Semua syarikat memiliki cut off period mereka tersendiri untuk pengiraan gaji. Penggunaan cut off period ini adalah untuk membantu bahagian sumber manusia (HR) membuat pengiraan gaji sebelum memasuki kitaran bulan penggajian baharu.
Ini bermakna jika pekerja sertai syarikat semasa pertengahan bulan atau pertengahan kitaran bulan penggajian, mereka tidak akan menerima gaji penuh seperti yang dipersetujui dalam kontrak kerja untuk bulan tersebut.
Persoalan yang sering timbul apabila melibatkan pekerja yang kerja tidak cukup bulan ini adalah sama ada jumlah caruman mereka akan terkesan, memandangkan jumlah gaji yang diterima tidak penuh.
Pengiraan Gaji Tak Cukup Bulan
Terdahulu pihak MySyarikat pernah kongsikan tentang pengiraan gaji untuk pekerja yang cuti tanpa gaji (unpaid leave). Padanya telah diterangkan bahawa pekerja yang mengambil cuti tersebut tidak akan dibayar gaji pada hari mereka tidak hadir bekerja.
Untuk artikel ini formula pengiraannya adalah sama dengan pengiraan gaji tak cukup bulan tersebut. Mari lihat formula pengiraan untuk gaji tak cukup bulan.
Gaji Tak Cukup Bulan = Gaji Kasar / Hari Dalam Bulan x Hari Bekerja Dalam Bulan
Situasi:
Hisham bekerja sebagai Digital Marketer dan baru menyertai MySyarikat pada 8 September. Di dalam kontrak kerjanya, dia menerima gaji sebanyak RM2,500 dan elaun sebanyak RM500 sebulan. Maka pengiraan gaji untuk Hisham pada bulan September adalah seperti berikut:
RM3,000 (Gaji Kasar) / 30 (Hari Dalam Bulan) x 23 (Hari Bekerja Dalam Bulan) = RM2,300 (Gaji Diterima Bulan Tersebut)
Jadi untuk bulan September tersebut Hisham akan menerima gaji sebanyak RM2,300 sahaja memandangkan dia menyertai syarikat pada 8 haribulan (dia tidak bekerja untuk 7 hari pertama bulan tersebut).
Potongan-Potongan Daripada Upah
Bila dibuka buku undang-undang kerja utama negara, Akta Kerja 1955. Pada Bahagian 4 ada menerangkan tentang potongan-potongan yang dibenarkan majikan buat pada gaji pekerja. Antara intipatinya boleh rujuk pada Seksyen 24.
- Tiada potongan boleh dibuat oleh seseorang majikan daripada upah seseorang pekerja selain daripada mengikut Akta ini.
- Maka adalah sah bagi seseorang majikan untuk membuat potongan-potongan berikut-
- Potongan-potongan hingga sekatat apa-apa bayaran lebih yang dibuat dalam masa 3 bulan sebelum sahaja bulan yang padanya potongan hendak dibuat, oleh majikan kepada pekerja dengan sebab kesilapan majikan;
- Potongan bagi indemniti yang perlu dibayar kepada majikan oleh pekerja;
- Potongan-potongan bagi mendapatkan balik pendahuluan-pendahuluan upah dibuat di bawah seksyen 22 dengan syarat tiada faedah dikenakan ke atas pendahuluan-pendahuluan itu; dan
- Potongan-potongan yang diluluskan oleh mana-mana undang-undang bertulis lain.
- Potongan-potongan berikut hendaklah dibuat hanya atas permintaan secara bertulis oleh pekerja-
- Potongan-potongan berkenaan dengan bayaran-bayaran kepada sesuatu kesatuan sekerja berdaftar atau koperasi jimat cermat dan persatuan pinjaman bagi apa-apa jumlah wang yang perlu dibayar oleh pekerja kepada kesatuan sekerja atau persatuan itu untuk apa-apa yuran masuk, yuran, ansuran-ansuran dan faedah bagi pinjaman atau lain-lain hutang; dan
- Potongan-potongan berkenaan dengan bayaran-bayaran bagi apa-apa syer perniagaan majikan itu yang ditawarkan untuk jualan oleh majikan dan dibeli oleh pekerja.
Jadi berdasarkan penetapan di atas majikan hanya dibenarkan untuk membuat potongan yang diluluskan undang-undang seperti KWSP, PERKESO dan SIP. Untuk pemahaman lebih lanjut mengenai potongan-potongan wajib boleh dibuat pada potongan wajib majikan.
Pengiraan Caruman Dari Gaji Tak Cukup Bulan
Berbalik kepada contoh sama seperti di atas, memandangkan Hisham adalah pekerja yang memasuki kontrak kerja dengan majikan di Malaysia maka dia berhak untuk dicaruma ke dalam KWSP, PERKESO dan SIP.
Sungguhpun pada bulan tersebut Hisham tidak menerima gaji penuh, jumlah tersebut masih subjek terhadap caruman wajib. Rujukan untuk kewajipan mencarum ini boleh dibuat pada laman rasmi KWSP, PERKESO dan SIP sendiri.
Formula untuk caruman KWSP adalah sebanyak 11% syer pekerja, PERKESO adalah sebanyak 0.5% syer pekerja dan SIP sebanyak 0.2%. Jadi mari kira jumlah caruman dan gaji bersih yang diterima Hisham untuk bulan September tersebut.
RM2,300 x 11% (Kadar Caruman KWSP) = RM253
RM2,300 x 0.5% (Kadar Caruman PERKESO) = RM11.50
RM2,300 x 0.2% (Kadar Caruman SIP) = RM4.60
Jadinya pengiraan untuk gaji bersih Hisham yang perlu majikan kreditkan dalam akaun dia adalah sebanyak RM2030.90.
RM2,300 – (RM253+RM11.50+RM4.60) = RM2030.90
Kesimpulannya, walaupun pekerja itu bekerja tidak cukup bulan sama ada sertai syarikat pada pertengahan bulan atau mengambil cuti tanpa gaji mereka masih subjek untuk potongan terhadap caruman wajib.
Suka diingatkan juga caruman-caruman kepada KWSP, PERKESO dan SIP adalah wajib, dan jika majikan mahupun pekerja gagal mencarum boleh dikenakan tindakan serta hukuman terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
Automasikan Bayaran Gaji dan Caruman Wajib Dengan MySyarikat!
Dalam pada itu, syarikat anda memiliki masalah pengurusan, pengiraan, pengagihan dan pembayaran gaji termasuk caruman-caruman wajib secara efisien?
Berita baik untuk anda semua kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut! Pengurusan gaji syarikat ada boleh jadi efisien dengan fungsi Secured Payroll yang boleh bantu untuk pengiraan, agihan dan bayaran gaji serta pembayaran caruman wajib bulanan dalam satu sistem sahaja!
Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!
Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!