Bagi yang bekerja di Malaysia tidak kira sama ada majikan, pekerja, atau bekerja sendiri, daftar EPF, SOCSO dan EIS adalah wajib.
Ia bertujuan sebagai perlindungan jangka panjang di yang menawarkan jaring keselamatan kewangan seperti simpanan persaraan, perlindungan sosial, dan bantuan kewangan ketika kehilangan kerja.
Tak daftar, tak layak! Dan bila sesuatu berlaku contohnya kemalangan kerja, hilang pekerjaan, atau capai umur persaraan penyesalan tak akan bawa apa-apa. Jadi, lebih baik faham awal, daftar segera!
Cara Daftar EPF (KWSP)
Pendaftaran EPF Untuk Pekerja
- Pendaftaran Automatik oleh Majikan
Kalau anda baru bekerja dan majikan mula mencarum ke KWSP, tak perlu daftar sendiri. Anda akan didaftarkan secara automatik oleh KWSP. Proses ini berlaku apabila majikan menghantar Borang A (KWSP 6) untuk caruman pertama, menggunakan maklumat dari MyKad anda.
- Pendaftaran Sendiri (i-Saraan)
Bekerja sendiri? Anda masih boleh mencarum ke KWSP melalui skim i-Saraan. Skim ini terbuka untuk freelancer, peniaga kecil, penghantar makanan, pemandu e-hailing termasuk apa saja bentuk pekerjaan sendiri.
Cara daftar:
- Layari laman web KWSP atau ke kaunter KWSP terdekat.
- Bawa MyKad dan daftar sebagai ahli i-Saraan.
- Anda boleh mencarum secara sukarela, dan ada insentif khas daripada kerajaan.
- Pendaftaran Manual di Kaunter atau Kiosk
Kalau anda lebih selesa urusan secara fizikal, anda boleh ke mana-mana cawangan atau kiosk KWSP untuk daftar akaun. Hanya perlu bawa: MyKad.
Langkah ini sesuai untuk mereka yang tidak bekerja dengan majikan atau ingin semak status akaun secara terus.
- Daftar i-Akaun KWSP Secara Online
Nak pantau caruman dan buat urusan sendiri secara digital? Daftar i-Akaun. Ia seperti dashboard peribadi untuk semua perkara berkaitan KWSP.
Langkah-langkah daftar:
- Sediakan MyKad atau MyPR.
- Akses laman web KWSP atau muat turun aplikasi i-Akaun KWSP.
- Klik ‘Daftar i-Akaun’, ikut arahan yang diberikan.
- Aktifkan akaun anda menggunakan kod TAC yang dihantar ke nombor telefon berdaftar.
Pendaftaran EPF Untuk Majikan
Majikan wajib daftar dengan KWSP dalam masa 7 hari selepas mengambil pekerja pertama. Kegagalan boleh menyebabkan penalti di bawah undang-undang buruh Malaysia.
- Dokumen Yang Diperlukan:
- Borang KWSP 1: borang rasmi pendaftaran majikan.
- Dokumen SSM: bukti pendaftaran syarikat.
- Salinan MyKad: pengarah atau pemilik perniagaan.
- Proses Pendaftaran:
- Isi dan hantar Borang KWSP 1 bersama dokumen sokongan.
- Hantar ke cawangan KWSP berdekatan atau lakukan melalui saluran digital yang disediakan.
- KWSP akan proses dan beri nombor rujukan majikan.
Cara Daftar SOCSO (PERKESO)
Daftar SOCSO Untuk Pekerja Bermajikan
SOCSO atau PERKESO juga adalah caruman wajib. Ia menawarkan pelindung kewangan jika berlaku kemalangan kerja, kecacatan, atau penyakit pekerjaan. Tapi pendaftaran bukan tanggungjawab pekerja, ia adalah tanggungjawab majikan!
- Apa yang perlu dilakukan oleh majikan?
- Majikan perlu mendaftarkan pekerja mereka dalam tempoh 30 hari dari tarikh pekerja mula bekerja.
- Ini adalah keperluan undang-undang di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
- Dokumen yang perlu disediakan:
- Borang 1 (Pendaftaran Majikan)
- Borang 2 (Pendaftaran Pekerja)
- Saluran Pendaftaran:
- Kaunter PERKESO: boleh hadir secara fizikal dengan dokumen lengkap.
- Portal Online: ASSIST: platform rasmi PERKESO untuk pendaftaran dan urus niaga digital. Borang dan dokumen sokongan boleh dimuat naik terus di portal ini.
Daftar SOCSO Untuk Pekerja Sendiri
Pekerja sendiri juga layak untuk perlindungan melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Skim ini diwujudkan untuk golongan seperti pemandu e-hailing, food rider, petani, penjaja, dan mereka yang bekerja secara bebas tanpa majikan.
- Melindungi anda jika berlaku kemalangan semasa menjalankan kerja.
- Memberi bantuan kewangan, rawatan perubatan, dan faedah hilang upaya.
Dokumen yang diperlukan:
- Salinan MyKad
- Lesen, permit perniagaan, atau
- Surat pengesahan dari persatuan/agensi berkaitan (jika ada)
Permohonan boleh dibuat terus melalui portal PERKESO, atau ke cawangan berdekatan.
Cara Daftar EIS (Employment Insurance System)
Daftar EIS Untuk Majikan
Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) adalah satu komponen di bawah PERKESO, dan ia bergerak seiring dengan pendaftaran SOCSO. EIS membantu pekerja yang kehilangan kerja dengan sokongan kewangan dan peluang latihan semula.
Langkah Pendaftaran:
- Jika majikan telah berdaftar dengan SOCSO, biasanya mereka juga telah didaftarkan untuk EIS.
- Jika belum, majikan boleh:
- Akses portal ASSIST
- Isi borang permohonan EIS
Cara Membuat Tuntutan EIS (Untuk Pekerja)
Jika anda diberhentikan kerja, EIS boleh jadi penyelamat. Tapi ada syarat.
Syarat Kelayakan:
- Mesti telah mencarum sekurang-kurangnya 12 bulan
- Kehilangan kerja bukan disebabkan kesalahan sendiri (bukan dipecat kerana disiplin)
Langkah-langkah Buat Tuntutan:
- Daftar akaun di portal rasmi EIS: https://eis.perkeso.gov.my
- Klik “Daftar Baharu” dan lengkapkan maklumat anda
- Isi borang tuntutan dalam sistem
- Sediakan dokumen berikut:
- Salinan MyKad
- Slip gaji 6 bulan terakhir
- Surat pemberhentian kerja
- Penyata akaun bank
- Hantar permohonan dan tunggu semakan
- Jika diluluskan, bayaran akan dikreditkan dalam masa 14 hari ke akaun bank anda
Wajib ke EPF/SOCSO/SIP?
Seperti yang dinyatakan sejak awal lagi caruman EPF, SOCSO dan SIP adalah WAJIB. Setiap caruman ini perlu dijelaskan oleh pihak majikan pada setiap 15 haribulan pada bulan berikutnya.
Sebagai contoh, majikan perlu jelaskan caruman KWSP pekerja bagi gaji bulan April 2025 dalam bulan Mei 2025 sama ada sebelum atau pada 15 Mei 2025. Kaedah caruman pula boleh dibuat melalui beberapa cara seperti:
- e-Caruman
- Aplikasi mudah alih
- Perbankan internet
- Ejen bank
- Kaunter KWSP
Andai berlaku kelewatan atau kegagalan membayar caruman yang dinyatakan, maka majikan akan dikenakan caj lewat bayar minimum sebanyak RM10 untuk KWSP, sementara untuk SOCSO pula dikenakan faedah caruman lewat bayar sebanyak 6% setahun.
Bagi pekerja yang gagal bayar caruman SIP pula, jika didapati bersalah melanggar peraturan maka pekerja itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun dan didenda maksimum RM10,000.
Baca juga: Cara Betul Kira Kadar Caruman Dari Jadual KWSP & PERKESO
Secara keseluruhannya, daftar EPF, SOCSO dan EIS sangat mudah. Pastikan anda mendaftarnya dengan segera jika masih belum membuat demikian. Jika dapati majikan masih belum mendaftar, anda boleh buat aduan ke pihak-pihak berwajib bagi mendapatkan hak anda.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Selamat petang nak tanya macam mana nak apply socso persaraan?
Untuk sebarang persoalan mengenai tuntutan SOCSO adalah dinasihatkan untuk layari laman rasmi PERKESO.
Hello saya ingin bertanya pada masa kini, akaun KWSP perlu dibuka oleh majikan untuk pekerjanya atau pekerja sendiri kena buka akaun KWSP sendiri? Saya berasa hairan kenapa majikan lepas tangan sahaja, sedangkan ini adalah tanggungjawab pihak majikan. Saya baharu mula bekerja, sebelum ini tidak pernah ada akaun KWSP. Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Terima kasih.
Pembukaan akaun KWSP kini boleh dibuat oleh pekerja sendiri dan perlu memberi nombor kepada majikan untuk membuat caruman ya.
Assalamualaikum.. saya bekerja sebagai sale department di sebuah kilang santan Aroma Enterprise. Saya terlibat kemalangan di jalan raya ketika sedang bekerja diluar. Saya mengelak 1 kereta yg dipandu amat berbahaya sehingga saya terpaksa membelok kan motor fan merempuh penghadang jalan lalu terpelenting 5meter yang berakihat saya mengalami cedera patah 3 tulang rusuk dibahagian kiri . Saya diberi MC selama 14hari oleh doktor di hospital klang . 16/4/2025 mc saya habis . Persoalan nya selama saya tidak bekerja saya tidak ada kemasukan . Bagaimana saya hendak claim Mc saya ? Dan apa shj yg sy boleh tuntut selaku pencarum Epf/kwsp/socso/sip ini agar dpt meringan kan beban saya. Sehingga kini saya hilang upaya waima untuk menunggang motosikal . Hanya tuntutan mc shj kah yg sy layak dapat? Dan bagaiman step by step cara proses dari awal hingga lah berhasil terima wang . Laporan polis esok saya akan buat memandang kan sy sudah tidak dlm keadaan lemah dn boleh bertatih berjalan pelan-pelan. Bantu saya M.Farhan berumur 29 tahun sudah bekerluarga dan mempunyai anak 1 tahun .