Skip to main content

Satu perkara yang tidak dapat dinafikan adalah bahagian sumber manusia (HR) memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk kejayaan sesebuah syarikat. Ketiadaan bahagian ini boleh membantutkan seterusnya menghalang perkembangan organisasi.

Atas faktor itu kebanyakan syarikat yang beroperasi di Malaysia memiliki bahagian HR tersendiri, dan untuk syarikat permula (start-up) yang masih dalam proses perkembangan pula memilih untuk mengupah pegawai HR dari luar (outsource).

Apa Itu In-House HR dan Out-Source HR?

Seperti namanya, in-house HR adalah pasukan sumber manusia yang ditubuhkan oleh sesebuah syarikat itu sendiri bagi membantu menangani semua fungsi HR sementara out-source HR pula adalah perkhidmatan pengurusan HR dari luar yang diambik syarikat.

Mudah katannya  in-house HR ini adalah pasukan dalaman yang ditubuhkan oleh syarikat manakala out-source HR pula adalah pemberi khidmat yang boleh diupah untuk membantu pengurusan bahagian sumber manusia bagi sesebuah organisasi.

Bergantung kepada kemampuan dan kos perbelanjaan sesebuah syarikat, menubuhkan pasukan HR sendiri adalah jauh beli baik berbanding mengupah perkhidmatan HR dari luar. Namun, terdapat juga sesetangah situasi mengupah perkhidmatan HR jauh lebih bagus.

Kelebihan In-House HR

Antara kelebihan memiliki sebuah pasukan HR tersendiri dalam syarikat adalah,

  • Memahami Budaya dan Nilai Syarikat

Memiliki pasukan HR sendiri dapat memberi kelebihan dalam membetuk budaya dan nilai dalam sesebuah syarikat. Hal ini kerana objektif syarikat dapat diterapkan dalam bahagian pengurusan dengan lebih mudah apabila pekerja bekerja di dalam bangunan yang sama.

  • Penyelesaian Masalah Secara Langsung dan Pantas

In-House HR menawarkan akses penyelesaian masalah secara langsung dan pantas dengan bahagian HR berada dalam satu bangunan yang sama. Setiap masalah, persoalan, kebimbangan dan rancangan pekerja dapat diajukan terus ke bahagian HR tanpa halangan.

  • Peningkatan Penglibatan dan Semangat Pekerja

Pegawai HR yang bekerja dalam bangunan yang sama boleh memastikan penglibatan pekerja dengan syarikat lebih tinggi, selain dapat membantu menaikkan semangat serta moral termasuk memupuk perhubungan kuat antara semua pihak.

Kelebihan Out-Source HR

Terdapat beberapa kelebihan mengupah perkhidmatan pasukan HR luar seperti,

  • Akses Kepada Kepakaran HR Khusus

Mengupah perkhidmatan HR dari luar boleh membantu syarikat untuk memiliki akses kepada kepakaran sumber manusia khusus, selain memastikan keputusan yang dibuat tidak bias kepada mana-mana pihak apabila berlaku masalah.

  • Penjimatan Kos dan Pengurangan Overhead

Pada sesetengah kes mengupah perkhidmatan HR dari luar jauh lebih menjimatkan dan pada masa yang sama menstabilkan jumlah pekerja yang ada di dalam syarikat. Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan sebarang risiko lain seperti memberi latihan tambahan.

  • Jaminan Kecekapan dan Kemahiran

Apa yang membeza setiap pegawai HR adalah pengalaman dalam mengendalikan masalah dan pengurusan yang berbeza-beza. Pendedahan perkhidmatan HR dari luar yang pelbagai dapat menjamin kecekapan dan kemahiran yang lebih tinggi.

Mana Lebih Baik Antara In-House HR dan Out-Source HR?

Sebenarnya, agak sukar untuk menentukan mana lebih baik antara in-house HR dan out-source HR ini. Kedua-duanya memiliki kelebihan tersendiri dalam membantu syarikat kekal produktif dan melancarkan pengalaman pekerjaan pekerja.

Bagi sebuah syarikat yang memiliki stabiliti dari setiap sudut adalah dinasihatkan untuk menubuhkan bahagian HR sendiri kerana ia dapat membantu pengurusan menjadi lebih lancar. Tetapi ini tidak bermakna syarikat pemula tidak boleh tubuhkan pasukan HR tersendiri.

Perlu diingatkan fungsi bahagian HR ini bukan semata-mata menjadi jabatan yang menghubungkan pekerja dengan majikan, tetapi ia turut memainkan peranan dalam membetuk budaya dan sokongan moral kepada semua pihak.  

Dalam pada itu, syarikat yang mementingkan kelancaran dan efiseinsi perlu menggunakan sistem HR moden MySyarikat! Dengan sistem HR moden ini ia bukan sahaja dapat memudahkan bahagian HR dalam pengurusan tetapi membantu syarikat berkembang dengan lebih pantas.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat!

Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami.

Leave a Reply