Rata-rata pekerja di Malaysia berstatus bekerja di bawah majikan, namun terdapat sebahagian besar pekerja juga memilih untuk bekerja secara bebas seperti melakukan kerja dengan Grab ataupun Lalamove.
Mereka yang bekerja seperti ini dipanggil sebagai e-hailing dan p-hailing yang memainkan peranan penting dalam memacu pasaran tenaga kerja semasa. Timbul persoalan adakah pekerja yang berstatus e-hailing atau p-hailing ini layak mendapat perlindungan yang sama seperti pekerja tetap lain?
Artikel kali ini akan menerangkan tentang hak-hak berkaitan e-hailing dan p-hailing di Malaysia, termasuk menerangkan tentang pasaran ekonomi bebas (ekonomi gig) yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pekerja.
Definisi e-Hailing, p-Hailing dan Ekonomi Gig
e-hailing merujuk kepada perkhidmatan pengangkutan awam seperti teksi yang dipesan atas talian (online), sementara p-hailing adalah perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan menggunakan motosikal.
Kedua-duanya dikategorikan di bawah ekonomi gig (gig economy) iaitu satu sistem pasaran bebas yang memberi kebebasan kepada pekerja untuk bekerja tanpa majikan menggajikan mereka sepenuh masa.
Mudah kata, pekerja ekonomi gig ini adalah freelance yang bekerja di bawah kontrak kerja fleksibel dan dibayar ganjaran amaun tertentu selepas menyelesaikan sesuatu tugasan.
Perbezaan besar antara pekerja ekonomi gig dan pekerja separuh masa adalah jenis kontrak, di mana e-hailing dan p-hailing lebih fleksibel sementara pekerja sambilan terikat dengan aturan masa majikan.
Hak Pekerja e-hailing, p-hailing dan Ekonomi gig
Buat masa ini e-hailing dan p-hailing tidak disebut pada mana-mana seksyen dalam Akta Kerja 1955, sedangkan pekerja sambilan pula dilindungi Peraturan Pekerja (Pekerja Separa Masa) 2010 iaitu sebahagian daripada Akta Kerja 1955.
Sebaliknya, pekerja e-hailing hanya dipantau oleh Kementerian Pengangkutan pada tahun 2019 dengan mewajibkan syarikat e-hailing menyediakan perlindungan insurans kepada pemandu, penumpang, kenderaan dan pihak ketiga sebagai langkah keselamatan.
Bentuk pemantauan lain yang dibuat adalah mengehadkan syarikat e-hailing dari mengambil lebih 20% komisen bayaran tambang yang diterima pemandu dan membenarkan nilai tambang dinaikkan sebanyak 2 kali ganda pada waktu puncak sahaja.
Di sini jelas menunjukkan tiada perundangan spesifik yang menyentuh tentang kebajikan terutamanya dari segi gaji ataupun perlindungan lain kepada pekerja e-hailing dan p-hailing.
Namun, ini tidak bermakna hak pekerja ekonomi gig diperkotak-katikkan. Memandangkan pekerja ekonomi gig dikategorikan sebagai freelance atau pekerja sendiri, mereka dilindungi bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.
Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang termasuk e-hailing, yang akan beri perlindungan kepada pencarumnya bermula dari tarikh caruman dibuat.
Di bawah skim ini juga pekerja akan dapat perlindungan daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit atau kemalangan yang berlaku semasa menjalankan pekerjaan termasuk:
- Faedah perubatan
- Faedah hilang upaya sementara
- Faedah hilang upaya kekal
- Faedah orang tanggungan
- Elaun layanan sentiasa
- Faedah pengurusan mayat
- Kemudahan pemulihan jasmani/vokasional
- Faedah pendidikan
Bagi sesetengah kes pula pekerja freelance akan merujuk kepada Akta Kontrak 1950 yang menceritakan hak perlindungan serta kewajipan pihak berkontrak serta hukuman bagi pelanggaran kontrak.
Baca juga: Adakah Pekerja Sambilan atau Separa Masa Dilindungi Oleh Akta?
Kesimpulannya, walaupun pekerja ekonomi gig ini tidak dilindungi di bawah undang-undang pekerjaan utama seperti Akta Kerja 1955, namun mereka masih tertakluk di bawah perundangan lain yang berkaitan.
Jika anda bekerja dalam sektor ekonomi gig pastikan anda jelas tentang hak-hak berkaitan. Selain itu, anda juga kini layak untuk mencarum ke dalam KWSP dan PERKESO bagi mendapatkan persaraan selesa serta jaminan keselamatan sosial sekiranya terlibat dalam kemalangan.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!







