Skip to main content

Pemilihan HR software adalah satu proses yang penting dan kritikal dalam menentukan hala tuju bisnes untuk jangka panjang. Hal ini kerana memiliki HR software yang betul boleh memberi impak kepada pengurusan, dan seterusnya perkembangan serta keuntungan syarikat.

Bagi yang sedang mencari HR software untuk digunakan dalam bisnes, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan pilihan tersebut merupakan yang terbaik dan sesuai dengan sifat perniagaan.

Apa Itu HR Software?

Secara amnya HR software merupakan perisian perkhidmatan atau dalam bahasa English disebut sebagai software as a service (SaaS) yang membantu bahagian sumber manusia mengautomasikan tugasan manual, menjaga maklumat pekerja dan menjana data laporan.

Mudah kata HR software merupakan satu peralatan yang dijana komputer elektronik dan menghilangkan keperluan tugasan secara manual, mengautomasikan pengurusan serta mengurangkan kesilapan manusia (human error).

Antara fungsi asas ditawarkan HR software dalam membantu tugasan bahagian HR adalah,

  • Pengurusan pengambilan, pengurusan dan onboarding bakat
  • Selaras pengurusan dan pentadbiran
  • Pengurusan data pekerja dan syarikat
  • Pengurusan gaji
  • Pengurusan prestasi, perancangan dan pemantauan

Jenis dan Kegunaan HR Software

Sebelum membuat sebarang keputusan dalam memilih HR software, penting untuk mengetahui jenis-jenisnya. Hal ini kerana terdapat 3 jenis HR software untuk tiga kegunaan yang berbeza. 

  1. Human Resource Management System (HRMS)
  • Sistem yang lebih menyeluruh dalam bantu syarikat mengurus data pekerja termasuk tugasan utama bahagian sumber manusia seperti gaji, faedah, latihan dan penilaian prestasi
  • Antara sistem yang mahal tetapi menawarkan fungsi menyeluruh dalam satu perisian
  1. Human Resource Information System (HRIS)
  • Sistem yang mengurus tugasan utama bahagian sumber manusia seperti menyimpan data pekerja dan mementingkan untuk menyelaraskan informasi dalam sesebuah organisasi
  • Kelebihan utama adalah mengurangkan penggunaan kertas dan menyimpan data secara awan (cloud)
  1. Human Capital Management (HCM)
  • Sistem yang menguruskan tugasan utama bahagian sumber manusia dan merangkumi pengurusan bakat dan tenaga kerja
  • Ia lebih menekankan kepada pendekatan strategik untuk pengurusan pekerja

Berdasarkan poin-poin atas dapat dilihat bahawa setiap jenis HR software ini memiliki fungi berbeza-beza namun ia masih berfokus kepada menyelesaikan tugasan utama bahagian sumber manusia iaitu pengurusan gaji dan pekerja.

Perkara Perlu Dipertimbangkan Dalam Pilih HR Software

Kini sudah tiba masa untuk masuk bahagian tips dalam memilih HR software yang betul bagi kegunaan syarikat. Perlu diingatkan bahawa bahagian HR perlu pertimbangkan beberapa perkara di bawah dan membincangkannya dengan majikan sebelum membuat keputusan.

  • Fungsi HR Software

Sebenarnya setiap HR software menawarkan perlbagai jenis fungsi yang diperlukan oleh bahagian HR. Oleh itu, penting untuk pertimbangkan fungsi-fungsi yang ditawarkan sebelum buat pilihan. Contohnya MySyarikat yang menawarkan segala peralatan yang diperlukan seperti pengurusan gaji, cuti, tuntutan OT, rekod kehadiran dan jadual kerja shift.

  • Bajet

Perkara yang turut perlu dipertimbangkan sebelum memilih sesebuah HR software adalah bajet yang syarikat ingin belanjakan. Hal ini kerana kebiasaannya langganan untuk HR software adalah dalam bentuk tahunan. Contohnya langganan untuk MySyarikat adalah sangat berpatutan pada RM15 untuk setiap pengguna setahun.

  • Jenis Perniagaan

Jenis perniagaan yang dijalankan juga penting untuk dipertimbangkan dalam memilih sebuat HR software. Tentunya, setiap jenis perniagaan sesuai untuk menggunakan HR software misalnya MySyarikat yang cemerlang bantu bisnes PKS sehingga syarikat korporat besar.

  • Perkhidmatan Lepas Jualan dan Sokongan

Apabila menggunakan HR softwareini penting sebenarnya untuk memiliki perkhidmatan lepas jualan dan bahagian sokongan yang baik bagi membantu jika berlaku sebarang masalah. Di MySyarikat, bahagian perkhidmatan lepas jualan dan sokongannya sangat peka serta sentiasa bersedia membantu pelanggan.

  • Keperluan Tenaga Kerja

Perkara terakhir yang perlu dipertimbangkan adalah keperluan tenaga kerja apabila melibatkan HR software ini. Seperti diterangkan atas HR software ini memilih 3 jenis untuk tiga kegunaan berbeza. Jadi mengikut keperluan tenaga kerja syarikat, MySyarikat sesuai untuk semua bisnes yang mahukan kelancaran operasi.

MySyarikat HR Software Terbaik Di Malaysia!

Adakah anda sedang mencari HR software terbaik yang tawarkan fungsi menyeluruh? Jika jawapannya ‘YA’, berita baik kepada anda kerana HR software MySyarikat adalah pilihan pengurusan kepada bisnes-bisnes di Malaysia.

Dengan sistem HR software MySyarikat, pengurusan sumber manusia syarikat akan akan menjadi lebih efisien dan efektif! Daripada pengurusan gaji, cuti, tuntutan sehingga merekod kehadiran dan banyak lagi dapat diselesaikan dengan HR software yang moden dan inovatif ini.

Mari tingkatkan kualiti kerja tempat kerja, melancarkan operasi perniagaan dan merevolusikan syarikat anda dengan sistem HR software moden MySyarikat

Jom rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software MySyarikat sekarang secara percuma dengan ‘Book Demo’ bersama kami!

Leave a Reply