Dalam proses pertumbuhan dan perkembangan, masa serta kos adalah perkara penting terutamanya kepada perusaha kecil dan sederhana (PKS). Lebih-lebih lagi dalam persekitaran perniagaan yang pantas, kegagalan syarikat untuk urus masa dan kos boleh bawa kerugian.
Disebabkan itu, HR software diwujudkan untuk membantu syarikat urus masa dan kos dengan betul. Kemampuan HR software yang boleh automasikan segala pengurusan bukan sahaja meningkatkan efisiensi tetap turut melancarkan proses perkembangan syarikat.
Kenapa Syarikat Perlu Melabur Kepada Sistem HR Software?
Sebagai pengetahuan HR software merupakan satu perisian yang direka untuk membantu dan menyokong bahagian sumber manusia menguruskan fungsi-fungsi utama tugasan berkaitan organisasi di dalam sesebuah syarikat.
Kata kunci utama untuk HR software ini adalah membantu dan menyokong pegawai HR dalam memastikan kelancaran, meningkatkan efisiensi dan menambahbaik pengurusan tenaga kerja (workforce) semua pekerja syarikat.
Atas faktor itu banyak syarikat kini mula melabur kepada HR software, bagi mencari sistem pengurusan sumber manusia yang betul-betul menepati ciri-ciri diperlukan. Hal ini kerana HR software terdapat pelbagai jenis sistem seperti:
- Human Resource Information System (HRIS)
- Human Capital Management (HCM)
- Human Resource Management System (HRMS)
Sungguhpun ketiga-tiga jenis sistem HR software ini bertindih antara satu sama lain, masing-masing memilik perbezaannya tersendiri dalam membantu bahagian sumber manusia mejalankan tugasan mereka dengan lebih lancar.
Manfaat HR Software Kepada Pertumbuhan dan Perkembangan Syarikat
Jadi sebelum membuat keputusan untuk melabur dan menggunakan HR software, penting untuk sesebuah syarikat mengetahui manfaat kegunaannya dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan perniagaan.
- Lancarkan Proses Rekrut dan Onboarding
Manfaat utama dalam menggunakan HR software adalah ia dapat melancarkan proses pengambilan (rekrut) serta onboarding pekerja. Jika diikutkan proses rekrut dan onboarding ini mengambil masa yang panjang dan menelan kos yang besar.
Tetapi dengan adanya HR software ia dapat mengurangkan masa dan kos melalui penggunaan peralatan sedia ada dalam sistem seperti screening serta pemilihan pekerja. Kemampuan HR software digitalisasi juga membolehkan pekerja yang baru sertai syarikat menyelarasakan segala data dengan mudah.
- Menyimpan Rekod Data Pekerja Dengan Selamat
Satu perkara yang tidak boleh dinafikan apabila menggunakan HR software adalah kemampuan sistem untuk menyimpan sebarang rekod dengan selamat. Melalui sistem storan pengawanan (cloud storing) segala data boleh disimpan untuk tempoh masa yang panjang.
Selain itu, kemampuan HR software yang digital membolehkan proses mengakses semula rekod dengan pantas oleh pegawai HR. Ini secara tidak langsung menjimatkan masa dan kos penyimpanan fizikal.
- Automasikan Tugasan Untuk Menjimatkan Masa
Automasi membawa maksud proses pengurusan automatik yang dijana secara atas talian (online), dan HR software menawarkan fungsi ini untuk menggantikan cara kerja manual. Benar, apabila tugasan dapat dijana secara automatik ia dapat menjimatkan masa dengan sangat banyak.
Tidak dilupakan juga automasi HR software ini juga dapat mengurangkan kesalahan manusia (human error) yang mengakibatkan kerugian kos perbelanjaan syarikat. Apabila kurang kesalahan dibuat keuntungan akan dapat dimaksimumkan.
- Menaik Taraf Produktiviti Pekerja Di Semua Bahagian
Mungkin antara kelebihan utama HR software dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan syarikat adalah kemampuannya untuk naik taraf produktiviti kerja di semua bahagian dalam syarikat.
Apabila bahagian penting seperti sumber manusia bergerak teratur dan lancar, bahagian lain juga akan terkesan. Hal ini kerana setiap bahagian di dalam syarikat adalah seperti gear yang bergerak selari antara satu sama lain.
- Selaraskan Pengurusan dan Pentadbiran Kerja
Bagi syarikat yang mementingkan pengurusan dan pentadbiran, HR software merupakan pilihan terbaik kerana ia menggabungkan kedua-duanya dalam satu perisian pada satu harga sahaja.
Penyelarasan ini bukan sahaja membolehkan bahagian sumber manusia memberi fokus kepada tugasan hakiki lain tetapi pada masa yang sama menjaga pertumbuhan dan perkembangan syarikat tanpa sebarang komproni.
MySyarikat HR Software Terbaik Di Malaysia!
Adakah sedang mencari HR software terbaik di Malaysia? Jika jawapannya ‘YA’, berita baik kepada anda kerana HR software MySyarikat ada pilihan dan penyelesaiannya kepada bisnes-bisnes di Malaysia.
Dengan sistem HR software MySyarikat, pengurusan sumber manusia syarikat akan akan menjadi lebih efisien dan efektif! Daripada pengurusan gaji, cuti, tuntutan sehingga merekod kehadiran dan banyak lagi dapat diselesaikan dengan HR software yang moden dan inovatif ini.
Mari tingkatkan kualiti kerja tempat kerja, melancarkan operasi perniagaan dan merevolusikan syarikat anda dengan sistem HR software moden MySyarikat!
Jom rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software MySyarikat sekarang secara percuma dengan ‘Book Demo’ bersama kami!