Skip to main content

Apabila majikan meminta pekerja untuk bekerja lebih daripada waktu kerja ditetapkan atau ketika waktu cuti, maka pekerja itu layak untuk menerima bayaran overtime (OT). Menariknya kini pekerja yang terima gaji bulanan sebanyak RM4,000 juga layak untuk menerima OT.

Selain itu, bayaran OT ini juga boleh diberikan kepada semua pekerja tanpa mengira status sama ada mereka yang pekerja tetap, pekerja sambilan, pekerja kontrak ataupun pekerja shift. Tetapi adakah pengiraan OT untuk setiap jenis pekerja ini berbeza?

Mari pelajari cara pengiraan OT untuk pekerja tetap, pekerja sambilan dan pekerja shift dengan betul pada artikel kali ini. Suka diingatkan pengiraan yang dibuat ini adalah berdasarkan Akta Kerja 1955 jadi ia diguna pakai untuk pekerja di sektor swasta.

Definisi Pekerja Shift

jenis-jenis jadual kerja shift

Kerja shift atau syif adalah jadual kerja yang dilakukan secara bergilir-gilir dan sering digunakan untuk kumpulan pekerja yang bekerja mengikut waktu berbeza-beza. Mudah katanya pekerja shift ini bekerja pada slot masa tertentu dan berbeza dengan pekerja waktu kerja normal. 

Sama seperti pekerja waktu kerja normal lain mereka yang bekerja shift ini ada berstatus tetap, kontrak ataupun sambil. Ini juga bermakna pekerja shift turut dilindungi dan berhak mendapat manfaat yang telah digariskan dalam Akta Kerja 1955.  

Ringkasan mengenai hak pekerja shift yang terkandung dalam Seksyen 60C, Akta Kerja 1955 adalah seperti berikut:

  • Mereka yang bekerja shift dibenarkan untuk bekerja lebih daripada 8 jam dalam mana-mana 1 minggu.
  • Purata bilangan jam bekerja dalam mana-mana tempoh atau apa-apa tempoh melebihi 3 minggu mestilah tidak boleh melebihi 45 jam seminggu.

Berdasarkan penetapan tersebut mereka yang bekerja shift boleh bekerja melebih waktu kerja normal biasa namun secara keseluruhannya ia masih tidak boleh melebihi tempoh 45 jam seminggu melainkan jika mendapat kelulusan Ketua Pengarah.

Dalam pada itu, bekerja shift juga memiliki jadual kerja berbeza di mana ada yang bekerja seperti waktu kerja normal pagi sampai petang dan ada juga yang bekerja dari petang sehingga pagi keesokan harinya.

  1. Shift Pagi (Day Shift) – 9 pagi hingga 6 petang
  2. Shift Tengah Hari (Afternoon Shift) – 12 tengah hari hingga 9 malam
  3. Shift Malam (Night Shift) – 9 petang hingga 6 pagi
  4. Shift Berganti (Rotating Shift) – 24 jam dan berganti-ganti
  5. Shift Tetap (Fixed Shift) – tetap untuk tempoh masa tertentu

Pengiraan OT Ikut Akta Kerja 1955

pengiraan OT pekerja shift ikut Akta Kerja

Seperti dinyatakan atas dalam Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2022 dan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 kini mereka yang menerima bagi bulanan sehingga RM4,000 layak untuk menerima bayaran OT apabila diminta bekerja lebih masa.

Ini bermakna jika pekerja bekerja melebihi waktu kerja ditetapkan pada Seksyen 60A, Akta Kerja 1955 seperti dibawah maka mereka layak dan majikan perlu membayar OT pada kadar yang ditetapkan.

  • Seseorang pekerja tidak boleh bekerja lebih 5 jam tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit.
  • Seseorang pekerja tidak boleh bekerja lebih dari 8 jam sehari.
  • Seseorang pekerja tidak boleh bekerja lebih 10 jam sehari.
  • Seseorang pekerja tidak boleh bekerja lebih 45 jam seminggu.

Sungguhpun begitu suka diingatkan juga bahawa menurut Peraturan (Had kerja lebih Masa) 1980, hak tempoh OT untuk sebulan mestilah 104 jam sahaja. Jadi ini bermakna majikan tidak boleh sesuka hati menyuruh pekerja buat OT dan pekerja juga tidak boleh sesuka hati minta bekerja lebih masa.

Untuk pengiraan OT ini penting untuk memahami kadar bayaran untuk hari kerja biasa, hari kerja cuti rehat dan hari kerja cuti umum. Ringkasannya adalah seperti berikut:

  1. Hari Biasa = 1.5x
  2. Hari Cuti Rehat = 2.0x
  3. Hari Cuti Umum = 3.0X

Tetapi untuk mengira OT ia tidak boleh didarab terus dengan jumlah jadi, sebaliknya ia perlu dikira pada Kadar Bayaran Biasa atau Ordinary Rate Pay (ORP) dan Kadar Bayaran Jam atau Hourly Rate Pay (HRP).

Jumlah Gaji Bulanan / 26 = ORP

Jam Kerja Sehari / OPR = HRP

HRP x [Jam Kerja OT] x [Jenis Kadar OT] = Jumlah Bayaran OT

Contoh: 

Syazwani bekerja dengan MySyarikat sebagai Graphic Designer. Dia bekerja selama 8 jam sehari dari Isnin hingga Sabtu. Gaji bulanan adalah sebanyak RM2,500. 

Pada bulan September, dia diminta buat OT selama 3 jam pada hari Isnin. Kemudian pada minggu sama Ahad pula dia diminta lagi untuk buat OT 3 jam.

Sementara itu, pada 16 September pula Syazwani diminta bekerja untuk 3 jam kerana syarikat dia kekurangan tenaga kerja.

Pengiraan OT untuk Syazwani pada bulan tersebut adalah seperti berikut:

RM2,500 [Gaji Bulanan] / 26 = RM96.15 [OPR]

RM96.15 [OPR] / 8 [Jam Kerja Sehari] = RM12.01 [HRP]

RM12.01 [HRP] x 3 [Jam Kerja OT] x 1.5 [Kadar OT Hari Biasa] = RM54.05 [Jumlah Bayaran OT]

RM12.01 [HRP] x 3 [Jam Kerja OT] x 2.0 [Kadar OT Hari Rehat] = RM72.06 [Jumlah Bayaran OT]

RM12.01 [HRP] x 3 [Jam Kerja OT] x 3.0 [Kadar OT Hari Rehat] = RM108.09 [Jumlah Bayaran OT]

Andai kata Syazwani pekerja shift pula pengiraannya masih sama cuma pada bahagian Jam Kerja Sehari tersebut perlu diisi dengan jumlah jam bekerja. Untuk kadar yang lainnya masih lagi sama iaitu pada kadar ditetapkan x1.5, x2.0 dan x3.0.

Dalam pada itu juga andai gaji bulanan Syazwani melebihi RM4,000, maka dia tidak layak untuk menuntut bayaran OT. Bukan itu sahaja jika gaji dia melebihi RM4,000 tersebut juga dia boleh menolak untuk membuat OT.

Automasikan Pengiraan, Bayaran dan Agihan OT Dengan MySyarikat!

Kesimpulannya, pengiraan OT ini sama sahaja untuk semua jenis pekerja. Sebagai pekerja atay majikan anda perlu fahamkan formula pengiraannya, kemudian isikan jumlah jam kerja dan kadar OT yang ada.

Dalam pada itu, syarikat anda memiliki masalah pengiraan OT dan pengurusan gaji secara efisien?

Berita baik untuk anda semua kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut! Pengurusan gaji syarikat ada boleh jadi efisien dengan fungsi Secured Payroll yang boleh bantu untuk pengiraan, agihan dan bayaran gaji serta OT dalam satu sistem sahaja!

Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon
beza rest day dan off day
Asas HR

Beza Antara Rest Day dan Off Day

Zahin ByondZahin ByondDecember 6, 2024

2 Comments

  • Nurul hamida binti Adam says:

    Soalan saya,

    Pekerja yang dalam tempoh hospitalisation tetapi di panggil untuk bekerja,memang HL dibayar dan ot pun dibayar,tetapi dlm tempoh kerja OT.. PEKERJA tersebut masih perlukan rawatan ,pada hari jalani rawatan pekerja disuruh apply cuti tahunan sedang dia dalam HL,Adakah betul CUTI beliau ditolak sedangkan cuti sakit masih ada.

Leave a Reply