
Seringkali kita mendengar cerita pekerja yang tidak dibayar gaji oleh majikan mereka. Ini adalah situasi yang sangat tidak adil dan mengkhianati pekerja yang telah berhempas pulas menyiapkan kerja mereka. Pada yang tidak tahu, gaji anda seharusnya dibayar dalam tempoh 7 hari selepas hari terakhir tempoh gaji mengikut Seksyen 19 (1) Akta Kerja 1955.
Namun, jika anda mengalami situasi ini, anda harus tahu bahawa ada tindakan yang boleh diambil terhadap majikan yang tidak membayar gaji anda. Pertama sekali ialah dengan berbincang dengan pihak majikan supaya ada persefahaman bersama. Jika majikan anda memberikan alasan yang munasabah, anda mungkin dapat mencari penyelesaian yang dapat memuaskan kedua belah pihak.
Sekiranya rundingan tersebut tidak memuaskan, anda boleh mengambil tindakan undang-undang melalui langkah ini:

- Mengemukakan aduan secara bertulis dengan menghantar surat rasmi kepada Jabatan Tenaga Kerja melalui e-mel ke [email protected] atau melawat pejabat Jabatan Tenaga Kerja tempatan terdekat, atau menghubungi 03-8000 8000. Adalah digalakkan untuk melampirkan surat rasmi permohonan bersama permohonan.
- Membawa salinan dokumen sokongan seperti surat tawaran atau kontrak yang berkaitan dengan pekerjaan
- Menunggu notis selanjutnya daripada Jabatan Tenaga Kerja.
- Pegawai JTK akan menghubungi majikan untuk membicarakan tuntutan yang dibuat oleh pekerja. Sekiranya majikan menerima tuntutan dan bersetuju untuk membayar, maka kes itu dianggap selesai dan pekerja perlu menarik balik tuntutan yang dibuat. Namun, jika majikan mempertikaikan tuntutan tersebut, Pegawai JTK akan menetapkan tarikh untuk mendengar kes pekerja di Mahkamah Buruh.
- Kedua-dua pihak dikehendaki menghadiri sidang tersebut. Pejabat JTK akan mengeluarkan saman kepada majikan jika perlu.
- Pekerja boleh memilih untuk mewakili diri sendiri, atau diwakili oleh kesatuan sekerja, seorang peguam atau pegawai dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
- Pada akhir sidang, Pegawai Penguasa akan membuat suatu perintah secara lisan atau bertulis. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pegawai yang mengendalikan boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan itu.
- Sekiranya defendan (majikan) tidak merayu kepada Mahkamah Tinggi dan tidak mahu mematuhi perintah Mahkamah Buruh, Pejabat Buruh akan membantu menguatkuasakan perintahnya di Mahkamah Sesyen (Sivil) untuk mendapatkan semula wang yang dituntut.

Situasi di mana majikan enggan membayar gaji sememangnya menjadi sesuatu yang sangat menggeramkan! Walau bagaimanapun, jangan berputus asa dan mengundurkan diri begitu sahaja. Anda mempunyai hak untuk mempertahankan hak pekerja anda dengan cara yang sesuai dengan undang-undang yang berlaku. Ingat sebagai pekerja kita semua dilindungi oleh Akta Pekerja 1955 yang menjaga kebajikan pekerja di Malaysia. Sentiasa ingat bahawa anda berhak menerima gaji yang sepatutnya atas usaha keras yang telah anda lakukan!
Suruh berhenti kerja tanpa bagi amaran 1 atau 2 trus kena buang kja sbb kesalahan kali pertama gaji kena sekat dri 7 hb dapat gaji lagi Smpai sekarang
Boleh adukan ke Jabatan Buruh.
Macam mana kalau public holidays yang sepatutnya dibayar double dan triple tapi digantikan dengan annual leaves ? Boleh ke macamtu
OT pada hari cuti umum perlu bayaran kecuali jika terdapat persetujuan majikan dan pekerja ya.
Saya dah verbal bagi tahu maju kan tentang resignation saya. Mereka tidak boleh terima, sekali lagi I bagi tahu mereka kata Tunggu sampai dapat orang baru. Majikan Berhad buat macam Ini?
Notis penamatan tidak perlukan pengesahan ya.
Adakah Pejabat Buruh dan Tribunal Buruh sama?
Ya ia adalah sama, Tribunal ini macam mahkamah buruh ya.
Kalau kita bagi notice 2 minggu resign tapi pergi kerja boss taksuka . Kita tak masuk keje dalam tempoh resign boleh ke dia tak bayar gaji kita selama kita berkeja
Tempoh notis bermaksud pekerja masih bekerja dengan majikan, jadi ini bermakna pekerja masih layak menerima bayaran gaji ya.
kalau saya hantar notis 24 jam adakah pihak majikan bayar gaji ? .
Jika pekerja ingin berhenti 24 jam maka pekerja perlu bayar ganti rugi notis dan jika pekerja gagal untuk bayarnya, majikan boleh ambil daripada gaji pekerja.
Kalau tarikh gaji dalam appointment letter 7hb – 10hb, tapi sudah 11hb majikan belum bagi gaji macam mana ye ? Kalau tanya pun majikan tidak jawab
Boleh buat aduan kerana tarikh gaji sepatutnya antara 1 haribulan hingga 7 haribulan, perkara ini telah dinyatakan dalam Akta Kerja.
saya hantr notice berhenti kerja 22/1/25. payslip bulan 12 ada dpat tapi duit gaji belum masuk lagi. majikan boleh hold ke gaji sampai last date kite berhnti kerja
Majikan boleh tahan untuk sekirannya untuk tujuan semakan percukaian jika ada penangguhan.
sekiranya pkerja blum ada corform letter..masih part time dan bg notis berhnti 24jam..ada ka gaji bln december tu majikan berhak tahan@tidak di bayar?
Jika pekerja gagal bayar ganti rugi notis 24 jam, maka majikan boleh ambil daripada gaji pekerja.
Bolehkah majikan potong gaji basic tanpa persetujuan pekerja dan pekerja tidak diberikan surat offer letter, confirm letter selama 4 bulan.
Apakah harus pekerja lakukan.
Majikan tidak boleh memotong gaji pekerja selain untuk caruman wajib. Selain itu, majikan juga wajib untuk mengeluarkan surat kepada pekerja selepas tamat tempoh percubaan. Dinasihatkan untuk rujuk pegawai HR syarikat dan jika tiada perubahan boleh buat aduan ke Jabatan Buruh.
Saya bekerja part time selama 4 bulan iaitu sehungga dec 2024. Telah menghabtar notis 2 minggu resign berakhir pada 4/1/2025. Tetapi gaji bulan december masih lagi tidak dapat sehingga sekarang. Sebelum ini pernah terjadi gaji bulan november diberi separuh dahulu pada akhir bulan dan lagi separuh pada hunjung bulan december. Saya sudah bertanya pada majikan dan majikan hold gaji saya. Apa perlu saya lakukan dan adakah keadaan ini dibenarkan berlaku pada mana2 syarikat?
Jika majikan masih menahan gaji maka adalah dinasihatkan untuk buat aduan ke Jabatan Buruh.
Sekiranya bekalan elektrik di potong,wajarkan majikan memotong gaji pekerja atau menyuruh pekerja tempatan mengambil cuti tahunan.
Tidak.
Saya berkerja selama 1 bulan tetapi tidak dibayar gaji tetapi bila dituntut jawapan nya hanya okey sahaja tetapi tidak proceed gaji kami semua , dan saya mintak cuti untk pulang ke kampung dan saya tiba tiba diberhentikan dengan alasan saya cuti terlalu lama dan selama satu hari saya ws tiada satu balasan pun , dan apabila salah satu staff datang tuntun gaji dia hanya gelakkan staff itu kerana puch tiada out mmg salah dia staff itu staff india dan dia tidak tahu dan tidak diajar dan apabila mintak comissen pula dia hanya kata tunggu wife dia kira masuk ni dh 1bulan lebih tiada respon tentang gaji kami . Dan dia persendakan staff tersebut kerana datang tuntut gaji kami seperti kami tidak pernah berkerja di situ , jadi apa yg perlu kami buat ? Kami staff lama dan boss mmg tidak ada sefahaman dia tidak mahu bayar gaji kami .
Boleh buat aduan ke Jabatan Buruh.
Syarikat keluarkan slip gaji tapi gaji masih belum dimasukkan ke dalam akaun pekerja walaupun sudah melebihi 7hb . Ia dibuat semata-mata untuk tutup kes dimana pekerja pernah membuat aduan kepada JTK, kemudian JTK pergi melawat syarikat berkenaan. Jadi bagi menutup kes tersebut, syarikat mengeluarkan slip gaji sahaja tanpa membuat pembayaran kepada pekerja. Apa yang perlu dibuat?Boleh tak pekerja membuat aduan tanpa memberitahu identiti beliau.
Boleh kerana ini mungkin bentuk penganiayaan terhadap pekerja.
Adik saya gajinya tidak berbayar selama 2 bulan dan sudah buat aduan dengan jtk, sehingga surat peringatan terakhir pun suda keluar untuk majikan tetapi masih tidak ada bayaran di terima. Jtk memaklumkan jika ingin teruskan tuntuan gaji ke mahkamah ,betulkah adik saya yang kena membayar semua urusan untuk membawa tuntutan ke mahkamah ?
Perkara ini boleh dirujuk semula ke JTK kerana sebarang proses berkaitan di mahkamah adalah di luar bidang kami.
Saya dah bagi notis berhenti 2 minggu kerana tu syarat nak berhenti. Sepatutnya dapat gaji 31hb Jan tapi kata supervisor syarikat nak bayar gaji 15hb feb.
Boleh ke saya buat aduan ?
Tidak boleh, Akta Kerja menetapkan pembayaran gaji mesti dibuat dalam 7 hari pertama selepas memasuki bulan baru. Majikan hanya boleh menahan gaji pekerja sekirannya terdapat pembayaran cukai tertangguh untuk diselesaikan. Tetapi gaji mesti dibayar dalam 7 hari tersebut.
Company menjanjikan membuat pembayaran gaji pada 7hb.. tetapi sekarang dh 10hb..tetapi gaji belom lagi dimasukkan..apabila kita bertanya kepada company..tetapi company tak bagi apa apa respon smpai sekarang..apakah dokument perlu kita pakai untuk membuat aduan kat pejabat ye??.
Boleh saluran ke Jabatan Buruh dan mereka akan bantu Tuan/Puan untuk proses ini.
Saya dah letak surat berhenti notis 3 bulan. Hanya berbaki 1 minggu sahaja lagi secara rasmi tak bekerja. Namun majikan belum membayar gaji 2 bulan tertunggak. Risau kalau lepas tamat notis majikan tak bayar gaji. Apa yang patut saya buat?
Boleh cuba minta pada majikan dan jika masih tidak dibayar gaji boleh dibawa aduan ke Jabatan Buruh.
Sepatutnya saya permenent tetapi sebab satu kesalahan dia terus buang saya tanpa bagi amaran 1 atau 2 , majikan kata gaji permenent yang saya kerja selama 6 hari itu akan dibayar dalam 7 hb tetapi sampai sekarang saya masih tunggu , bila saya hubungi dan mesej majikan ia hanya tengok sahaja dan tidak merespon apa ii , adakah saya boleh menuntut hak saya ?
Boleh buat aduan ke Jabatan Buruh.
Nak tanya kalau majikan tolak MC hospital dan disuruh ganti kerja pada hari wekend berikut untuk mendapatkan gaji semasa tempoh percubaan 6 bulan bagaimana ya.
Jika MC tersebut sah dan diperolehi daripada panel klinik atau hospital yang diiktiraf syarikat maka majikan tidak boleh menolak cuti tersebut.
Maaf nak tanya jika maternity leave pekerja.. majikan sepatutnya membayar penuh atau separuh dprd gaji?
Perlu bayar gaji penuh.
Saya nak tanya , saya dah letak notis 1 bulan dan saya telah mendapat letter daripada majikan yang mengatakan akan membayar gaji pada 28hb dan dalam letter tersebut majikan tidak mention kalau ada kesilapan mereka akan hold gaji saya . Setelah saya berhenti ada kesilapan yang telah saya lakukan , kesilapan tersebut bukan saya seorang sahaja yang sepatutnya bertanggungjawab ada orang lain jugak perlu bertanggungjawab .. Saya telah bertanya kepada HR tentang gaji saya , dia hanya menjawab tunggu jawapan daripada SALES dan sampai ke harini mereka tidak memberi jawapan . Boleh ke saya mendapat gaji saya balik dan membuat aduan ke pejabat buruh ?
Boleh.
Saya hantar notice resign 2minggu. Dalam masa itu saya di pindah kan ke tempat lain tempat itu terlalu jauh . Dan selama 2minggu saya tak bole nak bekerja atas tiada transport untuk ke sana. Gaji saya takdapat semua dipotong atas masalah tersebut. Soalan berhak ke saya untuk memdapat kan gaji ?
Perlu difahamkan walaupun dalam tempoh notis pekerja masih perlu bekerja dengan syarikat. Jika pekerja gagal hadir bekerja maka majikan berhak untuk tidak bayar gaji pekerja atau bayar gaji untuk hari pekerja bekerja sahaja.
Salam, Saya tidak diberikan surat tawaran tetapi dipanggil bekerja secara lisan. Saya telah meminta beberapa kali tetapi tiada tindakan setelah sebulan sy bekerja. Saya bertindak untuk menghantar surat berhenti kerja kepada majikan. Majikan enggan membayar gaji saya atas sebab perlu notis sebulan sedangkan saya tidak menandatangani sebarang surat/kontrak.
Disebabkan itu penting untuk memiliki surat hitam putih untuk melindungi hak pekerja dan majikan. Dinasihatkan untuk buat aduan ke JTK.
Salam tuan,
Saya kerja exec secara kontrak selama setahun dan tamat pada sept 2023. Dan kontrak disambung secara verbal sehingga nov 2024. Tp claim masih belum dibayar sehingga hari ni. Boleh sy ajukan kes ni pada pihak sepatutnya? sebab kontrak kerja hanya secara verbal dan tidak ada bertulis. Saya cuma ada surat penamatan kontrak & bukti jumlah tuntutan melalui email.
Sepatutnya perlu ada surat hitam putih kerana Akta Kerja tetapkan kewajipan untuk keluarkan kontrak kerja. Boleh cuba buat aduan ke JTK.
Adakah majikan dibenarkan untuk tolak gaji jika ada kesalahan perkiraan dalam kerja? Contoh situasi, salah isu tiket bas untuk pelanggan jadi majikan menolak gaji pekerja mengikut harga tiket itu.
Boleh, dengan syarat mendapat persetujuan bersama dengan pekerja. Sebalik daripada itu majikan tidak boleh memotong gaji pekerja sesuka hati.
Salam, saya telah diberhentikan kerja dalam tempoh percubaan dan majikan hanya minta notis 24 jam untuk selesai. Tetapi dah 9 hari majikan masih belum bayar gaji saya. adakah saya boleh membuat laporan?
Boleh buat aduan ke JTK.
assalamualaiku, . saya sudah member natis berhenti sebulan , tetapi sampai sekarang dah 10hb bos tak masukkn lagi gaji , bos amik tender dengan satu syarikat bila minta macam2 alasan katanya syarikat tersebut belum membayar kepadanya lagi . bole ke saya buat aduan ni ke pejabat buruh ? sebab pelik kawan2 lain dah dapat gaji tapi saya dia bagi alasan seperti itu . and sebelum ini pun mmg ada kes dia tk bayar budak2 gaji yang sepatutnya
Boleh.
Hi the company which I work previously, there terminated me with 1 month period because of company situation. I resigned on the date which they terminated me with proper handover. But they did not release the salary yet since the work the I am working at are incomplete, I am already I told the party which I take responsibility for the mistake I made. But still, they refuse to release my salary. It’s been 1 month. Can I make aduan for these issues ?
Note: I am working as Finance Admin
You can lodge report is you feel it’s an unfair dismissal. Other than that employer cannot hold employee’s salary without any valid reason.