Skip to main content

Tempoh percubaan adalah amalan yang tidak asing lagi dalam kebanyakan syarikat di Malaysia. Ia bukan sekadar formaliti atau ‘tunggu dan lihat’ tetapi merupakan tempoh strategik yang membentuk asas hubungan antara pekerja dan majikan. 

Tempoh percubaan ini juga wujud untuk memberi ruang kepada kedua-dua pihak memahami satu sama lain secara profesional sebelum melangkah ke fasa pekerjaan tetap.

Dalam kata lain, tempoh ini bukan hanya tentang penilaian prestasi semata, tetapi tentang membina asas kerjasama yang mampan.

Apa Itu Tempoh Percubaan?

Konsep tempoh percubaan digunakan untuk majikan menilai kesesuaian dan kelayakan pekerja dalam jangka masa 3 ke 6 bulan atau 12 bulan dari tarikh lapor diri pekerja. Ia juga dapat membantu pekerja menyesuaikan diri dengan budaya, politik dan persekitaran kerja baru.

Pada Akta Kerja 1955 tiada seksyen yang menyebut tentang tempoh percubaan tapi ini tidak bermakna pekerja percubaan tidak dilindungi oleh perundangan kerja di Malaysia.

Sebaliknya, Akta Kerja 1955 ada menyebut bahawa individu yang memasuki kontrak perkhidmatan adalah disebut sebagai pekerja dan ini melayakkan mereka untuk mendapat perlindungan undang-undang kerja di Malaysia.

Sebab Tempoh Percubaan Diamalkan Syarikat

  1. Menilai Kesesuaian & Kelayakan Pekerja

Matlamat utama tempoh percubaan adalah untuk menilai sama ada pekerja yang baru diambil benar-benar memenuhi keperluan jawatan dan budaya syarikat. Tempoh ini biasanya berlangsung antara 3 hingga 6 bulan, namun ada juga organisasi yang menetapkan sehingga 12 bulan, bergantung kepada jenis industri dan kerumitan tugas.

Jika prestasi pekerja selari dengan syarikat, besar kemungkinan mereka akan disahkan ke jawatan tetap. Jika tidak, majikan mungkin mempertimbangkan lanjutan tempoh percubaan atau bahkan penamatan perkhidmatan secara sah.

  1. Membantu Pekerja Menyesuaikan Diri

Tempoh percubaan bukan hanya tentang penilaian oleh majikan, tetapi juga merupakan peluang penting buat pekerja untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang baru. Ia adalah waktu peralihan di mana seseorang pekerja dapat memahami struktur organisasi, dinamika pasukan, dan budaya dalaman syarikat.

Sepanjang tempoh ini, pekerja berpeluang:

  • Mempelajari proses kerja dan SOP syarikat secara praktikal.
  • Menyesuaikan diri dengan gaya komunikasi dan pengurusan yang mungkin berbeza daripada tempat kerja sebelumnya.
  • Menghadapi cabaran sebenar dalam tugasan harian dan mencari cara terbaik untuk mengatasinya.
  1. Memberi Ruang untuk Pengesahan atau Penamatan

Salah satu fungsi utama tempoh percubaan ialah menyediakan ruang untuk membuat keputusan secara formal terhadap status pekerja selepas tempoh tersebut tamat. Keputusan ini biasanya merangkumi tiga pilihan utama:

  • Pengesahan jawatan: Pekerja disahkan sebagai staf tetap jika prestasi dan penyesuaian mereka memenuhi piawaian yang ditetapkan.
  • Lanjutan tempoh percubaan: Jika masih ada keraguan terhadap prestasi, majikan boleh melanjutkan tempoh ini dengan sebab yang munasabah.
  • Penamatan perkhidmatan: Sekiranya pekerja gagal memenuhi keperluan kerja walaupun selepas diberi peluang, syarikat berhak menamatkan perkhidmatan mereka.
  1. Perlindungan Undang-Undang dan Hak Pekerja

Satu kekeliruan umum dalam kalangan pekerja ialah menyangka bahawa mereka tidak mempunyai hak semasa dalam tempoh percubaan. Hakikatnya, walaupun tempoh ini tidak disebut secara khusus dalam Akta Kerja 1955, pekerja masih dilindungi oleh undang-undang buruh Malaysia.

Antara hak-hak asas yang tetap sah dan terpakai semasa tempoh percubaan termasuklah:

  • Cuti umum berbayar
  • Waktu kerja dan waktu rehat yang ditetapkan
  • Bayaran gaji minimum dan perlindungan terhadap pemotongan gaji tidak sah

Pekerja juga layak menerima surat pengesahan jawatan selepas tamat tempoh percubaan jika mereka disahkan secara rasmi. Surat pengesahan ini penting kerana ia menjadi dokumen rasmi yang membuka pintu kepada pelbagai faedah tambahan, seperti:

  • Cuti tahunan penuh
  • Kelayakan untuk faedah perubatan dan insurans
  • Hak ke atas notis berhenti kerja yang lebih panjang
  • Peluang kenaikan pangkat dan penilaian prestasi tahunan
  1. Menjamin Kualiti Tenaga Kerja

Tempoh percubaan dapat membantu syarikat mengenalpasti calon yang benar-benar berkualiti, bukan sahaja dari segi keupayaan teknikal, tetapi juga dari segi kesesuaian nilai, komitmen, dan ketahanan emosi dalam persekitaran kerja sebenar.

Daripada mengambil risiko terus melantik pekerja ke jawatan tetap dan berdepan potensi ketidakserasian di kemudian hari, tempoh percubaan membolehkan syarikat menilai secara mendalam dan menyeluruh. 

Baca juga: Tip Hadapi Tempoh Percubaan

Kesimpulannya, tempoh percubaan bukan sekadar tempoh ujian yang bersifat sementara. Ia adalah fasa strategik dalam proses pengambilan pekerja, yang memberi peluang kepada majikan dan pekerja untuk menilai, menyesuaikan, dan membina asas kerjasama yang mampan.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia

64 Comments

  • Nor Shafiqah Binti Saifudin says:

    Assalamaulaikum,dan salam sejahtera MYSYARIKAT.

    saya ingin bertanyakan tentang cuti tahunan. Adakah cuti tahunan wajib diberikan kepada staf yang masih dalam tempoh percubaan? maaf saya keliru berkenaan ini. Setahu saya dalam tempoh percubaan tiada kelayakan cuti tahunan,jadi saya inginkan jawapan yang tepat.

    • Zahin Byond says:

      Cuti tahunan boleh digunakan pekerja selepas lengkap tempoh perkhidmatan 12 bulan, tetapi berdasarkan budi bicara majikan selalunya syarikat akan membenarkan pekerja mengambil cuti tahunan selepas tamat tempoh percubaan cuma jumlah cuti tersebut akan diproratakan.

  • Ayu says:

    Assalamualaikum,

    Saya ditawarkan kerja dengan gaji RM1500, tetapi hanya akan menerima RM1000 selama 3 bulan dengan alasan masih dibawah tempoh percubaan. Adakah ini dibenarkan?

    • Zahin Byond says:

      Pembayaran upah (gaji) ada dinyatakan dalam Akta Kerja. Mengikut penetapan yang digariskan majikan tidak boleh membuat sebarang potongan pada gaji pekerja selain daripada caruman wajib seperti KWSP, PERKESO, dan SIO.

  • Azimah Bt Ramsah says:

    Adakah dalam tempoh percubaan majikan tidak perlu membuat potongan kwsp serta mencarum dalam kwsp

    • Zahin Byond says:

      Di dalam Akta Kerja 1955, tempoh percubaan tidak dinyatakan sama sekali. Ini bermakna apabila pekerja memasuki kontrak perkhidmatan dengan majikan, segala caruman seperti KWSP, PERKESO dan SIP adalah wajib tanpa mengira status percubaan atau tidak.

  • janna says:

    “during probation period, medical leave undertaken shall be considered as no pay leave”
    adakah syarikat dibenarkan untuk menolak gaji jika MC pada tempoh percubaan selama 6 bulan? jika tidak, bagaimana harus saya mengutarakan perkara ini kepada HR sebelum saya menandatangani surat tawaran bekerja. Saya berpendapat agak tidak adil kerana sakit adalah perkara diluar jangka dan pihak syarikat seolah tidak cakna soal kesejahteraan pekerja dalam tempoh percubaan.

    • Zahin Byond says:

      Mengikut Akta Kerja 1955, cuti sakit dan cuti hospitalisasi merupakan hak pekerja sebaik memasuki kontrak perkhidmatan dengan syarikat. Selain itu Akta Kerja juga tidak menyebut tentang tempoh percubaan, tetapi menyebut bahawa pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan melayakkan mereka untuk menerima faedah seperti cuti dan notis.

      • Mimi says:

        Salam.. Sy nk tanya, sy msih dlm tempoh probation dkt sebuah syarikat.. Dan syarat dari syarikat tersebut untuk staff probation adalah, staff tidak dibenarkan bhenti sblm cukup Stahun bekerja.. Jika nk resign, perlu bayar rm15000 kpda syarikat.. Jd soalan sy, adakah wujud syarat seperti itu dlm JTK.? Tak ada ke jalan pyelesaian lain jika sy nk resign dlm tempoh probation tanpa perlu mbyar denda?

        • Zahin Byond says:

          Akta Kerja menetapkan untuk pemberhentian pekerja perlu jalani tempoh notis atau untuk pemberhentian segera perlu bayar ganti rugi notis. Peraturan ini terpakai untuk semua pekerja tanpa mengira status. Dinasihatkan untuk berbincang dengan majikan untuk perkara ini.

  • fie says:

    Assalamaulaikum,dan salam sejahtera MYSYARIKAT.

    saya ingin bertanyakan adakah majikan boleh memotong gaji pekerja yang baru bekerja dalam tempoh 2bulan ( tempoh percubaan) jika dia cuti pada bulan tersebuy. Setahu saya dalam tempoh percubaan tiada kelayakan cuti tahunan,jadi saya inginkan jawapan yang tepat.

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja 1955 tidak menyatakan sebarang perkara mengenai tempoh percubaan, sebaliknya sebaik pekerja memasuki kontrak perkhidmatan dengan majikan mereka layak dilindungi undang-undang kerja. Ini termasuk hak untuk menerima gaji dan di sini majikan tidak boleh membuat sebarang potongan melainkan yang dibenarkan seperti KWSP, PERKESO dan SIP.

  • Ana says:

    Saya nak tanya .. saya sekarang dalam probation .. tarikh akhir probation adalah 13 ogos tapi saya menerima tamat kontrak dan terminate 6 ogos .. bukan sebulan seperti dinyatakan di offer letter . Adakah saya berhak untuk menuntut pampasan gaji sebulan ?

    Mohon dijawab ye , terima kasih

    • Zahin Byond says:

      Mengikut Akta Kerja 1955 notis penamatan kontrak memiliki tempohnya tersendiri. Untuk kes tidak cukup tempoh notis ia dibenarkan untuk menuntut pampasan kerana notis diberikan tidak mengikut penawaran.

  • farah says:

    saya nk tanya, jika ada emergency leave dan ada bukti contoh seperti, anak tiba2 kena warded, dan ada surat refer, adakah emergency leaves akan dibayar gaji semasa tempoh probation? terima kasih..

    • Zahin Byond says:

      Dinasihatkan untuk rujuk semula polisi syarikat berkaitan cuti kecemasan. Hal ini kerana Akta Kerja tidak menetapkan sebarang perihal tentang cuti kecemasa, ia adalah berdasarkan polisi yang diamalkan syarikat.

  • Nurul says:

    Nk tnye sekiranya cuti sehari dalam tempoh dah bagi notis berhenti untuk jika staff probation.. Perlu ke extend date

  • Nazurah says:

    Assalamualaikum, saya dalam tempoh percubaan dan ingatkan nak berhenti sebab ada offer yang lebih dekat dengan rumah. Tetapi dalam contract dinyatakan termination notice ialah 3 bulan notis. Wajarkah, atau ada ke mana mana akta yang menyatakan notis tersebut perlu di ikuti walaupun dalam tempoh percubaan?

    • Zahin Byond says:

      Perlu difahamkan di sini bahawa Akta Kerja tidak menyatakan sebarang tempoh percubaan, ia adalah polisi syarikat semata-mata. Jadinya walaupun dalam tempoh percubaan tersebut pekerja yang ingin berhenti perlu ikut penetapan notis kerana Akta Kerja ada menyatakan tempoh notis.

  • nrl says:

    Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang berhenti dalam tempoh percubaan. Tempoh untuk berhenti bgi percubaan 2 minggu awal.

    i) Apa maksud dalam tempoh percubaan : notis 1 minggu bertulis dan 1 minggu gaji ?

    ii) Setelah pengesahan, notis 1 bulan secara bertulis

    Boleh terangkan lebih lanjut ?
    Mohon penjelasan kepada yg lebih arif tentang hal ni.

    • Zahin Byond says:

      Perlu difahamkan di sini pekerja percubaan sama seperti pekerja lain, ini bermakna pekerja perlu lalui tempoh notis jika ingin berhenti. Untuk soalan (ii) benar tempoh notis perlu ditulis dan dihantar kepada majikan. Untuk soalan (i), dinasihatkan untuk tanya HR kerana pembayaran notis hanya untuk mereka yang ingin berhenti segera.

  • Azlan says:

    Nak tanya, boleh ke majikan tidak menyambung (confirm) pekerja dalam probation period dan menghentikan pekerja tersebut setelah tamat tempoh percubaan.

    • Zahin Byond says:

      Tidak boleh. Perlu difahamkan bahawa tempoh percubaan adalah polisi syarikat semata-mata, Akta Kerja tiada penetapan mengenainya. Jadi majikan tidak boleh berhentikan pekerja selepas habis tempoh percubaan melainkan jika terdapat masalah disiplin, sebaliknya majikan hanya boleh lanjut tempoh percubaan sahaja.

  • Shaz says:

    Kalau pekerja belum sign sebarang surat daripada syarikat dan masih dalam tempoh probation lalu ingin berhenti kerja :

    1 – Perlukah pekerja beri notis sebulan atau notis seminggu sudah memadai?

    2 – Patutkah pekerja under probation bayar compensation kepada syarikat sekiranya gagal beri notis sebulan?

    3 – Valid ke pekerja sudah kerja hingga hujung bulan tetapi berhenti awal seminggu pada bulan tersebut lalu majikan minta pekerja untuk bayar gaji sebulan kepada syakirat sebagai compensation?

    • Zahin Byond says:

      1. Perlu, pekerja ingin berhenti kerja perlu ikut penetapan yang digariskan dalam notis.

      2. Perlu dibayar kerana dalam Akta Kerja tiada istilah pekerja probation, mereka yang masuk kontrak kerja perlu ikuti penetapan kerja ditetapkan.

      3. Valid, kerana ia dianggap tidak cukup notis.

  • Rose says:

    Assalamualaikum.. sy ingin bertanya, sy baru shj berhenti utk tempoh masa 24hours pada 27sept2024 atas faktor kesihatan dan dalam probation period sehingga bulan dec2024. sy acknowledge on payment liew satu bulan notice dan during probation sy tak dibenarkan guna AL sehingga habis probation. Jadi selama bercuti sy hanya guna UPL. Tetapi HR menyatakan dalam surat utk sy membayar AL 13hari dalam letter berhenti. Boleh kah terjadinya begitu? Mohon pencerahan.. Thank you..

    • Zahin Byond says:

      AL adalah earn leave yang diperoleh apabila bekerja disesebuah syarikat yang perlu digunakan dalam tahun yang sama melainkan terdapat dalam polisi syarikat dimana dibenarkan untuk dibawa ke tahun berikutnya. Dalam kes seperti ini, pekerja tidak perlu membayar cuti terbabit jika tidak digunakan melebihi dari yang sepatutnya diperolehi.

  • NUR BAIZURA says:

    Salam, boleh saya tahu adakah syarikat akan boleh dikenakan tindakan jika mengikut probation yang ditandatangani adalah 6 bulan sahaja, tetapi sehingga sekarang masih tidak menerima surat perlantikan dari majikan alaupun sudah bekerja selama setahun 2 bulan.

    • Zahin Byond says:

      Refer kepada offer letter sewaktu probation sama ada ditulis pekerja akan secara automatik diconfirmkan jika tiada confirmation letter diberikan.

      • BAIZURA says:

        Tidak ada tulis dalam surat probation… Annual leave juga tidak dapat walaupun sudah bekerja sudah setahun lebih…jika pergi buat report, adakah syarikat akan dikenakan tindakkan oleh JTK?

        • Zahin Byond says:

          Majikan yang tidak mengikuti penetapan Akta Kerja seperti mematuhi cuti tahunan dan sebagainya boleh dikenakan tindakan. Untuk sebarang aduan dinasihatkan untuk saluran ke Jabatan Tenaga Kerja.

  • Nurul says:

    salam, saya mula bekerja awal bulan 9 dan masih lagi dalam tempoh perobation. Tapi baru saja sebulan probation majikan terus nak buat penilaian prestasi. Mereka nak buat PIP dan beri saya tempoh masa seminggu untuk buktikan prestasi jika tidak memuaskan mereka akan terminate. Dalam offer letter tulis probation saya adalah 6 bulan. Wajarkah company buat macam tu? adakah adil buat pekerja dinilai dalam tempoh sebulan probation saja?

    • Zahin Byond says:

      Tempoh percubaan tidak dinyatakan dalam Akta Kerja 1955, jadi ia berdasarkan polisi syarikat. Tetapi mereka yang memasuki kontrak kerja dilindungi oleh Akta dan ini bermakna majikan tidak boleh membuang pekerja sesuka hati tanpa sebarang amaran dan diberikan peluang kedua untuk perbaiki diri.

    • Salleh says:

      Saya nak buat pertanyaan mengenai isu OT untuk tempoh percubaan. Kalo ikutkan OT untuk pekerja akan dibayar 11.54 perjam untuk basic RM1500 mengikut Akta. Soalan saya adakah dibolehkan untuk tempoh percubaan dibayar OT RM7 dan bila sudah pengesahan baru dibayar RM11.54? Mohon pencerahan

      • Zahin Byond says:

        Formula OT

        RM1,500 (gaji) /26 = RM57.69 (ORP)
        RM57.69 (ORP)/ 8 (jam bekerja) = RM7.21 (HRP)
        RM7.21 x 3 (jam OT) X 1.5 (kadar OT biasa) = RM32.45 (bayaran OT)

        Jadi di sini jumlah gaji sehari adalah RM7.21 dan ia akan di darab dengan kadar jam bekerja dan darab kadar OT. Pembayaran OT ini adalah sama tanpa pengiran status sama ada tetap atau percubaan.

        • Salleh says:

          Minta maaf nak tanya… RM57.69 (ORP)/7.5 ( Jam bekerja) kan untuk yang sekarang nie kan? bukan 8
          (Jam bekerja) kan?

          • Zahin Byond says:

            Akta Kerja tetapkan waktu kerja sehari adalah tidak lebih 8 jam sehari. Ini juga bermakna majikan boleh amalkan 8 jam bekerja tetapi tidak boleh 9 jam atau 10 jam.

  • Liew Kok yong says:

    Saya sudah berkejar selama enam bulan tapi majikan masih belum masuk kwsp dan offer letter apa yang boleh saya lakukan?

  • Liew Kok yong says:

    Saya berkerja di sebuah syarikat swasta saya sudah
    tanda tangan borang pekerja percubaan, selama tiga bulan
    Tidak ada epf adakah saya boleh dapat caruman bulan ke empat lima dan enam

  • Adakah saya berhak dapat caruman epf sebagai pekerja percubaan?

  • Cik sue says:

    Saya baru kerja di syarikat swasta dan gaji saya sebulan RM1500. Betol ke dalam tempoh probation.. Gaji saya kena tolak cuti umum contoh depavali? Sbb company yang saya kerja ni.. Tolak gaji. Padahal itu cuti yang company ambik… For sure la saya pun kena cuti kalau company pun tutup. Betol tak?

  • Cik Za says:

    saya masih dalam tempoh percubaan. apply unpaid leave (17/10) untuk appointment hospital. namun, pada hari tersebut doktor telah memberikan cuti sakit selama 3 hari (17-19/10). adakah wajar syarikat meminta untuk saya memohon as unpaid leave sedangkan saya mendapat surat cuti?

    • Zahin Byond says:

      Jika surat cuti tersebut adalah MC maka dari tarikh 18 hingga 19 tersebut pekerja boleh mohon cuti sakit, iaitu cuti berbayar. Untuk 17 telah dimohon cuti tanpa gaji jadi ia dikira cuti tanpa gaji.

      • Cik Za says:

        “Dalam tempoh percubaan, pekerja tidak layak menerima sebarang faedah sehingga syarikat mengesahkan tempoh percubaan telah tamat.”

        Sekiranya terdpt maklumat ini dalam buku panduan, adakah MC dikira sebagai benefit.

  • AMIRUL FARHAN says:

    Nak tanya, dalam tempoh percubaan bolehkah majikan membayar gaji pokok kurang dari gaji minimum yang ditetapkan?

    • Zahin Byond says:

      Buat masa ini gaji minimum ditetapkan adalah RM1,500 sehingga notis perubahan RM1,700 dilaksanakan kelak. Untuk kes ini gaji pokok mesti mengikut kadar gaji minimum negara tanpa mengira status pekerja.

  • shazz effendi says:

    Salam, berapakah tempoh notis berhenti kerja bagi pekerja probation yang ditetapkan oleh akta?

    • Zahin Byond says:

      Ikut pada penetapan dalam kontrak kerja. Kalau ikut Akta Kerja:

      – 4 minggu notis untuk kurang 2 tahun.
      – 6 minggu notis untuk 2 tahun tetapi kurang 5 tahun.
      – 8 minggu notis untuk lebih 5 tahun.

  • noreen says:

    adakan kiraan OT dari basic atau gaji kasar?

  • Sara says:

    I nak Tanya, pekerja I masuk kerja Baru 2 bulan belum confirm kerja. Dia dah accident bulan waktu kerja (lewat malam lepak dengan kawan) sekrg dia dapat mc 15 hari. Adakah manikam perlu bye mc dia?

  • anizeffendyrezal says:

    salam , betulkah gaji dlm tempoh percubaan dibayar mengikut jam bekerja (tidak sama gaji tetap)?

  • RYNN says:

    Hi,
    saya nak tanya jika dalam tempoh percubaan dan ada cuti umum dan company juga tutup adakah company berhak utk tolak gaji pekerja yg masih dalam tempoh percubaan. dengan alasan masih dalam tempoh percubaan jika ada public company tolak gaji.. adakah wajar pihak syarikat itu berbuat demikian,dan adakah valid jika OFFER LETTER tersebut telah menyatakan akan dipotong gaji jika ada public holiday. dan MC juga tidak akan dibayar jika cuti sakit dengan alasan yg sama masih dalam tempoh percubaan.. boleh jelaskan kepada saya tentang ini.

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja tidak menyebut tentang tempoh percubaan tetapi akta ada mengatakan bahawa pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan layak untuk mendapat segala hak dan faedah yang dinyatakan seperti cuti umum dan cuti sakit.

  • Ridz Umar says:

    Hai, kawan saya baru masuk kerja seminggu (under probation) dan sudah siap diberi laptop beserta buat thumbprint tetapi masih tiada offer letter dari syarikat. Dia mendapat tawaran kerja baru yang menepati dengan latarbelakang pendidikannya dan sudah menghantar notis berhenti kerja 2 minggu kepada syarikatnya sekarang seperti sediamaklum semasa hari temuduga. Adakah kawan saya masih menerima gajinya turun bekerja selama 18 hari (termasuk Public Holiday)? Atau adakah dia akan dikenakan pampasan seperti membayar semula kepada syarikat?

    • Zahin Byond says:

      Jika pekerja sudah melalui pampasan maka tidak perlu bayar ganti rugi notis. Bagi soal gaji pula pekerja sepatutnya layak untuk menerima gaji bekerja selama 18 hari tersebut.

Leave a Reply