Skip to main content

Menurut Akta Kerja 1955, pekerja asing adalah pekerja bukan warganegara Malaysia. Ini boleh jadi pekerja yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapura atau dari negara-negara lain.

Walaupun pekerja asing bukan warganegara, ini tidak bermakna mereka tidak dilindungi perundangan kerja di Malaysia. Ini kerana majikan yang ingin menggajikan pekerja asing perlu menyediakan kontrak perkhidmatan.

Seperti sedia maklum, kontrak perkhidmatan adalah perkara penting dalam pengambilan pekerja. Kontrak pekhidmatan yang diberikan kepada pekerja perlu mengandungi segala terma yang diperuntukan dalam Akta Kerja 1955.

Ini juga bermakna pekerja asing layak menerima gaji minimum sepenuhnya sama seperti pekerja warganegara lain berdasarkan penetapan Akta Kerja 1955.

Hak-Hak Pekerja Asing

Hak-hak penggajian pekerja asing telah diletakkan pada Bahagian 12B, Akta Kerja 1955. Selain itu, hak pekerja asing turut dinyatakan pada 

  • Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)
  • Akta Pasport 1966 (Akta 150)
  • Peraturan-peraturan Imigresen 1963
  • Akta Antipemerdangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) 

Menurut Seksyen 60K, Akta Kerja 1955 seorang majikan tidak boleh ambil pekerja asing tanpa dapat kelulusan Ketua Pengarah. Ini bermakna untuk menggajikan pekerja asing majikan perlu buat permohonan dulu.

Bagi mana-mana majikan yang ingin mengambil pekerja asing mereka perlu ikuti syarat-syarat ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Setiap syarat ini dibuat bagi melindungi hak pekerja asing yang bekerja di Malaysia.

Antara syarat yang digariskan adalah,

  • Pengambilan pekerja asing hanya dibenarkan pada sektor Perkilangan, Pembinaan, Pertanian, Perladangan dan Perkhidmatan
  • Permohonan pekerja asing tertakluk kepada kelulusan kouta dari Pusat Kelulusan Setempat (OSC), Kementerian Dalam Negeri
  • Pengambilan pekerja asing mesti tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih 45 tahun semasa permohonan
  • Pekerja asing mesti disahkan sihat oleh pusat pemeriksaan kesihatan di negara sumber
  • Pekerja asing yang diambil tidak berada dalam senarai individu asing yang dilarang masuk seperti dinyatakan dalam Seksyen 8(3), Akta Imigresen 1959/1963

Sebarang rujukan lanjut berkenaan syarat termasuk cara permohonan pengambilan pekerja asing boleh dibuat pada laman rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.

Faedah Layak Bagi Pekerja Asing

Walaupun berstatus pekerja asing, ini tidak bermakna nasib mereka diabaikan begitu sahaja. Sebenarnya pekerja asing perlu didaftarkan ke PERKESO oleh majikan bermula 1 Januari 2019.

Perkara ini ditetapkan PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dengan memperkenalkan Skim Bencana Kerja yang bertujuan beri perlindungan dengan majikan perlu mencarum 1.25% daripada gaji bulanan pekerja itu.

Menurut syarat PERKESO, majikan perlu daftarkan pekerja asing secara atas talian melalui portal ASSIST PERKESO atau menghantar Borang Pendaftaran Pekerja Asing ke pejabat PERKESO.

Apa yang diperlukan semasa pendaftaran adalah psport dan pas khas pekerja asing atau Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) atau pas kerja yang sah.

Pekerja asing tidak wajib untuk mencarum pada KWSP tetapi mereka yang memilih untuk memiliki simpanan persaraan masih boleh melakukannya.

Bagi membuat caruman KWSP untuk pekerja asing, pekerja perlu hadir ke kaunter KWSP dan membuat pendaftaran dengan mengisi Borang KWSP 3 (AHL), Borang KWSP 16B dan salinan pasport serta permit kerja yang sah.

Tanpa mengira status setiap pekerja berhak mendapat perlindungan dan jaminan keselamatan ketika bekerja. Majikan perlu menjadi boss bertanggungjawab dan menjelaskan hak-hak pekerja asing supaya mereka tidak ditindas semasa mencari rezeki.

beza rest day dan off day
Asas HR

Beza Antara Rest Day dan Off Day

Zahin ByondZahin ByondDecember 6, 2024

Leave a Reply