Kita sering kali dengar kes-kes buli berlaku dalam kalangan murid sekolah terutamanya bagi mereka yang tinggal di asrama. Namun, ini tidak bermakna kes-kes melibatkan buli terhenti selepas anda akhiri zaman persekolahan.
Menurut kajian kes buli turut berlaku di alam pekerjaan lebih-lebih lagi dalam konteks tempat kerja atau pejabat. Bezanya kes buli yang berlaku di pejabat ini ia jarang dilaporkan apatah lagi disyiarkan dalam akhbar.
Jadinya artikel kali ini akan membincangkan langkah-langkah yang boleh anda diambil untuk mengenal pasti, menangani dan mengatasi masalah kes buli di tempat kerja.
Suka dinasihatkan jika anda dibuli, segera buat laporan di Bahagian Sumber Manusia (HR)!
Kes Buli Di Tempat Kerja
Buli di tempat kerja boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ia tidak semestinya berlaku secara fizikal, boleh jadi ia datang dalam bentuk pembulian mental, kritikan lisan (oral), serangan peribadi, penghinaan, pemulauan sehingga penganiayaan.
Malangnya, kes buli di tempat kerja adalah perkara biasa dan sering dipandang ringan kerana rata-rata yang dibuli jarang untuk melaporkannya. Lebih menyedihkan lagi apabila kes buli di tempat kerja ini melibatkan mereka yang memiliki kuasa.
Tanda-Tanda Pembulian Di Tempat Kerja
Andai anda menjadi sasaran pembuli di tempat kerja, anda mungkin merasakan tidak selesa dan takut untuk ke pejabat. Tetapi seperti dikatakan awal tadi buli tidak hanya berlaku secara fizikal semata-mata tetapi boleh datang dalam pelbagai bentuk.
Di bawah adalah beberapa tanda-tanda pembulian yang berlaku di tempat kerja.
- Pemulauan dan Berpuak-Puak
Bentuk pembulian yang paling mudah dikenal pasti adalah pemulauan. Sudah menjadi kebiasaan di tempat kerja untuk berpuak-puak kerana sifat manusia cenderung untuk rapat dengan orang yang memiliki minat yang sama. Kesannya masalah pemulauan boleh berlaku apabila ada orang lain yang tidak berkongsi minat yang sama.
- Kritikan dan Carutan
Kritikan merupakan sebahagian daripada pekerjaan, namun kritikan yang dicampur carutan boleh menjadi salah satu bentuk pembulian. Apabila kritikan yang disampai tersebut adalah untuk menjatuhkan orang lain, maka ia boleh dianggap sebagai satu bentuk pembulian secara lisan.
- Gangguan Seksual (Lisan dan Perbuatan)
Gangguan seksual boleh terjadi sama ada diantara jantina berbeza mahupun jantina yang sama. Tidak kira sama ada secara lisan seperti mengeluarkan komen lucah ataupun perbuatan dengan menyentuh secara berlebihan, ia boleh dianggap sebagai pembulian. Atas faktor itu juga Akta Kerja 1955 memiliki peraturan khas tentang gangguan seksual di tempat kerja.
- Menyekat Maklumat atau Menahan Tugasan
Apabila seseorang itu sengaja menyekat sebarang maklumat atau menahan anda daripada menyiapkan tugasan, ia boleh dikategorikan sebagai pembulian. Kes seperti ini biasanya melibatkan mereka yang memiliki kuasa ke atas mereka yang tidak dan boleh jadi atas faktor masalah peribadi antara si pembuli dan yang dibuli.
- Menceroboh Privasi
Pencerobohan privasi di tempat kerja juga merupakan sebahagian daripada bentuk pembulian. Tidak kira sama ada individu itu mengambil barangan di meja kerja anda tanpa pengetahuan atau membaca mesej peribadi, jika perbuatan tersebut mendatangkan perasaan tidak senang dan selesa ia adalah satu bentuk pembulian.
- Komen Pasif-Agresif
Komen pasif-agresif adalah sebuah perbuatan yang mengkritik secara langsung tanpa disedari oleh orang lain. Ia merupakan salah satu bentuk pembulian lisan yang sering berlaku di tempat kerja. Contoh mudah komen pasif-agresif ini adalah bila seorang individu memberi komen pujian tetapi sebenarnya mengkritik.
- Manipulasi Kuasa
Selalu berlaku diantara mereka yang memiliki kuasa ke atas individu yang tidak, menipulasi kuasa ini merupakan bentuk pembulian yang paling banyak berlaku tetapi tidak dilaporkan. Terdapat pelbagai faktor bentuk manipulasi kuasa ini berlaku tetapi yang paling sering terjadi adalah bila bos suruh majikan bekerja pada hari cuti dan mengugut untuk hentikan pekerja jika tidak bekerja.
Tips Menangani dan Mengatasi Buli Di Tempat Kerja
Tentunya jika anda mangsa buli perkara paling utama yang perlu anda faham adalah tidak mendiamkan diri. Lagi anda membenarkan diri dibuli, lebih berkuasa si pembuli. Jangan biarkan kes buli berlarutan sehingga menjadi masalah jenayah.
Ini adalah beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk menangani dan mengatasi kes buli di tempat kerja.
- Laporan Si Pembuli
Jangan takut untuk buat laporan jika anda dibuli. Buat laporan di bahagian HR dan jika masih berlarutan boleh pergi ke pihak berkuasa. Ingat, jangan hanya mendiamkan diri jika anda dibuli, laporankannya.
- Berani Melawan Balik
Kebanyakan kes lagi anda mendiamkan diri lebih berkuasa si pembuli rasa. Tunjukkan anda tidak takut untuk melawan balik. Berdepan dengan si pembuli dan minta mereka untuk berhenti melakukan perbuatan buli tersebut.
- Hadkan Interaksi
Andai anda mampu mengehadkan interaksi da menjauhkan diri daripada si pembuli, ia dapat membantu untuk mengurangkan insiden pembulian. Lama kelamaan si pembuli akan mulai hilang minat dan berhenti daripada membuli anda.
- Rekod Perbuatan Si Pembuli
Apabila dibuli rekod segala perbuatan si pembuli itu sebagai bukti ketika membuat laporan. Selalunya si pembuli akan berhenti membuli apabila direkod kerana mereka takut dilaporkan. Tetapi jangan pula anda buli balik si pembuli dengan ‘viral’ perbuatan buli tersebut.
Akhir kata jika anda menghadapi masalah buli di tempat kerja, jangan sesekali mendiamkan diri. Laporan si pembuli pada pihak yang sepatutnya dan lawan balik untuk tunjukkan anda tidak takut dengan pembuli.
Naik Taraf Pengalaman Kerja Syarikat Dengan MySyarikat!
Dalam pada itu, adakah anda sedang mencari HR software terbaik yang boleh bantu menaik taraf kualiti pekerja dan pengurusan syarikat anda?
Jika jawapannya ‘YA’, berita baik kepada anda kerana HR software MySyarikat adalah pilihan pengurusan kepada bisnes-bisnes di Malaysia. Dengan sistem HR software – MySyarikat, pengurusan sumber manusia syarikat akan akan menjadi lebih efisien dan efektif!
Daripada proses gaji, cuti, tuntutan sehingga merekod kehadiran dan banyak lagi dapat diselesaikan dengan HR software yang inovatif ini. Mari tingkatkan kualiti kerja kerja, lancarkan operasi dan merevolusikan syarikat anda dengan sistem HR software – MySyarikat!
Jom rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software – MySyarikat sekarang secara dengan ‘Book Demo’ bersama kami!