Probation period atau tempoh percubaan merupakan fasa penting bagi majikan dan pekerja untuk menilai kesesuaian antara satu sama lain. Tempoh ini lazimnya berlangsung antara 3 hingga 6 bulan, bergantung pada polisi syarikat.
Bagi majikan, ia adalah tempoh penilaian terhadap prestasi, sikap, dan kesesuaian pekerja dengan budaya syarikat. Manakala bagi pekerja, tempoh probation ialah peluang untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharu serta membuktikan kemampuan sebelum disahkan sebagai pekerja tetap.
Namun begitu, ramai pekerja baharu sering tertanya-tanyakan hak mereka lebih-lebih lagi berkaitan cuti tahunan (Annual Leave), cuti sakit (Medical Leave), dan cuti umum (Public Holiday).
Artikel ini akan menghuraikan secara terperinci hak pekerja semasa probation period berdasarkan peruntukan Akta Kerja 1955, supaya pekerja di Malaysia lebih faham tentang hak sebenar mereka yang dijamin oleh undang-undang pekerjaan.
Hak Cuti Tahunan (Annual Leave) Semasa Probation
Menurut Seksyen 60E(1), Akta Kerja 1955, setiap pekerja layak menerima cuti tahunan berbayar selepas 12 bulan perkhidmatan berterusan dengan majikan yang sama. Ini bermakna, hak penuh Annual Leave (AL) hanya diberikan selepas pekerja mencapai setahun perkhidmatan.
Namun, bagi pekerja dalam tempoh probation yang masih belum mencapai 12 bulan, hak cuti tahunan tetap wujud secara prorata (pro-rata) dan dikira berdasarkan bilangan bulan perkhidmatan.
Sebagai contoh, jika kelayakan penuh ialah 12 hari setahun, maka pekerja yang telah berkhidmat selama enam bulan layak menerima enam hari cuti tahunan secara prorata.
Walau bagaimanapun, penggunaan cuti tahunan semasa probation tertakluk kepada polisi syarikat. Kebanyakan majikan di Malaysia menetapkan bahawa pekerja hanya boleh menggunakan cuti tahunan selepas disahkan tetap.
Amalan ini tidak melanggar undang-undang selagi pekerja masih menerima hak cuti tahunan mereka melalui kiraan prorata.
Hak Cuti Sakit (Medical Leave) Semasa Probation
Tidak seperti cuti tahunan, cuti sakit (Medical Leave atau MC) adalah hak yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Kerja 1955, tanpa mengira status pekerja sama ada masih dalam probation atau telah disahkan tetap.
Apabila seorang pekerja mendapatkan sijil cuti sakit daripada doktor berdaftar, mereka berhak menerima cuti sakit berbayar (paid sick leave) sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang.
Jumlah kelayakan MC tahunan ditetapkan seperti berikut:
- Kurang daripada 2 tahun perkhidmatan: 14 hari setahun
- 2–5 tahun perkhidmatan: 18 hari setahun
- Lebih daripada 5 tahun perkhidmatan: 22 hari setahun
Sebagai contoh, jika seorang pekerja baru dua minggu bekerja dan memperoleh MC selama dua hari dengan surat doktor, majikan wajib membayar gaji penuh bagi hari-hari tersebut. Ini kerana MC merupakan hak utama pekerja di bawah Akta Kerja 1955.
Hak Cuti Umum (Public Holiday) Semasa Probation
Berdasarkan Akta Kerja 1955, setiap pekerja di Malaysia termasuk mereka dalam tempoh probation berhak menikmati cuti umum berbayar (paid public holiday).
Akta ini memperuntukkan bahawa semua pekerja mesti diberikan sekurang-kurangnya 11 hari cuti umum berbayar setiap tahun, termasuk hari-hari wajib seperti Hari Merdeka, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, dan Hari Pekerja.
Hak ini tidak membezakan antara pekerja tetap dan pekerja probation. Selagi seseorang dikategorikan sebagai “pekerja” di bawah Akta Kerja 1955, majikan tidak boleh menolak bayaran gaji untuk cuti umum yang diiktiraf.
Sebagai contoh, jika cuti umum jatuh pada hari bekerja biasa dan syarikat menutup operasi, pekerja probation tetap berhak menerima bayaran penuh. Jika mereka diarahkan bekerja pada hari tersebut, majikan wajib membayar kadar gaji dua kali ganda seperti yang dinyatakan dalam undang-undang.
Baca juga: Kenapa Syarikat Adakan Tempoh Percubaan?
Secara ringkasnya, walaupun berstatus pekerja percubaan, pekerja masih layak untuk mendapat cuti sakit dan cuti umum seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Bagi cuti tahunan pula, ia bergantung kepada polisi syarikat sama ada ingin beri penuh atau pro-ratakannya.
Sebagai pekerja, penting untuk anda memahami bahawa hak-hak ini dijamin oleh Akta Kerja 1955, dan majikan tidak boleh menafikannya walaupun anda masih dalam tempoh probation.
Jika timbul sebarang pertikaian atau kekeliruan, anda boleh berbincang secara profesional dengan jabatan HR, atau membuat aduan atau rujukan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk mendapatkan panduan rasmi.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!
