Ramai yang bekerja secara sambilan sama ada untuk tambah pendapatan atau tunggu sambung belajar. Tapi tidak semua faham bagaimana gaji mereka dikira!
Tidak seperti pekerja sepenuh masa yang menerima gaji bulanan tetap, pekerja part time ada yang dibayar mengikut jam bekerja. Ini menjadikan proses pengiraan gaji sedikit berbeza.
Jika anda kerja part time atau upah orang secara sambilan, penting untuk ketahui cara pengiraan gaji mereka dengan betul.
Apa Itu Gaji Part Time?
Secara ringkas, gaji part time ialah bayaran yang diterima berdasarkan jumlah jam seseorang itu bekerja. Ia bukan gaji tetap setiap bulan seperti pekerja full time. Hal ini kerana Akta Kerja 1955 mendefinisikan waktu kerja part time adalah kerja melebihi 30% tapi kurang dari 70% jam kerja pekerja biasa.
Sebagai contoh:
- Pekerja full time mungkin terima RM2,500 setiap bulan, tidak kira berapa jam dia kerja.
- Pekerja part time pula hanya dibayar ikut jam. Kalau kerja lebih, dibayar lebih. Kalau kurang, dibayar kurang.
Inilah sebabnya pengiraan gaji part time perlu tepat kerana ia dikira berdasarkan setiap jam bekerja.
Cara Kira Gaji Per Jam
Sebelum boleh kira gaji part time, kita perlu tahu gaji per jam. Ini asas paling penting. Gunakan formula ini:
Gaji Per Jam = Gaji Bulanan ÷ (Bilangan Hari Kerja Sebulan x Jam Kerja Sehari)
Contohnya, jika seseorang pekerja bergaji bulanan RM2,000, bekerja 22 hari sebulan, dan 8 jam sehari:
- Gaji Per Jam = RM2,000 ÷ (22 x 8)
- Gaji Per Jam = RM2,000 ÷ 176
- Gaji Per Jam = RM11.36
Jadi, untuk setiap jam kerja, gaji yang patut diterima ialah RM11.36.
Cara Kira Jumlah Jam Bekerja
Bagi pekerja part time, jumlah jam bekerja tidak tetap dan bergantung pada jadual kerja mereka. Ini berbeza daripada pekerja sepenuh masa yang biasanya ada waktu kerja yang konsisten setiap minggu.
Cara kiraannya mudah, hanya darabkan bilangan jam kerja sehari dengan jumlah hari bekerja dalam sebulan. Contoh: Jika seseorang bekerja 4 jam sehari selama 15 hari:
4 jam x 15 hari = 60 jam kerja
Ini bermakna, jumlah jam bekerja dalam sebulan ialah 60 jam.
Cara Kira Gaji Part Time Berdasarkan Jam
Selepas tahu gaji per jam dan jumlah jam bekerja, barulah kita boleh kira gaji sebenar yang perlu dibayar.
Gunakan formula ini:
Gaji Part Time = Gaji Per Jam x Jumlah Jam Bekerja
Contoh: Jika gaji per jam ialah RM11.36 dan jumlah jam bekerja ialah 60 jam:
RM11.36 x 60 jam = RM681.60
Maka, gaji yang perlu dibayar kepada pekerja part time dalam sebulan tersebut ialah RM681.60.
Bayaran OT Untuk Pekerja Part Time?
Walaupun bekerja secara part time, masih ada situasi di mana pekerja melakukan kerja lebih masa dan biasanya apabila mereka bekerja melebihi waktu yang dipersetujui.
Overtime (OT) merujuk kepada waktu kerja tambahan selepas jam yang dipersetujui dalam kontrak. Bagi pekerja part time, OT biasanya dibayar pada kadar lebih tinggi, mengikut garis panduan am industri.
Kadar standard OT: 1.5x gaji per jam
Contoh kiraan: Jika gaji per jam ialah RM11.36:
RM11.36 x 1.5 = RM17.04 sejam OT
Jadi, untuk setiap jam kerja lebih masa, pekerja akan dibayar RM17.04.
Baca juga: Formula Kira Gaji Per Jam, Per Hari dan Per Bulan
Kesimpulannya, penting untuk anda mengetahui cara pengiraan bayaran gaji bagi pekerja part time bagi memastikan pembayaran yang adil dan telus. Ingat, pembayaran gaji adalah penting dan kegagalan untuk membayar gaji bukan sahaja menjejaskan hubungan pekerjaan tetapi menjatuhkan motivasi pekerja itu sendiri.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!
