Di bawah pindaan Akta Kerja 1955 terbaru ada satu perubahan kecil dibuat pada Seksyen 60F, Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi. Ia mungkin perubahan kecil tapi sangat penting untuk setiap pekerja cernanya.
Jika anda rujuk pada artikel 6 jenis cuti yang layak pekerja dapat, Cuti Sakit adalah sebahagian daripada hak pekerja untuk bercuti tetapi masih terima gaji seperti yang termaktub dalam Akta Kerja 1955.
Definisi Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi
Secara definisinya, Cuti Sakit berbayar pada Seksyen 60F Akta Kerja 1955 adalah tempoh cuti yang diambil seorang pekerja atas faktor masalah kesihatan selepas pemeriksaan oleh,
- Pengamal perubatan berdaftar yang dilantik oleh majikan
- Pengamal perubatan lain jika tiada pengamal perubatan yang dilantik atau dalam keadaan tertentu ia tidak didapati pada masa dan jarak yang munasabah
- Doktor gigi sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pergigian 1971
Mudah kata pekerja boleh mohon Cuti Sakit berbayar selepas ke klinik panel syarikat atau mana-mana institusi kesihatan lain, dan dapatkan sijil cuti sakit (MC) yang sah. Rujukan lanjut boleh dibuat pada Seksyen 60F, Akta Kerja 1955.
Perlu diingatkan jika seorang pekerja gagal kemukakan MC, ia dianggap gagal patuhi penetapan Seksyen 60F dan pekerja boleh dikategorikan gagal hadir kerja tanpa kebenaran majikan.
Suka juga diingatkan bahawa menjadi satu kesalahan bila pekerja berikan MC palsu kepada majikan kerana ia bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi tidak beretika.
Cuti Hospitalisasi pula adalah situasi di mana pekerja dimasukkan ke hospital untuk terima rawatan. Biasanya seorang pekerja yang alami masalah kronik dan terpaksa ditahan di hospital akan diberi cuti hospitalisasi sehingga 60 hari setahun.
Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi, Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022
Berkuatkuasa 1 Januari 2023, Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi diasingkan bagi membolehkan pekerja dapat tempoh rawatan serta pemulihan yang mencukupi.
Ini bermakna jumlah cuti sakit berbayar yang pekerja layak dapat dalam setahun boleh meningkat kepada 74 hari, 78 hari atau 82 hari bergantung kepada jangka masa tempoh perkhidmatan seorang pekerja itu.
Ringkasan perubahan tempoh Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi pada Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang berkuatkuasa 1 Januari 2023 adalah seperti berikut:
- Tempoh perkhidmatan kurang 2 tahun layak dapat cuti sakit berbayar sebanyak 14 hari, dan cuti sakit hospitalisasi berbayar sebanyak 60 hari (74 hari jumlah kelayakan cuti sakit berbayar)
- Tempoh perkhidmatan kurang 5 tahun layak dapat cuti sakit berbayar sebanyak 18 hari, dan cuti sakit hospitalisasi berbayar sebanyak 60 hari (78 hari jumlah kelayakan cuti sakit berbayar)
- Tempoh perkhidmatan lebih 5 tahun layak dapat cuti sakit berbayar sebanyak 22 hari, dan cuti sakit hospitalisasi berbayar sebanyak 60 hari (82 hari jumlah kelayakan cuti sakit berbayar)
Contoh mudah untuk faham dengan bayangkan anda bekerja di sebuah syarikat selama 1 tahun. Ini melayakkan anda dapat 14 hari Cuti Sakit dan 60 hari Cuti Hospitalisasi kerana tempoh perkhidmatan kurang dari 2 tahun.
Anda ambil 3 hari cuti sakit misalnya pada bulan April akibat deman panas, kemudian terlibat dengan kemalangan yang memaksa anda ditahan selama 31 hari di hospital pada bulan Ogos.
Di sini anda telah gunakan sebanyak 34 hari Cuti Sakit berbayar setahun (3 hari MC + 31 hari hospital), jadi baki Cuti Sakit berbayar untuk tahun tersebut adalah 40 hari (74 hari jumlah kelayakan cuti sakit berbayar – 34 hari yang telah digunakan).
Inilah antara perubahan kecil yang dipinda dalam Akta Kerja 1955 berkaitan Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi. Walaupun perubahannya kecil ia adalah penambahbaikan yang diperlukan bagi beri lebih keterjelasan kepada majikan dan pekerja.
Harapnya majikan dan pekerja kini lebih faham berkenaan kelayakan cuti sakit berbayar supaya tidak berlaku sebarang masalah pembayaran atau kegagalan mematuhi peraturan cuti yang telah ditetapkan.
Salam Sejahtera. Dalam contoh “dengan kemalangan yang memaksa anda ditahan selama 31 hari di hospital pada bulan Ogos.”dakah 31hari termasuk hari cuti umum / Sabtu /Ahad? Thanks
Cuti Sakit dan Cuti hospitalisasi telah digariskan dalam Akta Kerja 1955 pada Seksyen 60F. Tempoh cuti sakit tersebut adalah untuk 60 hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika hospitalisasi diperlukan sebagaimana yang diperakui oleh pengamal perubatan atau pegawai perubatan.
Saya nak bertanya..sekiranya pekerja kemalangan dan hanya ditahan selama seminggu, kemudian keluar wad selama beberapa hari dan masuk semula 3 hari , berapa cuti hospitalisai yang perlu dibayar?
Berdasarkan maklumat yang diberi cuti hospitalisasi yang pekerja ini terima adalah selama 10 hari. Tetapi perlu diingatkan bahawa cuti hospitalisasi yang dibenarkan adalah 60 hari.
selamat sejahtera,
persoalan saya, jika saya mempunyai temujanji di hospital atau di klinik, adakah saya layak memohon cuti sakit atau saya harus memohon cuti tahunan seperti biasa?
terima kasih
Cuti sakit terpakai bagi kes pekerja tidak sihat untuk melakukan tugasan kerja pada hari tersebut. Jika pekerja memiliki temujanji maka ia tidak dikategorikan sebagai cuti sakit maka adalah dinasihatkan untuk menggunakan cuti tahunan.
Saya ada buat operation kecil dan dah guna 14 hari cuti sakit tanpa masuk wad, tetapi Sya akan ada lagi operation kecil sekali lagi,adakah cuti tu company akan bayar dgn tolak cuti hospitality?sebab utk operation kecil tidak masuk wad
Cuti Sakit dan Cuti hospitalisasi telah digariskan dalam Akta Kerja 1955 pada Seksyen 60F. Tempoh cuti sakit tersebut adalah untuk 60 hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika hospitalisasi diperlukan sebagaimana yang diperakui oleh pengamal perubatan atau pegawai perubatan.
Kelayakan pekerja Cuti tahun ( AL ) dan cuti sakit (mc ) telah habis digunakan..
Pekerja masih lagi cuti tanpa gaji dan sering kali cuti sakit…
Apakah tindakan pihak syarikat boleh ambil terhadap pekerja tersebut…
Bagi sisi majikan, majikan boleh mengeluarkan surat amaran dan meminta pekerja untuk tulis surat tunjuk sebab. Sebarang masalah berkaitan pekerjaan adalah dinasihatkan untuk rujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bagi mendapatkan pencerahan lengkap.
jika staf belum tetap (bagi agensi swasta) majikan boleh potong gaji mengikut hari cuti sakit yang diambil ke? Ada Akta tak?
Mengikut Akta Kerja 1955 mana-mana pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan dengan majikan layak untuk menerima faedah cuti seperti cuti sakit. Selain itu, majikan tidak dibenarkan untuk membuat sebarang potongan melainkan daripada potongan sah seperti yang dinyatakan pada Seksyen 24 Akta Kerja 1955.
Selamat Sejahtera,
saya ada sedikit persoalan. Jika pekerja tidak sihat & pergi ke klinik selepas waktu kerja (ke klinik pada waktu malam) adakah majikan boleh menolak cuti sakit tersebut ? kerana pekerja pergi pada waktu telah habis masa bekerja.
Selain itu, apa boleh kah majikan mengeluarkan memo bahawa cuti sakit hanya boleh diambil pada masa2 ditetapkan.
Cuti Sakit merupakan hak pekerja seperti dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Ini bermakna majikan tak boleh menolak cuti sakit dimohon pekerja. Selain itu, cuti sakit boleh dimohon dalam tempoh masa 48jam.
Adahkah Hospital memberi cuti sakit saya perlu apply cuti HL ?
Cuti sakit merupakan hak pekerja seperti dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Di sini pekerja bertanggungjawab untuk memaklum kepada majikan berkenaan cuti tersebut dan kemukakan dokumen sokongan seperti slip MC untuk tujuan dokumentasi syarikat.
Adakah syarikat perlu bayar cuti sakit hospitalisasi jika dah keluar dari Hospital?
Berdasarkan Akta Kerja 1955, cuti hospitalisasi perlukan pengesahan pegawai perubatan sungguhpun pekerja tidak dihospitalisasikan atas sebab-sebab tertentu seperti patah kaki tetapi duduk dirumah. Walaupun berada di rumah pekerja tetap dapat cuti hospitalisasi.
Saya nak tanya, kalau hospital kasi saya cuti 43 hari tapi tak kena ward.. company akan tolak hospitalisasi ke atau mc sahaja yg 12 hari sahaja?
Berdasarkan Akta Kerja 1955, cuti hospitalisasi perlukan pengesahan pegawai perubatan sungguhpun pekerja tidak dihospitalisasikan atas sebab-sebab tertentu seperti patah kaki tetapi duduk dirumah. Walaupun berada di rumah pekerja tetap dapat cuti hospitalisasi.
adakah ini bermakna sekiranya pekerja itu masuk wad dan dibenarkan pulang ke rumah tetapi doktor berikan MC untuk sambung rehat maka ini termasuk di dalam cuti hopitalisasi?
Jika disahkan oleh doktor bahawa pekerja tidak boleh bekerja untuk suatu tempoh panjang maka ia akan dikategorikan sebagai cuti hosptalisasi. Namun, dinasihatkan untuk rujuk semula polisi syarikat untuk penerangan lanjut.
Seandainya di situasi kita dah dimasukkkan ke hospital, dan dah keluar wad, doktor bagi sijil cuti sakit selama 42hari, tarikh bermula dari kemasukan wad sehingga keluar wad selama 4 hari & sambung berehat di rumah selama 38 hari.. Adakah 38 hari tersebut dikira cuti hospital @ cuti sakit? Memandangkan cuti sakit termaktub 14/18 hari saja mengikut tahun perkhidmatan.
Cuti sakit dan cuti hospitalisasi telah disatukan dalam Akta Kerja 1955.
Saya nak tanya, apakah akan jadi sekiranya cuti sakit dan cuti hospitalisasi habis tapi pekerja masih tidak sembuh? Adakah syarikat perlu membayar gaji seperti biasa atau hanya berikan cuti tanpa gaji kepada pekerja?
Akta Kerja 1955 telah memperuntukkan jumlah cuti sakit dan cuti hospitalisasi yang layak pekerja terima. Bagi pekerja yang sudah kehabisan cuti sakit dan cuti hospitalisasi pula perlu rujuk semula kepada polisi syarikat.
Dalam setahun 14 hari mc kerja bawa 2 tahun..saya dah habis mc saya 14 hari dalam 10 bulan..lepas tu i tak sihat jumpa doctor dapat mc lagi…mc tu boleh laku ke atau tidak.
Akta Kerja 1955 telah menetapkan tempoh cuti sakit yang dibenarkan untuk pekerja ambil, andai sudah habis digunakan ia tertakluk kepada polisi dan budi bicara majikan untuk memberikan sama menganggapnya cuti tahunan atau cuti kecemasa atau membenarkan time slip.
Jika majikan tidak membenarkan menggunakan AL, apakah majikan boleh ambil tindakan?
Boleh. Buat aduan ke saluran yang betul seperti Jabatan Tenaga Kerja.
Jika pekerja masih belum confirm dan tak ada lagi cuti tahunan (baru berkerja 2 bulan) dan mc sudah habis digunakan selama 14 hari, apakah itu boleh di anggap sebagai unpaid leave?
Jika MC sudah habis dan memerlukan rawatan dari pakar perubatan adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan pihak majikan.
Dalam setahun syarikat memperuntukan 14 hari cuti sakit berbayar, katakan pekerja memasuki kerja pada quater pertama iaitu bulan March 2024, adakan pekerja hanya mendapat purata cuti sakit dalam tahun 2024 itu? mohon pencerahan tuan
Cuti sakit adalah hak pekerja dan ia tidak perlu prorate kerana ia bukan seperti cuti tahunan. Pekerja yang memasuki kontrak kerja layak mendapat cuti sakit walaupun dalam tempoh percubaan.
Jika anak pekerja baru 1 bulan masuk wad, ibu adalah pekerja syarikat swasta, bolehkah dibenarkan mengambil cuti hospital anak sebagai cuti berbayar?
Dalam Akta Kerja 1955 tiada penetapan cuti untuk anak yang dimasukkan wad hospital. Sebaliknya sebarang cuti untuk kes anak kepada pekerja yang dihospitalisasikan adalah berdasarkan polisi syarikat. Dinasihatkan untuk rujuk semula polisi dengan syarikat anda untuk dapatkan pencerahan lanjut.
jika mc itu berada di luar daerah tempat kerja, adakah mc itu valid? ada dalam akta ke?
MC perlu dikeluarkan oleh pegawai perubatan yang dilantik syarikat atau jika tiada boleh diambil oleh pegawai perubatan yang berdaftar.
sekiranya company A memperuntukkan cuti sakit 14 hari utk pekerja kurang dua tahun.
Contohnya staf baru masuk pada bulan Julai. adakah staf tersebut mendapat 14 hari cuti sakit pada tahun tersebut?Adakah cutii sakit boleh prorate?
Cuti sakit merupakan hak pekerja dan boleh terus digunakan pekerja walaupun baru menyertai syarikat. Apabila masuk tahun baru maka cuti tersebut akan diperbaharui.
Salam sejahtera, jika staff dalam tempoh percubaan dan masuk wad, adakah layak mendapat cuti hospitalisasi ini?
Untuk cuti seperti cuti sakit dan cuti hospitalisasi semua pekerja tanya pengira status layak untuk mendapatkannya sebaik memasuki kontrak kerja dengan majikan.
sekiranya AL dan MC masih ada baki, adakah baki cuti tersebut akan dibawa ke tahun hadapan sepenuhnya atau beberapa sahaja?
Bergantung kepada polisi syarikat. Hal ini kerana MC dan AL tidak dibenarkan untuk carry forward jika ikut Akta Kerja. Tetapi selalunya syarikat membenarkan untuk carry forward sebahagian AL pekerja sementara MC selalunya tidak. Rujuk semula HR dan polisi syarikat untuk penerangan mengenai carry forward cuti ini.
salam sejahtera, saya ingin bertanya apabila perkerja alami pembedahan kecil dimasukkan kewad 4hari , dan hari ke 5 telah dibernarkan keluar dari wad bersambung mc dirumah, mc tersebut bertindih dengan hari PUBLIC HOLIDAY adakah mc dikira pada hari PUBLIC HOLIDAY itu sebagai MC atau tidak?
Ya ia dikira sebagai MC.
Jika staff sudah diberikan MC oleh Doktor, tetapi staff masih ingin datang bekerja pada hari yang sama. Adakah MC tersebut dikira “Batal”?
Tapi malangnya, staff cuma mampu untuk bekerja separuh hari sahaja. Adakah majikan perlu mengira pekerja telah bekerja “Separuh hari” ataupun TIDAK dikira bekerja separuh hari.
Pekerja yang dapat MC tidak perlu datang bekerja. Hal ini kerana MC adalah sebahagian daripada cuti berbayar pekerja.
adakah majikan bole menidakan MC untuk tidak dibayar dengan memberi pilihan untuk mengambil anual leave?
pekerja diambil bekerja mengikut kontrak tahunan….
Tidak boleh. MC tidak boleh digantikan dengan annual leave dan begitu juga sebaliknya.
hai, saya nak tanya . berkaitan seorang pekerja yang diberi cuti sakit selama 30 hari . tetapi baki mc masih berbaki 14 hari . saya hanya perlu bayar gaji dia 14 hari mc atau mengikut akta kerja iaitu 60 hari?
Sepanjang tempoh pekerja itu cuti sakit kerana cuti sakit merupakan hak pekerja dan adalah cuti berbayar.
adakah cuti hospitalisasi ini wajib dalam sesebuah organisasi? bolehkan sekiranya cuti hospitalisasi tidak diambil oleh syarikat dan apakah kesannya atau denda yang akan dikenakan kepada syarikat?
Cuti hospitalisasi bukan pilihan kerana ia adalah hak pekerja seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja. Kalau tidak patutnya boleh dikenakan tindakan kepada majikan.
Salam sejahtera Sy telah di masukkan ke dlm wad Dr tarikh 19-8-24 Dan discharge 26-8-24.syvdi berikan mc hingga 6-10-24.tetapi mc Sy bermula Dr 19-9-24 hingga 6-10-24 adalah mc tidak bergaji.adakah majikan berhak memotong sebahagian gaji mc Sy?
MC adalah cuti bergaji seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja.
pekerja mendapat MC dan cuti sakit total 74 hari, ada satu hari jatuh pada cuti umum. Adakah ia tolak cuti umum dan ditambahkan cuti sakit.
Tidak. Tiada penambahan atau penolakan pada cuti sakit walaupun terdapat cuti umum dalam tempoh tersebut.
jika pekerja mendapat cuti sakit dan hospitalation 64hari. Dalam 64hari semasa cuti sakit, adakah dia entitle mendapat cuti tahunan dalam 64 hari. Boleh kah cuti tahun dikera purate dalam bulan bekerja.
Cuti sakit/hospitalisasi dan cuti tahunan berbeza. Pekerja yang dapat cuti sakit/hospitalisasi tidak perlu mohon cuti tahunan. Untuk prorata cuti tahunan pula biasanya ia digunakan apabila pekerja sertai syarikat dalam pertengahan tahun kerana belum cukup setahun tempoh perkhidmatan.
pekerja mendapat MC dan cuti sakit hospitalisasi total 30 hari. Dalam tempoh 30 hari cuti sakit ini, ada 4 hari jatuh pada hari Ahah (rest day) dan 1 hari jatuh pada cuti umum. Adakah pekerja ini dapat ditambahkan cuti sakit 5 hari lagi? (4 hari Ahah + 1 hari cuti umum).
Tidak. Cuti sakit/hospitalisasi adalah berterusan dan dikira untuk semua hari rehat (contoh sabtu-ahad).
Sy cuti mc 30hari, 5hari dduk wad, majikn byar gji 5hari, ambil mc yg 14hari sthun tu so 19hari mc berbyar,sblh ye mc tak byar.blh ke mjikn xbyar Baki mc sy tu..
Cuti sakit/hospitalisasi adalah cuti berbayar dengan syarat mendapat pengesahan daripada pakar perubatan berdaftar.
Hi nak tanya, bolehkan majikan limitkan cuti sakit yang kita boleh ambik dalam masa sebulan.
Contohnya dalam offer letter ada mention cuti sakit yang diberikan ada 14 hari tapi setiap bulan hanya maksima 2 kali cuti sakit sahaja yang dibenarkan untuk apply, sekiranya lebih akan dikira sebagai cuti tanpa gaji. Adakah salah atau company boleh berbuat demikian?
Cuti sakit adalah hak pekerja. Di sini syarikat sudah betul ikut akta dengan berikan cuti sakit 14 hari kepada pekerja. Untuk kes limitkan penggunaan pula ia bergantung kepada syarikat juga sekiranya pekerja selalu ambil MC sesuka hati maka tidak menjadi kesalahan besar.
Adakah majikan boleh menolak daripada membayar mc pekerja yang tidak menghantar salinan asal ke pejabat melebihi tempoh 48jam. Syarikat telah menetapkan bahawa salinan mc perlu dihantar pada hari yang sama ataupun tidak melebihi 48jam. Akan tetapi pekerja tidak mengendahkan arahan dan menghantar mc pada hari ke 3 selepas mc tamat ke pejabat. Pekerja hanya memaklumkan mc melalui whatsApp sahaja pada hari pertama mc. Pekerja tidak memberikan alasan munasabah sebab enggan menghantar salinan mc sebelum 48jam ke pejabat.
Setiap syarikat memiliki polisi tersendiri melibatkan tempoh sah MC. Jika pekerja gagal kemukakan MC dalam tempoh ditetapkan tindakan boleh dikenakan.
Saya ada soalan, :-
1) sekiranya staf berjaya claim Perkeso untuk Hospitalisasi, ada kah majikan perlu juga membayar gaji kepada staf tersebut sepanjang dia dihospitalisasi ?
Untuk penjelasan lanjut mengenai faedah skim-skim PERKESO adalah dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi PERKESO.
Pekerja dimasukkan ke hospital pada 4/9/24 utk minor surgeri dan discharged pada 9/9/24 kemudian doktor sambung MC utk pekerja rehat sehingga 23/9/24. Adakah dari 10/9/24 hingga 23/9/24 dikira sebagai cuti sakit atau cuti hospitalisasi?
Cuti sakit.
Hai saya ada dua soalan
1) Ada seorang staff baru kerja sebulan tapi kena hospitalization selama 5 hari kerana wabak Influenza A, adakah dia berhak mendapat cuti bergaji?
2) Seorang staff mendapat surat quarantine selama 5 hari kerana Influenza A, adakah cuti ini perlu ditolak ML dan adakah dia layak cuti bergaji?
1. Layak. Pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan layak mendapat cuti sakit/ hospitalisasi dari majikan dan ia adalah cuti berbayar tanpa mengira status percubaan atau tidak.
2. Surat quarantine jika menyatakan pekerja boleh bekerja maka bergantung kepada majikan sama ada untuk anggap pekerja bekerja dari rumah atau jika pekerja mohon cuti sakit maka ia dikira cuti sakit. Cuti sakit adalah cuti bergaji.
Salam Sejahtera, Saya kemalangan dimasukkan ke hospital pada 9/9/2024 dan discharge wad pada 17/9/2024 dan doktor mengeluarkan Sijil Cuti Sakit bermula 9/9/2024 hingga 10/10/2024. bermakna baki cuti selama 23 hari saya perlu berehat di rumah. Adakah jumlah selama 30 hari itu dikira sebagai cuti Hospitalisasi? atau hanya 7 hari di wad sahaja dikira sebagai cuti hospitalisasi.
Jika doktor mengeluarkan arahan bahawa pekerja tidak boleh bertugas untuk suatu tempoh maka cuti tersebut akan dianggap sebagai MC. Hospitalisasi adalah bila pekerja masuk ke hospital dan disahkan oleh pegawai perubatan.
Assalamualaikum saya mahu bertanya boleh kah bos berhentikan perkerja hanya kerana perkerja itu setiap bulan ada mc disebabkan sakit tempoh perhikmatan sudah hampir 9 tahun dengan syarikat tapi hanya pada tahun ini sahaja kesihatan nya ada merosot sedikit
Tidak, jika MC tersebut mendapat pengesahan pegawai perubatan dan pekerja masih memiliki kuota cuti sakit ditetapkan.
Saya nak tanya,(contoh), 5/10/2024 saya dapat mc daripada klinik (Demam),dan pada 6/10/2024 adalah hari off day saya,
Soalan saya..adakah majikan boleh ambil tindakan,sebab mc dan off day..
Jika MC tersebut mendapat pengesahan pegawai perubatan berdaftar ia tidak menjadi masalah.
Jika pekerja telah pakai MC (14 hari) dan HL (60 hri) sampai habis dan masih dapat HL sebanyak 18 hari adakah masih perlu untuk keluarkan gaji 18 hari tersebut? saya confuse sama ada perlu membayarnya ataupun tidak perlu bayar
Jika habis HL dan MC, boleh tolak AL. Jika tiada lagi baki AL, boleh tolak gaji untuk hari yang tidak hadir.
Salam tuan, mohon bantuan utk beri pencerahan.
Jika satff dah habis gunakan MC, namun dia x perlu diwadkan, hanya tempoh MC yang panjang utk berehat di rumah, MC nya perlu ditolak AL ataupun perlu gunakan HPL ya?
Tmksh..
Jika disahkan oleh doktor maka pekerja boleh memohon cuti hospitalisasi selepas mendapat kebenaran daripada majikan.
Saya ingin bertanya,
Sekiranya pekerja mengalami kemalangan jalan raya yang teruk,mengikut polisi syarikat hanya membayar Hospitalize selama 60hari.
ada akta ke yang membolehkan pekerja layak dibayar 6bulan gaji penuh,6bulan gaji separuh dan seterusnya tanpa gaji sekiranya doktor mengeluarkan surat yang mana pekerja itu tidak dapat bekerja seperti biasa.
Di bawah Akta Kerja cuti sakit (MC) dan cuti hospitalisasi digabungkan. Ini bermakna bergantung pada tempoh perkhidmatan, pekerja layak untuk menerima cuti hospitalisasi sehingga 74 hari jika bekerja kurang 2 tahun. Cuti ini merupakan sebahagian daripada cuti berbayar.
Anak saya kemalangan ditempat kerja.dapat mc 11 hari.tapi majikan tak mau bayar mc.
Perlu difahamkan di sini bahawa MC hanya terpakai untuk pekerja sahaja, ini bermakna doktor sahkan pekerja tidak dapat bertugas. Untuk ahli keluarga yang sakit adalah dinasihatkan untuk mohon Cuti Kecemasan atau berbincang dengan syarikat berkaitan hal ini.
Assalam… Sy ada seorang pekerja sambilan. Jika pekerja tu mendapat MC selamat 7 hari, ada kah dia layak utk dapat cuti bergaji selama 6 hari , walaupun baru bekerja dalam 3 bulan (Start kerja Mei) ?
Pekerja yang memasuki kontrak pekhidmatan layak untuk mendapatkan hak-hak cuti bergaji yang dinyatakan Akta Kerja, ini termasuk cuti sakit bergaji.
saya ingin membuat pertanyaan, jika pada hari sabtu kami bekerja half day, jika dapat MC, MC tersebut akan dikira half day ataupun satu hari. soalan kedua, jika MC jatuh pada pada hari cuti peristiwa, atau pada hari rest day, perlukah majikan menolak MC atau jika MC dikira, majikan perlu menggantikan cuti tambahan untuk menggantikan cuti peristiwa atau cuti rest day tersebut.
Untuk soalan pertama ia akan dikira 1 hari jika polisi syarikat menyatakan hari Sabtu adalah hari bekerja. Bagi soalan kedua, jika MC jatuh pada hari cuti (bertindih) ia tetap akan dikira pekerja cuti dan tiada penambahan cuti.
Jika saya warded 1 hari di hospital, dan dapat mc hospital 10 hari, adakah perlu tolak cuti sakit atau cuti hospitalisasi? Jika dalam tempoh mc hospital itu saya sudah sembuh, adakah boleh majikan memaksa saya untuk bekerja dan hapuskan mc saya itu?
Cuti sakit dan cuti hospitalisasi kini telah digabungkan. Ini bermakna Tuan/Puan akan menerima MC dan 1 hari cuti hospitalisasi. Jika masih dalam tempoh MC maka majikan tidak boleh mengganggu pekerja melainkan jika terdapat persetujuan bersama.
Situasi: Saya sudah ambil cuti tahunan pada 21/10 hingga 22/10 dan telah mendapat pengesahan dari majikan. Pada hari Jumaat (18/10) saya mengalami kemalangan. Doktor berikan saya MC sehingga 25 /10. Apakah cuti tahunan yang saya telah mohon (21-22/10) itu burn begitu sahaja?
saya ingin bertanya jika pekerja itu kemalangan dan tidak perlu masuk ke wad .beliau diberi mc selama 25 hari kerana kecederaan beliau tetapi mc beliau cuma ada 14 hari sahaja…adakah majikan perlu membayar gaji untuk lebihan mc tersebut kerana beliau tidak dimasukkan ke wad.atau majikan boleh menolak gaji selama 11 hari pekerja tersebut.
Seksyen 60F (bb), jika seseorang pekerja itu disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar sebagai cukup sakit yang memerlukan hospitalisasi tetapi tidak dihospitalisasikan atas apa-apa sebab, pekerja itu hendaklah dianggap sebagai dihospitalisasikan.
Adakah majikan berhak untuk tidak membayar cuti sakit pekerja sekiranya pekerja tidak memohon @ menghantar surat cuti sakit sehingga proses gaji pada bulan tersebut. (Pekerja menghantar surat cuti sakit selepas pengiraan gaji)
Bergantung kepada polisi syarikat, selalunya syarikat akan tetapkan MC diberikan dalam tempoh 24 jam ke 48 jam.
Saya ingin bertanya :
adakah cuti hospitalisation ini termasuk dengan sabtu/ahad/public holiday..contohnye discharge hospital 22 oct dan mc sehingga 31 oct.
Ia termasuk.
As salam:
Utk golongan yg sudah penchen, tapi di sambong tugas secara kotrek.
Tahun 2023, kontrek selama 12 bulan
Seterusnya di sambong ke tahun 2024, tapi jangka masa kontrek di kurang kan ke 6 bulan sahaja & di beri kelonggaran utk bekerja 3 hari seminggu.
Di ambil kira kontrek kerja utk tahun 2024 :-
1- Berapa kah bilangan MC layak dapat
2- Ada kah layak utk dapat cuti hospitalisasi
3- Adakah layak utk dapat cuti tahunan
Untuk kes ini adalah dinasihatkan untuk rujuk semula kontrak yang dipsersetujui.
Assalam..
Staff ini telah mendapat cuti sakit dari hospital setiap minggu,skrg Sudah sebulan lebih cuti sakit tersebut. Staff ini tidak di tahan wad selama tempoh itu. Hanya di beri cuti sakit untuk rehat di rumah shja Dan dtg check up setiap mggu shja di hospital. Bolehkan staff ini mengunakan cuti hospital? Staff ini baru setahun berkerja. Cuti sakit beliau hanya cover 14 Hari shja.Adakah menjadi 1 kesalahan Kepada company jika memberi cuti hospital tersebut kepada staff itu sbb staff tu tidak di tahan wad selama tempoh mc beliau?TQ
Cuti hospitalisasi kini digabungkan dengan cuti sakit. Untuk kes seperti ini majikan boleh berikan cuti hospitalisasi kepada pekerja sekirannya mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan walaupun jika pekerja tidak ditahan di hospital.
sekira nye setelah keluar dari ward tapi masih mempunyai follow up setiap 3 bulan , cuti untuk follow up tersebut boleh tolak hospitalisation leave tak? @ follow up tersebut dikategorikan sebagai apa? kalau nak tolak MC, tapi mc da habis digunakan.
Tidak boleh, cuti hospitalisasi hanya jika pekerja disahkan oleh doktor perlu ditahan dalam hospital. Untuk kes ini boleh gunakan cuti tahunan jika MC sudah habis.
HAI, saya nak tanya, MC klinik gigi juga dikira sebagai mc cuti sakit kan? dan ianya sah digunakan ?
dan majikan tidak sepatutnya menolak gaji saya, betul?
MC merupakan cuti sakit berbayar yang hanya boleh dikeluarkan oleh pegawai doktor yang dilantik syarikat.
walaupun dari klinik gigi klinik kesihatan kerajaan? adakah mc tak dikira sebagai mc cuti sakit berbayar?
Ya, selagi MC dikeluarkan oleh pegawai kesihatan yang berdaftar ia adalah cuti sakit yang sah.
Saya kemalangan dan di bawa ke hospital dan pemeriksaan doktor tiada apa-apa yang serius dan beri saya 3 hari mc dan selepas 3 hari lutut saya bertambah bengkak dan saya pergi ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan doktor berkata mungkin ligamen koyak dan saya tidak boleh bekerja doktor memberi saya mc 14 hari jadi yang mana saya nak tahu ia dikira Cuti sakit atau cuti hospital ? Sbb cuti sakit dah habis
Cuti sakit dan cuti hospitalisasi kini telah digabungkan. Untuk situasi ini adalah dinasihatkan untuk bincang dengan majikan kerana cuti hospitalisasi hanya boleh diberikan sekirannya doktor sahkan pekerja perlu ditahan dalam hospital.
Saya terjatuh ditempat kerja. Shouder dislocate & ligamen koyak. Bulan 9 buat operation, doktor bagi mc sampai bulan 12. Sekarang saya under socso. Company ada bayar gaji hospitalazation 60 hari & socso ada bayar gaji mc. Perlukah saya serahkan semula gaji hospitalazation 60 hari kepada syarikat saya..?
Tidak, pekerja yang disahkan doktor layak mendapatkan faedah cuti sakit dan cuti hospitalisasi dari syarikat.
saya patah tangan. dpt MC 14hari 28/10/24 – 12/11/24 tapi dimasukkan ke wad pada 5/11/24- 9/11/24 selama 5hari kerana pembedahan. Lepas discharged dpt MC selama 16hari 5/11/24-20/11/24 hingga ràwatan susulan. setelah dpt rawatan susulan doktor tambah MC selama 21hari lagi 21/11/24-18/12/24 sehingga rawatan susulan lagi dan melihat pada ketidakupayaan saya melakukan kerja.
Adakah jumlah cuti itu dikira MC atau hospitalisasi?
Ia dikira sebagai cuti hospitalisasi jika mendapat pengesahan doktor yang melayakkan pekerja untuk mendapat cuti tambahan selepas pembedahan.
Hi, saya baru lepas menjalani pembedahan pada 22/11/2024 dan saya discaj daripada wad pada 24/11/2024. Doctor ada memberi cuti sakit selama dua bulan. Adakah cuti tereebut dikira sebagai HL atau sekadar MC. MC yang berbaki pon cuma 6 hari saja lagi. Adakah majikan boleh tolak gaji selepaa itu?
Jika mendapat pengesahan doktor maka pekerja boleh mohon cuti hospitalisasi walaupun tidak duduk hospital, dan bergantung juga kepada polisi majikan ya.
Hai,
Saya nak tanya, jika pekerja MC lebih dari 15 hari dalam setahun, namun masih dalam koata. Bolehkah majikan memberi peringatan kepada pekerja tersebut?
Jika kerap MC tanpa sebab atau surat pengesahan sah dari doktor majikan boleh berikan peringatan kepada pekerja ya.
Jika ada pengesahan dari doktor dan memang benar sakit, namun majikan berkeras untuk berikan peringatan bertulis. Pekerja perlu untuk tandatangan atau tidak?
Kalau Ade peyakit berjangkiit (tibi) & mendapat rawatan dari Klinik kesihatan diberikan mc selamat 21 Hari dari Klinik kesihatan Adekah mc itu boleh dikira hospitalitasi atau mc biasa
Jika doktor mengesahkan pekerja perlu ditahan dalam hospital maka barulah boleh mohon cuti hospitalisasi ya.
Jika ada surat pengesahan dari doktor/MC dan memang benar sakit, namun majikan berkeras untuk berikan peringatan bertulis. Pekerja perlu untuk tandatangan atau tidak?
Jika perlu dan diminta majikan jadi kena ya.
thanks
1. Isteri saya membuat operation dan berada dalam wad selama 3 hari dan doctor bagi cuti 14 hari sebelum pemeriksaan seterusnya. Dalam situasi ini macam mana kira cuti hospital 17 hari atau 3 hari hospital dan 14 hari cuti sakit.
Terima kasih
Jika ditahan di hospital ia adalah cuti hospitalisasi ya.
adakah polisi yang dinyatakan di atas terpakai untuk pekerja dalam skim kontrak di badan berkanun?
saya pernah mendapat cuti sakit selepas hospitalization selama 2 bulan dan gaji saya telah ditolak
Boleh rujuk penetapan pada kontrak dulu ya.
Hi
Saya ada pertanyaan. Saya dapat MC disebabkan berlaku kemalangan semasa bekerja. Tetapi saya dikatakan saya perlu mencari pengganti untuk shift saya bekerja sepanjang saya MC. Adakah perkara itu sah di sisi undang-undang? Jika saya tidak jumpa pengganti, adakah saya perlu masuk bekerja?
Jika jenis pekerjaan memerlukan tugasan berterusan maka menjadi tanggungjawab majikan untuk mencari penggantinya ya.
Selamat sejahtera, jika saya mendapat MC dari pihak perubatan dari 26/11/2024 – 22/12/2024 adakah di kira MC Hospitalisasi oleh kerana baki MC saya hanya tinggal 14 hari..??
adakah majikan perlu menolak hospitalisasi atau MC yang berbaki tersebut??
saya terima 7 hari MC termasuk hari ahad, kerana saya bekerja dalam seminggu hanya 6 hari..??
Dan adakah pihak majikan perlu menolak pada hari ahad juga dikira dalam MC??
Mohon keterangan tuan..terima kasih…
MC dan cuti hospitalisasi adalah hak pekerja yang diberikan Akta Kerja, untuk pekerja dapat MC atau cuti hospitalisasi ini ia perlu dapat pengesahan doktor. Selain itu, MC perlu dihabiskan dulu atau mendapat kebenaran doktor baru boleh guna cuti hospitalisasi ya.
1. Sekiranya pekerja baru sahaja bekerja 1 bulan (bermula bulan 10), adakah layak mendapat 14hari cuti sakit? Sedangkan hanya berbaki 2 bulan shaja lagi untuk habis tahun tersebut.
2. Sekiranya pekerja mula bekerja pada bulan 7, adakah dibenarkan menggunakan habis cuti sakit pada bulan yang sama? Pada bulan 10 pekerja berhenti kerja, bermakna hanya bekerja dalam tempoh 3 bulan sahaja
Untuk kes macam ini cuti tahunan tersebut akan diproratakan. Rujukan berkaitan prorata cuti boleh dibuat di sini.