Pindaan Akta Kerja 1955 pada tahun 2022 terdahulu telah menyentuh pelbagai fasal seperti waktu bekerja, peningkatan jumlah cuti bersalin dan cuti paterniti, dan sebagainya.
Antara yang menarik perhatian ramai adalah tentang isu penambahan minima gaji pekerja. Sebelum ini, 56 bandar utama yang tersenarai perlu membayar gaji pekerja minima sebanyak RM1,100, manakala selain itu kadar gaji minima dibayar adalah RM1,200.
Walau bagaimanapun, susulan pindaan akta yang dibuat, kategori majikan yang menggajikan pekerja kurang dari lima orang perlu membayar minima gaji sebanyak RM1,500. Tetapi, penguatkuasaan akta tersebut ditangguhkan ke Julai 2023.
Majikan perlu mengambil perhatian bahawa penangguhan tersebut hanya untuk majikan yang menggajikan pekerja kurang dari 5 orang. Jika anda sebagai majikan yang menggajikan lebih dari lima orang, penguatkuasaan minima gaji RM1,500 adalah wajib bermula 1 Mei 2022 lalu.
Dalam pengurusan gaji, sesetengah majikan tidak mengambil pusing cara pengiraan yang betul dan tepat. Ada di antara majikan yang hanya mengambil kira gaji kasar bulanan pekerja serta carum tanpa mengetahui SOP kiraan gaji yang tertakluk di dalam akta.
Jika anda sebagai majikan didapati membayar gaji pekerja tidak tertakluk di dalam akta, lambat laun anda bakal didenda dan bersedialah membayar cukai atas kecuaian yang anda sendiri lakukan. Syarikat anda juga yang rugi!
Jom semak cara kiraan gaji pekerja yang betul!
(i) Kira Kedatangan Pekerja
Umumnya, gaji pekerja anda tidak akan sama setiap bulan sekiranya mereka tidak memenuhi kedatangan yang telah ditetapkan pada bulan tersebut. Sebagai seorang majikan atau HR yang peka, anda perlu menyemak setiap bulan sama ada pekerja anda mengambil MC, emergency leave (EL), atau cuti tanpa sebab yang munasabah.
Jika jumlah MC tahunan yang telah diperuntukkan oleh syarikat anda telah habis digunakan oleh pekerja, penolakan gaji boleh dilakukan mengikut jumlah ketidakhadiran mereka. Walau bagaimanapun, penolakan gaji ini masih boleh dielakkan atas budi bicara anda sebagai majikan.
Mengenai EL pula, tidak semua polisi syarikat memperuntukkannya untuk pekerja. Jadi, sebagai majikan, anda juga boleh menolak gaji pekerja yang kerap mengambil EL tanpa menunjukkan sebab dan bukti yang kukuh.
Namun, rata-rata syarikat kini menetapkan jumlah EL yang boleh diambil oleh pekerja bagi memudahkan mereka mengurus dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, jika berlaku kematian atau ada ahli keluarga mereka yang sakit.
Formula untuk kiraan gaji pokok setelah mengambil kira kehadiran mereka adalah seperti berikut:
Gaji Kasar Pekerja / Jumlah Hari Dalam Bulan x Jumlah Hari Pekerja Bekerja
Contoh: RM2,000 / 30* = RM66.67 x 24 = RM1,600
*Jumlah hari ini bergantung kepada jumlah hari dalam bulan (28/29/30/31)
RM1,600 tersebut adalah gaji pokok pekerja dan jumlah yang perlu anda carum.
(ii) Caruman Wajib Untuk Pekerja
Sebagai majikan, anda wajib mengetahui tiga caruman wajib atas pekerja. Caruman ini wajib majikan dan pekerja bayar setiap bulan.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
CarumanKWSP, iaitu EPF seharusnya dibayar oleh majikan sebanyak 13% dari jumlah gaji pokok pekerja, manakala 11% akan ditolak dari gaji pokok pekerja tadi. Caruman ini tertakluk di dalam Seksyen 43(1), Akta KWSP 1991 yang menetapkan tiap-tiap pekerja dan majikan kepada seseorang yang merupakan seorang pekerja mengikut pengertian akta ini hendaklah bertanggungjawab membayar caruman bulanan berkenaan dengan amaun upah bagi bulan itu pada kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
Cara kiraannya seperti berikut (ambil contoh seperti di atas):
13% x Gaji Pokok Pekerja (caruman yang wajib dibayar oleh majikan)
11% x Gaji Pokok Pekerja (caruman yang ditolak dari gaji pekerja)
13% x RM1,600 = RM208 dan 11 % X RM1,600 = RM176
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
PERKESO ditubuhkan bagi mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Terdapat dua caruman yang wajib dibayar di bawah PERKESO iaitu SOCSO dan SIP.
Gaji pokok tersebut jatuh dalam kategori “Gaji melebihi RM1,500 tetapi tidak melebihi RM1,600”. Jadi syer majikan adalah sebanyak RM27.15, manakala syer pekerja sebanyak RM7.75.
Sistem Insurans Pekerja (SIP) pula adalah caruman terbaru PERKESO yang menetapkan caruman syer majikan dan pekerja adalah sama iaitu sebanyak 0.2% daripada gaji pokok pekerja. Ini bermakna, syer majikan dan pekerja adalah sebanyak RM3.20 jika mengambil contoh dari gaji pokok RM1,600 tadi (Gaji Pokok Pekerja x 0.2%)
Jadi, berapa jumlah gaji yang perlu disediakan untuk pekerja?
Masih ingat cara kiraan gaji tadi? Sebagai kesimpulan, gaji yang perlu disediakan untuk pekerja oleh majikan adalah:
Ini adalah jumlah yang perlu majikan sediakan untuk pekerja, tetapi jumlah yang pekerja dapat setelah penolakan carum, pekerja tersebut akan mendapat jumlah seperti kiraan berikut:
Bagaimana pula dgn bayaran OT, elaun, komisyen, serta tuntutan?
Rata-rata majikan syarikat swasta membayar bayaran OT, elaun, komisyen serta tuntutan pada setiap 15 haribulan, iaitu pertengahan bulan. Jika majikan membayar pada 1 haribulan setiap bulan, bayaran OT, elaun, komisyen dan tuntutan tersebut akan dikira sekali dalam gaji pokok.
Tempoh Pembayaran Gaji
Kira-kira dah, jadi bila pembayaran boleh dilakukan?
Tertakluk di dalam Seksyen 18 Akta Kerja 1955, tempoh pembayaran gaji tidak boleh melebihi satu bulan dan mengikut Seksyen 19 dalam akta, tempoh pembayaran tersebut tidak boleh lewat daripada hari ketujuh selepas hari terakhir bagi mana-mana tempoh upah.
Majikan disyorkan membayar gaji pekerja di antara tempoh 1 hingga 5 haribulan setiap bulan untuk memastikan laporan kewangan syarikat lebih cantik dan teratur.
Pekerja saya sudah berhenti atau diberhentikan kerja, jadi bagaimana dengan pembayaran gaji?
Jika pekerja anda diberhentikan kerja oleh syarikat, pembayaran gaji perlu dilakukan pada hari tamatnya perkhidmatan pekerja tersebut (Seksyen 20(1), Akta Pekerja 1955). Sebagai contoh, jika pekerja anda diberhentikan pada 6/3, maka pembayaran gaji perlu dilakukan pada 6/3 juga.
Sebagai tambahan, bayaran ganti rugi notis jika diberhentikan khidmat serta merta dan faedah penamatan kerja jika pekerja bekerja sekurang-kurangnya genap setahun perlu dibayar serentak mengikut kes diberhentikan kerja .
Cara Pembayaran Gaji
Majikan perlu menyediakan penyata gaji kepada pekerja sepertimana tertakluk di dalam Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Kerja 1957. Kegagalan berbuat demikian, boleh dikenakan denda jika pekerja membuat aduan ke Jabatan Buruh.
Pembayaran gaji kepada pekerja wajib dilakukan melalui akaun bank pekerja seperti yang tertakluk di dalam Seksyen 25 akta. Walau bagaimanapun, majikan boleh membayar gaji pekerja menggunakan cek atau secara tunai dengan syarat mendapat surat persetujuan dari pekerja sendiri.
Gaji pekerja perlu dibayar penuh tanpa ada potongan selain yang dibenarkan dalam akta (Seksyen 24, Akta Pekerja 1955).
Pengurusan Gaji Di Sistem MySyarikat
Sekiranya anda masih ragu-ragu dalam pengiraan jumlah gaji pekerja, cepat dapatkan bantuan dari kami di MySyarikat. Sistem MySyarikat lengkap dengan pengurusan pembayaran gaji pekerja yang akan membantu anda menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan pembayaran gaji dan pengiraan jumlah gaji sebenar.
Penetapan Akta Kerja 1955 menggariskan bahawa majikan tidak boleh membuat sebarang potongan pada upah (gaji) pekerja kecuali untuk potongan yang dibenarkan seperti caruman ke dalam KWSP, PERKESO dan SIP.
Nk tanya kira gaji camne cth bln 1 kn ad 31hari.gaji 2000/31xberapa hari keje pastu kalu bulan 2 jadinye bahagi 28 hari ke?cm tiap bln tu ikut dlm sebulan tu bape hari .kalo sy bahagi 26 hari mean salah
Perlu difahamkan bahawa pengiraan kadar upah bulanan bahagi 26 tersebut adalah formula yang diberikan dalam Akta Kerja. Pengiraan ini akan digunakan untuk mengira kadar gaji harian bagi tujuan OT.
penolakan EPF adalah berdasarkan gaji pokok kan?
jika terdapat unpaid leave maksudnya gaji pokok tolak unpaid leave baru tolak EPF (perkerja) atau melalui gaji pokok?
Caruman KWSP adalah wajib seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Rujukan lanjut mengenai jenis potongan yang dianggap KWSP buat boleh dirujuk pada laman rasmi KWSP sendiri.
Untuk persoalan pertama cuti sakit tidak boleh menjejaskan gaji sahaja, sementara pemberian bonus adalah berdasarkan polisi syarikat. Bagi soalan kedua pula majikan tidak boleh bayar gaji lewat daripada 7 hari dalam bulan baru.
jika pekerja perlu kerja isnin-jumaat 8am-5pm dan sabtu 8am-12pm, pekerja cuti tanpa gaji pada hari sabtu, potongan gaji sabtu tersebut dikira 1 hari atau setengah hari?
Majikan tidak boleh tolak gaji pekerja sesuka hati. Tetapi untuk pekerja yang dibayar harian jika tidak hadir bekerja atau lewat maka jumlah pembayaran mungkin kurang. Selain itu, mereka yang ambil unpaid leave juga boleh memberi kesan kepada gaji.
bagaimana untuk kira hari bekerja bagi gaji pokok. sekiranya hari bekerja syarikat 6 hari bekerja 1 hari cuti (ahad)dalam seminggu. cth RM (1500/30) x 26 (adakah kiraan hari bekerja termasuk ahad sekali?)
so, adakah kiraannya akan jadi (1500/26) x 26 = 1500 ? sbb dia hanya kerja 6 hari tak termasuk ahad? boleh tuan nyatakan “pengiraan adalah sama” tu dalam bentuk number
Slm Encik… bolehkah majikan menolak 13% dari elaun? contoh: elaun bulanan RM 300..tolok 13% menjadi RM 265.49 majikan menyatakan 13% tersebut adalah untuk KWSP. minta encik berikan pencerahan. Terima kasih.
Jika dilihat pada takrif KWSP, elaun merupakan sebahagian daripada upah. Jadi ini bermakna pembayaran elaun boleh dikenakan caruman. Rujukan boleh dibuat di sini.
Saya bekerja 12 jam sehari ( 6 hari bekerja dlm seminggu ). Gaji upah hanya dibayar rm1.500 sebulan. Tiada ot dan tiada bayaran gaji tambah pada hari publik holiday. Bahkan satu jam tidak clocking rondaan, gaji dipotong 4 jam.
Soalan : apakah ini satu kesalah majikan saya yang membayar gaji upah basik rm1.500 kerja 12 jam sehari.
Maaf , saya ingin bertanya , bole bagi pendapat tentang masalah yang saya hadapi….bagaimana kiraan betul
Contoh : hari sabtu company beroperis 9:30am-3:30 am…
Soalan saya : pada hari sabtu saya ada buat kerja outstation n pada hari sama saya pushcard masuk 7am
N saya balik tanpa pushcard dalam jam 2:30am(pagi ahad)
Bole tolong macam mana kiraan bayaran kerja gaji – OT saya.
OT hanya dikira sekirannya majikan meminta pekerja bekerja lebih daripada masa yang ditetapkan sahaja. Untuk kes seperti ini boleh bincang dengan majikan untuk tentukan sama ada ia waktu kerja tambahan atau boleh diberikan time-off kerana bekerja lebih masa.
1. Bagaimana pula kalau majikan menolak gaji pekerja untuk Epf, Socso dan Cukai tapi tidak membayar jumlah tersebut ke agensi- agensi yang berkenaan? Apakah saranan dan nasihat untuk mengambil tindakan yang efektif bagi majikan sedemikian? Setakat diskusi/ rundingan dalaman, semuanya tidak berkesan dan tidak memberi perubahan.
2. Adakah akta di Malaysia masih tidak mempedulikan pekerja yang bergaji RM3000 keatas? Bagi golongan berkenaan, adakah mereka bebas untuk di manipulasi oleh majikan?
1. Boleh buat laporan ke agensi-agensi berkenaan untuk majikan dikenakan tindakan kerana melanggar undang-undang kerja dan penyaniayaan.
2. Akta Kerja meliputi semua pekerja tanpa mengira tangga gaji, dan kemas kini terbaru turut membenarkan pekerja bergaji sehingga RM4,000 layak menerima bayaran OT.
Contoh bulan Oktober ada 31hari, saya rest day 4hari, saya ambil MC 1 hari. Jadi 26hari saya bekerja, adakah gaji basic saya dikira sama juga atau ditolak? dan bagaimana kiraan overtime?
Jika bekerja Isnin- jumaat sahaja dan waktu kerja 8am-6pm rehat 1jam kecuali jumaat rehat 1.5 jam . Bagaimanakah kiraan gaji harian dan jam jika gaji kasar pekerja RM 2000(contohnya)
Soalan saya adalah:
1) Pengiraan gaji bulanan adakah menggunakan pembahagian 26 hari atau mengikut hari pada bulan tersebut?
2)Bagaimana pengiraan gaji jika pekerja tidak hadir 4 hari pada bulan tersebut? (pbahagian 26 hari atau 28/29(feb) @ 30/31 hari?
3)Pekerja telah berkerja 4 tahun dan ingin berhenti, AL 2025 automatik 12hari. Adakah AL 12 hari boleh diambil sekali gus atau by pro-rate?
1. Pengiraan gaji bulanan adalah seperti formula di dalam artikel iaitu jumlah hari ini bergantung kepada jumlah hari dalam bulan (28/29/30/31).
2. Jika pekerja tidak hadir atas sebab cuti tahunan pengiraan gaji adalah sama, melainkan jika pekerja ambil cuti tanpa gaji. Rujukan boleh dibuat di sini.
Sy kerja dibayar mengikut komisen ada kerja ada komisen..boleh ke majikan meletakkn tarikh pembayaran gaji “contoh. Setiap 30hb acc closed dan akan dibayar pada 15hb bulan berikutnya?”
Boleh kemajikan melewatkn gaji lebih 1 mnggu dn berdolak dalih wajarkah sy melaporkan.?
Mohon maaf maklumat yang diberi adalah terhad, berdasarkan situasi ini yang dapat disimpulkan,
sekiranya Tuan/Puan diambil bekerja sebagai COS (pekerja sepenuh masa), maka majikan wajib untuk membayar gaji dan komisen 7 hari selepas daripada tarikh penutupan akaun bulan terbabit. Tapi sekiranya Tuan/Puan diambil bekerja sebagai CFS (freelance), maka ianya bergantung kepada syarikat terbabit berkaitan tarikh dan waktu pembayaran selepas selesai kerja yang dilakukan mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.
Seperti elaun minyak wajarkh majikan meletakkn bermula dgn angka 50km bru d bayar.. Bukankah selangkah kite kluar dari rmh utk melakukan kerja akan d bayar.. Sy sebagai part time yg d bayar mengikut komisen kerja.. Dan sy d ambil kerja tanpa hitam dan putih.? Public holiday tak bayar kenaikan komisen taknak lakukan..ada cadangan tak untuk sy.
kalau dalam bulan tu lebih hari dengan yang sepatutnya kita bekerja, dia nak kira macam mana eh?
hari yang lebih tu darab dengan gaji sehari atau gaji sebulan bahagi berapa hari kita kerja bulan tu?
Tempat kerja saya bahagian salesman akan bekerja 20 hari dalam sebulan. Tetapi pada bulan Feb ini, didapati kami bekerja sebanyak 23Hari. Bagaimanakah cara untuk mengira gaji itu? Basic/20 atau basic/23?
Salam, brp hari mc untuk staff yg bekerja kurang dari 2 tahun, dan sekiranya staff dapat mc lebih 20 hari mcm mana kiraan gaji, adalah mc perlu dibayar atau sebaliknya.
Akta Kerja tetapkan 14 hari cuti sakit bagi pekerja bekerja kurang 2 tahun. Sekirannya dihospitalisasi maka pekerja layak mendapat cuti hospitalisasi. Andai lebih daripada penetapan majikan boleh berikan cuti tanpa gaji dengan persetujuan pekerja.
1. bagi mendapatkan jumlah gaji pokok dalam bulan tersebut, adakah kita perlu bahagi gaji basic dengan jumlah hari yang terdapat dalam bulan tersebut atau 26?
2. bagi pengiraan OT, adakah kita perlu bahagi dengan 26 atau jumlah hari yang terdapat dalam bulan tersebut?
3. sekiranya pekerja ada AL dan Unpaid Leave pada bulan tersebut, pengiraan penolakan gaji harus rujuk dengan bahagi dengan jumlah hari pada bulan tersebut atau 26?
salam nk tanya pemberian bonus untuk hari raya termasuk dalam permotongan untuk kwsp socso sip ke?
contoh basic gaji 2000 tolak kwsp socso sip jumlah bersih angaran rm1700
bonus raya 2200
meraka masukkn sekali dlm slip gaji bonus itu dan memotong untuk kwsp socos dan sip.. boleh ke mcm ni?
Boleh. Takrif upah bagi KWSP dan PERKESO adalah berbeza. Untuk KWSP bonus perlu dicarumkan sementara PERKESO pula tidak perlu. Rujukan boleh dibuat di sini.
nak bertanya, bagaimana kiraan gaji kerja 5 hari sekiranya 1 hari bekerja selama 9 jam tidak termasuk waktu rehat dan seminggu sudah 45 jam tempoh waktu bekerja.
sekiranya kiraan mengikut kadar kiraan akta, adakah untuk mendapatkan per jam di kira bahagi 9 atau 8 jam.
Hi maaf nak tanya. Untuk pengiraan gaji part time, bagi staf part time masa dan cuti kerjayanya lebih kurang sama dengan staf full time (8 @ 7.5 jam bekerja, 6 hari seminggu), adakah pengiraan gaji mereka termasuk dalam perintah kerajaan minima gaji RM1,700 sebulan? Gaji harian mereka sekarang adalah RM6.50 sejam.
boleh ke basic gaji di tolak utk syarikat byr epf

selamat pagi,
penolakan EPF adalah berdasarkan gaji pokok kan?
jika terdapat unpaid leave maksudnya gaji pokok tolak unpaid leave baru tolak EPF (perkerja) atau melalui gaji pokok?
Caruman KWSP adalah wajib seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Rujukan lanjut mengenai jenis potongan yang dianggap KWSP buat boleh dirujuk pada laman rasmi KWSP sendiri.
salam..boleh ke bilangan cuti sakit menjejaskan bonus?
boleh ke buat aduan tentang pembayaran gaji dibuat pada hari ketujuh selepas hari
terakhir bulan yang lepas tetapi kemasukan gaji ke dalam akaun dalam linkungan jam 6
ptg ke atas?
Untuk persoalan pertama cuti sakit tidak boleh menjejaskan gaji sahaja, sementara pemberian bonus adalah berdasarkan polisi syarikat. Bagi soalan kedua pula majikan tidak boleh bayar gaji lewat daripada 7 hari dalam bulan baru.
untuk pembayaran gaji pro rate, bagaimana kiraan untuk kwsp, socso &eis
Pengiraannya adalah berdasarkan jumlah gaji pro rate tersebut.
jika pekerja perlu kerja isnin-jumaat 8am-5pm dan sabtu 8am-12pm, pekerja cuti tanpa gaji pada hari sabtu, potongan gaji sabtu tersebut dikira 1 hari atau setengah hari?
Jika polisi syarikat anggap hari sabtu adalah hari kerja dalam seminggu maka ia dikira 1 hari.
Jika pekerja kerap lewat dan ambil cuti separuh hari. Adakah penolakan boleh dilakukan?
Majikan tidak boleh tolak gaji pekerja sesuka hati. Tetapi untuk pekerja yang dibayar harian jika tidak hadir bekerja atau lewat maka jumlah pembayaran mungkin kurang. Selain itu, mereka yang ambil unpaid leave juga boleh memberi kesan kepada gaji.
bagaimana untuk kira hari bekerja bagi gaji pokok. sekiranya hari bekerja syarikat 6 hari bekerja 1 hari cuti (ahad)dalam seminggu. cth RM (1500/30) x 26 (adakah kiraan hari bekerja termasuk ahad sekali?)
Pengiraan adalah sama tetapi tidak dikira untuk hari ahad.
so, adakah kiraannya akan jadi (1500/26) x 26 = 1500 ? sbb dia hanya kerja 6 hari tak termasuk ahad? boleh tuan nyatakan “pengiraan adalah sama” tu dalam bentuk number
Contoh: RM1,500 / 30* x 26** = RM1,300
*Jumlah hari dalam bulan November = 30 Hari
*Jumlah hari bekerja bulan November tolak Ahad = 26 hari
Bagaimana pula cara pengiraan gaji sebagai contoh gaji basic rm2000, seminggu 5 hari bekerja. Adakah Sabtu dikira sebagai 1 hari bekerja.
Pengiraan gaji adalah seperti biasa jika syarikat mengamalkan 6 hari bekerja, tetapi waktu kerja seminggu mesti tidak lebih 45 jam ya.
Ingin bertanya…
1.Klu basic rm 1500…rate ot berapa? 1jam
2.kerja 8 jam.. Lepas 8 jam kerja bayaran kira ot atau part time?
Tk.
OT akan dikira selepas waktu kerja biasa.
OT pada hari kerja: 1.5 x kadar upah sejam
OT pada hari rehat: 2.0 x kadar upah sejam
OT pada cuti umum: 3.0 x kadar upah sejam
Pengiraan: Upah bulanan/26 x bilangan jam bekerja x kadar OT
Slm Encik… bolehkah majikan menolak 13% dari elaun? contoh: elaun bulanan RM 300..tolok 13% menjadi RM 265.49 majikan menyatakan 13% tersebut adalah untuk KWSP. minta encik berikan pencerahan. Terima kasih.
Jika dilihat pada takrif KWSP, elaun merupakan sebahagian daripada upah. Jadi ini bermakna pembayaran elaun boleh dikenakan caruman. Rujukan boleh dibuat di sini.
Saya bekerja 12 jam sehari ( 6 hari bekerja dlm seminggu ). Gaji upah hanya dibayar rm1.500 sebulan. Tiada ot dan tiada bayaran gaji tambah pada hari publik holiday. Bahkan satu jam tidak clocking rondaan, gaji dipotong 4 jam.
Soalan : apakah ini satu kesalah majikan saya yang membayar gaji upah basik rm1.500 kerja 12 jam sehari.
Waktu kerja ditetapkan Akta Kerja adalah sehari tidak lebih 8 jam, dan jika bekerja lebih daripada itu pekerja layak dapat bayaran OT.
Maaf , saya ingin bertanya , bole bagi pendapat tentang masalah yang saya hadapi….bagaimana kiraan betul
Contoh : hari sabtu company beroperis 9:30am-3:30 am…
Soalan saya : pada hari sabtu saya ada buat kerja outstation n pada hari sama saya pushcard masuk 7am
N saya balik tanpa pushcard dalam jam 2:30am(pagi ahad)
Bole tolong macam mana kiraan bayaran kerja gaji – OT saya.
OT hanya dikira sekirannya majikan meminta pekerja bekerja lebih daripada masa yang ditetapkan sahaja. Untuk kes seperti ini boleh bincang dengan majikan untuk tentukan sama ada ia waktu kerja tambahan atau boleh diberikan time-off kerana bekerja lebih masa.
1. Bagaimana pula kalau majikan menolak gaji pekerja untuk Epf, Socso dan Cukai tapi tidak membayar jumlah tersebut ke agensi- agensi yang berkenaan? Apakah saranan dan nasihat untuk mengambil tindakan yang efektif bagi majikan sedemikian? Setakat diskusi/ rundingan dalaman, semuanya tidak berkesan dan tidak memberi perubahan.
2. Adakah akta di Malaysia masih tidak mempedulikan pekerja yang bergaji RM3000 keatas? Bagi golongan berkenaan, adakah mereka bebas untuk di manipulasi oleh majikan?
1. Boleh buat laporan ke agensi-agensi berkenaan untuk majikan dikenakan tindakan kerana melanggar undang-undang kerja dan penyaniayaan.
2. Akta Kerja meliputi semua pekerja tanpa mengira tangga gaji, dan kemas kini terbaru turut membenarkan pekerja bergaji sehingga RM4,000 layak menerima bayaran OT.
Tuan, Saya bekerja shift 12jam.
Contoh bulan Oktober ada 31hari, saya rest day 4hari, saya ambil MC 1 hari. Jadi 26hari saya bekerja, adakah gaji basic saya dikira sama juga atau ditolak? dan bagaimana kiraan overtime?
Rest day dan MC merupakan cuti berbayar, dan pengiraan OT adalah untuk jam bekerja melebihi 8 jam sahaja ya.
Maaf nak bertanya, adakah majikan boleh dikenakan denda sekiranya masih menggajikan pekerja di bawah kadar minimum RM1,500?
Majikan yang tidak mematuhi penetapan perintah gaji minimum boleh dikenakan tindakan ya.
Saya nak tanya kalau majikan bayar socso dgn eis sekali kira majikan x potong gaji pekerja boleh tak?
Bayar SOCSO dan EIS mesti dibuat daripada gaji pekerja serta syer majikan ya.
Hai nak tanya lagi nak tunggu keputusan LHDN ni kena tunggu 2 bulan ke?
Boleh rujuk dan tanya pegawai LHDN ya.
Maaf nak tanya lagi,
Gaji kasar pekerja / jumlah hari dalam sebulan x jumlah hari pekerja bekerja
Adakah hari Sabtu itu dikira sebagai hari bekerja sedang kan syarikat itu hanya bekerja seminggu cuma 5 hari sahaja.
Jika waktu operasi syarikat adalah 5 hari seminggu maka Sabtu tidak dikira sebagai hari bekerja.
hi, nak tanya. kalau gaji pekerja 1500 sebulan + com, adakah bayaran kwsp kena ikut basic gaji 1500 atau kena banyar dengan com setiap bulan?
Perlu dibayar bersama dengan komisen setiap bulan. Rujukan boleh dibuat di sini.
Salam. Pekerja last bekerja pada 30/8, dan payroll atas nama beliau telah di tutup pada 30/8.
Pada 31/8 adalah PH Hari Kebangsaan, adakah 31/8 juga perlu dikira? Bermaksud last payroll beliau sepatutnya ditutup pada 31/8?
Ia perlu dikira pada hari terakhir pekerja bekerja.
1/1/25 ialah public holiday. Gaji harian perlu kira gaji atau tidak?
Jika pekerja diminta bekerja pada hari cuti umum, maka pekerja itu layak untuk mendapat bayaran tambahan OT.
Jika bekerja Isnin- jumaat sahaja dan waktu kerja 8am-6pm rehat 1jam kecuali jumaat rehat 1.5 jam . Bagaimanakah kiraan gaji harian dan jam jika gaji kasar pekerja RM 2000(contohnya)
Pengiraannya adalah sama seperti formula dalam artikel.
Soalan saya adalah:
1) Pengiraan gaji bulanan adakah menggunakan pembahagian 26 hari atau mengikut hari pada bulan tersebut?
2)Bagaimana pengiraan gaji jika pekerja tidak hadir 4 hari pada bulan tersebut? (pbahagian 26 hari atau 28/29(feb) @ 30/31 hari?
3)Pekerja telah berkerja 4 tahun dan ingin berhenti, AL 2025 automatik 12hari. Adakah AL 12 hari boleh diambil sekali gus atau by pro-rate?
1. Pengiraan gaji bulanan adalah seperti formula di dalam artikel iaitu jumlah hari ini bergantung kepada jumlah hari dalam bulan (28/29/30/31).
2. Jika pekerja tidak hadir atas sebab cuti tahunan pengiraan gaji adalah sama, melainkan jika pekerja ambil cuti tanpa gaji. Rujukan boleh dibuat di sini.
Sy kerja dibayar mengikut komisen ada kerja ada komisen..boleh ke majikan meletakkn tarikh pembayaran gaji “contoh. Setiap 30hb acc closed dan akan dibayar pada 15hb bulan berikutnya?”
Boleh kemajikan melewatkn gaji lebih 1 mnggu dn berdolak dalih wajarkah sy melaporkan.?
Mohon maaf maklumat yang diberi adalah terhad, berdasarkan situasi ini yang dapat disimpulkan,
sekiranya Tuan/Puan diambil bekerja sebagai COS (pekerja sepenuh masa), maka majikan wajib untuk membayar gaji dan komisen 7 hari selepas daripada tarikh penutupan akaun bulan terbabit. Tapi sekiranya Tuan/Puan diambil bekerja sebagai CFS (freelance), maka ianya bergantung kepada syarikat terbabit berkaitan tarikh dan waktu pembayaran selepas selesai kerja yang dilakukan mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.
Seperti elaun minyak wajarkh majikan meletakkn bermula dgn angka 50km bru d bayar.. Bukankah selangkah kite kluar dari rmh utk melakukan kerja akan d bayar.. Sy sebagai part time yg d bayar mengikut komisen kerja.. Dan sy d ambil kerja tanpa hitam dan putih.? Public holiday tak bayar kenaikan komisen taknak lakukan..ada cadangan tak untuk sy.
Elaun diberikan atas budi bicara syarikat. Akta Kerja tidak menetapkan majikan wajib membayar atau memberikan elaun tambahan.
kalau dalam bulan tu lebih hari dengan yang sepatutnya kita bekerja, dia nak kira macam mana eh?
hari yang lebih tu darab dengan gaji sehari atau gaji sebulan bahagi berapa hari kita kerja bulan tu?
Boleh dapatkan penerangan lanjut mengenai situasi yang dihadapi?
Tempat kerja saya bahagian salesman akan bekerja 20 hari dalam sebulan. Tetapi pada bulan Feb ini, didapati kami bekerja sebanyak 23Hari. Bagaimanakah cara untuk mengira gaji itu? Basic/20 atau basic/23?
Untuk pengiraan gaji, ia berdasarkan formula berikut:
Gaji Kasar Pekerja / Jumlah Hari Dalam Bulan x Jumlah Hari Pekerja Bekerja
Jadi di sini perlu dibahagi dengan jumlah hari dalam sebulan tersebut baru didarab dengan jumlah hari pekerja bekerja.
Maaf,saya still confuse dengan kiraan gaji…
Contoh : FEB 2025 (jumlah 28hari dalam bulan) Gaji pokok 3000 – jumlah hari kerja 23 hari, – kerja 6 hari seminggu,rehat Ahad
cara kira : 3000/28 x 23 atau 3000/24(28hari-4 hari ahad) x 23 ?
*dalam contoh ini, 1 hari cuti tanpa gaji saja
Pengiraan gaji adalah berdasarkan formula berikut:
Gaji Kasar Pekerja / Jumlah Hari Dalam Bulan x Jumlah Hari Pekerja Bekerja
Berdasarkan contoh pengiraan akan menjadi 3,000 / 28 x jumlah hari pekerja bekerja.
salam nak tanya kalau dalam syarikat kerja 5 hari seminggu dan sabtu ahad dikira cuti ataw ot pengiraan gaji sebulan dikira mcm mana?
Pengiraan gaji adalah berdasarkan formula tersebut:
Gaji Kasar Pekerja / Jumlah Hari Dalam Bulan x Jumlah Hari Pekerja Bekerja
Salam, brp hari mc untuk staff yg bekerja kurang dari 2 tahun, dan sekiranya staff dapat mc lebih 20 hari mcm mana kiraan gaji, adalah mc perlu dibayar atau sebaliknya.
Akta Kerja tetapkan 14 hari cuti sakit bagi pekerja bekerja kurang 2 tahun. Sekirannya dihospitalisasi maka pekerja layak mendapat cuti hospitalisasi. Andai lebih daripada penetapan majikan boleh berikan cuti tanpa gaji dengan persetujuan pekerja.
hi, mohon pencerahan. terima kasih.
1. bagi mendapatkan jumlah gaji pokok dalam bulan tersebut, adakah kita perlu bahagi gaji basic dengan jumlah hari yang terdapat dalam bulan tersebut atau 26?
2. bagi pengiraan OT, adakah kita perlu bahagi dengan 26 atau jumlah hari yang terdapat dalam bulan tersebut?
3. sekiranya pekerja ada AL dan Unpaid Leave pada bulan tersebut, pengiraan penolakan gaji harus rujuk dengan bahagi dengan jumlah hari pada bulan tersebut atau 26?
1. Pengiraan gaji adalah berdasarkan formula tersebut: Gaji Kasar Pekerja / Jumlah Hari Dalam Bulan x Jumlah Hari Pekerja Bekerja
2. Cara kira OT adalah berdasarkan formula berikut:
Ordinary Rate Pay (ORP) = Jumlah Gaji Bulanan / 26
Hourly Rate Pay (HRP) = ORP / Jam Bekerja Sehari
3. Kiraan gaji tidak cukup bulan adalah seperti di bawah:
Gaji = (Gaji Bulanan / Bilangan Hari dalam Bulan) x Bilangan Hari Bekerja
salam nk tanya pemberian bonus untuk hari raya termasuk dalam permotongan untuk kwsp socso sip ke?
contoh basic gaji 2000 tolak kwsp socso sip jumlah bersih angaran rm1700
bonus raya 2200
meraka masukkn sekali dlm slip gaji bonus itu dan memotong untuk kwsp socos dan sip.. boleh ke mcm ni?
Boleh. Takrif upah bagi KWSP dan PERKESO adalah berbeza. Untuk KWSP bonus perlu dicarumkan sementara PERKESO pula tidak perlu. Rujukan boleh dibuat di sini.
Assalammualaikum…
nak bertanya, bagaimana kiraan gaji kerja 5 hari sekiranya 1 hari bekerja selama 9 jam tidak termasuk waktu rehat dan seminggu sudah 45 jam tempoh waktu bekerja.
sekiranya kiraan mengikut kadar kiraan akta, adakah untuk mendapatkan per jam di kira bahagi 9 atau 8 jam.
Pengiraan gaji adalah berdasarkan formula berikut:
Gaji Kasar Pekerja / Jumlah Hari Dalam Bulan x Jumlah Hari Pekerja Bekerja
Jika ingin mengira gaji per hari ia akan dibahagi dengan jam bekerja sahaja iaitu 8 jam.
Hi maaf nak tanya. Untuk pengiraan gaji part time, bagi staf part time masa dan cuti kerjayanya lebih kurang sama dengan staf full time (8 @ 7.5 jam bekerja, 6 hari seminggu), adakah pengiraan gaji mereka termasuk dalam perintah kerajaan minima gaji RM1,700 sebulan? Gaji harian mereka sekarang adalah RM6.50 sejam.
Terima kasih.
Ya, termasuk.
Salam, nk tanya skrng basic Rm1700.
Masa kerja isnin hingga jumaat 9:00am – 6pm (rehat 1 jam)
Sabtu 8:00am – 2:00pm (rehat 1 jam)
Seminggu cukup 45jam
Soalan saya, klau nak tahu kadar per jam 1700/26/8 = rm8.17 atau 1700/26/7.5 = 8.72
yang mana satu betul?
Bahagi jumlah jam bekerja, berdasarkan situasi adalah 8 jam sehari.