Skip to main content

Pada asasnya turnover bermaksud pusingan ganti. Dalam konteks kerja pula ia merujuk kepada peratusan atau kadar jumlah pekerja meninggalkan syarikat untuk satu tempoh masa tertentu. Turnover mengambil kira sama ada pekerja itu secara sukarela atau tidak meninggalkan syarikat.

Formula mengira turnover juga mudah di mana semakin ramai pekerja meninggalkan syarikat, semakin tinggi kadar turnover manakala semakin kurang pekerja pekerja meninggalkan syarikat, semakin rendah kadar turnover.

Jadi berdasarkan formula atas boleh dikatakan jika kadar turnover sesuatu syarikat itu rendah, ia bermakna syarikat berada dalam keadaan yang baik, tetapi jika sebaliknya mungkin bermakna syarikat mengalami masalah mengekalkan pekerja (employee retention).

Adakah Turnover Sama Dengan Attrition?

Seperti yang pernah dibincangkan dalam topik pemberhentian dan pemecatan sebelum ini, ia jatuh dalam kategori sama namun jenis yang berbeza. Hal ini kerana kedua-dua pemberhentian dan pemecatan boleh menyumbang kepada data kadar turnover tetapi cara perlaksanaannya tidak sama.

Untuk lebih pemahaman artikel ini akan memfokuskan kepada pemberhentian (attrition) dengan turnover. Mudahnya turnover adalah situasi di mana pekerja berhenti dan syarikat mencari pekerja baru untuk mengisi jawatan tersebut, sementara retrenchment pula boleh berlaku kerana syarikat ingin mengurangkan tenaga pekerja (downsizing).

Contoh mudah untuk mengambarkan situasi antara turnover dan retrenchment adalah seperti berikut:

  • Turnover : seorang pekerja berhenti kerja dan sebagai respon syarikat mencari pengganti untuk jawatan yang ditinggalkan
  • Attrition : seorang pekerja berhenti atau bersara dan syarikat dapati jawatan yang ditinggalkan tersebut tidak diperlukan (dimansuhkan)

Berdasarkan penerangan atas boleh disimpulkan bahawa terdapat berbezaan sebenarnya antara turnover dan retrenchment. Walaupun kedua-dua turnover dan retrenchment memberi kesan kepada tenaga kerja syarikat namun cara perlaksanaannya tidak sama.

Formula Kira Turnover

Bagi mengira kadar turnover, sesebuah syarikat perlu memilih satu tempoh masa tertentu. Selalunya kadar turnover dikira pada asas tahunan. Ini bermakna syarikat akan mengira jumlah pekerja yang meninggalkan syarikat untuk tempoh 1 tahun kalendar.

Formula pengiraan kadar turnover adalah seperti berikut:

Kadar Turnover = Jumlah Pekerja berhenti / Jumlah Purata Pekerja x 100

Contohnya, syarikat A memiliki 132 orang pekerja dan pada tahun 2023 seramai 20 orang membuat keputusan untuk meninggalkan syarikat. Ini bermakna kadar turnover syarikat A pada 2023 adalah sebanyak 15.15%

15.15% (Kadar Turnover) = 20 (Jumlah Pekerja Berhenti) / 132 (Jumlah Purata Pekerja) x 100

Sebab Turnover Boleh Berlaku

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada keputusan untuk seseorang pekerja itu meninggalkan syarikat. Malah, turnover boleh berlaku secara sukarela atau tidak sukarela. Formulanya kurang lebih sama seperti VSS dan MSS yang pernah dibincangkan sebelum ini.

Pada asasnya perbezaan antara turnover secara sukarela dan turnover tidak sukarela adalah seperti berikut:

  • Turnover sukarela : keputusan dibuat oleh pekerja sendiri, mungkin berlaku kerana kekurangan prospek kerja atau budaya kerja negatif atau sebagainya
  • Turnover tidak sukarela : dipaksa keluar oleh syarikat, berlaku melalui pemecatan atau syarikat ingin mengurangkan kos atau pelanggaran persetujuan kontrak kerja

Namun, antara sebab utama yang menyumbang kepada keputusan pekerja untuk meninggalkan syarikat sehingga kadar turnover manjadi tinggi adalah,

  • Budaya kerja negatif atau toksik di tempat kerja
  • Bebanan kerja yang berat sehingga cetus masalah burnout
  • Kekurangan amalan keseimbangan hidup dan kerja (work-life balance)
  • Ketiadaan prospek kenaikan pangkat, gaji atau bonus
  • Polisi kerja yang terlalu ketat tidak fleksibal

Memiliki kadar turnover yang tinggi boleh menjejaskan konsistensi perniagaan syarikat untuk tempoh jangka masa pendek dan panjang. Hal ini kerana apabila berlaku perubahan tenaga kerja secara drastik, ia boleh mengganggu kos beroperasi syarikat.

Situasinya seperti ini di mana syarikat mungkin terpaksa mengeluarkan perbelanjaan berganda untuk mencari bakat baru dan terdapat risiko kehilangan pelanggan sedia ada yang selesa berurusan dengan pekerja yang tinggalkan syarikat.

Uruskan Segala Masalah Pekerja dengan MySyarikat!

Kesimpulannya, kadar turnover yang tinggi adalah satu indikator tidak baik kepada syarikat. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada operasi dan keuntungan syarikat tetapi juga boleh menjejaskan imej perniagaan di mata awam.

Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju. 

Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!
Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!

Leave a Reply