunan atau berdasarkan prestasi dapat meningkatkan moral pekerja.

  1. Aktiviti Sosial Luar Pejabat

Bukan semua pekerja bekerja bermotivasikan wang semata-mata, ada antara mereka pentingkan kesimbangan hidup dan kerja (work-life balance). Jadi syarikat boleh lakukan aktivti sosial luar pejabat seperti makan tengah hari bersama sebagai employee recognition.

  1. Menghantar Kursus Latihan

Selain daripada wang, perkembangan kerjaya juga menjadi pendorong kepada pekerja dan menghantar mereka ke kursus latihan adalah salah satu cara untuk berikan employee recognition dengan baik.

  1. Sistem  Ganjaran Berdasarkan Mata

Program ganjaran berdasarkan mata ini mungkin agak asing di Malaysia tetapi teknik ini dilihat dapat membantu pekerja untuk berusaha dan menjadi lebih progresif. Melaluinya juga pekerja yang berada di tangga teratas boleh menerima ganjaran sebagai bentuk employee recognition.

Penuhi Keperluan dan Kepuasan Pekerja Dengan MySyarikat!

Kesimpulannya,employee recognition sangat penting dalam memastikan pekerja rasa dihargai oleh syarikat. Perlu diingatkan kejayaan sesebuah syarikat bergantung kepada kualiti pekerja itu sendiri. Jadi hargalah pekerja yang bertungkus-lumus untuk syarikat.

Dalam pada itu adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan pekerja? Berita baik kepada anda kerana MySyarikat satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan!

Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

beza rest day dan off day
Asas HR

Beza Antara Rest Day dan Off Day

Zahin ByondZahin ByondDecember 6, 2024

Leave a Reply