Skip to main content

Umum mengetahui di bawah pindaan baru Akta Kerja 1955 pada tahun 2022 jumlah Cuti Bersalin bagi pekerja wanita di swasta telah dilanjutkan kepada 98 hari sementara pekerja lelaki swasta diberikan 7 hari Cuti Paterniti.

Tujuan penambahan ini dibuat adalah untuk selarikannya dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Cerian SR.5.4.2 yang menitikberatkan konsep mengutamakan keluarga. Ia juga sebagai perlindungan kepada hak wanita dalam dunia pekerjaan.

Jika sebelum ini MySyarikat pernah kongsikan berkenaan Cuti Paterniti dan pindaannya, artikel kali ini akan menyentuh lebih mendalam tentang Cuti Bersalin serta elaun yang diberikan.

Cuti Bersalin dan Akta Kerja 1955

Apabila dilihat pada Akta Kerja 1955 terdapat 2 bahagian yang menerangkan perlindungan hak wanita dalam dunia pekerjaan. Pada Bahagian 8 ia menerangkan tentang pengambilan pekerja wanita dan Bahagian 9 pula menceritakan tentang perlindungan bersalin.

Pada Seksyen 37 ada mengatakan bahawa setiap pekerja wanita berhak dapat cuti bersalin untuk tempoh sembilan puluh lapan (98) hari berturut-turut dan tertakluk pada Bahagian ini, pekerja itu berhak menerima daripada majikannya elaun bersalin yang dikira atau ditetapkan seperti pada subseksyen (2).

Kemudian pada Seksyen 37 (2) pula menerangkan kelayakan pekerja wanita menerima elaun bersalin berdasarkan syarat seperti:

  • Pekerja wanita diambil bekerja oleh majikan pada bila-bila masa dalam empat (4) bulan tepat sebelum kandungannya; dan
  • Pekerja wanita  diambil bekerja oleh majikan pada tempoh waktu, atau jangka waktu berjumlah tidak kurang dari sembilan puluh hari (90) selama sembilan (9) bulan tepat sebelum kandungannya

Berdasarkan huraian tersebut, ini bermakna seorang pekerja wanita layak menerima elaun bersalin daripada majikannya setiap hari tempoh bersalin pada kadar gaji biasa, atau kadar yang ditetapkan oleh Kementerian di bawah Seksyen 102 (2)(C).

Ini juga bermakna pekerja wanita yang diambil bekerja pada kadar bayaran bulanan masih layak menerima gaji setiap bulan tanpa ada pengurangan semasa tempoh bersalin dan berpantang, bermakna pekerja itu dianggap telah menerima elaun bersalinya.

Seterusnya pada Seksyen 38 pula menerangkan cara pembayaran elaun bersalin dengan mengatakan bahawa setiap tempoh upah di bawah kontrak perkhidmatan pekerja wanita yang ambil cuti bersalin perlu dibayar dengan cara sama dibayar gaji.

Dalam pada itu, seorang pekerja wanita boleh kehilangan elaun bersalinnya jika gagal memaklumkan kepada majikan. Pada Seksyen 40 mengatakan kegagalan pekerja wanita untuk memaklumkan peninggalan kerjanya boleh menyebabkan majikan tidak membayar elaun.

Di sini seorang pekerja wanita perlu memaklumkan kepada majikannya tentang kehamilan dalam jangka masa enam puluh (60) hari sebelum tarikh jangkaan bersalin untuk melayakkan diri mendapat cuti dan elaun bersalin.

Selain itu, andai pekerja wanita yang ambil cuti bersalin meninggal dunia maka majikannya perlu membayar kepada penama pekerja wanita tersebut dengan syarat segala notis makluman berkenaan persalinan telah diberikan kepada majikan.

Situasi Cuti Bersalin Di Malaysia

Jadinya berdasarkan apa yang telah dihuraikan oleh Akta Kerja 1955, pekerja wanita bukan sahaja layak untuk menerima cuti bersalin 98 hari tetapi turut sama berhak dapat pembayaran elaun sepanjang tempoh cuti tersebut.

Syarat utama untuk melayakkan pekerja wanita itu mendapat segala hak tersebut adalah dengan memberi makluman sama ada dalam bentuk notis kepada majikan untuk beritahu berkenaan kandungannya.

Dalam konteks Malaysia pula selalunya majikan ada menyediakan borang cuti bersalin yang membolehkan pekerja wanita memohonnya. Dinasihatkan kepada pekerja wanita yang mengandung untuk memohon cuti seawal mungkin selepas mendapat tarikh jangkaan bersalin dari pegawai kesihatan.

Malah, para suami juga dinasihatkan untuk memaklumkan kepada majikan seawal mungkin berkenaan permohonan cuti paterniti bagi memudahkan pihak majikan mengurus peninggalan kerja sementara oleh pekerja.

40 Comments

  • Syahirah says:

    Assalammualaikum,

    Hai, nak tanya bolehkah semasa cuti bersalin kita hantar resignation letter .??

  • Muhammad Ifzan says:

    Hai,

    Let say if pekerja wanita tak bagi tahu untuk bersalin dlm tempoh 60 hari sebelum bersalin kepada third party majikan mcm mna ya ? contoh situasi, Pekerja A is pekerja contract third party. Pekerja A hanya inform kepada team dan bos di office (lisan) dan infrom kepada majikan third party seminggu sebelum beranak, adakah pekerja A layak untuk mendapat alaun bersalin dan adakah majikan third patry berhak untuk tidak membayar gaji sepanjang tempoh pekerja A maternity ?

    • Zahin Byond says:

      Jika pekerja wanita tersebut memenuhi syarat yang ditetapkan dalam Akta Kerja iaitu:

      – Pekerja wanita diambil bekerja oleh majikan pada bila-bila masa dalam empat (4) bulan tepat sebelum kandungannya; dan
      – Pekerja wanita diambil bekerja oleh majikan pada tempoh waktu, atau jangka waktu berjumlah tidak kurang dari sembilan puluh hari (90) selama sembilan (9) bulan tepat sebelum kandungannya

      maka, pekerja itu layak untuk mendapat cuti bersalin dan elaun bersalin dengan majikan.

      • Muhammad Ifzan says:

        Jika pekerja wanita tersebut still tak dibayar elaun bersalin oleh majikan pihak ketiga atas alasan tak inform sebelum 60 hari sebelum beranak, bolehkah pekerja wanita tersebut membawa perkara ini ke JTK untuk dipanjangkan ?

        • Zahin Byond says:

          Di sini dinasihatkan untuk berbincang dengan majikan dan pegawai HR terlebih dahulu bagi mencapai persetujuan damai. Hal ini kerana cuti bersalin adalah hak pekerja tetapi jika tidak dimaklumkan kepada majikan, maka majikan boleh mengambil tindakan ke atas pekerja.

  • Rubyeffendi says:

    Sy nak tnye .. sy bekeje syarikat a 10 thn pd 2012 .. ikut akta 1955 ,boleh claim maternity leave 5 kali .. contoh saya bersalin ank 1st thn 2010, 2010 sy tidak bekerja .. dan 2012 saya mula bkeje ..
    1st claim maternity 2017
    2nd claim maternity 2018 (kembar)
    3rd claim 2019
    4th claim 2020

    Adakah saya masih layak untuk claim maternity untuk claim ke 5 untuk kelahiran ke 6 anak ke 7

  • Noor says:

    Hai,

    1) Boleh jelaskan bayaran gaji/elaun cuti bersalin sah untuk semua jenis pernigaan kecil-kecilan jugak ke

    2) if staf tak isi borang sebelum cuti bersalin hingga habis bersalin & tidak maklumkn pd majikan yg sudah bersalin apa tindakan kpd staf . Cth staf A tarikh bersalin 1 December tetapi ambil cuti awal 18 november tanpa isi borang cuti.

    • Zahin Byond says:

      1) Penetapan elaun bersalin ini adalah sama untuk semua sektor kerja kerana ia mengikut Akta Kerja ya.

      2) Jika pekerja gagal untuk maklumkan kepada majikan berkaitan bersalin maka pekerja tidak layak untuk menerima faedah cuti bersalin dan elaun bersalin ya.

  • Fatiha says:

    Hi Nak tanya,

    saya cuti bersalin pada bulan 4/2024. saya bertanya pada majikan tentang cuti bersalin yang telah diwartakan untuk 98 hari. Pihak HR menyatakan bahawa syarikat tidak mengambil bahagian untuk cuti bersalin 98 hari. pihak syarikat hanya ambil untuk 60 hari sahaja.

    boleh ke syarikat membuat pilihan seperti itu ? boleh tak kalau saya tuntut hak saya ?

  • ifa says:

    Hi, nak tanya pengiraan 98hari cuti bersalin termasuk weekend ke?

  • Ms Kong says:

    saya nak tanya sekiranya kilang akan ditutup pada 31.12.2024, dan telah bagi notis 2 bulan kepada pekerja mengikut yang disenaraikan dalam perjanjian perkhidmatan.

    soalan saya jika ada pekerja telah mangandum 4 bulan, adakah dia layak mendapat allowance bersalin? apakah cara kiraan yang akan digunakan?

  • ummu safuhah says:

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
    saya nk tanya, saya mengandung anak ke 2 dgn anak ke 3 jarak setahun. adakah saya layak terima cuti bersalin anak yg ke 3 selama 98hari?

  • Syikin says:

    semasa saya cuti bersalin, gaji pokok dibayar full tetapi ada dalam 16 hari saya diminta oleh pihak majikan untuk bekerja dari rumah kerana tuntutan kerja yang dimana tiada backup staff untuk selesaikan task report tersebut. majikan bersetuju untuk digantikan dengan RM untuk tempoh 16 hari bekerja dari rumah. soalan saya, apakah formula pengiraan extra 16 hari tersebut ya ?

    • Zahin Byond says:

      Cuti bersalin adalah cuti berbayar, jadi jika pekerja bersetuju untuk bekerja secara rela jadi bayaran yang diterima adalah sama dengan gaji harian biasa ya. Dalam pada itu, cuti bersalin adalah hak pekerja dan majikan tidak boleh memaksa pekerja bekerja pada hari tersebut.

  • ita says:

    Boleh ke majikan memotong markah kpi dan tidak diberikan bonus atas alasan pekerja ambik cuti bersalin? sedangkan cuti bersalin adalah hak wanita.

    • Zahin Byond says:

      Benar, cuti bersalin adalah hak pekerja dan Akta membenarkan cuti sehingga 98 hari. Jika pekerja mematuhinya maka tiada masalah tetapi jika tidak, majikan mungkin boleh berikan surat amaran. Untuk markah KPI dan bonus itu adalah berdasarkan polisi syarikat, jadi diminta berbincang dengan majikan untuk dapatkan penjelasan ya.

  • Ana Abdullah says:

    Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera,

    Saya nak tanya, ada pekerja yang mengandung dan bakal bersalin pada pertengahan Januari 2025. Beliau cukup syarat dan layak untuk mendapat elaun bersalin.

    Walaubagaimanapun pekerja membuat keputusan untuk berhenti pada 31 Disember 2024.

    adakah majikan perlu membayar elaun utk 98 hari tersebut kerana and pekerja sendiri yang ingin berhenti. Dan ketika bersalin, beliau bukan berstatus pekerja.

    Terima kasih

    • Zahin Byond says:

      Jika pekerja berhenti, maka pekerja itu hilang kelayakannya untuk semua hak-hak yang digariskan dalam Akta Kerja. Untuk kes ini memandangkan pekerja berhenti sebelum tarikh bersalin maka majikan tidak perlu membuat sebarang pembayaran ke atas cuti pekerja tersebut.

  • Siti says:

    hi/salam,

    saya dijangkakan bersalin 6/2025 dan akan kembali bekerja 9/2025. (3bulan maternity leave).
    sekiranya pada 7/2025 saya ingin menghantar surat resign notis 2 bulan .

    1. Adakah saya layak terima gaji/elaun yg sepatutnya
    2. Cuti tahunan termasuk sekali dengan cuti bersalin?

    • Zahin Byond says:

      Selagi pekerja masih bekerja dengan majikan, maka mereka layak untuk menerima faedah yang diberikan Akta Kerja. Namun, untuk kes seperti ini adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan majikan bagi mengelakkan sebarang salah faham dan pengesahan mengenai status dengan lebih lanjut ya.

  • Alia says:

    saya mula bekerja di syarikat A pada 1 Julai 2024 (pd usia kandungan 3 bulan) dan saya dijangkakan bersalin pada Feb 2025.

    Tempoh masa saya bekerja di Syarikat A sebelum tarikh bersalin adalah selama 6 bulan.
    Adakah saya layak menerima cuti bersalin berbyar?

    Syarikat saya mengatakan cuti bersalin berbayar hanya untuk pekerja yang bekerja lebih 1 tahun shaja.

    • Zahin Byond says:

      Syarat kelayakan cuti bersalin yang digariskan dalam Akta Kerja adalah seperti berikut:

      – Pekerja wanita diambil bekerja oleh majikan pada bila-bila masa dalam empat (4) bulan tepat sebelum kandungannya; dan
      – Pekerja wanita diambil bekerja oleh majikan pada tempoh waktu, atau jangka waktu berjumlah tidak kurang dari sembilan puluh hari (90) selama sembilan (9) bulan tepat sebelum kandungannya

  • selvarani says:

    Sebagai pekerja kontrak (Contract for Service) adakah pekerja yang telah tamat tempoh kontrak layak untuk cuti bersalin. pekerja tersebut bersalin selepas 2 bulan tamat kontrak.

    • Zahin Byond says:

      Jika tiada penyambungan kontrak maka pekerja itu tidak layak mendapat cuti bersalin kerana sudah tamat tempoh perkhidmatan. Untuk kes ini dinasihatkan untuk berbincang dengan majikan bagi mendapatkan jawapan yang lebih jelas.

  • YASMIN says:

    Salam tuan , saya nak tanya kalau saya pekerja kontrak , tamat kontrak pada bulan 4 2025( biasa diperbaharui) , saya cuti bersalin pada bulan 3 2025 , dan akan tamat pada bulan 6 2025, boleh kah majikan tidak menyambung kontrak saya yg direnew pada bulan 5 nanti ? Sebab perjanjian hanya sampai bulan 4 2025

    • Zahin Byond says:

      Bagi pekerja berkontrak, keputusan pembaharuan kontrak adalah berdasarkan majikan. Di sini pekerja dinasihatkan untuk berbincang dengan majikan berkenaan situasi yang dihadapi.

  • husnina says:

    Hi,

    Saya Bakal bersalin pada awal bulan 3 2025, Tetapi diberikan cuti bersalin selama 98 hari. dan sepanjang 98hari tersebut ada 8 hari cuti umum yang diambil oleh syarikat. namun persolan saya, apakah cuti umum tersebut dikira atau tidak ? jika ditambah dengan cuti umum, total cuti sepanjang maternity akan menjadi 106 hari. Boleh tolong jelaskan ?

  • nurul says:

    hi,
    sy nak tanya, sy masih dalam cuti bersalin, 30hari yang pertama sy masih dapat elaun maternity leave, tetapi kontrak tender tempat kerja sy akan tamat pada due minggu lagi, adakah sy masih layak dapat baki elaun maternity tersebut walaupun kontrak tender syarikat sudah tamat?

    • Zahin Byond says:

      Pekerja hanya layak mendapat cuti bersalin jika masih bekerja dengan syarikat (dalam kontrak), jika tempoh kontrak sudah tamat pekerja dikira tidak bekerja lagi dengan syarikat melainkan jika sambung kontrak. Dinasihatkan untuk bincang dengan majikan untuk rujukan lanjut mengenai penyambungan kontrak.

Leave a Reply