Pada 1 Januari 2023, tempoh waktu bekerja telah dikurangkan kepada 45 jam seminggu berbanding 48 jam seminggu seperti sebelum ini.
Perubahan tempoh waktu kerja ini telah dipinda dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 dan diguna pakai terhadap pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.
Mungkin bagi sesetengah orang pengurangan yang berlaku ini terlalu kecil untuk dirasai, tetapi dari sudut majikan ia boleh membawa satu impak yang besar kepada operasi mereka.
Antara persoalan utama sejak pindaan tempoh waktu bekerja 45 jam seminggu ini berkuatkuasa adalah apakah pengurangan waktu bekerja bermaksud pengurangan gaji pekerja?
Jangan risau, artikel ini ada jawapan kepada persoalan tersebut!
Jumlah Waktu Bekerja Bermula 2023
Pengenalan pengurangan tempoh waktu bekerja 45 jam seminggu ini bukan perkara baru. Ia diumumkan secara rasmi oleh Menteri Sumber Manusia V Sivakumar melalui kenyataan media pada pertengahan 2022 lagi.
Tujuan pengurangan tempoh waktu bekerja ini dibuat adalah untuk menyelaraskannya dengan cadangan Reduction of Work Recommendation, 1962 (No.116) yang mengesyorkan setiap negara mengurangkan tempoh bekerja seminggu kepada 45 jam.
Ia disyorkan bagi memberi keseimbangan hidup dan kerja (work-life balance) para pekerja, selain diharapkan dapat meningkatkan prodiktiviti pekerja apabila mendapat rehat yang cukup.
Terdapat beberapa cadangan pengurangan tempoh waktu bekerja 45 jam ini boleh dibuat antaranya:
- Waktu balik kerja diawalkan – waktu kerja asal dari 8 pagi ke 5 petang ditukar menjadi dari 8 pagi ke 4.30 petang
- Waktu masuk kerja dilewatkan – waktu kerja asal dari 8 pagi ke 5 petang ditukar menjadi dari 8.30 pagi ke 5 petang
- Kurangan waktu kerja dalam mana-mana hari dalam seminggu – waktu kerja pada hari Sabtu dikurangkan dari pukul 8 pagi ke 1 petang sahaja
Suka untuk diingatkan bahawa pengurangan waktu kerja 45 jam seminggu ini tidak bermakna waktu rehat pekerja juga perlu dikurangkan.
Hal ini kerana di bawah Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955 ada menetapkan tempoh waktu bekerja adalah seperti berikut:
- Pekerja tidak boleh bekerja lebih 5 jam tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit
- Pekerja tidak boleh bekerja lebih 8 jam sehari
- Pekerja tidak boleh bekerja lebih 10 jam sehari berturut-turut
- Pekerja tidak boleh bekerja lebih 45 jam seminggu
Andai anda dapati kerja melebihi syarat-syarat yang ditetapkan di atas, maka anda kayak untuk menuntut bayaran tambahan kerja lebih masa atau overtime (OT) daripada majikan.
Pengiraan kadar OT boleh dirujuk pada artikel yang pernah dikeluarkan sebelum ini berkenaan kiraan kadar kerja lebih masa/overtime (OT).
Kurang Waktu Kerja Jadi Gaji Pun Kurang Ke?
Kini sudah tiba masa untuk menjawab persoalan yang sering menjadi tanda tanya semua – adakah majikan boleh kurangkan gaji pekerja selepas berlaku pengurangan tempoh waktu bekerja 45 jam seminggu?
Jawapannya adalah TIDAK BOLEH. Majikan tidak boleh mengurangkan gaji pekerja walaupun selepas tempoh waktu bekerja dikurangkan kepada 45 jam seminggu. Ia sudah termaktub pada Seksyen 60A dan 60C, Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.
Namun, apa yang majikan boleh buat di sini adalah dengan menukar sistem kerja 6 hari seminggu kepada 5 hari seminggu. Dengan cara ini tempoh waktu bekerja sehari akan bertambah tetapi masih mengikuti aturan kerja 45 jam seminggu.
Contohnya, sistem kerja 5 hari seminggu ini akan menyaksikan pekerja bekerja semalam 9 jam sehari (9 jam X 5 hari = 45 jam seminggu).
Ternyata tiada alasan untuk mana-mana majikan gagal mengikuti pindaan baharu tempoh waktu bekerja ini. Ia telah dirangka dengan teliti sebelum dibenarkan berkuatkuasa, dan diberi peluang kepada majikan untuk melaksanakannya.
Malah, jika ada majikan yang mengingkari pelaksanaannya tindakan keras boleh dikenakan seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor pada 2022 dahulu.
Jadinya penting untuk anda sebagai majikan atau pekerja fahami pindaan tempoh waktu bekerja ini. Jika syarikat anda gagal mematuhi pindaan ini maka syarikat tersebut boleh dikenakan tindakan keras sehingga menjejaskan operasi secara menyeluruh.
Assalamualaikum, saya pekerja hotel dimana shift terbahagi kepada 3 dan mendapat cuti (Off day) 6 hari seminggu. saya ingin bertanya untuk 45jam waktu bekerja seminggu ini, adakah dikira termasuk off day atau bagaimana pengiraan jam waktu bekerja seseorang pekerja itu.
Akta Kerja 1955 menetapkan tempoh waktu bekerja seminggu tidak melebihi 45 jam seminggu ini termasuk hari cuti (off day), sama ada hari tersebut Sabtu atau Ahad atau pada hari minggu lain.
saya bekerja dihotel,waktu kerja saya dengan company lama adalah 8-4 1jam rehat bila saya ditukar ke company baru bahagian hotel juga saya diarahkan bekerja dari 9-6 rehat 30minit..adakah kerja saya 9jam sehari?
Ia adalah 8.5 jam kerana 30 minit rehat ya.
Saya bekerja 9am-9pm..waktu bekerja 9-5.30..dan diberikan rehat 5.30-6..jadinya 6-9 tu ot saya dikira 3jam kah atau 3.5jam
Berdasarkan situasi yang dinyatakan jam OT tersebut adalah 3 jam.
Saya berkerja sebagai industrial nurse dia kilang. Sy bekerja 12 jam sehari,boleh tau saya masa rehat sehari berapa minit .
Akta Kerja 1955 telah menetapkan bahawa pekerja tidak boleh bekerja lebih 5 jam tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit dan tidak boleh bekerja lebih 45 jam seminggu.
Saya bekerja sebagai Pengawal Keselamatan selama 12 jam(termasuk 4 jam kerja lebih masa) sehari dan 6 hari bekerja dalam seminggu.
1. Berapa lamakah masa rehat sepatutnya diberi kepada pekerja dalam masa 12 jam bekerja?
Di dalam Akta Kerja ada menggariskan hak pekerja untuk mendapat rehat sekurang-kurangnya 30 minit selepas bekerja 5 jam berturut-turut.
Soalan…
1.bekerje 8 jam sehari(tugasan pngawal keselamatan.
Pengiraan rm8.90 (untuk satu jam)
2.mngikut shift dan kekadang tempuh waktu kerja yg agak panjang hingga melebihi waktu seminggu
3.tiada pengiraan double/triple untuk bekerje pada masa hari kelepasan am
4.jika ada tempuh masa yg melebihi 12 jam(selepas tugas)tiada pembayaran
Apakah saya harus membuat aduan atas permasaalahan tertera di atas?
Boleh cuba membuat laporan ke Jabatan Tenaga Kerja.
Bolehkah seorang majikan mengarahkan pekerja untuk bekerja lebih dari 12 jam kerana tak cukup manpower & urgent matter?rehat diberikan setiap 5 jam & OT diberikan mengikut pengiraan yang termaktub di dalam akta.
Tempoh waktu bekerja telah ditetapkan di dalam Akta Kerja 1955, dan jika majikan meminta pekerja bekerja lebih masa maka pekerja layak menerima pembayaran OT.
Saya kerja 24jam untuk penukaran shift . Kemudian sy sambung lagi 12jam . Tetapi Pembayaran secara cincai 😅 . Boleh tak mcm tu , Satu shift 7am-7pm dibayar rm60 .
Akta Kerja 1955 ada menetapkan tentang bekerja shift. Setiap syarikat memiliki polisi tersendiri apabila melibatkan shift lebih-lebih lagi bagi shift berterusan yang memerlukan pekerja untuk bertukar-tukar tanpa menghentikan tugasan tersebut. Di nasihatkan untuk rujuk semula polisi syarikat.
Saya nak tanya adakah benar PINDAAN akta di bawah ini?
1) Akta Kerja 1955 Waktu Bekerja Seminggu
PINDAAN: Akta buruh waktu bekerja seminggu maksimum 45 jam sahaja (termasuk waktu rehat) tidak kira anda kerja 12 jam, shift malam atau siang tetap, ini undang undang terbaru di malaysia.12 Jul 2024
Jika benar, waktu pekerja sepatutnya bekerja adalah 8.00 pagi hingga 5.00 petang kan? Bukan 8.00 pagi hingga 5.30 petang kan? (Ini jika termasuk waktu rehat 1 jam)
Jika dikira waktu kerja 8.00 pagi hingga 5.30 petang x 5 hari = 47.5 jam (termasuk waktu rehat 1 jam)
Mohon pencerahan..
Terima kasih..
Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 telah menetapkan tempoh waktu bekerja seminggu tidak lebih 45 jam, ini bermakna syarikat tidak boleh memaksa pekerja bekerja melebih 45 jam dalam tempoh seminggu. Setiap syarikat memiliki polisi bekerja tersendiri, dinasihatkan untuk rujuk semula tempoh waktu bekerja syarikat.
Saya bekerja selama 11.25 jam sehari x 16 hari sebulan. Jika mengambil sehari cuti tahunan atau sehari cuti sakit, berapakah jumlah jam yang patut dikira untuk hari cuti tersebut? Adakah 8jam atau 11.25jam?
Cuti tahunan dan cuti sakit adalah hak pekerja seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja. Di sini pekerja berhak untuk menggunakannya berdasarkan penetapan yang ditetapkan dalam undang-undang kerja.
Hi . Saya nak tany . Harap saya dapat jawapan .. waktu berkerja 9 jam seminggu dah termasuk waktu rehat atau belom ? Sekarang saya kerja masuk 9pagi balik 7malam (10jam) . Dan diberi rehat 1jam .. jadi berkerja 9 jam . Bukan kah sepatutnya masuk 9 balik 6 petang ke?
Mengikut akta kerja 1955, tempoh waktu bekerja ditetapkan adalah selepas 5 jam bekerja perlu rehat sekurang-kurangnya 30 minit dan tidak lebih 8 jam sehari atau melebihi 10 jam dalam satu hari dan tidak lebih 45 jam sehari
sy bekerja 8.00pg-5.00ptg isnin-jumaat.. utk sabtu 8.00pg-12.00tghari.saya ingin bertanya 45jam seminggu pengiraannya termasuk rehat ke?sbb jika masuk pukul 8pg-5.00ptg 9jamx5hari :45jam . sabtu 8.00pg-12.00tgahri 4jam so semuanya sudah 49jam.
Tidak. Waktu rehat tidak termasuk dalam 45 jam seminggu tersebut. Tetapi berdasarkan Akta Kerja majikan memang perlu berikan waktu rehat sekurang-kurangnya 30 selepas 5 jam bekerja.
hi . maaf ,lagi sekali tanya sebab saya tidak faham .
masuk kerja pukul 9 pagi balik 7 malam dan diberi rehat 1 jam . adakah majikan perlu bayar ot 1 jam? atau waktu berkerja yang diberi majikan itu dah betol ?
Tempoh waktu bekerja ditetapkan sehari adalah tidak lebih 8 jam dengan waktu rehat sekurang-kurangnya 30 minit. Jadi lebihan 1 jam waktu bekerja tersebut adalah dikira sebagai OT dan pekerja layak mendapat bayaran OT.
Saya bekerja 18jam30minit sehari. Ot tidak dibayar malah waktu pulang saya dihadkn 5jam 30 minit sehari.Jadi apa tindakan yg sesuai yg boleh saya ambil?
Sebarang permasalahan berkaitan pekerjaan sama ada pembayaran gaji atau penindasan seperti pemberhentian tidak adil dan sebagainya adalah baik untuk dilaporkan ke Jabatan Tenaga Kerja.
Salam sejatera,
1) Pindaan akta 60A, 45 jam seminggu bagi pekerja biasa (normal syif) dan pengawal keselamatan (In-House) jam bekerja seminggu adakah sama atau tugas pengawal keselamatan boleh fleksibel dengan bekerja 7 hari seminggu (55 jam) dan diberi cuti 2 hari berturut.
2) Bolehkah digantikan Hari Kelepasan pada hari lain cuti untuk Pengawal keselamatan (In-House) bagi tujuan mengelakkan bayaran lebih masa(OT).
Jika ikut Akta Kerja, waktu kerja seminggu mesti tidak boleh lebih 45 jam seminggu. Tetapi untuk kerja yang perlukan perhatian berterusan, majikan boleh minta pekerja untuk terus bekerja tetapi mesti diberikan juga waktu rehat dan hari rehat. Bagi soalan kedua pula, OT diguna pakai untuk semua jenis pekerja tanpa mengira status, jadi kalau kena kerja hari cuti maka majikan kena bayar pekerja OT.
maaf bertanya.. klau waktu kerja 9am-6pm tu kira 8jam bekerja atau 9jam ya??
Waktu kerja 9am-6pm adalah 9 jam, 1 jam waktu rehat.
hi, saya sdg alami, 9-6pm (1jam rehat) adakah 1jam rehat tu include dgn limit 45jam seminggu? dan perlu ke cover hour pada hari sabtu?
Ya, ia dikira dalam 45 jam seminggu untuk yang bekerja 5 hari seminggu. Bagi yang bekerja 6 hari seminggu jam bekerja sehari perlu dikurangkan untuk tampung tempoh waktu bekerja kurang 45 jam seminggu tersebut.
Tuan sy nk bertanya
Saya bekerja hari biasa isnin-jumaat 8pagi -5ptg dan sabtu 8pagi – 1ptg.. mengikut waktu kerja ni sudah di Kira kan kerja 45jam akan tetapi sekiranya jika kita bercuti pada hari sabtu boleh ke pihak syarikat memotong gaji kita fullday? Atau gaji kita akan dipotong gaji 1/2day sahaja.. saya mahu kepastian
Bergantung kepada polisi syarikat, jika syarikat anggap hari sabtu adalah hari kerja biasa maka ia dikira full day. Untuk cuti dan gaji pula jika cuti tersebut adalah unpaid leave baru majikan boleh tolak dari gaji.
Hi
Saya ada soalan
Saya bekerja bidang fnb
Waktu bekerja 1030pagi -830malam (1jam break) (10 jam)
Cuti rest day 2 hari.
Adakah majikan perlu membayar OT?
Tempoh waktu bekerja sehari ditetapkan adalah 8 jam, tidak melebihi 10 jam sehari dan 45 jam seminggu. Jika pekerja bekerja bekerja melebihi tempoh dan diarahkan oleh majikan maka perlu dibayar OT.
Isnin-sabtu :8.00-5.00
Lunch :1.00-2.00
Teh break:3.00-3.30
Adakah boleh di kategorikan 45jam seminggu mengikut akta?
Ya. Tempoh waktu bekerja tersebut masih kurang 45 jam seminggu.
Salam. Saya bekerja di sektor swasta. Gaji kurang dari RM4000, kadang kala pada hari sabtu saya perlu pergi kerja untuk program dan acara sekolah. Majikan tidak mahu menggantikan jam kerja pada hari sabtu tersebut. Saya perlu bekerja selama 4 jam hingga 6 jam pada hari sabtu tanpa bayaran OT. Tidak ada cuti ganti yang diberikan juga. Soalan saya, apa yang perlu saya lakukan dan bolehkah majikan meneruskan sistem cara kerja tersebut? Minta pencerahan…
Boleh refer kepada waktu kerja dalam surat tawaran kerja bagi memastikan waktu kerja yang ditetapkan. Dalam Akta, gaji yang kurang dari 4k perlu dibayar OT jika pekerja melakukan kerja diluar waktu kerja yang ditetapkan. Adalah sebaiknya berbincang dengan pihak majikan untuk keterangan lanjut.
Hi.. waktu bekerja saya 8am-6pm rehat 1 jam. adekah normal?
Kalau diikutkan dari jam 8am ke 6am adalah 10 jam, sudah lebih 8 jam waktu bekerja. Waktu kerja normal yang ditetapkan Akta Kerja adalah tidak lebih 8 jam sehari dengan waktu rehat sekurang-kurangnya 30 minit selepas 5 jam bekerja. Di sini pekerja layak untuk dibayar OT untuk lebihan 1 jam bekerja tersebut
saya nak tanya dan kepastian , pihak Penyelia Industri boleh ke ganggu cuti pelajar ? lagi lagi bila hujung minggu malah tak di bayar ? sebab saya LI di tempat tiada elaun , jadi hujung minggu fikir nak cari duit poket untuk kelangsungan hidup . Jadi macam mana ye ? ada hak ke kami sebagai Pelajar LI untuk tuntut kerana ganggu cuti kami
Pelajar intern tidak dilindungi oleh Akta Kerja tetapi mereka dilindungi oleh perjanjian internship di antara company dan universiti. Dinasihatkan untuk bincang dengan pihak syarikat dan universiti untuk capai penyelesaian.
Salam ada soalan nak tanya. Saya bekerja 6 hari seminggu termasuk hari sabtu separuh hari bermula dari 8.30 – 1.30 petang. Sekiranya saya memohon AL pada hari sabtu adakah majikan boleh mengira untuk cuti sehari atau separuh hari? Gaji untuk hari sabtu tetap dibayar sehari yang penuh. Terima kasih.
Dikira satu hari kerana jika hari tersebut adalah sebahagian daripada hari bekerja maka jika mengambil cuti ia dikira untuk satu hari.
Saya nak tanye sy berkerja masuk pukul 8.30 hingga 5.30 dan berkerja lebih masa setiap hari sehingga pukul 8 mlm tp company tidak membayar Ot dgn alasan keje mesti di siapkan pd hari yg sama,sabtu pun hari wajib kerja 8.30 hingga 1 tghari atau lebih,boleh ke jika sy membuat aduan ke pejabat buruh kerana company tidak mengikut akta undang2 pejabat buruh waktu yg ditetapkan untuk pekerja
Boleh.
maaf nka tanya jika saya kerja isnin sampai sabtu 8am – 5pm. adakah saya dikira terlebih waktu bekerja ?? sebab hari sabtu pun full day macam biasa bukan bayar OT . boleh ke jika saya membuat aduan ke pejabat buruh kerana company tidak mengikut akta undang-undang pejabat buruh waktu yg ditetapkan untuk pekerja ?
mohon pencerahan
Waktu kerja seminggu adalah kurang 45 jam. Di sini selepas pengiraan 8am-5pm darab 6 hari adalah 48 jam, oleh itu ia telah melebihi penetapan yang ditetapkan. Sebelum membuat aduan dinasihatkan untuk berbincang dengan majikan bagi mendapatkan pencerahan lebih lanjut.
kalau majikan jenis kedekut byar gaji macam mana ye ?
Dinasihatkan untuk berbincang dengan majikan untuk capai persetujuan bersama.
saya penyelia pembinaan. disebabkan tempoh masa terhad, majikan mengarahkan bekerja 14jam sehari termasuk rehat 2jam. berkerja 7hari seminggu dan diberikan cuti ganti sahaja tanpa sebarang tuntutan lebih masa kerana majikan mengatakan tidak layak mendapat tuntutan lebih masa kerana gaji melebihi rm4k. mohon penjelasan.terima kasih
Benar pekerja yang bergaji lebih RM4,000 tidak layak menerima bayaran OT sebaliknya majikan boleh berikan cuti tambahan atau pekerja boleh menolak buat OT. Untuk kes ini saya anggap jenis kerjanya perlukan ia berterusan, maka majikan boleh minta pekerja bekerja lebih waktu kerja normal dengan syarat masih berikan waktu rehat dan hari cuti rehat (rest day/ off day) dalam seminggu.
Hi saya nak tanya dan nak minta kepastian. Waktu kerja sekarang 930 pagi – 530 petang (Isnin until Jumaat, 1 jam Rehat 1pm-2pm) dan 9 pagi – 2 petang (Sabtu, tiada rehat) Adakah masih lagi di bawah akta 45 jam? sebab sekarang, syarikat yang saya bekerja ingin mengubah waktu kerja menjadi 830 pagi – 530 petang (Isnin until Jumaat, 1 jam Rehat 1pm-2pm) dan 9 pagi – 2 petang (Sabtu tiada rehat). Adakah masih di bawah akta juga?
Ya, ia masih di bawah penetapan akta kurang 45 jam seminggu.
yang mana satu waktu yang kurang 45 jam? 930 pagi atau 830 pagi?
Hi saya nak bertanya, syarikat saya bercadang menukar waktu kerja biasa dari 7.5 jam kepada 8 jam (seminggu 6 hari kerja) jadi mereka menukar 3 hari 8 jam kerja dan 3 hari 7 jam kerja (seminggu masih 45 jam) persoalannya bolehkah sekiranya berlaku OT bolehkah mengira waktu kerja biasa 8 jam kerja kerana ada dua waktu kerja iaitu 7 jam dan 8 jam seminggu?
Pengiraan dan bayaran OT adalah apabila majikan minta pekerja bekerja melebihi waktu ditetapkan seperti lebih 8 jam sehari.
Bagaimana dengan kadar hari rehat mingguan selama 30jam ? adakah majikan boleh benarkan kadar rehat mingguan kurang drpd 30 jam ?
Mana-mana pekerja yang bekerja dalam kerja syif secara berterusan yang lebih 30 jam hendaklah mendapat satu hari rehat. Walau dia bekerja 4 hari je, tapi jam bekerja dah lebih 30 jam, dapat satu hari cuti rehat.
Untuk penetapan jumlah kerja 45jam seminggu, adakah terpakai bagi anggota beruniform? termasuk RELA dan polis bantuan?
Untuk penjawat awam adalah dinasihatkan merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.
saya pekerja hotel dan bekerja secara shif,pagi 8am-4pm,shif petang 4pm-12am.shift pagi 6 hari bekerja cuti sehari,tapi bila masuk shift petang saya bekerja 7hari dan cuti sehari..BOLEH KAH?
Jika mengikut pengiraan tersebut Tuan/Puan bekerja 8 jam untuk mana-mana shift tersebut. Jadi di sini anda pekerja 6 hari dengan 1 hari cuti walaupun untuk mana-mana shift.
Hi, nak tnye, sekiranya ada staff yg o/station (contoh KL – Penang).. Perjalanan tu dikira OT? Atau sesampainya di site dan buat kerja baru dikire OT? minta pencerahan…
OT apabila pekerja buat kerja atas permintaan majikan, maka perjalanan dari pejabat ke tempat kerja tidak dikira sebagai OT.
UTK SKERJA SHIFT MASUK JAM 4 PM AND BALIK JAM 0130 AM KIRA MCMANER TU TUAN
Berdasarkan pemgiraan 4pm ke 130am (8 jam bekerja dengan anggaran 1 jam rehat).
Saya berkerja dalam sektor awam iaitu kerja 2 shift 7.00 pagi – 2.00 ptg dan 2.00 ptg – 9.00 ptg (Isnin hingga Sabtu) Adakah saya perlu kerja tambahan lagi 3 jam untuk cukupkan kerja 45 jam seminggu ?.
Untuk pekerja di sektor awam adalah dinasihatkan untuk rujuk JPA tetapi secara dasarkan waktu kerja negara ditetapkan adalah mesti tidak lebih 45 jam seminggu.
Pekerja tidak boleh bekerja lebih 8 jam sehari
Pekerja tidak boleh bekerja lebih 10 jam sehari berturut-turut
saya kurang faham tidak melebihi 8jam atau 10jam sehari. .
10jam berturut-turut bermaksud?
Sekiranya Night Shift 7.00pm-12am, break (1jam), 1am-5am (9jam) OT (2jam) until 7.00am.
adakah menjadi satu kesalahan.
Tidak lebih 8 jam sehari adalah waktu kerja normal, dan tidak lebih 10 jam adalah jika dicampur OT. Untuk pekerja shift dibenarkan untuk bekerja lebih 45 jam seminggu untuk 1 minggu dalam sebulan.
Public holiday jatuh dengan hari rehat yg sama,bolehkah digantikan pada hari yg seterusnya? Manakala gaji dikira ikut kadar apa yang betul?
Jika majikan minta pekerja bekerja pada hari rehat (rest day) maka pekerja layak dapat bayaran OT ya.
Saya bekerja di sektor kejuruteraan…
Masuk 8.30am balik 5.30pm…
Pertanyaan saya, adakah majikan boleh meminta untuk saya masuk kerja awal contoh masuk 6.00am balik 3.00pm pada masa-masa yg diperlukan/tertentu sahaja
Boleh dengan syarat jam bekerja mesti 8 jam ya.
Hi.. saya bekerja di sektor swasta 6 hari dlm seminggu.. Dan waktu kerja saya 8.30 a.m to 6.00 p.m.. Lunch hour 1.00 p.m to 2.00 p.m.. Dan diberikan waktu break selama 30 minit 2x iaitu 10.00 a.m to 10.30 a.m & 4.00 p.m to 4.30 p.m .. Masih normal lagikah Dan Masih dibawah akta.. mohon pencerahan.. tq..
Akta Kerja tetapkan waktu kerja adalah 8 jam sehari dan jika lebih pekerja layak menerima bayaran OT ya.
Hi, Saya nak tanya satu soalan. Seminggu kepada 45jam seminggu , bolehkah Syarikat A mengurangkan hari bekerja kepada 5hari seminggu dan menaikkan waktu bekerja sehari kepada 9 jam ?
Jika masih jam bekerja tidak lebih 45 jam boleh ya.
Assalamualaikum, saya bekerja dari 11a.m hingga 9.am, 6 hari seminggu tanpa ada waktu rehat yg tetap hanya di beri waktu solat 15 minit per waktu, adakah ini wajar? Makan pon sambil bekerja… adakah ini wajar?
Akta Kerja tetapkan waktu rehat mesti sekurang-kurangnya 30 minit selepas 5 jam bekerja ya.
Hai nak tanya. Bagaimana jika bekerja dari 7am sehingga 3pm dan perlu masuk kerja semula pada 11pm sehingga 7am. Adakah dibenarkan atau tidak?
Jika waktu kerja seminggu tidak lebih 45 jam maka dibolehkan, tetapi mesti dirujuk pada kontrak kerja dan polisi syarikat bagi yang bekerja shift ya.