Skip to main content

Baru-baru ini Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong telah mengeluarkan kenyataan yang memberitahu bahawa pihak kerajaan sedang mempertimbangkan semula kadar gaji minimum negara pada tahun ini.

Berita tersebut disusuli dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan pula oleh Menteri  Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dengan mengatakan impian graduan baru untuk mendapatkan kadar gaji minimum RM3,000 bakal tercapai.

Namun, perlu diingatkan bahawa perlaksanaan kadar gaji minimum negara terbaru tersebut masih di dalam peringkat perbincangan dan setakat ini kadar gaji minimum negara kekal pada RM1,500 sehingga diberitahu.

Sejarah Kadar Gaji Minimum Negara

Sebagai pengetahuan, bermula 1 Mei 2022 lalu kadar gaji minimum pekerja swasta ditetapkan pada RM1,500 bagi mana-mana majikan yang menggajikan 5 atau lebih pekerja di dalam satu syarikat.

Perlaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 ini telah digariskan pada Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2022, di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732). Antara penetapan yang digariskan adalah,

  • Bermula 1 Mei 2022, kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan dan sebagainya
  • Bermula 1 Mei 2022, kadar gaji minimum seorang pekerja adalah sebanyak RM1,500 atau berdasarkan bilangan hari bekerja dalam seminggu
  • Bagi pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan mesti tidak kurang dari RM1,500

Jadi berdasarkan penggubalan tersebut dapat disaksikan bahawa kadar gaji minimum untuk mereka yang kerja di sektor swasta adalah sebanyak RM1,500. Ini terpakai diseluruh Malaysia termasuk bagi mereka yang bekerja di Sabah dan Sarawark.

Dalam pada itu, bagi majikan didapati gagal untuk mematuhi penetapan kadar gaji minimum ini pula boleh dikenakan penalti seperti yang digariskan dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

  1. Denda tidak lebih RM10,000 untuk setiap pekerja bagi kesalahan pertama
  2. Denda tidak lebih RM10,000 untuk setiap pekerja bagi penalti am
  3. Denda harian tidak lebih RM1,000 untuk setiap kesalahan bagi penalti berterusan
  4. Denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun bagi penalti berulang

Gaji Minimum Perlu Tolak KWSP/PERKESO/SIP Ke?

Berdasararkan penetapan kadar gaji minimum atas, boleh disimpulkan bahawa jumlah gaji tersebut merupakan gaji kasar yang diterima oleh pekerja. Oleh itu, ia diwajibkan untuk dicarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Perkara ini juga telah dinyatakan dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, Seksyen 2 di mana gaji minimum juga merupakan gaji pokok yang masih belum ditolak sebarang potongan atau dicampur sebarang elaun tambahan.

Maka, jelas di sini bahawa gaji minimum RM1,500 yang diterima pekerja sebenarnya wajib untuk dipotong dan dicarum ke dalam KWSP, PERKESO dan SIP. Formula penggiraan gaji pula adalah seperti berrikut:

Gaji Bersih = Gaji Pokok - Potongan Wajib

Kesimpulannya, kadar gaji minimum negara buat masa ini masih pada RM1,500 sehingga diberitahu kelak dan ia juga diwajibkan untuk dipotong ke dalam KWSP, PERKESO termasuk SIP daripada jumlah yang diterima bulanan.

Selaraskan Pembayaran Gaji Pekerja Dengan MySyarikat!

Adakah syarikat anda menghadapi masalah memproses gaji? Perlukan sistem pengurusan gaji yang lancar dan efektif untuk buat segala potongan wajib pekerja? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! 

Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat!

Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

Leave a Reply